KETIKA saya dan anak keluar dari pintu Masjid Sultan Hishamuddin Sabak Bernam, ada tersusun set fadilah beristighfar. Maka saya mengambil dan membacanya. Saya yakin ini bukanlah kerja AJK masjid, melainkan ada orang yang menyebarkannya secara percuma kerna percaya isi kandungannya benar dan bermanfaat kepada umah.
Melihat maksud-maksud hadis yang didakwa sabda Rasulullah pun sudah curiga mengenai kesahihan hadis ini. Tanpa riwayat (seperti al-Bukhari, Ahmad atau Imam Muslim, sekadar beberapa contoh) antara sebab suatu yang didakwa sabda Rasulullah sebagai tidak benar. Soalnya siapakah yang meriwayatkan hadis-hadis itu?
Set itu ternyata hasil salinan daripada buku ‘Doa Istighfar Kubra’. Ini tertera di atas sekali risalah berkenaan. Antara yang didakwa hadis nabi ialah “Hai Ali ibn Abi Talib tulis olehmu akan istighfar ini hingga akhirnya, maka ditulis oleh Ali ibn Abi Talib r.a."
Kedua, “Hai Ali, barang siapa yang membaca istighfar ini atau taruh di rumahnya atau pada mata bendanya atau menanggungnya, maka dikurniakan Allah pahala 80,000 nabi, 80,000 sedekah, 80,000 malaikat. 80,000 orang syahid, 80,000 haji dan umrah dan 80,000 masjid.”
Jelaslah ini pembohongan atas nama nabi! Isi hadis ini sahaja sudah membuktikan kerja-kerja terkutuk menyeleweng dalam agama.
Eloklah saya catatkan satu hadis sahih mengenai balasan orang yang berdusta atas junjungan Besar Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya) “Sesungguhnya berdusta menggunakan namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan nama orang lain. Sesiapa yang berdusta menggunakan namaku dengan sengaja, maka siaplah tempat tinggalnya di neraka.” (Riwayat Imam Muslim).
Ini susunan set yang berbahaya untuk diterima sebagai ajaran agama!
Terima kasih atas pengkonsian ini. Pertama kali ambe dengar citer pasal seorang pemuda yg di gelar Abdullah Fasiq atau konon namanya Abdullah Al Syatari, ambe berasa curiga.
BalasPadamAdakah ini benar palsu atau rekaan semata mata. Kernak buku ini ada dijual ditempat awam
BalasPadamguru saya kata - jangan kita hijab dgn ilmu sendiri; maknanya tak semesti apa yg kita tahu selama ini merupakan himpunan segala ilmu didunia...atau 'ilmu kita melebihi ilmu2 org lain termasuk ulama'2 besar yg telah mengarang puluhan kitab sebelum ini'...
BalasPadam