Pengikut

Rabu, Oktober 26, 2011

"JANGAN belajar agama daripada buku..."


SAYA membeli satu set 10 jilid Tafsir Al-Azhar tulisan Prof Hamka pada tahun 1991 di KL dengan harga RM180.00.  10 jilid itu semuanaya 8171 muka surat. Hamka sebenarnya telah meninggal dunia pada tahun 1981, sewaktu saya di Tingkatan Lima.  Oleh itu saya tidak dapat sama sekali duduk di hadapan beliau untuk mendengar tafsir itu diajarkan.  Tambahan lagi, sebagian besar Tafsir al-Azhar ditulis dalam penjara, maknanya sebagian besar tafsir ini bukan hasil kuliah atau pengajaran beliau yang dihadap oleh sejumlah murid-murid belajar agama.

Sepanjang menjadi tetamu di masjid dan surau, sejak memiliki Tafsir Al-Azhar, hanyalah pada tahun 1992 seorang ustaz bernama Ustaz Nawi mengajarkan Tafsir Al-Azhar di surau Taman Sepakat, Jalan Gambang, Kuantan.  Selepas berpindah dari Taman Sepakat, (1996) sampai sekarang tidak terdengar lagi ustaz yang mengajarkan Tafsir Al-Azhar. 

Nampaknya saya kena membaca sendiri kitab tafsir ini untuk mengetahui kandungannya.  Ada masalah besar tau.  Entah siapa yang memulakannya, beberapa kali juga saya mendengar dan membaca dalam nota kecil di internet (maksudnya kira-kira) “belajar agama dengan membaca buku maknanya berguru dengan syaitan”. Tahun 2006 dulu ada ustaz lepasan Universiti al-Azhar Mesir hantar emel kepada saya. Tulisnya “jangan belajar agama dengan buku”.  Dalam blog ini pun ada yang bertanya saya “belajar agama dengan baca buku ke?”

Jadinya, kitab tafsir ini nampaknya kena jual saja dengan alam flora (untuk dikitar semula) sebab tak mahu berguru dengan syaitan. Lepas ini nampaknya kena nasihat kepada murid-murid supaya jangan baca buku agama. Bukan senang nak buka buku agama (mendengar syarahnya) sampai habis depan ustaz. Buku-buku terbitan PTS siri ‘Perkara remeh-temeh yang anda malu bertanya’, itulah syaitan paling besar.  Sebabnya, nyata orang yang malu bertanya kepada ustazah, ustaz atau ulama diminta mencari jawaban agama dengan membaca buku!

Hai, untung ada cerdik pandai yang prihatin, beri nasihat.

3 ulasan:

  1. benar, jangan belajar agama dari buku, saya setuju itu..masalahnya, banyak kalimat yang punya makna yang tak bisa dijelaskan secara gamblang dalam tulisan, sehingga bisa salah memahaminya...

    salam kenal, suka baca tulisan Anda. Salam dari Indoneia...

    BalasPadam
  2. dunia pantas berubah. Sejarah, budaya, pengetahuan dan pelbagai rona hidup manusia tidak sama, menyebabkan sesuatu nasihat dalam satu2 wilayah (dan zaman berkenaan) tidak pula sesuai untuk diguna pakai pada waktu dan bangsa lain. Kadang2 suatu nasihat hanya sesuai pada zamannya, tetapi tidak untuk 50 tahun akan datang.

    BalasPadam
  3. Sarcasm. :)
    Asas untuk belajar perlu membaca.
    Wahyu yang pertama pun Rasulullah SAW disuruh membaca oleh Jibrail AS.
    Maksud belajar dalam konteks ini adalah belajar dengan MEMBACA BUKU SAHAJA TANPA GURU. Tidak ada ahli yang menerangkan jika ada keraguan, persoalan samada dari segi konteks/kandungan atau bahasa atau social. Eg: sy Malaysian, bila baca tafsir ini,kena cari maksud perkataan2 Bahasa Indonesia yg tak difahami. Fahamkan konteks terjemahan dan baca/dengar lagi ceramah atau kajian2 yg ada secara online. Kalau masih belum faham, tulis email atau call atau jumpa sendiri guru2 yang ada. Duduk bertalaqqi. Itu proses belajar yg baik. Kalau tak tau hujung pangkal, duduk depan tok guru, alamatnya tido je la..

    BalasPadam