IBLIS dan syaitan, dua makhluk Allah yang berjanji akan menyesatkan pendidian manusia dan kedua-duanya secara terbuka dan jelas mahu menyeret manusia menyertai mereka sebagai makhluk yang dimurkai Allah. Kerna itulah banyak ayat Allah dalam al-Quran menyatakan sang iblis dan syaitan adalah musuh yang nyata. Musuh, pasti tidak akan terhenti memerangi dan membuat khianat kepada manusia. Sesudah manusia dalam cengkamannya pun, mereka akan memastikan manusia tidak akan terlepas. Malah iblis dan syaitan akan merekrut manusia pula menyertai misi abadi mereka untuk menarik sebanyak mungkin manusia lain daripada menjadi hamba Allah yang lurus.
Dalam surah al-A’raf terdapat beberapa ayat yang menjelaskan sifat dan cita-cita iblis bersama syaitan.
Ayat 16: (Iblis) menjawab ‘kerna Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka daripada jalan yang lurus’.
Ayat 21: Dan dia (Syaitan) bersumpah kepada kedua-duanya (Adam dan Hawa), ‘sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu’.
Ayat 30: sebagian diberi-Nya petunjuk dan sebagian lagi sepantasnya menjadi sesat. Mereka menjadikan syaitan-syaitan sebagai pelindung selain Allah. Mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk.
Ayat 21 secara jelas bahawa syaitan akan terus menyamar dan memberikan buah fikiran kepada manusia agar manusia melakukan tindakan-tindakan yang pada akal fikiran manusia adalah baik dan bernar. Tentulah syaitan tidak akan mendedahkan peribadinya yang bermuka-muka, malah sebaliknya akan menampakkan sifat baiknya sebagai pemberi nasihat kepada manusia.
Yang lebih membimbangkan ialah seperti dalam ayat 21. Akan sampai satu peringkat manusia merasakan dirinya benar-benar di jalan Allah, sedang melakukan amal-amal yang sangat disukai Allah, walhal sebenarnya semua itu adalah amal sesat hasil tipu daya syaitan! Pernahkah antara kita berfikir bahawa amal ibadah yang menjadi rutin harian yang dilakukan dengan penuh khusuk, disangka 100 persen sebagai satu tanda pengabdian kepada Allah, walhal itu adalah amal yang ditunjukkan oleh syaitan.
Mana mungkin? Ya, memang amat mengelirukan kerna untuk menyesatkan orang-orang yang bertekad untuk kembali ke jalan Allah, syaitan tidak akan memujuk mereka ke sarang pelacur atau ke kelab-kelab malam. Orang-orang yang senantiasa membasahkan bibir dengan zikir mengingat Allah pasti sedar bahawa arak dan zina adalah dosa dan jalan syaitan. Nah, maka syaitan akan menyesatkan jalan ibadah manusia ini dengan ibadah yang salah, yang tidak ada petunjuk daripada Allah dan rasul-Nya, yang kelihatan satu ibadah amat suci namun segala-galanya adalah maksiat di sisi Allah.
Lalu, apakah caranya untuk mengelakkan diri daripada tertipu dengan ‘petunjuk syaitan’? Tidak ada jalan mudah untuk menghindarinya melainkan bertekad bahawa kita hendaklah kembali ke jalan Allah dan rasul-Nya. Kembali ke jalan Allah dan rasul-Nya memerlukan manusia bersikap menyerah diri dan bukan memikirkan manakah yang sesuai dan sebaliknya. Di situlah peran ilmu, yang menentukan seseorang melakukan amal ibadah kerna punya ilmu atau hanya menjadi pengikut secara tuli sahaja. Sesungguhnya syaitan paling mudah menyesatkan manusia yang beramal ibadah secara ikut-ikutan. Bagi syaitan mudah saja, tangkap si kepalanya dan sesatkan pemikirannya. Maka semua pengikutnya pun akan sesat seperti si kepala yang sudah dalam cengkamannya. Lalu kebanyakan mereka berfikir sudah berada dalam petunjuk, di atas jalan yang benar. Aduhai….!
Mari periksa amal-amal akidah dan amal ibadah kita agar sesajar dengan perintah Allah dan rasul-Nya. Dan bersedia pula untuk meninggalkan amal yang tidak ditemui daripada dua sumber utama itu.
" Mari periksa amal-amal akidah dan amal ibadah kita agar sesajar dengan perintah Allah dan rasul-Nya. Dan bersedia pula untuk meninggalkan amal yang tidak ditemui daripada dua sumber utama itu."
BalasPadamTuan... rasanya yang tersirat dari tulisan tuan tu agak jelas, iaitu doktrin salafi yang tuan pegang. Berlapang dadalah dengan hal-hal yang bersifat khilafiah. Masing-masing ada hujah dan sandaran . Ulama' yang berselisih itupun semuanya ada autoriti dan telah membuktikan keihklasanmereka dalam beragama.
tuan terlalu banyak mengemukakan isu yang begini, yang selalunya boleh memecah hati ikatan kaum muslimin. Tuan, saya rasa tuan berkeupayaan untuk mengemukakan isu yang lebih besar, yang lebih urgent kepada umat, seperti masalah riddah yang menjadi-jadi, hukum asas agama (fundamental) diperlekeh oleh umat Islam sendiri, masalah tanah negara Umat Islam yang terjajah (yang kita semua berdosa tidak membebaskannya) dan lain-lain.
Tuan, berjiwa besarlah.... tinggalkan perkara2 khilafiah ini....ia memecah ikatan ukhuwwah.
Musuh gembira dengannya.