Pengikut

Rabu, Julai 08, 2015

Ya..... PM turun pada Lailatul Qadr!

foto hanya hiasan

RAMADAN dalam fasa akhir. 10 hari terakhir yang di dalamnya terdapat satu malam yang ditunggu-tunggu untuk direbut tawaran hebatnya.  Sekalipun syaitan dikurung, namun sikap sebagian antara orang yang berpuasa seperti di kelilingi syaitan juga.  Seperti dirancang, isu politik dipanaskan untuk 10 hari terakhir Ramadan kali ini.  Maka, akhbar cetak dan maya pun meletakkan berita utamanya akisah politik negara.

Semua seperti tergoda membuka sekian banyak akhbar, mencari sebanyak mungkin ulasan politik yang memihak pendiriannya. Jiwa tidak pernah puas, maka berjumpa rakan dan saudara-mara pun ceritanya pasal politik negara.  Jika musim pilihan raya yang ada kempen untuk mengundi calon atau parti mungkin munasabah, tetapi sembang politik dalam 10 hari terakhir tahun 2015 ini tidak ada manfaat keagamaan.  10 hari terakhir adalah ruang dan peluang ‘sembang’ keagamaan untuk meraih ganjaran pahala besar di sisi Allah.

Tidak ada ada faedahnya orang desa atau yang tidak ada kepentingan dan kedudukan politik bicarakan politik tertinggi di Putrajaya.  Tukarlah masa tadarus al Quran selepas solat Tarawih dengan forum politik, itu tidak dapat mengubah atau mengekalkan seseorang di kerusi Perdana Menteri.  Apa yang orang dapat dengan sembang, forum dan mendengar ceramah politik pada 10 hari akhir Ramadan? Tidak ada apa, kecuali kepuasan nafsu. Nafsu yang cuba dipuaskan tetapi tidak pernah puas.

Eloklah balik ke jalan agama saat genting menunggu Malam al Qadr. “Sesungguhna Kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam Al Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1000 bulan.  Pada malam itu turun malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.  Sejahtera (malam itu) sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 1-5)

Lebihkan masa membaca al Quran dan memanjangkan berdiri solat malam atau tarawih kita. Kita menambah harapan dan doa kepada-Nya.  Moga-moga kita dalam kebaikan iaitu diampuni semua dosa dan diredai oleh sebenar-benar Tuhan.


Wallahu ‘aklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan