20 TAHUN dahulu banyak yang rasa ganjil dengan berita orang Solat Eid atau
Solat Hari Raya (Idul fitri dan Idul Adha) di lapangan terbuka. Foto-fotonya
pun sukar ditemukan sebagai bukti, apa lagi hendak memberitahu di seluruh dunia
termasuk negara ‘komunis’ umat Islam melakukan Solat Eid di lapangan terbuka.
Solat Eid di sebuah negara di Eropah |
Maka di Malaysia, kebanyakan yang menolak Solat Eid
di lapangan memberi alasan takut hujan, tidak ada masalah solat di masjid,
boleh solat di surau-surau atau tidak
ada dalil melarang Solat Eid di masjid.
Oleh kerna yang menyatakan alasan-alasan itu adalah yang berwewenang
dalam penggurusan agama, maka orang awam atau sipil menerima begitu
sahaja. Jika kata pepatah mengatakan
‘Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih’, dalam hal ini kebanykan birokrat
agama memilih seribu dalih!
Solat Eid di lapangan adalah sunah Nabi s.a.w.,
bukan satu gerakan ideologi zaman globalisasi. Bohonglah para agamawan yang
bertahun-tahun menekuni kitab dan bertalaqi tidak menemui hadis-hadis
Rasulullah membawa umah Solat Eid di lapangan. Yang hadir bukan sahaja mereka
yang akan menunaikan Solat Eid, malah kaum perempuan yang tidak boleh
menunaikan solat juga diseru keluar dan berhimpun sama. Ini adalah hari
kemenangan setelah melalui satu perjuangan.
Bayangnya di negara yang paling banyak Mufti dan
Jabatan Agama, seluruh Malaysia kumpulan yang melakukan Solat Eid di lapangan boleh dibilang dengan jari. Itu
pun kuantiti mereka yang hadir tidak mencapai angka ribuan. Rasa malu dengan 200 ribu hadir solat Eid di negara
China yang komunis atau di England ada kehadiran 70 ribu di satu kawasan. Di
Hong Kong mereka berkumpul, di Albania, di negara-negara Afrika yang dikatakan
tidak aman pun sama. Apa masalah di Malaysia?
Fikirlah jika Dataran Merdeka dipenuhi orang Solat
Eid, satu perhimpunan yang jelas bertujuan keamanan. Satu tempat yang selama ini menjadi
pertikaian untuk dihimpunkan sekian banyak manusia bermotifkan perasaan marah
dan dendam! Fikirlah di mana-mana
dataran luas dan terbuka berjaya mengumpulkan lautan muslim tanpa mengira
ideologi politik dan kaum, bersama-sama membesar Allah, melakukan pergerakan
yang sama menuruti seorang imam (pemimpin).
Mereka mendengar khutbah yang
menaikkan semangat persaudaraan dan saling maaf-memaafi. Tidakkah ini bukan satu syiar dan medium
dakwah terhada bukan Islam yang melihat secara langsung?
Tolonglah wahai para agamawan dan mereka yang
berwewenang, berfikirlah. Selama ini ada
pihak boleh membawa sekian banyak perhimpunan hanya untuk menunjukkan marah dan
protes, yang berdepan dengan amaran-amaran pihak berkuasa, tentulah lebih mudah
menyusun perhimpunan aman yang jelas bertujuan menambah kasih sayang sesama
umat, dan perhimpunan keamanan sebagai ibadah kepada Allah juga berlaku di
serata dunia. Perhimpunan Solat Eid di
serata dunia selama ini berakhir dengan kemesraan dan kasih sayang, bukan mala
petaka rusuhan dan kemusnahan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan