foto hiasan |
CALON penghuni syurga Allah adalah orang yang
jiwanya tenang dan bersabar dalam semua perkara. Ini telah dijelaskan oleh
Allah dalam ayat-ayat awal surah al-Mukminun.
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman.
(iaitu) yang khusuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri daripada
(perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat,
dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka
atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Tetapi barang siapa mencari di balik itu (zina dan seumpamanya), maka mereka
itulah orang-orang yang melampau batas.
“Dan (sungguh beruntung) orang yang
memelihara amanah-amanah dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya.
“Mereka itulah orang yang akan mewarisi
(iaitu) mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.”
(maksud ayat 1-11 surah al-Mukminun)
Secara ringkas, Allah telah menjelaskan siapakah
yang akan dipersilakan memasuki syurga yang enak di akhirat kelak. Mereka jelas…..
….. beriman kepada Allah, iaitu yang membenarkan
Allah dan rasul-Nya, yang mentaati kedua-duanya.
….. menghindari kata-kata atau kelakuan yang
sia-sia seperti ngobrol kosong di warung kopi berlama-lama. Antara kelakuan yang sia-sia seperti menonton
siaran video atau TV yang tidak bermanfaat seperti lawak jenaka, drama cinta
asmara atau menghadiri konsert hiburan.
….. membayar zakat setahun sekali daripada harta,
pendapatan, haiwan atau emas yang dimiliki. Tentuya ikhlas, tidak mengungkit
atau menyebut semula zakatnya, misalnya dikata orang yang menerima zakatnya
masih malas atau wang daripada zakatnya diguna untuk pembelian barang yang
tidak berfaedah. Dia seperti rasa sesal memberi zakat kepada orang itu.
….. memelihara kemaluannya, tidak berzina atau
hal-hal yang menaikkan nafsu seksual sedangkan bukan terhadap pasangan sahnya.
….. menjaga amanah yang disanggupi seperti bidang
pekerjaan sumber pendapatannya. Aku janjinya untuk menjayakan semua kerja
sehari-hari tidak diabaikan.
….. memelihara solatnya. Solatnya pasti tepat (atau
berusaha menepati) sebagaimana solatnya Nabi s.a.w. sebab ada hadis Nabi s.a.w.
yang bermaksud kita disuruh solat sebagaimana melihat Nabi s.a.w. melakukan
solat. Solat fardunya Nabi s.a.w. di masjid bukan di rumah-rumah. Maka termasuk menjaga solat adalah langgeng
solat berjamaah.
Semoga Allah beri kekuatan kita menepati fakta
dalam ayat-ayat awal surah al-Mukminun.
Wallahu ‘aklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan