Pengikut

Selasa, April 20, 2010

APA itu bid'ah?

Maksud hadis Rasulullah:
Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: ”Siapa yang mengamalkan suatu amal (ibadat) yang tidak pernah kami lakukan maka amalnya itu ditolak.” (Muslim)
Huraian :
Bid’ah adalah sesuatu yang dibawa ke dalam agama yang tidak mempunyai asas sama sekali sama ada dari al-Quran mahupun as-Sunnah.
Bid’ah adalah sesuatu yang dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran agama dan Syari'ah sedangkan ia tidak benar sama sekali.
Kewujudan bid’ah tidak lain hanya membawa masuk buah fikiran dan ideologi baru ke dalam agama dengan tujuan untuk merosakkan agama Islam.
Antara sebab yang membawa terjadinya bid’ah adalah jahil tentang hukum agama dan sumber-sumbernya, mengikuti hawa nafsu dalam masalah hukum, fanatik buta terhadap pemikiran orang-orang tertentu, ghuluw (berlebih-lebihan) dan tasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan musyrik.
Justeru jika seseorang itu telah yakin bahawa syariat Islam telah sempurna, tentunya dia tidak akan mengadakan sesuatu yang baru, apatah lagi untuk mengubahnya.
Sebaliknya orang yang mengatakan bahawa syariat perlu diubah dan membuat sesuatu yang baru ternyata dia telah tersesat dari jalan yang lurus.
Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan