Dua tahun dahulu seorang yang mengaku ustaz (katanya lulusan luar negeri!), yang tidak kenal sangat pun diri saya menghantar emel mengutuk dan menuduh saya belajar agama hanya dengan membaca buku. Dahsyatkan! Dia seorang bakal ulama (hadis nabi menyebut ulama warisatul anbia!), yang sangat faham bab akhlak dan din berbanding petani dan nelayan, kemudian memfatwa ‘jangan belajar agama dengan membaca buku’. Dahsyat lagi sebab dia tidak pernah tahu sejarah hidup saya, tak tahu di mana dan apa yang saya tekuni, kemudian saya dilabel orang belajar agama dengan membaca buku saja. Tuduhannya itu bermakna saya dianggap belajar agama tanpa dialog, soal-jawab, pembentangan ilmiah dengan ulama atau ustaz. Dahsyatkan saya di matanya?
Baru-baru ini dia mengemel saya, mempromosi satu buku akidah. Promosi untuk apa? Untuk saya membaca buku akidah? Kalau dua tahun dahulu, tanpa apa-apa sebab kuat membuat tuduhan ‘belajar agama dengan membaca buku saja’ kini suruh saya baca buku agama pula. Pemikirannya berputar 360 darjah. Dahsyat
Mengapa manusia ini bertindak dua hala berbeda? Inilah akibatnya apabila diberi Allah sedikit ilmu tetapi merasa sudah tahu segala-galanya sehingga apa yang tidak disetujuinya dihukum salah, dosa dan akan masuk neraka. Saya bukan saja-saja sebut pemikirannya begitu. Dalam beberapa emelnya yang lain dia tetap menggambarkan saya salah, tersesat dan meminta bertaubat kepada Allah sebab tak lama lagi akan mati. Tentulah dia menggambarkan dirinya saja yang betul dan sesiapa yang tidak sepertinya kalau mati dalam kemurkaan Allah, (mati masuk nerakalah?).
Kisah ini juga contoh apabila meletakkan perasaan di hadapan, berbanding akal dan pemikiran waras. Mengapa seseorang boleh bertindak demikian? Jawabnya faktor pendidikan yang diterima selama ini. Banyak orang yang menjadi ego (walaupun gelarnya ulama) kerana pelajaran dan pendidikan yang diterima bertahun-tahun daripada guru dan sistem pendidikan yang dilalui. Guru-gurunya sendiri tentulah mereka yang sangat emosional, mindanya tertutup, tidak rasional tetapi sangat dipercayai oleh anak muridnya sehingga semua cara yang dibawa oleh gurunya dianggap betul, sah dan pilihan Tuhan.
Kemudian sistem pendidikan itu sendiri dalam penyampaian ilmu yang bukan mendedahkan maklumat daripada pelbagai sudut, tetapi merupakan satu pusat indoktrinasi pemikiran. Tak faham? Pusat indoktrinasi samalah dengan sekolah pemikiran komunis yang memaksa sama ada secara halus atau kasar penerimaan komunisme saja yang betul. Semua pemikiran lain salah, dan wajib diperangi. Dalam komunisme tidak dalil dan hujah, tetapi taklid atau terima membuta terima tanpa fikir.
Jangan fikir dalam mempelajari agama tidak ada indoktrinasi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan