Pengikut

Sabtu, Mei 30, 2009

BACAlah buku mengenai solat


MULAnya saya tidak begitu perduli dengan buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd ini, namun untuk mengisi masa yang tersenggang saya meminjam buku ‘SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG SOLAT tapi anda malu bertanya’ oleh Ustaz Mohammad Nizam Abdul Kadir’. Harganya hanya RM 16.00. Setelah meneliti di bawah adalah kesimpulan pemahaman saya.

1. Buku ini sangat mudah difahami maksudnya, malah bahasanya sangat sesuai dengan anak-anak muda atau remaja. Tidak syak lagi buku ini disasarkan kepadaa golongan remaja.

2. Buku ini sekalipun mendalami apa saja pengertian dan amalan dalam solat tetapi dilengkapi dalil alquran dan sunah. Pemahaman ibadah yang didasarkan dalil merupakan asas pembelajaran supaya tidak terperangkap dalam pemahaman secara ikut-ikutan.

3. Penulis buku ini tetap menawarkan bentuk amalan yang mudah dan menepati sunah, sekalipun dalam ruang masalah khilafiah. Namun penulis buku ini sangat terbuka dalam membimbing perbedaan pendapat dalam mana-mana amalan dalam solat.

Ya, saya mencadangkan agar buku ini dihadiahkan kepada anak-anak remaja atau sesiapa yang kita sayangi dan mahu melihat mereka berilmu dalam ibadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan