Pengikut

Sabtu, Jun 06, 2015

HUKUM duduk dan berdiri atas kubur

foto hanya hiasan

Saya hendak memaparkan dua hadis sahih yang tidak ada kalimat ‘haram’, namun pengertiannya sangat mendalam.  Daripada situ ahli ilmu membawakan hadis-hadis ini sebagai hujah terhadap haramnya suatu perbuatan.

Dalam bab larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabiyah, penceramah lelaki atau perempuan kerap membawa hadis ‘diitusuk jarum besi’ sebagai dalil tidak bisa lelaki-perempuan bukan mahram bersalaman.

Daripada Ma’qil bin Yasar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (HSR ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

Kerna itu, banyak muslim dan muslimah menghindari sentuhan antara mereka. Malah di sebagian kaunter bayaran ada petugas perempuan yang memakai sarung tangan untuk menghindari sentuhan kulit antara dia dengan yang diharamkan.

Satu hadis lagi berkenaan ‘duduk di atas bara api’ sebagai pengharaman duduk di atas kubur.  Oleh kerna masyarakat muslim kita kerap berlama-lama di kuburan (ada yang membawa tikar), maka hadis ini jarang sekali dibincangkan. Tampak di sini adat seakan-akan menutupi kebenaran agama.  Entah kapan hadis ‘duduk di atas bara api’ akan popular seperti hadis ditusuk jarum besi’?

Daripada Abu Hurairah r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya), “Lebih baik salah seorang antara kamu duduk di atas bara api sehingga membakar pakaian dan kulitnya daripada duduk di atas kubur. (HSR Muslim. No. 971)

Perlukah lama-lala di atas kuburan?  Jika kita berkuasa fizikal, silakan tetapi bukan duduk-duduk seperti kebanyakan orang sekarang.  Namun daripada firman Allah dalam al-Quran surah At-Taubah ayat 84, ada pengertian aturan di kubur mesti berdiri termasuk masuk waktu berdoa kepada Tuhan.

“Dan janganlah engkau (Muhammad) melaksanakan solat untuk seseorang yang mati antara mereka (kaum munafik), selama-lamanya dan janganlah engkau berdiri (mendoakan) di atas kuburnya. Sesungguhnya mereka  ingkar kepada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.”

Daripada ayat itu jelas Nabi kerap berdiri di atas kubur dan berdoa. Untuk kubur orang munafik, Allah larang Nabi s.a.w. berdoa (berdiri dan berdoa).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan