Pengikut

Selasa, Februari 26, 2013

DARI solat ke beranda lawak


MAKSUD firman Allah ayat 1-3 surah al-Mukminun, “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,  (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.”

Kata Ibnu Abbas r.a., yang diartikan dengan ‘khusyuk dalam solat’ ialah merasa takut kepada Allah dan memiliki ketenteraman batin pada saat melaksanakan solat. 

Kata Al-Hassan al-Basri pula, khusyuknya orang yang beriman ialah pada hatinya nuraninya.  Tambahnya, orang-orang yang punya sifat khususk dalam hati mampu menjaga pandangan mata daripada hal-hal yang diharamkan Allah, serta mempunyai perasaan rendah diri.  Khusyuk dalam solat hanya dapat dimiliki oleh orang yang mengosongkan hatinya daripada hal yang menyibukkan fikirannya, lalu mengutamakan solat daripada kepentingan-kepentingan lain (hal dunia).

Maksud sabda Nabi s.a.w., “Aku dijadikan mencintai wangi-wangian dan wanita (isteri), dan dijadikan kesejukan hati dalam solat.” (HR Ahmad dan an-Nasai, dan disahilkan oleh Syeikh al-Albani)

Berapa banyak kita perhatikan orang yang bersolat bagai mahu segera beres dan meninggalkan tempat sujudnya, terutama orang muda.  Dalam fikirannya, segera bereskan solat dan melakukan kerja-kerja  kehidupan yang sedang menunggunya.  Keadaan ini tentu hal-hal kerja atau rutin harian sebagai manusia masih bersarang dalam mindanya sewaktu solat.  Kemudian, solat-solat sunatnya pun tidak terjaga sebab mengejar waktu untuk memberesi urusan kerja harian.  Walhal, solat itu bukan hanya satu pergerakan anggota dari berdiri sehingga duduk, melainkan rasa kerendahan jiwa terhadap Tuhannya!

Sungguh tidak elok dengan fikiran, “asalkan solat beres.”  Bahawa Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa solat itu menyejukkan hati atau membawa ketenteraman, suatu keadaan yang sangat berbeda dengan hiruk-pikuk kerja dunia.  Maka jika solatnya pun sudah dalam ‘segera beres atau hiruk-pikuk’ juga, apa lagi nilai solat pada dirinya?

Hari ini orang suka mendengar lawak jenaka, sebab itu program lawak di kaca TV mendapat sambutan besar.  Akhirnya orang berceramah agama juga terpaksa membuat banyak lawak supaya hadirin sentiasa hadir kepadanya, menyaingi kaki-kaki lawak yang sudah dibayar mahal.  Entah mana satu lawak yang dikatakan menghampiri ‘perbuatan tidak berguna’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan