Pengikut

Ahad, Mac 15, 2009

BACA blog pun kena saman!

NAH, undang-undang akan mengadili pengunjung blog yang memberikan komen, dan catatan dalam komentarnya didakwa menghina raja. Dikatakan lima orang akan didakwa dan berdepan dengan hukuman penjara setahun atau denda bayar RM50,000.00. Seorang daripadanya sudah mengaku salah dan dikenakan denda RM10,000.00. Ya sekadar melepaskan sebaris ayat dalam komentar blog, dia diarah membayar RM10 ribu!

Moral yang utama ialah melepaskan ayat menghina dan mencerca seseorang. Sebenarnya, bukan hanya menghina raja saja yang menjadi kesalahan, malah sesama jiran tetangga dan adik-beradik juga tidak boleh berbuat begitu. Dua tahun dahulu seorang pembantu makmal di UKM didapati bersalah kerana membuat penghinaan dalam salah satu forum di laman sesawang. Ertinya seseorang tidak dapat melepaskan diri daripada undang-undang sekalipun menggunakan nama samaran di sesawang.

Blog ini juga tidak terkecuali daripada menerima kata ceraan oleh seseorang dengan menggunakan pelbagai nama dalam ruangan ‘bicara pojok’. Walaupun saya tidak menggunakan kaedah ICT yang canggih untuk mengesan pengirimnya, bantuan Allah memudahkan saya mengesan orangnya. Dan saya kenal dia, yang sentiasa mengejar tulisan saya yang tidak disukainya. Maka di sana dia menyerang, kononnya dia pejuang.

Pada saya inilah ‘ghazawatul-fikr’ dan saya sedia dikalahkan dengan dalil dan hujah. Tulisan-tulisan mencerca dan mencarut sekalipun memang benar ditulis oleh seorang bergelar ustaz di sebuah negeri langsung tidak berguna, malah menjadikan minda dan akhlaknya bertambah busuk kerana perbuatannya.

Demikian, jangan menganggap dunia internet sebagai jalan bebas melepaskan kata-kata. Memang ada yang terlepas daripada tindakan undang-undang, namun jangan lupa pengadilan Allah kelak. Kerana ingatkan Allah dan tanggung jawablah, maka saya tidak menyembunyikan fakta peribadi di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan