Pengikut

Ahad, Jun 09, 2019

ORANG mahu agama yang tulen

PADA saat ada barang tulen dan tiruan [kurang berkualiti], orang mantap mahukan yang tulen,  yang asal, kerna diyakini tepat dan sangat bagus. Begitu juga fitrah manusia sesuai untuk mencari kebenaran beragama. Manhaj beragama yang asal,  tulen dan tepat ada pada generasi yang awal.

Rasulullah ﷺ bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Sebaik-baik manusia adalah generasiku (iaitu generasi sahabat), kemudian orang-orang yang mengiringinya (iaitu generasi tabi’in), kemudian orang-orang yang mengiringinya (iaitu generasi tabi’ut tabi’in). [ Riwayat Al-Bukhari]

Barang,  semakin lama diolah atau ditokok tambah atau diperbaiki untuk keperluan zaman. Hal itu memang digalakkan untuk menyelesai masalah hidup manusia. Agama tidak boleh ditokok tambah atau dikurangi. Apa rupa ibadah agama pada jaman Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam itulah yang muktamad hingga akhir zaman.

pada firman Allah Ta’ala,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.” [QS. Al Ma’idah: 3]

Namun,  berdasarkan sejarah agama yang dibawa para Nabi seperti Nabi Ibrahim,  Nabi Musa dan Nabi Isa,  ada manusia yang menokok tambah ajaran agama untuk kepentingan nafsu. Tepat sekali Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam memberi peringatan berkaitan menambah, mengubah suai ibadah atau seumpamanya.

Baginda Rasulullah ﷺ  bersabda,

مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.”
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Sabda baginda ﷺ  lagi

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad ﷺ. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap bid’ah adalah sesat.”
[Riwayat Muslim]

Kesimpulannya,  beragama yang benar adalah mengikuti yang disebut oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam iaitu zamannya,  sahabat dan selepas sahabat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan