Pengikut

Isnin, Februari 14, 2011

SETELAH maulidur rasul...


SEPERTI kata rakan facebook, apabila masuk bulan Rabiul awal, pihak yang suka maulidurrasul dan yang tak sukakannya meningkatkan suhu perdebatan.  Biarlah, sudah menjadi adat pada bulan berkenaan agaknya.  Setakat ini bukan ada yang sampai diseret ke mahkamah pun.  Biarlah masing-masing mengasah akal dan hujahnya.


Dari sudut budaya beragama di Malaysia, umat Islam diberi hak merayakan maulidur rasul.  Hari itu diterima sebagai hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad, nabi terakhir sebelum kiamat.  Oleh kerana semua orang Melayu menganut Islam yang disebarkan oleh Nabi Muhammad, maka menyambut hari kelahiran baginda sudah menjadi salah satu adat resam Melayu. Maka, semua cuti.

Penganut  Buddha juga diberi hak merayakan hari kelahiran pengasas ajaran Buddha, Sidhartha Gautama.  Hari berkenaan adalah hari Wesak, dan semua rakyat diberi cuti umum.

Penganut agama Kristian juga mendapat hak bergembira dan merayakan hari kelahiran Jesus yang juga menjadi hari Raya umat Kristian.  Semua orang tahu tanggal 25 Disember yang disebut Hari Natal itu adalah hari kelahiran Jesus, yang menurut kepercayaan umat Kristian adalah pelopor ajaran Kristian.  Hari itu, kita pun cuti.

Penganut agama Hindu tidak merayakan hari kelahiran pengasas agama mereka, kerana agama mereka tidak dapat dipastikan titik mulanya.  Sesiapa yang memperlajari sejarah tamadun Indus pasti akan mempelajari juga kepercayaan beragama dalam tamadun berkenaan yang akhirnya menjadi agama Hindu.

Kembali kepada perayaan maulidur rasul, eloklah semua yang selama ini merayakan atau tidak merayakan agar berfikir mengenainya.  Lupakan dahulu kepada yang tidak mahu merayakannya, biarlah mereka dengan pendapatnya.  Kepada yang menerimanya sebagai satu cara mengingat Nabi Muhammad, apa agaknya kesan-kesan yang nyata  sekalipun kecil setelah  selesai  menghadiri  majlis yang dikaitkan dengan maulidur rasul?

Ambil satu contoh, adakah semakin  bertambah orang yang solat berjemaah di masjid akibat kesedaran cintakan nabi melalui agenda maulidur rasul?

Kedua, adakah semakin berkurang orang mengumpat atau menggunjing orang lain akibat menerima saran nabi yang kita cintai itu?

7 ulasan:

  1. Kepada yang menerimanya sebagai satu cara mengingat Nabi Muhammad, apa agaknya kesan-kesan yang nyata sekalipun kecil setelah selesai menghadiri majlis yang dikaitkan dengan maulidur rasul?

    Ambil satu contoh, adakah semakin bertambah orang yang solat berjemaah di masjid akibat kesedaran cintakan nabi melalui agenda maulidur rasul?

    Kedua, adakah semakin berkurang orang mengumpat atau menggunjing orang lain akibat menerima saran nabi yang kita cintai itu?

    Kamu kena bersikap adil kepada mereka.
    Kalau mereka juga bertanya kepada orang yang tak buat sambutan maulidur rasul tu apakah mereka dapat meningkatkan jemaah masjid dan orang menggunjing orang lain berkurang dengan tak diadakan sambutan maulidur rasul tu?

    Mereka yg menganjurkan itu, sekurang2nya mereka berusaha buat sesuatu. Kejayaan bukan hak manusia menentukannya. Allah bukan tanya kejayaan apa yang kita capai. Yang di tanya apa yang kita buat.....

    BalasPadam
  2. bangap juga si salafi seekor ni....

    BalasPadam
  3. Aku cadangkan kau nanti bila termimpi jumpa Nabi Nuh tanyakan pada Nabi Nuh, apasal dekat 1000 tahun berdakwah baru beberapa kerat ikut. Nak kira satu saf sembahyang kat masjid Sabak pun tak penuh...
    tanya ya,,,,

    BalasPadam
  4. Tula....asyik nak komen orang yang tak seprndapat dengan dia je. Beda tu Khilaf dikalangan ulama'. Masing-masing ulama' ada hujah dan sandaran. Mereka semua ada otoriti. Berlapang dadalah.... Kamu komen begitu.... pecah ukhuwwah umat Islam. Dia orang buat...sekurang-kurangnya mereka berusaha supaya umat ingat akan rasul. Kalau tak kekal lama ingat , sekejap jadilah. Kalau dah lama tak berselawat sekurang2nya masa majlis tu mereka berselawat. Kamu kena ingat audience majlis tu bukan semuanya hebat macam kamu (dah sampai taraf wali-wali/zikir dan selawat tak putus2 pada nabi).
    Apa punya otak sekor ni...

    BalasPadam
  5. Saranan.!!!
    Wajib baca ulasan saudara Amir Hamzah dalam entri sebelum ini. Jawapan tuntas, pukulan maut terhadap mamat ni dalam entri MENCARI pahala maulidur rasul.

    BalasPadam
  6. AMEKKAW!!!!
    Soalan Hassanuddin sebelum ni pun dia tak berani jawab...ini pulak nak jawab hujah Amir Hamzah....
    Saya ulang balik soalan Hassanuddin;
    Kamu kena bersikap adil kepada mereka.
    Kalau mereka juga bertanya kepada orang yang tak buat sambutan maulidur rasul tu apakah mereka dapat meningkatkan jemaah masjid dan orang menggunjing orang lain berkurang dengan tak diadakan sambutan maulidur rasul tu?

    Mereka yg menganjurkan itu, sekurang2nya mereka berusaha buat sesuatu. Kejayaan bukan hak manusia menentukannya. Allah bukan tanya kejayaan apa yang kita capai. Yang di tanya apa yang kita buat.....

    nak tunggu mimpi baru jawab?

    BalasPadam
  7. ulasan tuan2 ternyata tidak pun menjurus apa yang saya catat. Yg saya catat ialah hak-hak untuk merayakan sambutan hari kelahiran mana-mana agama termasuklah kanjeng rasulullah. Yang saya ajak kalian berfikir adalah kesan-kesan sambutan itu saban tahun. adakah sekian lama sambutan secara ceramah itu telah membuahkan hasil, atau bagaaimana. Ini bukan mempersoal halal atau haram sambutan itu, tetapi untuk menilai dan mencari hasil yang selama ini dijalankan.

    BalasPadam