Pengikut

Sabtu, April 02, 2016

TAUHID Uluhiyah menolak bid'ah hasanah

ORANG debatkan Sifat 20 dengan Tauhid Tiga (Rububiyah, Uhuliyah dan Asma wa Sifat), mana satu yang betul. Lebih ekstrim, ada antara pengikut salah satunya menuduh sesat pengguna yang sebelah sana.  Sifat 20 atau Tauhid Tiga, hanya kaedah atau cara memahami tauhid beragama. Kedua-dua itu bukan agama! Jika ada ilmuan menemukan satu lagi kaedah, boleh juga diguna pakai asalkan tidak menyalahi ajaran Allah dan rasul-Nya.

Teman saya seorang ustaz lepasan universiti di Jordan memberi kuliah kepada saya mengenai kelebihan Tauhid Tiga berbanding Sifat 20 atau manhaj Asya’irah.  Bukan bermakna dia menyalahkan atau menuduh kaedah Sifat 20 tidak berguna.  Sifat kita katanya, pilihlah kaedah yang lebih baik.

Ustaz menerangkan Tauhid Tiga bagi bahagian Uluhiyah. Tauhid Uluhiyah itulah yang menyebabkan manusia menerima sunah dan kental dengannya. Sebalik itu, mereka menjadi berjaga-jaga dengan bid’ah sepajang masa.

Apa itu Tauhid Uluhiyah? Saya pinjam catatan dalam kitab Aqidah Salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah oleh Abdullah bin Abdil Hamid al-Atsari terbitan Pustaka al-Inabah, Jakarta. Catat Tuan Syeikh Abdullah, “Keyakinan yang kuat bahawa Allah swt adalah ilah (yang diibadahi) yang haq, yang tidak ada ilah selain-Nya dan segala yang diibadahi selain-Nya adalah bathil, serta mengesakan-Nya dengan peribadahan, ketundukan dan ketaatan secara mutlak.  Tidak boleh seorang pun dipersekutukannya dengan-Nya, siapa pun dia, dan tidak boleh sesuatu pun dari peribadahannya dipalingkan kepada selain-Nya, seperti shalat, puasa, zakat, haji doa, meinta pertolongan, nazar, menyembelih, tawakal, khauf (rasa takut terhadap siksa-Nya), raja’ (mengharap kurnia dan rahmat-Nya), cinta, dan selain dari jenis-jenis peribadahan yang zahir (nampak) dan batin (tersembunyi).  Allah swt harus diibadahi dengan mahabbah (kecintaan), khauf (rasa takut) dan raja’ (pengharapan) secara bersamaan. Beribadah kepada-Nya dengan sebagian jenis ibadah, tanpa sebagian ibadah yang lainnya adalah kesesatan.”

Ayat 5 surah al-Fatihah, “Hanya kepada-Mu kami beribadah dan hanya kepada-Mu kami minta tolong.”

Ayat 25 surah al-An’biya, “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya, ‘bahawa sanya tidak ada ilah (yang haq) melainkan Aku’ maka ibadahlah kamu terhadap Aku.”

Beribadah dengan tepat mesti ada prinsipnya.

Pertama: Semua jenis peribadahan ditujukan kepada-Nya semata-mata, bukan kepada selain-Nya dan tidak boleh diberikan kepada makhluk lain sedikit pun dari hak-hak d an kehususan Sang Pencipta. Ayat 3 surah Az Zumar, “Ingatlah hanya kepunyaan Allah agama yang bersih (daripada syirik)….”

Kedua: Ibadah tersebut harus selaras dengan perintah Allah dan perintah rasul-Nya. Ayat 21 surah As Syura, “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan mana-mana bahagian daripada agama mereka sebarang amalan yang tidak diizinkan Allah? Jika tidak kerna kalimah tetetapan yang menjadi pemutus, tentulah dijatuhkan azab dengan serta merta kepada mereka.  Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu beroleh azab seksa yang pedih.”

Bahagian Uluhiyah inilah yang menjadi benteng muslim daripada menerima bid’ah hasanah, kerna apa saja ibadah yang bukan diajarkan oleh Nabi-Nya, bermakna satu ibadah rekaan  orang,  walhal Islam sudah sempurna.


Allahu aklam.

Sabtu, Mac 19, 2016

MENGAPA saya muslim, bukannya Kristian

foto hiasan
KEBANYAKAN manusia beragama kerna nenek-moyangnya beragama. Jika nenek-moyangnya beragama Islam, maka keturunannya beragama Islam.  Begitu juga jika nenek-moyangnya beragama Kristen, Hindu atau Buddha, maka itu jugalah agama keturunanya.  Mewarisi kepercayaan orang terdahulu dan mengikutinya sahaja tanpa mengambil pengetahuan mengenainya. Hanya sedikit yang jujur dan bersungguh-sungguh berilmu dengan agamanya, termasuklah dalam kalangan penganut agama apa pun.

Dalam kalangan muslim pun mewarisi kepercayaan atau tradisi beragama nenek-moyangnya. Jika nenek-moyangnya bukan ahli shalat di masjid, maka keturunannya pun banyak begitu sekalipun mereka telah punya pelbagai ilmu kemahiran (dengan adanya pemilikan diploma dan ijazah).

Jika muslim telah berbangga dengan Islam yang dikatakan agama keilmuan, setiap kita mesti bersedia menerima pertanyaan hebat: Mengapa aku seorang muslim, bukan seorang Kristen?

Adalah sangat tidak masuk akal, seorang yang kelihatan hebat ilmunya dan disanjung masyarakat, tidak bersedia menjawab soalan mengapa dirinya seorang muslim. Malah ketakutan apabila melihat gambar salib di tepi-tepi jalan.  Tampak ada yang tidak beres daripada ilmu yang ditekuni belasan tahun.  Agama yang dia yakini sendiri sebagai jalan akhir dan benar menuju akhirat, tidak dipahami lagi.

Al Baqarah ayat 170, “Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘ikutilah apa yang diturunkan Allah’ mereka menjawab ‘(tidak) kami mengikuti apa yang kami dapati daripada nenek kami (yang melakukannya)’.  Padahal nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk.”
                            
Al An’am ayat 116, “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah.  Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanya membuat kebohongan.”

An Nuur ayat 51, “Hanya ucapan orang-orang mukmin, yang apabila mereka diajak kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul memutuskan (perkara) di antara mereka, mereka berkata ‘kami mendengar dan taat’ dan mereka itulah orang-orang  yang beruntung.”

Al Ahzab ayat 36, “Dan tidaklah pantas bagi lelaki dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka.  Dan sesiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sungguh dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.”


Apakah kita sebagai seorang muslim yang bersekolah tinggi masih beragama kerna sangkaan sahaja?

Isnin, Mac 14, 2016

TAHLILAN arwah itu diakui daripada Hindu Buddha

TAHLILAN orang mati yang dipahami sebagai ritual agama Islam hanya ada di Nusantara.  Kerna itu telah berlaku perdebatan atau diskusi kedudukan tahlilan arwah sebagai ritual agama. Sebagian ilmuan yang menjunjung ketulenan beragama berhujah tahlilan arwah atau selametan itu tidak ada pada jaman Nabi s.a.w.  Sebagian lagi menjawab ritual tahlilan itu tetap diterima sebagai  jalan ibadah kerna di dalamnya terkandung bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.  Ini dilihat sangat baik dan sesuai dengan adat budaya masyarakat Nusantara.

Kiyai Idrus Ramli bukan nama kecil dalam dakwah.  Beliau pula terkenal sebagai pejuang agama versi Nusantara yang melanggengkan tahlilan arwah, selametan, yasinan malam Jumaat dan hal-hal lain yang dikritik oleh pihak 'wahabi'.  Namun Kiyai Idrus Ramli mengakui bahwa sejarahnya, tahlilan arwah itu berasal dari luar Islam. Sebelum beragama Islam, masyarakat Nusantara telah terlalu lama beramal dengan Hindu-Buddha.  Terlalu sukar masyarakat menyisihkan terus ritual Hindu-Buddha.  Oleh itu konsep ritual kematian dalam Hindu-Buddha dikekalkan, tetapi isinya ditukar kepada ayat-ayat al-Quran.

Komentar pengarang: Setelah sadar begitu, kembalilah ke jalan salafus shalih. Manhaj salaf sebaik-baik jalan memahami dan melalui keagamaan.




Sabtu, Mac 12, 2016

GAME OVER pembuat bid'ah hasanah

MEMERIMA bid’ah sebagai rekaan baru dalam agama dan mengatakan ada bid’ah hasanah dan bid’ah dolalah sudah biasa didengar.  Maknanya mereka mengakui bahawa terdapat ibadah yang sebenarnya rekaan, atau bukannya tulen daripada ajaran Rasulullah s.a.w.. Namun mereka mendakwa jika ‘perkara itu baik adalah agama’ dan ‘tidak mungkin membaca al-Quran masuk neraka’…. Itulah asasnya bid’ah yang baik atau hasanah.

Kalimah bid’ah dan takrifan sebagai perkara baru dalam agama datang daripada sabda Nabi s.a.w.  Menurut ‘Irbadh bin Sariyah, “Rasulullah mengimami kami shalat subuh, kemudian baginda  berpaling ke belakang menghadap kami, lalu baginda menasihati kami dengan wasiat yang mendalam sehingga menitiskan air mata dan menusuk hati.  Kami berkata, ‘Wahai Rasulullah, nampaknya ini seperti nasihat perpisahan, berwasiatlah kepada kami’.

Baginda s.a.w. bersabda, “Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah, taat dan patuh (kepada pemimpin), walaupun pemimpin kamu seorang hamba abdi berkulit hitam.  Sesiapa antara kamu masih hidup setelah ketiadaanku, dia akan melihat banyak perselisihan.  Oleh itu, kamu hendaklah berpegang teguh kepada sunahku dan sunah khulafa al rasyidin yang mendapat petunjuk.  Gigitlah ia (sunah) dengan geraham (iaitu berpegang teguh).  Kamu hendaklah menjauhi perkara-perkara baru, kerna setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR Abu Dawud)

Oleh kerna telah didapati banyak juga amalan ibadah baru, tidak berasal daripada ajaran Nabi s.a.w. maka orang-orang agama pun berhujah bid’ah yang dilakukan adalah perkara baik atau bid’ah hasanah. “asalkan perkara baik adalah agama dan tidak mungkin membaca al Quran masuk neraka.”  Antara ibadah atau amalan yang digazetkan dalam bid’ah hasanah (bukannya bid’ah yang buruk yang sesat) adalah kenduri arwah, bertahlil arwah, membaca al Quran di atas kubur, merayu-rayu di kubur dan beberapa yang lain.

Namun, tidak mudah orang  yang mendukung bid’ah hasanah dapat memberi contoh bid’ah dolalah dalam amalan atau ibadah. Mereka mendiamkan diri, sama ada tidak mengetahuinya atau menyembunyikannya.

Tidak mengapalah mereka menerima bid’ah hasanah dan yakin itu adalah ibadah tambahan yang diyakini sebagai amalan sunah.  Mereka tidak menafikan itu adalah ibadah atau amalan baru yang bukan daripada Nabi s.a.w.

Mereka akan terdiam apa bila dikatakan sebaik mana pun bid’ah hasanah itu, hanyalah amalan sia-sia, tidak berguna di sisi Allah dan rasulnya.

Menurut A’isyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya) “Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami (agama) perkara yang tidak terdapat padanya, maka amalan itu tertolak.” (HR al Bukhari)

“Sesiapa yang melakukan amalan yang bukan daripada suruhan kami (urusan agama) maka ia (amalan itu) tertolak.” (HR Muslim)

Akhirnya mereka berkata, “kita buat juga…terpulanglah kepada Allah memilih mana yang betul dan membuang mana yang salah.”  Demikianlah agama Islam kepada pembuat bid’ah, agama masih dalam kesamaran. Islam bagi mereka masih kabur, tiada kepastian dan dalam sangkaan belaka.


Semoga kita terjauh daripada berfikiran pembuat bid’ah kerna di sisi mana pun mereka kehilangan hujah, kecuali hawa nafsu.

Ahad, Februari 28, 2016

ELAK cukai ertinya mencuri


SIFAT manusia  ada  yang kikir atau kedekut. Lawannya tamak.  Menjadi kesukaan jika hartanya bertambah-tambah dan kurang senang dengan berkurangnya harta. Kerna itu ada orang yang mencari helah untuk mengelak pembayaran cukai.  Sama ada memberikan angka salah bagi pemilikan hartanya atau memberikan maklumat palsu mengenai barang yang dibeli.  Matlamatnya satu: Tidak mahu membayar cukai.  Kepada orang seperti ini, membayar cukai bererti satu pembayaran yang tidak membawa pulangan kepada peribadinya.

foto hiasan 
Cukai sudah diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar r.a. kerna perubahan zaman dan keadaan. Sejak itu cukai menjadi sebagian pendapatan pemerintah Islam, termasuklah negara moden.  Di Malaysia, muslim yang membayar zakat mendapat potongan cukai pendapatan.  Misalnya jika keseluruhan cukai pendapatannya ialah RM1000.00 dan dia telah membayar zakat sebanyak RM500.00, maka cukai pendapatan yang wajib dibayar ialah RM500.00.

Dalam hidup beragama, muslim wajib mentaati pemerintah. Oleh kerna pemerintah telah mewajibkan adanya cukai pendapatan, cukai pembelian barangan dan cukai import, maka membayar cukai kepada pemerintah menjadi kewajiban sebagai tanda orang beriman. Bisa dirujuk ayat 59 surah an-Nisa, antara lain Allah menyatakan orang-orang beriman itu mentaati Allah, rasul dan pemerintah.

Bagaimana mengelak membayar cukai? Jawabnya dia mencuri wang negara. Apabila cukai sudah ditetapkan pemerintah dan wajib membayarnya, menipu agar terlepas membayar cukai bererti mengambil wang negara.  Sengaja menipu untuk tidak membayar cukai atau diam-diam memasuki rumah orang orang dan mengambil wangnya, sama arti: Mencuri wang.  Wang pihak lain yang diambil secara salah.

Mencuri itu haram dan berdosa.. Dalam surah al-Maidah ayat  38 (Bermaksud): “ Pencuri, lelaki dan perempuan hendaklah kamu potong  tangan kedua-duanya sebagai balasan dari apa yang kedua-duanya lakukan dan sebagai seksa dari Allah. Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Kemudian ada antara mereka memberi hujah begini, “Kami ambil wang negara RM50 ringgit sahaja, itu pemimpin ambil sampai RM100 juta!”  Hujah itu bertujuan menghalalkan perbuatan korupsinya kerna ada korupsi lain yang sangat besar, yang baginya tidak dikenakan apa-apa hukuman.  Sungguh agama tidak dimaksudkan begitu.  Jika kita mencuri atau korupsi, kita menanggung dosanya sebagaimana orang lain melakukan kezaliman yang  dilakukan. “Mereka tidak dibalas melainkan seperti apa yang dikerjakan.” Maksud surah As-Saba’ ayat 33.

Maksud surah Ibrahim ayat 21 pula, “Dan mereka semuanya (di padang mahsyar) akan berkumpul menghadap kehadiran Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: ‘Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan dari pada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja?’ Mereka menjawab: ‘Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita apakah kita mengeluh atau bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri”.


Allahu aklam

Ahad, Februari 21, 2016

HUSSEIN YEE: Contoh akhlak ulama Cina


MINGGUAN MALAYSIA: Ustaz merupakan antara 16 penceramah yang dilarang berceramah di sebuah negeri? Agaknya apakah kesalahan yang ustaz lakukan sehingga tidak dibenarkan berceramah di negeri itu?

HUSSEIN: Pihak kami telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini. Saya pun keliru kerana tidak faham daripada sudut manakah saya telah mengelirukan orang dalam ceramah saya. Malah sehingga kini belum ada wakil daripada pihak yang bertanggungjawab memanggil saya untuk memberi keterangan. Saya pun hendak tahu dalam konteks apakah kesalahan saya itu. Saya doakan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Saya juga berharap agar tidak ada pihak yang mudah untuk menghukum apatah lagi memfitnah mana-mana pihak sebelum dibawa berbincang kerana jika tidak ini boleh jadi satu kezaliman. Saya punya keluarga dari Johor bertanya tentang perkara ini. Saya kata ini perkera kecil sahaja. Ramai yang bagi respons dan berkata selama ini ceramah saya okay sahaja, kerana saya hanya bercakap tentang agama dan tidak ada campur dengan isu politik. Tetapi kalau betul saya ada tersalah cakap, beritahulah saya dan bukannya susah sangat. Kita boleh duduk bersama dan berbincang. Kalau saya salah saya minta maaf.


Sumber: Akhbar Mingguan Malaysia, 21.02.2016.

Sabtu, Februari 20, 2016

61 Fakta siapa sebenar Wahhabi

BENAR, masyarakat Islam sudah sensitif dengan kalimah wahabi.  Kalimah wahabi hanya dikaitkan dengan keagamaan. Maka orang berwaspada, sama ada akan dituduh sebagai wahabi atau mencari peluang memberi gelaran wahabi kepada seseorang yang tidak disukainya.

Tidak ada takrifan yang jelas apa itu wahabi.  Dalam masyarakat Melayu, kalimah wahabi itu muncul daripada perasaan amarah, bukan daripada wacana intelektual yang matang. 

Jadi apa wahabi?  Jawabannya bergantung kepada pemikiran orang yang menuturkannya.  Saya beri contoh, seorang kiyai dengan tegas tidak mahu menjamah makanan dalam kenduri arwah sekalipun beliau sentiasa hadir kenduri berkenaan. Dia dilabel wahabi.  Jika ada orang yang menolak terus amalan kenduri arwah, pastilah dia dibegi gelar wahabi.

Ada orang berwuduk tidak mencuit-cuitkan jari basahnya ke rambut, sebaliknya menyapu kepala dengan kedua-dua tangannya yang basah. Sekalipun dijelaskan perbuatannya bersumber alquran dan sunah, orang seperti ini tetap digelar wahabi. Dalam kes ini wahabi diartikan amalan ibadah sahih bersumberkan dalil tetapi ganjil pada pandangan orang biasa. Maka sesiapa yang berwuduk dengan menyapu atas sarung kakinya, dia pasti wahabi!

Seorang guru yang gigih memperjuangkan sunah nabi berikhtiar mendapatkan 61 fakta yang biasa dijadikan takrif wahabi oleh masyarakat.  Mohd Hairi Nonchi dari Sabah telah menulis buku Menyingkap 61 Fakta mengenai Wahhabi setebal 562 muka surat.  Buku ini diterbitkan oleh Bushra Studio & Publication  tahun 2015.

Penulis  buku telah mengutip dakwaan amalan yang dimaksudkan sebagai wahabi, tetapi beliau telah memberikan pembuktian amalan yang dikatakan wahabi kebanyakannya menjadi pendirian Imam besar Muhammad bin Idris Asy-Syafie atau Imam Syafie (julukan yang popular dalam masyarakat Melayu).

Misalnya dalam fakta keempat, penulis memaparkan sangkaan masyarakat bahawa wahabi menetapkan sifat istawa Allah di atas Arasy di atas langit tanta takwil.  Penulis telah mengeluarkan pendirian Imam Asy Syafie sebagai berikut (dalam kitab Ar Risalah karya Imam Asy Syafie), “Segala puji bagi Allah… Dia adaah seperti yang disifatkan terhadap diri-Nya dan Dia mengatasi apa yang disifatkan makhluk-Nya tentang diri-Nya.”


Buku Menyingkap  61 Fakta  Mengenai Wahahabi mampu memberi kefahaman yang jelas dan adil ketika seseorang memberikan label wahabi kepada orang lain yang disangkanya satu kesalahan beribadah.  Mudah kata, sangat sukar untuk mematikan hujah Mohd Hairi Nonchi bagi setiap pembuktian faktanya.  Kesimpulan awalnya, apa saja yang dikatakan amal wahabi, itu merupakan amal para Sahabat dan Tabi’in yang menuruti amal Junjungan Besar Nabi s.a.w.  Oleh kerna masyarakat melayu kita tidak biasa dengan sunah, dirinya sangat bimbang amal ibadahnya bukan suatu yang sahih menepati sunah Nabi s.a.w., maka dituduhkan wahabi terhadap pendapat yang berbeda daripada apa yang diamalkan selama ini.

Selasa, Februari 16, 2016

KEMBARA Astora Jabat di Sabak Bernam

Pertama kali berbicara dengan Astora Jabat

SIAPA tidak kenal Astora Jabat, terutama kalangan politik Melayu Umno dan Pas. Beliau pernah menjadi pengarang di Mingguan Malaysia pada ketika politik Malaysia dalam dilema akibat pemecatan Anwar Ibrahim daripada Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno tahun 1989.  Astora menjadi benteng tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, sedangkan orang Melayu banyak memihak kepada Anwar Ibrahim.

Tulisan-tulisan Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia bersifat politik mempertahankan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir dan menyerang Pas dan golongan Reformasi.  Dalam pertemuan saya dengan beliau baru-baru ini, Astora mengakui menempuh jaman sukar waktu krisis politik itu. Keselamatannya agak terancam dan terpaksa diiringi anggota polis untuk urusan-urusan kehidupan.

Tanggal 15 Februari 2016 jam 4.30 sore Astora tiba di Sabak Bernam setelah lebh 20 hari menunggang basikal dari kampung halamannya di Pattani, Thailand.  Saya menemui beliau selepas shalat Isyak.  Tidak kekok dengan beliau kerna sebelum ini sudah berbalas tulisan melalui Facebook.  Kami lancar berbicara soal politik dan sejarah bangsa, serta masa depan Pattani.

Astora dalam rangka bertualangan ke 10 negara Asean.  Mulai memasuki Kedah pada awal Februari, beliau mengayuh basikalnya menelusuri desa-desa, daerah bersejarah untuk memadankan fakta sejarah bangsa Melayu Pattani dengan puing-puin sejarahnya.

Setakat ini beliau merasa aneh dengan budaya Melayu Kedah yang banyak dipengaruhi budaya Melayu Siam Buddha ketimbang ketulenan Melayu Pattani.  Secara berseloroh beliau berkata, “patut Kedah diperintah Thailand dan Pattani berada dalam Malaysia.”

Program beliau dari Sabak Bernam akan ke Kuala Lumpur atau Putrajaya. Di sana sahabat-sahabat wartawan akan meraikannya, termasuk Tan Sri Zainudin Maidin.  Kemudian beliau akan turun ke Johor dan pulang melalui pantai timur balik ke Pattani.  Seterusnya kembara berbasikalnya akan ke Kemboja, Vietnam, Laos dan Myammar.  Setelah tamat kembara bahagian tanah besar, barulah akan mengharungi negara kepulauan seperti Indonesia dan Filipina.

Itu cita-citanya. Astora mengakui sebelum bertualanga seperti ini, dia bukanlah seorang pelumba basikal atau pernah mengharungi siri kembara basikal untuk 200 km atau 400 km.  Hanya berbekal semangat dan kudrat tanaga usia lebih setengah abad, beliau akan terus bertualangan.

Bagi sesetengah orang, itu kerja gila. Bagi yang berjiwa kembara dan kewartawanan, berbasikal ke lorong-lorong adalah sebagian kerjaya sampai hujung usia.


Semoga suksen dan tercapai misi. BRAVO ASTORA JABAT.


Ahad, Januari 31, 2016

BERAPA lama Nuraisyah kekal ngetop 1Malaysia?

Cikgu Sa Farid bersama Nuraisyah
SELIBRITI murid sekolah Nuraisyah binti Syahrin, 13 tahun, orang Sabak Bernam.  Ada beberapa sebab dia ngetop satu Malaysia. Pertama dia cedera parah akibat kecelakaan jalan raya ketika pulang dari sekolah. Kedua, dia insan kecil tergilis oleh lori tanah yang agam.  Ketiga, dia baru minggu keempat bersekolah menengah Tingkatan Satu.  Tapi yang menyebabkan seluruh orang merasa hiba terhadapnya ialah dia cacat seumur hidup, tanpa kedua-dua kaki.

Lalu semua pihak meladeninya. Syukur kepada Tuhan.

Saya juga menggunakan jalan yang dilalui Nuraisyah. Sejak jalan itu dirajai lori-lori tanah, minda saya berfikir ‘siapakah yang bakal menjadi mangsa lori-lori ini’.  Dan yang saya fikirkan sudah berlaku. Pastinya Nuraisyah bukan lagi satu nama murid sekolah yang ditimpa malang. Nuraisyah menjadi satu tanda nama kajian dan tindakan pelbagai pihak.  Pihak yang terkesan dan mahu mengatasinya adalah Jabatan Pengangkutan Jalan. Kes ini merembet ke situasi lain pula. Pastinya menjadi rumit dan mungkin akan hilang begitu saja. Sebabnya Nuraisyah hanya muncul di Parit 17 Sungai Panjang Sabak Bernam, bukan Subang Jaya atau Putrajaya!

Nuraisyah dan kakaknya berusia 13 dan 15 tahun menunggang motorsikal ke sekolah, tanpa lesen memandu. Mengapa?  Khidmat bas sekolah sudah lama ditutup kerna tiada pelanggan. Kos bayaran bulanan yang tinggi menyebabkan ibu bapa mencarikan sebuah motorsikal untuk diguna dua anaknya, sehingga mereka tamat bersekolah.  Motorsikal tentu kenderaan lain ketika tidak bersekolah.

Mengapa bapanya tidak menghantar anak ke sekolah? Ini masalah ekonomi pula. Orang desa menjana pendapatan sesuai dengan masa kerjanya. Jarak antara rumah Nuraisyah ke sekolahnya ialah 20 kilometer dengan masa 30 minit. Ini bermakna sehari selama dua jam diguna bapa untuk menguruskan persekolahan anak. Tidak bekerja selama dua jam sehari bermakna pengurangan pendapatan.

Pihak sekolah tidak memberi kesedaran keselamatan di jalan raya?  Perlu diketahui hal-hal di luar pagar sekolah tidak menjadi tanggung jawab pihak sekolah.  Namun Jawatan Kuasa Keselamatan di sekolah memberi maklumat dari masa ke semasa termasuk membawa pihak polis memberikan maklumat berkenaan. Ini standard keselamatan semua sekolah.

Apakah selepas Nuraisyah, keadaan telah berubah. Lori tanah tidak laju-laju mengejar trip, bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah, murid memilih basikal sebagai ganti motorsikal dan jalan raya sentiasa dipantau kerosakannya? Jangan terlalu ideal dalam harapan, apatah lagi Nuraisyah hanya di Sungai Panjang bukannya Subang Jaya atau Purtajaya!

Kita tidak berapa sedar, gerakan membangunkan ekonomi desa supaya tidak jauh dengan ekonomi kota membentuk pula budaya hidup baru di desa. Kawasan rumah Nuraisyah asalnya kawasan paling sunyi di negeri Selangor. Dengan pembangunan asas seperti jalan raya, air, elektrik dan sistem komunikasi, masyarakat membina perkampungan di sana. Tidak ada kenderaan awam, maka motorsikal menjadi pilihan. Selain faktor risiko tinggi berbasikal, tidak mampu mengejar masa, sebuah keluarga bisa mampu memiliki dua atau tiga buah motorsikal. Bermotorsikal budaya. Maka terjadilah Nuraisyah.


Jika pihak polis mahu kempen keselamatan diperhebat, kita juga wajib mengubah suasana dan sistem yang mewujudkan tragedi Nuraisyah. Jika sistem itu kekal, tidak ada apa yang boleh diubah. Siapa yang mahu mengundur sistem ekonomi yang menggerakkan wang ke dalam poket?

Isnin, Januari 25, 2016

MASA depan Syiah cerah di sini...


JUMLAH penduduk Malaysia  hanya 30 juta orang dan daripada itu kira-kira 70 peratusnya beragama Islam. Perkembangan baru pula menggambarkan kemungkinan ada hampir sejuta orang daripada penganut Islam telah bertukar akidah Islam kepada agama Syiah.  Dari sudut teknikal, Syiah boleh dianggap sebagian Islam, tetapi secara akidahnya syiah bukan dalam Islam.

Syiah mengembangkan ajarannya kepada penganut Islam kerna  ada persamaan sejarah. Syiah sendiri asalnya daripada Islam, tetapi akibat amalan bid’ah yang besar dalam akidah dan ibadah, maka Syiah bukan Islam. Ratu Syiah Indonesia sendiri mengakui bahwa Tuhannya Muhammad (Nabi s.a.w.) bukanlah tuhannya mereka kaum Syiah.  Sekian banyak pula ritual ibadah syiah adalah bid’ah, atau rekaan dalam rangka mengabdi kepada tuhan.

Namun kaum Syiah tidak jelas membedakan diri dalam masyarakat Islam Sunnah.  Konsep taqiah atau berpura-pura (munafik) menjadi amalan mereka dalam menyelamatkan diri ketimbang bersusah-payah menjawab mengapa dirinya beragama Syiah.  Sekalipun kaum Syiah di Malaysia mengatakan Ali bin Abi Talib sebagai Nabi akhir zaman atau mengatakan sahabat Nabi itu sebagai tuhan, itu bukanlah terzahir secara konkrit.  Soal dalam agama mereka tidak ada shalat Jumaat dan tidak ada shalat lima waktu, mereka dengan senang menyelinap dalam masyarakat muslim yang memang banyak berkelakuan begitu.

Penganut Syiah hanya dapat dikesan tatkala mereka melakukan ritual agama secara terbuka.  Misalnya jika berkumpul dan mengadakan diskusi agama, pastilah mereka menyatakan kesedihan atas kematian cucu Nabi s.a.w., Saidina Hussein bin Abi Talib. Mereka bersedih menangis dan melagukan irama sesal dan marah terhadap kematian Hussein. Jelas mereka penganut Syiah.

Belum ada penganut Syiah di Malaysia yang melukakan diri pada hari Asyura 10 muharam sebagaimana di Iran, Iraq dan beberapa negara luar sana.  Di Indonesia dan Malaysia, saat hari Asyura mereka menyanyi kesedihan dan menampar-nampar dada.  Sang Syiah tegar dari Indonesia jika mahu melukan diri saat itu, masih perlu ke negara Syiah seperti Iran.

Satu perkara, penganut Syiah di Malaysia atau Indonesia akan menafikan amalan Syirik dan bid’ah dalam agama mereka sebagai dasar.  Jika kita katakan penganut Syiah melukakan diri, menyembah berhala imam mereka atau membuat perlakuan seperti penganut Nasrani dan Hindu, mereka pantas menafikan itu adalah dasar agamanya. Mereka akan berkata, ajaran Syiah yang sebenar bukanlah seperti yang kita katakan kepada mereka. Acara melukakan diri pada 10 muharam yang terkenal dan sebagai tanda rasa sepenanggungan terhadap Hussein juga dinafikan sebagai ajaran asas agama Syiah. Begitulah munafiknya mereka.

Penganut Syiah begitu marah dengan sesiapa yang bersikap dan berdakwah kepada ajaran Islam yang tulen: Al-Quran dan Sunah sahih. Kebetulan negara yang kuat menjaga ajaran Islam seperti yang ada pada jaman Nabi dan para Sahabat adalah Arab Saudi, maka semua penganut Syiah mencela pemerintah dan dasar negara dua tanah suci itu.  Perkataan ‘wahabi’ adalah kewajiban untuk menggambarkan kebencian Syiah kepada sesiapa yang menolak atau melawan agama Syiah.

Pandangan saya, Syiah punya masa depan di Malaysia dan Indonesia kerna masyarakat Islamnya berpegang kuat amalan bid’ah yang dikatakan hasanah.  Asalkan seseorang itu menerima konsep bid’ah dalam agama, pintu masuk ajaran agama Syiah sudah ada.  Syiah itu berkembang kerna penerimaan terhadap rekaan konsep akidah dan ibadah. Rekaan dalam agama itulah bid'ah.


Sudah ada orang yang disebut guru agama mengatakan Nabi Muhammad jauh lebih besar daripada Allah swt. Itu dikatakan untuk membela sambutan Maulidur rasul.  Ada lagi yang mengatakan ‘ada sebagian hadis nabi yang hanya dihafal sahabat dan ulama, tidak ditulis dalam mana-mana sunah hadis’, itu ketika dia membela bid’ah hasanah.  Golongan yang mendakwa keturunan Nabi yang melakukan ibadah di kubur pula sedang diberikan ruang luas menyebarkan ajaran sufinya.  Ini sebagian petanda syiah punya peluang dan akan berkembang di Malaysia.  Tentulah Indonesia mendahului Malaysia dalam hal berkembangnya Syiah.

Sabtu, Januari 16, 2016

"JANGAN ikut cara ibadahnya orang Arab."


Di mana kalian mahu mencari sumber atau contoh sebenar bagi kenderaan jenama Toyota? Kalian mesti ke Jepun, bukan ke Thailand sekalipun Toyota yang kalian gunakan dipasang di Thailand.  Di manakah kita mahu menemui contoh sebenar ajaran Nabi Muhammad s.a.w.?  Kita pasti ke Madinah dan Makkah, kerna di situlah Nabi s.a.w. menerima dan menyampaikan wahyu yang menjadi panduan umat beragama. Kita tidak mungkin ke Indonesia sekalipun negara itu mempunyai jumlah penduduk muslim terbanyak di dunia!


Apabila dikhabarkan bagaimana penduduk Madinah dan Makkah mengurus jenazah, sebagian penduduk Nusantara tidak suka dibanding-banding dengan Madinah dan Makkah.  Sehingga keluar perkataan, “tidak boleh meniru caranya orang Arab beragama.”  Walhal Nabi s.a.w. dan para sahabatnya adalah orang Arab kecuali sedikit yang ajam.  Yang ajam juga berbahasa Arab seperti Nabi s.a.w.

Ketika usia pertengahan awal abad ini, saya berkesempatan ke Madinah dan Makkah. Oleh kerna usia di bawah 40 dan peribadi orang desa yang kuat berjalan, saya sering di hadapan saat shalat di Masjid Nabawi. Persis di daerah kecil yang dikhaskan oleh imam dan pengiringnya.  Ruang imam dan pengiring diletakkan beberapa rehal supaya tidak diguna oleh jamaah lain. Kemudian setelah shalat, dibuka pintu sebelah, bahagian tepi mihrab imam, di situ sudah tersedia jenazah yang akan dishalati. Imam terus ke situ dan shalat jenazah.

Habis shalat, jenazah terus dibawa keluar ke makam Baqi dengan pantas. Saya sekali mengikuti pembawaan jenazah untuk pemakaman. Waktunya selepas shalat subuh. Lampu bersinar di kawasan Baqi, jadi tampak banyak lubang kubur sudah tersedia untukdiguna kapan-kapan saja.  Tidak seperti di desa kita, jika ada kematian baru digali tanah kubur. Dan tidak akan ada lubang kubur  begitu saja berhari-hari.

Jenazah terus dimakamkan seperti juga di desa kita, tidak ada acara lain. Habis jenazah dimakamkan, orang berdiri sebentar (berdoa) dan berangkat pergi.  Tidak ada seperti di negeri kita, orang membentang tikar dan imam berkhutbah tentang kematian, pengajaran terhadap mayat di kubur. Ada tahlilan, bacaan yassin dan menabur bunga-bunga serta menyiram air di pusara.  Kemudian di tanda dua kayu nisan.  Mungkin sebulan kemudian ditinggikan kuburan dan disimen, ditulis pula ayat surah al-Fatihah.

Berkenaan dakwaan orang Madinah itu wahabi bab kubur, eloklah ditatap hadis nabi.

Ummu Habibah dan Ummu Salamah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w.  tentang sebuah gereja di negeri Habsyah. Di dalam gereja itu terdapat gambar.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya), “Sesungguhnya  jika ada seorang salih yang meninggal dunia di antara mereka, mereka membangunkan atas kuburannya masjid (tempat ibadah).  Lalu mereka membuat gambar-gambar (orang salih) tersebut dalam masjid itu.  Mereka itulah orang-orang yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat.” (Hadis sahih al-Bukhari dan Muslim)

Adapun orang-orang di desa kita lebih kepada adat bangsa dan suku kaum yang dihiasi ayat-ayat agama.


Nota: Pada ziarah Disember 2015 yang lalu, saya meladeni kedua-kedua orang tua di tanah suci, maka tidak ada kesempatan untuk menyertai pemakaman di Baqi. Entah seperti 14 tahun yang lalu atau tidak.

Khamis, Januari 07, 2016

POLIGAMI bukan sunah, tapi boleh dilakukan

foto hiasan

Allah Ta’ala berfirman:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil [265], Maka (kawinilah) seorang saja [266], atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (QS. An Nisa’ : 4)
[265] Berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam memenuhi isteri seperti pakaian, tempat, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriyah.
[266] Islam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. sebelum turun ayat Ini poligami sudah ada, dan pernah pula dijalankan oleh para nabi sebelum nabi Muhammad ayat Ini membatasi poligami sampai empat orang saja.
– Apakah Disunnahkan Poligami Dalam Islam ?
Poligami ini disunnahkan bila seorang laki-laki dapat berbuat adil di antara istri-istrinya berdasarkan firman Allah Ta’ala:
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
“Namun bila kalian khawatir tidak dapat berbuat adil maka nikahilah satu wanita saja” (QS. An Nisa: 3)
Dan juga bila ia merasa dirinya aman dari terfitnah dengan mereka dan aman dari menyia-nyiakan hak Allah dengan sebab mereka, aman pula dari terlalaikan melakukan ibadah kepada Allah karena mereka. Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya istri-istri dan anak-anak kalian adalah musuh bagi kalian maka berhati-hatilah dari mereka“. (QS. At Taghabun: 14)
Di samping itu ia memandang dirinya mampu untuk menjaga kehormatan mereka dan melindungi mereka hingga mereka tidak ditimpa kerusakan, karena Allah tidak menyukai kerusakan. Ia mampu pula menafkahi mereka. Allah Ta’ala berfirman:
وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ
“Hendaklah mereka yang belum mampu untuk menikah menjaga kehormatan dirinya hingga Allah mencukupkan mereka dengan keutamaan dari-Nya” . (QS. An Nur:33)
(Dinukil dari “Fiqh Ta’addud Az Zawjaat”, hal. 5)
Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i pernah ditanya tentang hukum poligami, apakah sunnah? beliau menjawab: “Bukan sunnah, akan tetapi hukumnya jaiz (boleh)“.
Sebuah Petikan Tentang Keadilan Salaf
Ibnu Abi Syaibah Rahimahullah berkata dalam “Al Mushannaf” (4/387): Telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Ath Thayalisi dari Harun bin Ibrahim is berkata: Aku mendengar Muhammad berkata terhadap seseorang yang memiliki dua istri: “Dibenci ia berwudlu hanya di rumah salah seorang istrinya sementara di rumah istri yang lain ia tidak pernah melakukannya“. (Atsar ini shahih)
Selanjutnya beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Mughirah dari Abi Muasyir dari Ibrahim tentang seseorang yang mengumpulkan beberapa istri : “Mereka menyamakan di antara istri-istrinya sampaipun sisa gandum dan makanan yang tidak dapat lagi ditakar/ditimbang (karena sedikitnya) maka mereka tetap membaginya tangan pertangan“. (Atsar ini shahih dan Abu Muasyir adalah Ziyad bin Kulaib, seorang yang tsiqah)
Peringatan !!!
Di antara manusia ada yang tergesa-gesa dan bersegera melakukan poligami tanpa pertimbangan dan pemikiran, sehingga ia menghancurkan kebahagiaan keluarganya dan memutus ikatan tali (pernikahannya) dan menjadi seperti orang yang dikatakan oleh seorang A’rabi (dalam bait syairnya):
Aku menikahi dua wanita karena kebodohanku yang sangat
Dengan apa yang justru mendatangkan sengsara
Tadinya aku berkata, ku kan menjadi seekor domba jantan di antara keduanya
Merasakan kenikmatan di antara dua biri-biri betina pilihan
Namun kenyataannya, aku laksana seekor biri-biri betina yang berputar di pagi dan sore hari diantara dua serigala
Membuat ridla istri yang satu ternyata mengobarkan amarah istri yang lain
Hingga aku tak pernah selamat dari satu diantara dua kemurkaan
Aku terperosok ke dalam kehidupan nan penuh kemudlaratan
Demikianlah mudlarat yang ditimbulkan di antara dua madu
Malam ini untuk istri yang satu, malam berikutnya untuk istri yang lain, selalu sarat dengan cercaan dalam dua malam
Maka bila engkau suka untuk tetap mulia dari kebaikan
yang memenuhi kedua tanganmu hiduplah membujang
namun bila kau tak mampu, cukup satu wanita, hingga mencukupimu dari beroleh kejelekan dua madu
Bait syairnya yang dikatakan A’rabi ini tidak benar secara mutlak, tetapi barangsiapa yang takalluf (memberat-beratkan dirinya) melakukan poligami tanpa disertai kemampuan memberikan nafkah, pendidikan dan penjagaan yang baik, maka dimungkinkan akan menimpanya apa yang dikisahkan oleh A’rabi itu yaitu berupa kesulitan dan kepayahan.
Wallahu A’lam
(sumber dari kitab : Al Intishar lihuhuqil Mu’minat. Karya : Ummu Salamah As Salafiyyah Hal. 154 -. Penerbit darul Atsar Yaman Cet. I Th. 2002. Telah diterjemahkan dengan judul buku : Persembahan untukmu Duhai Muslimah Cet. Pustaka Al Haura’ Yogyakarta)