Pengikut

Memaparkan catatan dengan label media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label media. Papar semua catatan

Isnin, Mac 11, 2013

DAHULU saya pun menulis dalam Harakah

BUKAN baru pada zaman internet saya menulis isu negara. Sebagai orang muda yang punya idealisme (kadang-kadang patut dibaca antiestablishment anak muda), saya memilih akhbar antikerajaan seperti Harakah, Watan dan Mingguan Tanahair untuk menghantar hasil tulisan.  Akhbar antikerajaan yang masih kekal ialah Harakah, sementara Watan dan Mingguan Tanahair sudah lama berkubur.

Tulisan di atas merupakan laopran satu forum politik di Jitra Kedah antara wakil Pas, Ustaz Fadzil Noor, wakil Umno Encik Adam Kadir dan wakil Gerakan Dr Goh Cheng Teik pada 15 September 1988. Dalam tulisan ini memang saya lebih memberi liputan apa yang diucapkan oleh Ustaz Fadzil.  Kerana forum ini tertutup dan saya yakin pihak Harakah tidak dapat menghantar wakil untuk membuat liputan, maka saya yakin tulisan saya pasti disiar oleh Harakah. 

Tulisan dalam harakah ini mengenai pergolakan dalam kalangan orang Melayu. Namun apabila saya lebih menyorot mengenai masalah dalam Umno hasil Pemilihan Umno tahun 1987, tentulah tulisan saya memberi kelebihan politik kepada Pas, maka Harakah menyiarkannya.

Sebenarnya saya pun tak suka Mingguan Tanahair (MT) memilih tajuk Fadzil Noor tinggalkan sunnah, sebab itu bukanlah tujuan saya menulis di situ.  Maksud saya, masyarakat tidak faham maksud sunah yang sebenar dan apabila Ustaz Fadzil Noor menyebut 'jubah dan serban bukan tanda sunah nabi' editor Mingguan Tanahair memilih tajuk begitu.  Begitulah jadi penulis, editor lebih berkuasa. Namun saya banyak berterima kasih kepada MT sebab hampir semua tulisan yang saya hantar disiar sama ada bentuk skala satu muka surat atau eceran yang bersiri.

Akhbar watan merupakan akhbar yang pertama sekali menyiarkan tulisan saya.  Apabila tulisan saya dalam 'Surat Pembaca' mengenai debat hukuman sebat enam kali di Kelantan disiar, saya tersedar bahawa minda saya laku dalam dunia penyiaran.  Oleh pelbagai isu saya tulis dalam Watan termasuk peristiwa penembakan kapal dagang Malaysia Promex Saga dibedil (atau terbedil) kapal perang Amerika di perairan Okinawa Jepun.  Tulisan saya menyangkut tindakan Amerika itu sebagai respon PM YAB Dr Mahathir Mohamad yang membuat lawatan ke USSR (Russia) negara yang menjadi musuh Amerika dalam Perang Dingin.

Adakah saya menulis di Utusan Malaysia dan Berita Harian? jawabnya ya juga, tapi tidak banyak sebab idealisme tulisan saya tahun 80-an banyak condong kepada parti pembangkang.

Jumaat, Oktober 22, 2010

BUSANA muslimah?


BIARLAH foto bercerita kepada kita. Foto ini dikatakan menjadi isu, sensitif kepada muslim. Background kelihatan Islamic festival fashion, dan ada paparan kalimah muhammad dalam pelbagai dimensi pada pakaian peragawati.  Anda tahu menilainya.  

Cuba kita berfikir sama, pernahkah kita mengambil logo salib dan membuat pelbagai demensi sama ada atas nama sindir, sinis atau provokasi?

Selasa, November 03, 2009

KENYATAAN NGO sunah mengenai Dr Asri


Senarai NGO Sunnah yang membantah penahanan kontroversi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta memorandum kepada Yang diPertuan Agong oleh Persatuan Peguan Syarie Malaysia (PGSM).


1. Institut al-Qayyim, Pulau Pinang
2. Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa Malaysia, Kuala Lumpur
3. Institut al-Mizan, Negeri Sembilan
4. Pertubuhan Kebajikan al-Qalam, Perlis
5. Akademi al-Faqeh, Selangor
6. INTIS Consultant and Training, Kuala Lumpur
7. Yayasan at-Tibyan, Pahang
8. Institut Ibn Kathir, Perlis
9. Muslim Professional Forum, Kuala Lumpur
10. Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), Kuala Lumpur
11. Pertubuhan al-Khaadem, Kuala Lumpur
12. Yayasan Ta’lim, Kuala Lumpur
13. Islamic Propagation Centre International (IPCI), Pulau Pinang
14. Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ibnu Hajar(IBH), Melaka.
15. Gagasan Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (GUASMA)

RESPONS TERHADAP PENANGKAPAN DR. MAZA

1) Kami merasa kesal dan dukacita dengan cara para petugas JAIS menangani isu penangkapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Hulu Kelang malam semalam. Proses penahanan tersebut telah dilakukan dengan cara yang tidak professional dan biadab, serta membelakangkan adab kesopanan dan tata susila agama.

a) Kami merasakan penangkapan Dr Mohd Asri dilakukan dengan cara yang tidak terhormat, bahkan tidak mengikut prosedur undang-undang yang wajar. Kehadiran begitu ramai anggota polis seolah-olah menggambarkan seorang penjenayah besar sedang dikepung untuk ditangkap.

b) Dalam kejadian yang belaku di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur yang menyaksikan bahawa pegawai JAIS yang terlibat telah mengganggu petugas media menjalankan tugas, dan ini adalah bukti mereka tidak professional.

c) Kami juga sangat hairan bagaimana Dr. Asri dibiarkan tertunggu-tunggu selama beberapa jam tanpa sebarang pertuduhan di ruang mahkamah. Lebih menghairankan lagi tiba-tiba beliau dikatakan telah dibebaskan dengan bon jaminan sedangkan hal tersebut tidak pernah berlaku.

2) Kami menggesa agar dalang di sebalik kekacauan yang berlaku pada hari tersebut dikenalpasti dan diambil tindakan tegas oleh pihak berwajib.


a) Kami ingin tertanya-tanya apakah bentuk penjelasan yang telah diberikan oleh para petugas JAIS kepada pihak polis sehingga menyebabkan seluruh taman perumahan dikepung oleh pihak polis. Adakah rumah tersebut sedang melakukan aktiviti jenayah?

b) Kejadian tersebut amatlah tidak wajar, seolah-olah para pegawai JAIS sengaja menggambarkan bahawa Dr Mohd Asri seperti seorang penjenayah dan menjatuhkan kredibiliti beliau.

c) Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang bertindak professional dalam menangani kes tersebut yang ternyata lebih baik berbanding para petugas JAIS.

3) Kejadian yang berlaku lewat malam semalam adalah bukti diskriminasi dan prejudis terhadap kesarjanaan ilmu dan keterbukaan pemikiran. Dan pada masa yang sama, mencemarkan kebebasan bersuara dalam negara demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini.

4) Kami dengan ini meminta penjelasan daripada JAIS serta pihak-pihak berkaitan, kenapa seorang bekas mufti, ahli Majlis Agama Islam Negeri Perlis, pensyarah kanan di universiti tempatan yang mempunyai kelulusan khas dalam bidang agama, kolumnya dibaca oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia, bahkan diiktiraf keilmuannya oleh pihak kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, ditahan atas sebab tiada tauliah. Jika tauliah menjadi isu kenapa masih ramai individu yang memberikan ceramah di masjid dan surau di bawah seliaan JAIS tanpa tauliah, akan tetapi tidak ditahan. Maka dapat kami simpulkan bahawa penahanan Dr Mohd Asri adalah berbentuk selektif ataupun berpilih-pilih.

5) Kami sangat menghargai keprihatinan dan sokongan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan sebilangan ahli palimen Malaysia yang bersidang hari ini. Reaksi positif pihak terbabit member sinar kepada kebebasan berfikir dan bersuara dalam sebuah Negara demokrasi berdaulat seperti Malaysia ini.

6) Dengan ini, kami sebulat suara menggesa pihak yang berkaitan menghentikan politicking agama ini agar wajah penguatkuasa Islam tidak dipandang remeh dah hina oleh masyarakat awam. Kami juga menggesa agar dalang dan petualang yang mencetuskan kekecohan ini diambil tindakan tegas bagi menghentikan agenda buruk mereka. Jika benar ada pertuduhan lakukanlah dengan adil dan saksama.

RESPONS TERHADAP KENYATAAN BALAS PGSM

1) Kami, ingin menyelar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang mengatakan bahawa memorandum tersebut adalah satu perkara yang remeh yang sengaja digembar-gemburkan oleh Dr. Asri.

2) Namun, perkara remeh seperti yang didakwa oleh pihak PGSM, telah dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong, seterusnya seolah-olah meremehkan dan memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong itu sendiri.

3) Kami dengan ini, ingin menyatakan bahawa memorandum tersebut dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan palsu dan berbentuk fitnah. Ternyata bahawa mereka telah berbohong di hadapan YDP Agong dan seluruh rakyat yang membaca memorandum tersebut.

4) Kami juga percaya bahawa memorandum seperti yang telah dikeluarkan itu tidak disokong oleh kesemua 16 NGO, bahkan kami juga percaya bahawa ianya bukanlah kenyataan rasmi mereka. Akan tetapi ia cuma mewakili sesetengah individu yang berkepentingan.

5) Dan kami juga meragui pernyataan memorandum tersebut bahawa majoriti umat Islam di Malaysia membantah, dan tidak menerima Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedangkan telah ternyata jelas bahawa Dr Mohd Asri mampu mendapatkan sokongan yang baik, samada dari pihak kerajaan, pembangkang mahupun pihak-pihak berkecuali.

6) Kami merasakan bahawa pihak PGSM telah mencemarkan imej baik mereka sebagai pengamal undang-undang yang sepatutnya menitik beratkan soal bukti, hujah dan juga fakta yang benar dalam menyatakan tuduhan. Kenyataan yang berbentuk pembohongan serta fitnah seperti di dalam memorandum tersebut telah mencalar kredibiliti PGSM lebih-lebih lagi sebagai persatuan pengamal perundangan Islam. Malahan, ia menggambarkan mentaliti dan cara bertindak yang rendah.

7) Dengan ini, kami menggesa pihak PGSM membuktikan kesemua 10 tuduhan yang dimuatkan di dalam memorandum tersebut, dan kami ingin menolak sekeras-kerasnya kesemua dakwaan palsu yang termuat di dalam memorandum yang telah disampaikan kepada Yang diPertuan Agong tersebut.

8) Kami juga ingin mencabar pihak PGSM untuk membuktikan kesemua tuduhan palsu di dalam memorandum tersebut secara terbuka untuk merungkai segala kekeliruan memandangkan memorandum tersebut telah pun disiarkan kepada umum di dalam laman sesawang PGSM sendiri.

9) Kami juga memohon penjelasan pihak PGSM mengemukakan sumber yang menyebut berkenaan perlantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai Yang Dipertua YADIM. Berdasarkan satu kenyataan akhbar (2 November 2009, Berita Harian, muka 5) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom beliau telah menegaskan bahawa tiada perlantikan baru atau pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut kerana tempoh jawatan YDP YADIM yang sedia ada telah dilanjutkan sehingga 2012.

Ahad, November 23, 2008

ETIKA penulis blog

MENTERI Dalam Negeri mangatakan supaya penulis blog ada etika sendiri sebab blog sudah mampu membentuk pemikiran atau pandangan pembaca. Nah, itu pandangan seorang Pak Menteri yang menjaga hal keselamatan dalam negeri, yang antara tugasnya menelusuri kandungan dalam blog.

Sesungguhnya tanpa ada bicara Pak Menteri pun kehidupan wajib ada etika. Ada orang berpura-pura lupa dengan etika atau peraturan hidup apabila menulis dalam media maya. Sebagai muslim adakah ruang untuk lepas bebas daripada pengetahuan Allah dan lepas daripada tanggung jawab di akhirat sana?

Sebenarnya malang juga apabila ada golongan agama seperti ‘ustaz’ atau yang mempopularkan diri sebagai pejuang Islam mengambil kesempatan adanya alam maya untuk mengeluarkan tulisan (baca ucapan) yang mereka sendiri tidak sanggup lafazkannya jika wajah mereka kelihatan di mata umum.

Sekalipun mereka memakai tanda ‘orang agama dan pejuang agama’, tidak ada kekebalan di sisi Allah untuk menyamar semata-mata untuk melepaskan ucapan-ucapan tidak ada etika. Oleh itu sama sahaja di sisi Allah, sama ada menulis dengan jujur atau menipu. Bersembunyi atau mempamerkan diri, kita tetap akan dipertanggungjawabkan di mana-mana juga. Sepatutnya kefahaman mengenai Hari Akhirat akan lebih menggerunkan diri sama ada di dunia fisikal atau maya.

Kenyataan Pak Menteri penulis sertakan di bawah.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/22/mstar_berita/20081122205116&sec=mstar_berita

Khamis, November 13, 2008

ULANG tahun pertama blog

HARI ini 13 November 2008 cukup setahun blog ini berada di alam maya. Blog ini bukanlah pilihan utama para pelayar di alam maya, namun tetap mempunyai peranan sendiri dalam menyampaikan maklumat.

Sewaktu ingin membuka blog setahun lalu, penulis telah memikirkan beberapa perkara seperti tema dan isi kandungan serta matlamat pembinaannya. Penulis sedar cara-cara untuk meraih bukaan terbanyak dalam media mestilah menampilkan isu-isu semasa yang panas. Semakin panas isu yang digarap, semakin menjadi buruan pelayar maya. Namun penulis tidak memilih kaedah seperti itu.

Penulis juga ada pilihan untuk menulis isu panas seperti politik dan menyembunyikan identiti diri. Namun penulis berpegang kepada ketelusan dan kejujuran kerana bagaimana dan di mana pun seseorang hendak menyembunyikan diri, tidak lepas daripada pengetahuan Allah swt. Oleh itu, penulis menulis dengan terbuka dan diketahui identitinya.

Tidak ada apa-apa yang kontroversi selama setahun blog ini dilayari, dan yakin bahawa blog ini juga telah dikenalpasti kategorinya oleh pihak yang menjaga keselamatan dalam negara. Oleh kerana blog ini bertemakan ‘alquran dan sunnah’ mana penulis juga yakin pihak berkuasa agama negeri-negeri dalam negara Malaysia juga memantau isi kandungannya.

Sekalipun ada terbitan dalam blog ini yang tidak selaras dengan uruf masyarakat muslim dalam negara, namun penulis tidak merasa ada kebimbangan apa-apa. Keyakinan penulis ialah bahawa alquran dan sunnah adalah hujah kebenaran dalam mana-mana jalan mencari jalan Tuhan!

Semoga penulisan dalam blog ini terus mendapat petunjuk Tuhan demi menyampaikan mesej-mesej yang benar.

Khamis, November 06, 2008

BACA yang mencabar minda

ANTARA perkara yang mudah dalam kehidupan ialah membaca. Bacalah apa-apa bahan untuk maklumat dan menjadikan minda hidup dengan pemikiran. Sebenarya apa yang penting kepada penulis ialah bukan sekadar membaca tulisan, tetapi mesti berani membaca yang kita tidak suka!


Misalnya, jika anda tidak suka ‘wahabi’ bacalah MAJALAH I keluaran bukan November ini untuk mengetahui penjelasan ‘wahabi’ dari sisi yang anda tidak suka. Sama juga jika anda tidak suka produk yang dikatakan bid’ah seperti baca alquran di kubur dan tahlil kirim arwah, sila baca lembaran atau karya yang mempertahankan amalan berkenaan. Bacalah yang kita tidak suka, memang mencabar minda.

Maka, perbuatan menutup mikrofon kerana bimbang suara yang tidak disukai bergema adalah perbuatan orang tidak suka berfikir. Konon dengan merampas bahan bacaan yang tidak disukai akan meneruskan keharmonian adalah hujah orang atas pokok, yang tidak berasaskan pemikiran dan ilmiah.

Maka, bacalah MAJALAH I kerana kandungannya mencabar minda. Siapa yang akan kalah: Pembaca atau majalah itu?