Di mana kalian mahu mencari sumber atau contoh
sebenar bagi kenderaan jenama Toyota? Kalian mesti ke Jepun, bukan ke Thailand sekalipun
Toyota yang kalian gunakan dipasang di Thailand. Di manakah kita mahu menemui contoh sebenar
ajaran Nabi Muhammad s.a.w.? Kita pasti
ke Madinah dan Makkah, kerna di situlah Nabi s.a.w. menerima dan menyampaikan
wahyu yang menjadi panduan umat beragama. Kita tidak mungkin ke Indonesia
sekalipun negara itu mempunyai jumlah penduduk muslim terbanyak di dunia!
Apabila dikhabarkan bagaimana penduduk Madinah dan
Makkah mengurus jenazah, sebagian penduduk Nusantara tidak suka
dibanding-banding dengan Madinah dan Makkah.
Sehingga keluar perkataan, “tidak boleh meniru caranya orang Arab
beragama.” Walhal Nabi s.a.w. dan para
sahabatnya adalah orang Arab kecuali sedikit yang ajam. Yang ajam juga berbahasa Arab seperti Nabi
s.a.w.
Ketika usia pertengahan awal abad ini, saya
berkesempatan ke Madinah dan Makkah. Oleh kerna usia di bawah 40 dan peribadi
orang desa yang kuat berjalan, saya sering di hadapan saat shalat di Masjid
Nabawi. Persis di daerah kecil yang dikhaskan oleh imam dan pengiringnya. Ruang imam dan pengiring diletakkan beberapa
rehal supaya tidak diguna oleh jamaah lain. Kemudian setelah shalat, dibuka
pintu sebelah, bahagian tepi mihrab imam, di situ sudah tersedia jenazah yang
akan dishalati. Imam terus ke situ dan shalat jenazah.
Habis shalat, jenazah terus dibawa keluar ke makam
Baqi dengan pantas. Saya sekali mengikuti pembawaan jenazah untuk pemakaman.
Waktunya selepas shalat subuh. Lampu bersinar di kawasan Baqi, jadi tampak
banyak lubang kubur sudah tersedia untukdiguna kapan-kapan saja. Tidak seperti di desa kita, jika ada kematian
baru digali tanah kubur. Dan tidak akan ada lubang kubur begitu saja berhari-hari.
Jenazah terus dimakamkan seperti juga di desa kita,
tidak ada acara lain. Habis jenazah dimakamkan, orang berdiri sebentar (berdoa)
dan berangkat pergi. Tidak ada seperti
di negeri kita, orang membentang tikar dan imam berkhutbah tentang kematian,
pengajaran terhadap mayat di kubur. Ada tahlilan, bacaan yassin dan menabur
bunga-bunga serta menyiram air di pusara.
Kemudian di tanda dua kayu nisan.
Mungkin sebulan kemudian ditinggikan kuburan dan disimen, ditulis pula
ayat surah al-Fatihah.
Berkenaan dakwaan orang Madinah itu wahabi bab
kubur, eloklah ditatap hadis nabi.
Ummu Habibah dan Ummu Salamah menceritakan
kepada Rasulullah s.a.w. tentang sebuah
gereja di negeri Habsyah. Di dalam gereja itu terdapat gambar.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya),
“Sesungguhnya jika ada seorang salih yang
meninggal dunia di antara mereka, mereka membangunkan atas kuburannya masjid
(tempat ibadah). Lalu mereka membuat
gambar-gambar (orang salih) tersebut dalam masjid itu. Mereka itulah orang-orang yang paling buruk
di sisi Allah pada hari kiamat.” (Hadis sahih al-Bukhari dan Muslim)
Adapun orang-orang di desa kita lebih kepada adat
bangsa dan suku kaum yang dihiasi ayat-ayat agama.
Nota: Pada ziarah Disember 2015 yang lalu, saya
meladeni kedua-kedua orang tua di tanah suci, maka tidak ada kesempatan untuk
menyertai pemakaman di Baqi. Entah seperti 14 tahun yang lalu atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan