BENAR, masyarakat Islam sudah sensitif dengan
kalimah wahabi. Kalimah wahabi hanya
dikaitkan dengan keagamaan. Maka orang berwaspada, sama ada akan dituduh
sebagai wahabi atau mencari peluang memberi gelaran wahabi kepada seseorang
yang tidak disukainya.
Tidak ada takrifan yang jelas apa itu wahabi. Dalam masyarakat Melayu, kalimah wahabi itu
muncul daripada perasaan amarah, bukan daripada wacana intelektual yang matang.
Jadi apa wahabi?
Jawabannya bergantung kepada pemikiran orang yang menuturkannya. Saya beri contoh, seorang kiyai dengan tegas
tidak mahu menjamah makanan dalam kenduri arwah sekalipun beliau sentiasa hadir
kenduri berkenaan. Dia dilabel wahabi.
Jika ada orang yang menolak terus amalan kenduri arwah, pastilah dia
dibegi gelar wahabi.
Ada orang berwuduk tidak mencuit-cuitkan jari
basahnya ke rambut, sebaliknya menyapu kepala dengan kedua-dua tangannya yang
basah. Sekalipun dijelaskan perbuatannya bersumber alquran dan sunah, orang
seperti ini tetap digelar wahabi. Dalam kes ini wahabi diartikan amalan ibadah
sahih bersumberkan dalil tetapi ganjil pada pandangan orang biasa. Maka sesiapa
yang berwuduk dengan menyapu atas sarung kakinya, dia pasti wahabi!
Seorang guru yang gigih memperjuangkan sunah nabi
berikhtiar mendapatkan 61 fakta yang biasa dijadikan takrif wahabi oleh
masyarakat. Mohd Hairi Nonchi dari Sabah
telah menulis buku Menyingkap 61 Fakta mengenai Wahhabi setebal 562 muka
surat. Buku ini diterbitkan oleh Bushra
Studio & Publication tahun 2015.
Penulis buku
telah mengutip dakwaan amalan yang dimaksudkan sebagai wahabi, tetapi beliau
telah memberikan pembuktian amalan yang dikatakan wahabi kebanyakannya menjadi
pendirian Imam besar Muhammad bin Idris Asy-Syafie atau Imam Syafie (julukan
yang popular dalam masyarakat Melayu).
Misalnya dalam fakta keempat, penulis memaparkan
sangkaan masyarakat bahawa wahabi menetapkan sifat istawa Allah di atas Arasy
di atas langit tanta takwil. Penulis telah
mengeluarkan pendirian Imam Asy Syafie sebagai berikut (dalam kitab Ar Risalah
karya Imam Asy Syafie), “Segala puji bagi Allah… Dia adaah seperti
yang disifatkan terhadap diri-Nya dan Dia mengatasi apa yang disifatkan
makhluk-Nya tentang diri-Nya.”
Buku Menyingkap 61 Fakta
Mengenai Wahahabi mampu memberi kefahaman yang jelas dan adil
ketika seseorang memberikan label wahabi kepada orang lain yang disangkanya
satu kesalahan beribadah. Mudah kata,
sangat sukar untuk mematikan hujah Mohd Hairi Nonchi bagi setiap pembuktian
faktanya. Kesimpulan awalnya, apa saja
yang dikatakan amal wahabi, itu merupakan amal para Sahabat dan Tabi’in yang
menuruti amal Junjungan Besar Nabi s.a.w.
Oleh kerna masyarakat melayu kita tidak biasa dengan sunah, dirinya
sangat bimbang amal ibadahnya bukan suatu yang sahih menepati sunah Nabi
s.a.w., maka dituduhkan wahabi terhadap pendapat yang berbeda daripada apa yang
diamalkan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan