Pengikut

Memaparkan catatan dengan label sunah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sunah. Papar semua catatan

Isnin, September 10, 2018

WUDHU, sapulah seluruh kepala

Antara kesalahan ketara semasa wuduk yang diamal oleh masyarakat Islam di tanah air adalah tatacara menyapu kepala, iaitu  sekadar menyapu sedikit saja daripada rambutnya atau kepalanya.


https://youtu.be/FZ-O9fThAcc

Yang sahih hendaklah menyapu seluruh kepalanya dengan tangan yang basah iaitu bermula dari bahagian hadapan kepalanya kemudian diteruskan sampai ke belakang di bahagian bawah kepala dekat dengan tengkuk, setelah itu dia tarik semula ke hadapan, kemudian terus menyapu cuping telinga, ini dikira satu sapuan. Cukup dilakukan sekali kerana begitu contoh daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Kata Imam al-Syafii rahimahullah:

وَأُحِبُّ أَنْ يَتَحَرَّى جَمِيعَ رَأْسِهِ وَصُدْغَيْهِ يَبْدَأُ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ، ثُمَّ يَذْهَبُ بِهِمَا إلَى قَفَاهُ، ثُمَّ يَرُدُّهُمَا إلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ
Maksudnya: "dan aku suka  supaya dia berusaha menyapu semua kepalanya bermula di bahagian hadapan (ubun²) kemudian dibawa ke belakang, kemudian ditarik semula kedua-dua tangannya ke tempat dia mula menyapukan (air) ". [Mukhtasar al-Muzanni, daripada al-Umm 8/94]

Kata Imam al-Nawawi rahimahullah:

الْعَاشِرَةُ: اسْتِيعَابُ الرَّأْسِ بِالْمَسْحِ. وَالسُّنَّةُ فِي كَيْفِيَّتِهِ: أَنْ يَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى مُقَدَّمِ رَأْسِهِ، وَيُلْصِقُ سَبَّابَتَهُ بِالْأُخْرَى، وَإِبْهَامَيْهِ عَلَى صُدْغَيْهِ، ثُمَّ يَذْهَبُ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ، ثُمَّ يَرُدُّهُمَا إِلَى الْمُبْتَدَأِ، فَالذَّهَابُ وَالرَّدُّ مَسْحَةٌ وَاحِدَةٌ.
Maksudnya: "Sunat yang ke-10: menyapu semua bahagian kepala dan yang sunnah dalam caranya: hendaklah dia meletakkan tangannya di bahagian hadapan kepala dan dia lekatkan jari telunjuknya satu sama lain dan dua ibu jari dilekatkan di tepi kepala (dekat dgn mata) kemudian dia menolak tangannya sehingga ke belakang kepala (dekat dengan tengkuk) kemudian dia tolak semula ke hadapan di tempat mulanya, tarik dan tolak ini dianggap satu sapuan". [Raudah al-Tolibin].

Dalilnya hadis Abdullah bin Zaid radiallahu 'anh dalam Sahihain berkenaan sifat wudhu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:

 ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ، فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ، بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ، ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى المَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ
Maksudnya: "kemudian baginda menyapu kepalanya dengan kedua-dua tangannya, bermula dari bahagian hadapan dibawa kedua-duanya ke belakang (kepala dekat dengan tengkuk) kemudian baginda menolak kedua-duanya kembali ke tempat ia mula (hadapan kepala)". [HR al-Bukhari & Muslim].

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Maidah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (jamban) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”

Oleh Muhammad Asri Sobrie,  dengan sedikit suntingan dan tambahan ayat al-Quran dan pautan video.

Ahad, September 09, 2018

AZAN subuh patut dua kali

Foto hiasan
TELAH banyak muslim dalam negara yang shalat di tanah haram,  Makkah dan Madinah. Maka mereka maklum berlaku dua kali azan sebelum umat mengerjakan shalat subuh. Di beberapa masjid dalam negara kita juga ada yang mengamalkannya.  Demikian itu adalah sunah yang jelas. Dan jumhur ulama tidak berselisih pendapat mengenainya. 

Daripada A’isyah radhiyallahu anha beliau berkata:

أَنَّ بِلاَلاً، كَانَ يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ، فَإِنَّهُ لاَ يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ

Maksudnya: Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam. Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Makan dan minumlah kalian sehinggalah Ibn Ummi Maktum azan, kerana sesungguhnya dia tidak melaungkan azan sehinggalah terbitnya fajar.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 1918)

Di dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma beliau berkata:

كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مُؤَذِّنَانِ بِلاَلٌ وَابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ الأَعْمَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ إِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا إِلاَّ أَنْ يَنْزِلَ هَذَا وَيَرْقَى هَذَا

Maksudnya: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mempunyai dua orang muazzin (tukang azan) iaitu Bilal dan Abdullah Ibn Ummi Maktum seorang yang buta. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam. Maka makan dan minumlah kalian sehingga Ibn Ummi Maktum azan.

Kata Abdullah Bin Umar radhiyallahu anhuma: Tidaklah jarak di antara kedua-dua azan itu melainkan seseorang itu turun (dari menara azan) dan seseorang yang lain pula naik (ke menara tersebut).
(Hadis Riwayat Muslim, 1092)

Jarak waktu antara dua azan itu diperselisihkan sebab petandanya naik turun menara. Di Madinah misalnya,  jarak antara dua azan itu satu jam. Taswib,  'assyalatu khairum minan naum' dilafazkan bila?  Syeikh Al Albani mengatakan pada azan pertama manakala Syeikh Bin Baz dan Syeikh Al Utsaimin (ulama Saudi) mengatakan pada azan kedua.  Dan kami di madrasah di Kuala Pilah dahulu melantunkan azan yang ada kalimat 'asyalatu khairum minan naum' pada azan pertama,  manakala pada azan kedua yang sudah masuk waktu subuh kekal seperti azan empat waktu yang lain. 

Semoga masjid yang mengamalkan dua azan ini menjadi contoh amalan sunah,  dan menggantikan lantunan bacaan alquran atau nasyid sebelum azan waktu subuh. 

Rabu, Ogos 30, 2017

MAZHAB Syafie tidak utamakan zikir dan doa bersama-sama?

Foto hiasan

ADA poster di masjid tertulis 'SIAPA TIDAK MAHU BERWIRID DAN BERDOA TIDAK BOLEH MENJADI IMAM'. Maksud tegahan itu ialah imam yang tidak mahu mengeraskan suara zikir dan doanya untuk didengar ahli jamaah yang baru selesai shalat bersamanya. Mudah difahami, janganlah wujudkan suasana shalat berjamaah seperti di Masjid Nabawi Madinah dan Masjidil Haram Makkah.

Di sini diturunkan kajian ringkas Ustaz Abdul Rashid bin Abdul Majid berkenaan 
'Perlukah Berdoa Bersama Imam Selepas Solat?'

عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ, أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمَّا صَلَّى انْحَرَفَ.

"Daripada Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, daripada ayahnya bahawa dia pernah shalat bersama Rasulullah dalam shalat Subuh. Setelah selesai shalatnya, baginda segera meninggalkan tempat shalatnya." [Shahih Sunan an-Nasa’i, no.1334]

Berdasarkan hadis ini, Imam asy-Syafi’e berpandangan bahawa dibolehkan bagi makmum untuk meninggalkan imam sebaik sahaja selesai solat jamaah dikerjakan, tanpa perlu lagi menunggu untuk berzikir bersama-sama dengannya. 

Beliau berkata di dalam kitab Mausu’ah al-Imam asy-Syafie: al-Umm 1/355:

ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أوجلس أطول من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرف إذا قضى الإمام السلام قبل قيام الإمام

"Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu atau duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun."

Fatwa yang seumpama juga dikemukakan oleh al-‘Allamah Ibnu Hajar al-Haitsami al-Makki asy-Syafi’e rahimahullah (974H). Beliau berkata:

وَالأَفْضَلُ لِلإِمَامِ إِذَا سَلَّمَ أَنْ يَقُوْمَ مِنْ مُصَلَّاهُ عَقِبَ سَلَامِهِ.

"Dan lebih utama bagi seorang imam adalah (bersegera) bangkit dari tempat duduknya setelah salam." [Hawasyi asy-Syirwani wa Ibnil Qasim al-‘Abadi ‘Ala Tuhfat al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj 2/104]

Editor: Yang menariknya, ada ulama besar mazhab Syafie mengatakan lebih utama imam segera bangkit daripada tempat duduknya.

Sabtu, Ogos 19, 2017

JANGAN bercukur sebelum haiwan disembelih


ANTARA amalan sunah bagi orang yg sudah berniat dan punya haiwan untuk dikurban pada hari iduladha nanti ialah tidak memotong sebagian anggota tubuh seperti kuku atau rambut. Etika itu bermula maghrib tanggal 1 Zulhijah sehingga haiwan kurban disembelih.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.

إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعْرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًَا

“Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkurban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun” [Riwayat Muslim]

'Menyentuh rambut' maksudnya memotong rambut.

Dalil al-Quran pula firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ

“Janganlah kamu mencukur (rambut) kepalamu sebelum hewan kurban sampai pada tempat penyembelihannya “ [Al-Baqarah : 196]

Jumaat, Mei 19, 2017

TIADA shalat jamaah kedua di sebuah masjid.


WACANA ini juga merupakan pemahaman saya terhadap sunah yang terkini berkenaan  hukum mendirikan jamaah shalat kedua dalam sebuah masjid. Dahulunya saya mengikuti pendapat bahawa dibenarkan mendirikan shalat jamaah kedua atau kali keberapa pun dalam sebuah masjid.  Setelah mengikuti pengajian yang disumberkan oleh ahli hadis Syaikh Al-Albani yang meneliti hadis dan kitab karangan Imam besar Asy-Syafie, maka saya mengikuti hujahan Al-Albani dan Imam Asy-Syafie.

Kata ulama berkenaan, bahawa sepanjang hayat baginda Nabi s.a.w. melaksanakan shalat berjamaah di masjid bersama para sahabatnya.  Telah ada bukti-bukti bahawa ada  para sahabat yang tertinggal shalat berjamaah bersama baginda Nabi s.a.w.  Telah dikhabarkan, apabila  ada antara sahabat Nabi s.a.w. itu ketinggalan shalat berjamaah, mereka tidak berpakat bersama –sama untuk melantik salah seorang daripada mereka lalu mendirikan satu jamaah shalat baru. Para sahabat yang ketinggalan jamaah shalat yang awal tadi, melakukan shalat fardu sendiri-sendiri.  Tindakan ini tentulah hasil tarbiyah baginda Nabi s.a.w. (Moral ceritanya, kita tidak dibenarkan membentuk kumpulan kedua atau seterusnya yang berketuakan orang lain).

Al-Albani juga mencuplik riwayat  Imam Ath-Thabari dalam kitabnya Mu’jam Al-Kabir berkenaan sahabat Nabi s.a.w., Ibnu Mas’ud yang bersama dua temannya ke masjid untuk shalat berjamaah.Namun apabila sampai ke masjid mereka mendapati jamaah shalat telah habis, lalu mereka pulang ke rumah dan mendirikan shalat fardu berjamaah di sana.  Difahami, Ibnu Mas’ud masih memilih untuk shalat berjamaah di tempat lain (selain masjid asal) demi mendapatkan fadilat shalat berjamaah, ketimbang jika beliau dan dua temannya shalat sendiri-sendiri dalam masjid berkenaan tadi.

Kata Imam Asy-Syafie dalam kitab Al-Umm pula, “Apabila  ada beberapa orang masuk masjid, lantas mendapati imam telah selesai shalat (jama’ah) lakukanlah shalat sendiri-sendiri. Bila mereka melakukan shalat berjama’ah sendiri (lagi), tentu boleh saja. Tapi, aku tidak menyukai semacam itu, karena  hal itu bukan merupakan amalan  salaf”

“Adapun masjid yang ada di pinggir jalan (yang disediakan untuk para musafir) yang tidak punya imam dan muadzdzin tetap, maka melakukan (shalat) jama’ah berulang kali di dalam masjid tersebut tidak apa-apa”.

“Aku telah hafal (beberapa riwayat), sesungguhnya ada sekelompok shahabat Nabi s.a.w. ketinggalan shalat berjama’ah. Lantas mereka pun shalat sendiri-sendiri. Padahal mereka mampu mendirikan shalat jama’ah lagi. Tapi, hal itu tidak dilakukannya, karena mereka tidak suka di satu masjid diadakan (shalat) jama’ah dua kali.”

Ada hadis yang Nabi s.a.w. mengancam mahu membakar rumah orang yang tidak shalat di masjid, “(Artinya): Aku memiliki kehendak untuk menyuruh seseorang menjadi imam shalat (di masjid), kemudian aku menyuruh beberapa lelaki untuk mengambil (mengumpulkan) kayu bakar dan aku keluar menuju ke rumah orang-orang yang tidak mengikuti shalat berjamaah di masjid. Maka, aku bakar rumahnya. Demi Zat yang jiwa Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam berada di tangan-Nya, andaikata orang-orang ku mengetahui bahwa di dalam masjid itu akan ditemukan dua benda yang sangat berharga pasti mereka akan menyaksikannya pula” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kata Syaikh Al-Albani, jika dibenarnya wujudnya jamaah shalat kedua dan seterusnya, tentu nanti orang yang diancam akan dibakar rumahnya memberitahu bahawa dia akan hadir jamaah yang kedua atau seterusnya. Dan tidak bergunalah ancaman Nabi terhadap mereka yang tidak shalat jamaah di masjid.

Demikian saya nukikan kembali. Wallahu ‘aklam.


Sabtu, April 01, 2017

RASULULLAH tegas menolak Bid'ah Hasanah


MASYAKARAKAT kuat berhujah  “ada bid’ah hasanah” atau “niat ikhas kerana Allah, jadilah ibadah” atau “apa saja yang baik itu ibadah dan ada pahala”.  Bid’ah hasanah ialah amal ibadah yang direka atau tambahan daripada ibadah yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.  Sebagai contoh, amalan beribadah membaca al-Quran di rumah orang mati selama beberapa malam yang ditetapkan. Pada malam penutupnya diadakan majlis khatamul Quran.  Membaca al-Quran itu sungguh ibadah khusus yang diajarkan oleh Nabi s.a.w., namun mengkhususkan membacanya sebagai ibadah di rumah orang mati itu Nabi s.a.w. tidak ajarkan. Maka ibadah itu menjadi bid’ah hasanah.


Malangnya Nabi s.a.w. menolak dengan tegas amal bid’ah hasanah yang tiga orang sahabatnya cuba lakukan.  Bahawa Nabi s.a.w. shalat malam, dan itu adalah contoh ibadah yang sunah. Namun apabila ada sahabatnya yang mahu menambah cara shalat (sehingga tidak tidur malam), Nabi s.a.w. menolaknya mentah-mentah!  Tidakkah itu pengajaran daripada Nabi s.a.w.?

Dalam hadits Mihzan bin al-Adra’ yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad disebutkan:

إِنَّكُمْ لَنْ تَنَالُوْا هَذَا الأَمْرَ بِالمُغَالَبَةِ، وَخَيْرَ دِيْنِكُمْ اليُسْرَةُ

Kalian tidak akan dapat melaksanakan agama ini dengan memaksakan diri. Sebaik-baik urusan agamamu adalah yang mudah.”

Pernah ada tiga orang yang ingin mengetahui keadaan ibadah Nabi di rumah. Mereka tidak bertemu dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lantas mereka bertanya kepada ‘Aisyah tentang ibadah beliau. Setelah diberitahukan, mereka merasa ibadah baginda Nabi itu hanya sedikit. Mereka berkata: “Di manakah kedudukan kami dibanding dengan Nabi!? Padahal (Allah) telah ampuni dosa-dosa beliau yang lalu maupun yang akan datang.”

Maka salah seorang dari mereka berkata: “Aku akan shalat malam terus menerus tidak akan tidur.”
Yang kedua berkata: “Aku akan puasa terus menerus tanpa berbuka.”

Dan yang ketiga berkata: “Aku tidak akan menikah selama-lamanya.”


Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi mereka seraya mengatakan:

أَنْتُمُ الَّذِيْنَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا؟ أَمَا وَاللهِ إِنِّي لأَخْشَاكُمْ للهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّي أَصُوْمُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ؛ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

“Kaliankah yang mengatakan begini dan begini? Adapun diriku, demi Allah Azza wa Jalla , aku adalah orang yang paling takut dan paling takwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa aku juga berbuka, aku shalat dan aku juga tidur serta aku menikahi wanita! Barangsiapa membenci sunnahku maka ia bukan termasuk golonganku.” (Mutafaqun 'alaih)




Khamis, Disember 29, 2016

SYIRIK dan bid'ah - jalan syaitan


SUATU ketika  Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkisah,

خَطَّ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوطًا عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هذه سبل و عَلَى كُلِّ سَبِيلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ {وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat sebuah garis lurus bagi kami, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan Allah’, kemudian beliau membuat garis lain pada sisi kiri dan kanan garis tersebut, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan-jalan (yang banyak). Pada setiap jalan ada syetan yang mengajak kepada jalan itu,’  kemudian beliau membaca,

{وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya’” ([Al An’am: 153] Hadits shahih diriwayatkan oleh Ahmad dan yang lainnya)

Para imam tafsir menjelaskan bahwa pada ayat ini, Allah Tabaraka wa Ta’ala menggunakan bentuk jamak ketika menyebutkan jalan-jalan yang dilarang manusia mengikutinya, yaitu {السُّبُلَ}, dalam rangka menerangkan cabang-cabang dan banyaknya jalan-jalan kesesatan. Sedangkan pada kata tentang jalan  kebenaran, Allah Subhanahu wa Ta’ala menggunakan bentuk tunggal dalam ayat tersebut, yaitu {سَبِيلِهِ}. karena memang jalan kebenaran itu hanya satu, dan tidak berbilang.  (Sittu Duror, hal.52).

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Dan ini disebabkan, karena jalan yang mengantarkan (seseorang) kepada Allah hanyalah satu. Yaitu sesuatu yang dengannya, Allah mengutus para Rasul-Nya dan menurunkan kitab-kitab-Nya. Tiada seorangpun yang dapat sampai kepada-Nya, kecuali melalui jalan ini” (Sittu Duror, hal.53).

Jika Anda ingin tahu apa itu jalan kebenaran yang hanya ada satu tersebut? Jawabannya adalah jalan yang pernah ditempuh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, itulah satu-satunya jalan yang bisa mengantarkan seorang hamba kepada Allah Azza wa Jalla. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pernah menjelaskan bahayanya tidak mengetahui jalan kebenaran ini, beliau mengatakan,

الجهل بالطريق و آفاتها و المقصود يوجب التعب الكثير، مع الفائدة القليلة

“Ketidaktahuan terhadap jalan kebenaran ini dan rintangan-rintangannya, serta tidak memahami maksud dan tujuannya, akan menghasilkan kepayahan yang sangat, disamping itu faedah yang didapatkanpun sedikit” (Sittu Duror, hal. 54). 

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan jalan yang lurus tersebut dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَبَدًا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّتِيْ

“Aku tinggalkan untuk kalian sesuatu. Jika kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnahku” (Diriwayatkan Imam Malik dan yang lainnya, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani).

Sumber: http://muslim.or.id/25459-jalan-kebenaran-hanya-satu-1.html

Ahad, Mei 08, 2016

ANTARA paksi akidah: Ikuti hujah para Sahabat Nabi s.a.w.

foto hiasan

MENJADI sebagian daripada akidah mukmin ialah menghindari bid’ah dan berittiba dengan sunnah Nabi s.a.w.  Maksud sabda Nabi s.a.w. “Sebaik-baik perkara adalah ‘Kitabullah’ dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (s.a.w.). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR Imam Muslim).

Menurut Imam Asy Syatibi, bid’ah merupakan rekaan baru yang semyerupai  ibadah sahih,  yang tujuan pengamalnya (bid’ah) untuk lebih bertaqarub kepada Allah. Maka, tidak ada bid’ah dalam urusan bukan keagamaan atau ibadah. Malah sangat digalakkan mukmin menggunakan akal pikirannya untuk mencari kemajuan keduniaan seperti meneroka sains dan teknologi.

Para sahabat Nabi s.a.w. sangat prihatin permasalahan bid’ah, kerna pada jaman Nabi s.a.w. hidup pun sudah ada dalam kalangan muslim membuat bid’ah supaya mereka merasa lebih dekat dengan taqwa kepada Allah.

Berikut petikan kalam para sahabat dalam kitab Akidah Salaf Ahlus Sunnah wal Jamaah oleh Syeikh ‘Abdillah bin ‘Abdil Hamid al-Atsari.

Kata Muaz bin Jabal r.a. (maksudnya), “Wahai manusia, berpedomanlah dengan ilmu sebelum ia diangkat (dicabut).  Ketahuilah bahwa diangkatnya ilmu ialah dengan kematian ahlinya (ulama).  Hati-hatilah terhadap bid’ah, perbuatan bid’ah dan memfasih-fasihkan pembicaraan, serta berpegang dengan perkara kalian yang terdahulu.” (AlBida wan Nahyu ‘anhaa karya Ibnu Wadhah.

Kata Huzaifah bin Al Yamani r.a.  (maksudnya), “Semua peribadahan yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. maka janganlah melakukan peribadahan itu, kerna generasi pertama tidak meninggalkan pendapat bagi generas akhir. Maka bertaqwalah wahai ahlul qura (ahli al Quran), ambillah jalan sebelum kalian.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Baththah dala m al-Ibanah)

Kata ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. (maksudnya), “Barang siapa yang ingin mencontoh maka mencontohlah kepada kaum yang sudah mati, iaitu para Sahabat Rasulullah s.a.w..  Mereka adalah sebaik-baik umat ini, paling bersih hatinya, paling dalam ilmunya, dan paling sedikit memaksakan diri.  Satu kaum yang dipilih Allah untuk menyertai Nabi-Nya dan menukil agama-Nya, maka tirulah akhlak dan jalan mereka kerna mereka berada di jalan yang lurus.” (Diriwayatkan oleh al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Kata ‘Abdullah bin Umar r.a. (maksudnya), “Manusia senantiasa berada di jalan (yang lurus) selagi mereka mengikuti atsar.” (Diriwayatkan oleh al-Lalika’I dalam Syarh Ushuul I’tiqaad ahlis Sunnah wal Jamaah)


Nota: Atsar ialah perkataan atau pendapat para Sahabat Nabi s.a.w.

Jumaat, April 15, 2016

NABI sebut "bukan daripada golonganku"

FOTO HANYA HIASAN

ADA orang berkata, “ibadah itu dilakukan oleh Nabi yang maksum, kita manusia berdosa tentulah lebihkan amal ibadah.”  Ayat seperti ini selalunya diluahkan apabila mempertahankan ibadah-ibadah yang dilakukan, sedangkan mereka mengetahui ibadah itu bukanlah bersumberkan hadis-hadis sahih Nabi s.a.w.

Dahulu, pada zaman Nabi s.a.w. hidup, telah ada sahabat baginda yang berkata begitu dan melakukan amal ibadah melebihi daripada apa yang Nabi s.a.w. lakukan.  Ada yang enggan tidur, berkahwin dan berpuasa setiap hari. Berita itu telah sampai kepada Nabi s.a.w., dan baginda berkata (maksudnya), “Kamukah yang menyebut begini, begini? Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertawakal kepada-Nya dalam kalangan kamu, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku shalat dan tidur dan aku mengahwini wanita.  Barang siapa tidak suka kepada sunahku, maka dia bukan daripada golonganku.”  (HSR Imam al-Bukhari)

Antara lain orang yang dilihat berwatak ahli agama juga menggunakan hujah ‘Nabi beramal begitu sebab baginda Nabi, kita manusia biasa maka berlebihlah..’  misalnya:

“Memang Nabi tidak melakkan zikir beramai-ramai selepas shalat, itu dia Nabi…, kita ini manusia biasa yang lemah, jadi eloklah kita berzikir beramai-ramai.”

“Jika diikutkan cadangan (Nabi) iaitu membawa makanan ke rumah orang mati, tentu nanti jumlah makanan begitu banyak dan berlaku pembaziran.”  Ini memberi respon terhadap hadis  Nabi berkenaan pesan baginda supaya sahabat-sahabat baginda membawa makanan untuk keluarga Jaafar bin Abi Talib yang terbunuh dalam peperangan.

Walhal Nabi s.a.w. telah menyatakan, “Barang siapa tidak suka kepada sunahku, maka dia bukan daripada golonganku.”  Begitulah beraninya antara kita dalam beramal.  Tidak lain kerana dimotivasi oleh iblis.


Wallahu ‘aklam

Selasa, Oktober 20, 2015

JIKA mahu barang tulen, tentulah mahu agama yang tulen

SUNGGUH banyak orang menyatakan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sehingga berasa senang dan ‘bangga’ (mungkin saja) dengan menampal pelekat di kenderaan atau kereta.  Sungguh, saban tahun orang menyambut Maulidur Rasul atas sebab cinta kepada Nabi akhir jaman itu. Malah ada yang membuat majlis itu di luar Rabi’ul Awal, kerna katanya hari-hari mahu melahirkan cinta kepada seorang nabi, penutup nubuwah itu.


Allah pun telah mengesahkan yang Nabi Muhammad, Rasululullah s.a.w. itu satu ikutan yang benar. Maksud firman Allah, “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Ayat 21 itu perlukisan Allah untuk menguatkan semangat para pejuang agama sewaktu perang Khandak atau al-Ahzab. Sebelumnya Allah mengkritik golongan yang takut dan berjiwa kerdil untuk berperang bersama nabi malah hanya mahu masuk ke dusun-dusun saja  dengan membiarkan Nabi dan pasukan yang beriman bertahan menghadapi kepungan 1000 tentara al-Ahzab. Maka itu Allah memuliakan Nabi dan memberi motivasi besar kepada pasukan (dan umah) perihal ketahanan mental, jiwa dan fisikal Nabi tatkala berdepan kesulitan. Ibnu Katsir menyatakan ayat itu menjadi dalil meneladani Rasulullah baik dalam ucapan, perbuatan atau pun sepak terjang kesehariannya.

Ayat itu pun kekal sebagai dalil mencintai Rasulullah.  Kata orang bercinta atau pacaran, orang yang dicintai itu umpama sehabis-habis yang diingat-ingat dan sangat dirnduinya. Mahu-mahunya seseorang itu akan berbaju sama warna dengan baju pacarnya, mahu mendengar suaranya di mana pun, mahu mengikuti ajakan kekasih hati kerna itu kemahuan kekasih…. dan mahu meninggalkan tabiatnya yang tidak disukai oleh sang kekasih!

Tidak dapat tidak, meneladani Rasulullah bermula dengan keimanan. Setelah mengakui ‘tiada tuhan (sesembahan) selain Allah’ maka pengakuan muslim ialah ‘Muhammad adalah Rasul (utusan) Allah’.  Pengakuan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah berarti, penerimaan sunah Rasulullah dalam kehidupan kita semua.  Setelah penerimaan dengan iman, maka wajib pula muslim mencari pengetahuan semua segi (sebaik-baiknya) kehidupan Rasulullah, terutama bab berakidah dan beribadah.  Tidak ada hak untuk mempersoal mengapa Rasulullah membuat itu dan ini, sementara tidak pula melakukan itu dan ini. Urusan agama adalah daripada Allah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah, “Wahai Rasulullah, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.” (sebagian ayat 67 surah al-Ma’idah)

Rasulullah tidak berdusta atau menyembunyikan seruan Allah yang mesti diketahui oleh hamba-hamba-Nya. Tuntas, Islam padat dan lengkap sebelum Rasulullah wafat.  Maksud firman Allah, “Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukukan nikmat-Ku dan Aku reda Islam menjadi agamamu.” (ayat 3 surah al-Ma’idah)

Mungkin kerna jaman Islam sudah lama dan melewati sejarah yang berliku-liku, maka banyaklah orang yang memahami daripada pelbagai sudut. Namun jangan pula dinafikan hak dan kehendak mereka yang mahu meneladani Rasulullah saja dalam akidah dan ibadahnya.   Sekalipun nanti kelihatan mereka yang hanya meneladani Rasulullah itu ‘hanya beramal itu dan ini saja, kok sedikit amat…’ biarlah kerna itu kefahaman mereka dalam meneladani Rasulullah.


Tentulah golongan yang meneladani Rasulullah benar-benar mahu menjaga ketulenan agama dan membuktikan kecintaan kepada nabi akhir jaman itu saat umah sudah banyak dan pelbagai ragamnya pula.

Isnin, Julai 20, 2015

KALI ini Solat Hari Raya di Dataran Merdeka

20 TAHUN dahulu banyak yang rasa  ganjil dengan berita orang Solat Eid atau Solat Hari Raya (Idul fitri dan Idul Adha) di lapangan terbuka. Foto-fotonya pun sukar ditemukan sebagai bukti, apa lagi hendak memberitahu di seluruh dunia termasuk negara ‘komunis’ umat Islam melakukan Solat Eid di lapangan terbuka.

Solat Eid  di sebuah negara di Eropah

Maka di Malaysia, kebanyakan yang menolak Solat Eid di lapangan memberi alasan takut hujan, tidak ada masalah solat di masjid, boleh solat di surau-surau atau  tidak ada dalil melarang Solat Eid di masjid.  Oleh kerna yang menyatakan alasan-alasan itu adalah yang berwewenang dalam penggurusan agama, maka orang awam atau sipil menerima begitu sahaja.  Jika kata pepatah mengatakan ‘Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih’, dalam hal ini kebanykan birokrat agama memilih seribu dalih!

Solat Eid di lapangan adalah sunah Nabi s.a.w., bukan satu gerakan ideologi zaman globalisasi. Bohonglah para agamawan yang bertahun-tahun menekuni kitab dan bertalaqi tidak menemui hadis-hadis Rasulullah membawa umah Solat Eid di lapangan. Yang hadir bukan sahaja mereka yang akan menunaikan Solat Eid, malah kaum perempuan yang tidak boleh menunaikan solat juga diseru keluar dan berhimpun sama. Ini adalah hari kemenangan setelah melalui satu perjuangan.

Bayangnya di negara yang paling banyak Mufti dan Jabatan Agama, seluruh Malaysia kumpulan yang melakukan Solat Eid  di lapangan boleh dibilang dengan jari. Itu pun kuantiti mereka yang hadir tidak mencapai angka ribuan. Rasa  malu dengan 200 ribu hadir solat Eid di negara China yang komunis atau di England ada kehadiran 70 ribu di satu kawasan. Di Hong Kong mereka berkumpul, di Albania, di negara-negara Afrika yang dikatakan tidak aman pun sama. Apa masalah di Malaysia?

Fikirlah jika Dataran Merdeka dipenuhi orang Solat Eid, satu perhimpunan yang jelas bertujuan keamanan.  Satu tempat yang selama ini menjadi pertikaian untuk dihimpunkan sekian banyak manusia bermotifkan perasaan marah dan dendam!  Fikirlah di mana-mana dataran luas dan terbuka berjaya mengumpulkan lautan muslim tanpa mengira ideologi politik dan kaum, bersama-sama membesar Allah, melakukan pergerakan yang sama menuruti seorang imam (pemimpin).  Mereka mendengar khutbah  yang menaikkan semangat persaudaraan dan saling maaf-memaafi.  Tidakkah ini bukan satu syiar dan medium dakwah terhada bukan Islam yang melihat secara langsung?


Tolonglah wahai para agamawan dan mereka yang berwewenang, berfikirlah.  Selama ini ada pihak boleh membawa sekian banyak perhimpunan hanya untuk menunjukkan marah dan protes, yang berdepan dengan amaran-amaran pihak berkuasa, tentulah lebih mudah menyusun perhimpunan aman yang jelas bertujuan menambah kasih sayang sesama umat, dan perhimpunan keamanan sebagai ibadah kepada Allah juga berlaku di serata dunia.  Perhimpunan Solat Eid di serata dunia selama ini berakhir dengan kemesraan dan kasih sayang, bukan mala petaka rusuhan dan kemusnahan!

Sabtu, Jun 27, 2015

PUASA untuk bertakwa, ikuti sunah Nabi s.a.w.

foto hiasan

SERUAN yang benar adalah “Bertakwalah kepada Allah”. Orang-orang yang bertakwa adalah orang-orang yang memebawa kebenaran dalam kehidupannya. Tidak lain yang menjadi contah adalah para Nabi Allah. Maksud ayat 33 surah Az Zumar, “Dan orang yang membawa kebenaran (iaitu Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa.”

Sebab itulah Allah mempertahankan apa sahaja yang Rasulullah Muhammad s.a.w. ucapkan dan lakukan kerna pada diri Rasulullah s.a.w. itu merupakan sebaik-baik petunjuk atau contoh kebenaran dalam kehidupan.  Agama atau kebenaran-kebenaran  datangnya daripada Allah, lalu Allah memerintahkan kekasihnya iaitu Rasulullah s.a.w. menjelaskan agama atau kebenaran kepada manusia.  Maka Rasulullah tidak bisa diingkari oleh sesiapa pun.

Maksud ayat 65 surah An-Nisa’, “Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad s.a.w.) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang engkau berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”

Oleh itu jelas apa yang dibawa oleh Rasulullah adalah kebenaran dari sisi Tuhan. Dan kebenaran yang ada pada Rasulullah s.a.w. itulah maksud atau contoh takwa.  Orang-orang yang setia mengikuti Rasulullah atau menjayakan sunahnya merupakan pendukung kebenaran Rasulullah. Semoga mereka benar-benar tergolong sebagai orang yang bertakwa.

Apa untungnya bertakwa?  Maksud ayat 34-35 surah Az-Zumar, “Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya.  Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik. Agar Allah menghapuskan perbuatan paling buruk (dosa-dosanya) yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Maknanya dengan bertakwa atau menuruti kebenaran yang dibawa Rasulullah s.a.w., seseorang itu dijamin Allah dengan keampunan sekalipun sebelumnya pernah melakukan dosa yang begitu besar.  Allah juga berjanji akan memberi ganjaran atau pahala yang jauh lebih baik berbanding nikmat kebaikan daripada perbuatan di dunia ini.

Sebagian daripada kaedah yang Allah tunjukkan kepada muslim supaya menjadi orang bertakwa ialah dengan mematuhi perintah berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Maksud ayat 183 surah Al-Baqarah, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”

Kata sebagian orang pandai, berpuasa itu menahan keserakahan keinginan atau nafsu. Nafsu itu mengajak diri melakukan perkara yang tidak cocok dengan pembawaan Rasulullah s.a.w., maka puasa akan mendidik diri supaya taat hadis sahih atau sunah Rasulullah s.a.w. Moga dengan madrasah Ramadan ini kita berjaya membentuk jiwa yang bertakwa, yang taat sunah Nabi sebab Allah sudah perintah manusia mentaati Nabi s.a.w.


Wallahu ‘aklam

Jumaat, September 05, 2014

MENINGGALKAN Sunah Nabi meskipun berpengetahuan

BERAPA banyak muslim yang mendengar seruan azan di masjid tetapi tidak memenuhi seruan azan iaitu solat berjamaah. Mereka telah mendengar dan tahu tuntutan sunah nabi hal solat berjamaah sejak pada zaman persekolahan lagi. Dengan membanyaknya pusat pengajian tinggi semakin banyak muslim yang berpendidikan peringkat diploma dan ijazah pertama.  Oleh itu hal seruan solat berjamaah merupakan dalam pengetahuannya. Mereka tahu darjat solat berjamaah 27 kali lipat berbanding solat sendirian.  Sebagian mereka tahu kisah Rasulullah menolak permintaan sahabat Nabi yang buta (Ibnu Ummi Makhtum) untuk tidak diwajibkan solat berjamaah di masjid.

Mereka yang sentiasa bersolat di masjid telah banyak pula mendengar tazkirah atau ceramah agama. Hampir semua masjid mengadakan kuliah-kuliah agama untuk yang hadir di masjid mengamalkan sedalam-dalam atau sepenuh-penuhnya seruan agama.  Mereka tahu dosanya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat. Antara mereka yang berbuat demikian adalah imam dan pegawai-pegawai masjid sendiri.  Mereka tahu hadis nabi yang mengancam orang yang melintas di depan orang solat.

Dua contoh di atas menimbulkan pertanyaan, ‘mengapa orang yang Allah berikan pengetahuan hal-hal itu tidak melakukannya sedangkan penerimaan dan pemahaman ilmu (contoh kasus dua di atas) adalah lengkap.  Jika  ditanya, ‘apakah kalian mencintai baginda Nabi s.a.w.’ pasti mereka menjawab ‘ya’ tanpa ragu-ragu lagi.

Rupa-rupanya orang yang mentaati sunah Nabi s.a.w. merupakan orang yang dipilih Allah.  Terlalu sedikit yang sanggup ke masjid waktu subuh walaupun pada saat itu kebetulan banyak orang tidak tidur pun seperti kerna baru saja menonton siaran langsung sepak bola.  Terlalu sedikit dalam jamaah di masjid yang sentiasa memandang kiri kanan untuk memastikan tidak melakukan dosa melintas di hadapan orang solat. Terlalu sedikit juga orang solat sunat di masjid atau kawasan lapang meletakkan sutrah sebagai memenuhi sunah Nabi s.a.w.

Maksud firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 64, “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah.  Sesungguhnya jika pada saat mereka menganiaya diri (berbuat dosa) dan datang kepadamu (Rasulullah), lalu memohon  ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka tentulah mereka mendapati Allah Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Imam Ibnu Katsir (Tafsir Ibnu Katsir) mencatatkan penerangan oleh Mujahid pada frasa ayat “dengan izin Allah” pada ayat “Kami tidak mengutus seorang rasul pun melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah” ertinya tidak ada yang taat kepada para Rasul (termasuk Rasulullah Muhammad s.a.w.) kecuali orang yang Allah beri taufik untuk melakukan hal itu.

Itulah jawaban yang tepat terhadap  muslim yang berpengetahuan agama tetapi seperti tidak tahu apa-apa. Sewajarnya kita kerap berdoa semoga Allah memberi taufik supaya mudah kita melakukan amal yang diperintahkan oleh-Nya.  Tanpa taufik Allah, apalah ertinya  kita. Jiwa terlalu keras dan mencari helah-helah untuk tidak melakukan amalan sunah sekalipun ada pengetahuan mengenainya.

Jumaat, Mac 21, 2014

MENCINTAI Nabi wajib pula membenci bid'ah!

MAJLIS-majlis memperingati Nabi s.a.w. memang banyak.  Yang agung ialah Maulidur rasul. Maka pelbagai pula pengisiannya,  tetapi matlamatnya tetap satu: Mencintai Rasulullah s.a.w. nabi akhir zaman. Mencintai Nabi dan kemudian menuruti ajaran baginda telah jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih.

benar mencintai sunah nabi dan menolak bid'ah?

Bahawa Nabi s.a.w. merupakan tauladan terbaik kepada manusia yang mahu beriman kepada Tuhan yang satu. Ayat 21 surah al-Ahzab (maksudnya), “Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan yang baik untuk orang yang sentiasa mengharap (keredaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat, dan dia banyak menyebut serta mengingati Allah (setiap saat senang atau sukar).”  Mencontohi baginda Nabi s.a.w. adalah dalam hal keagamaan. Hal keduniaan yang senantiasa berubah itu,  asas-asas ajaran baginda Nabi s.a.w. tetap menjadi panduan atau ikutan.  Miisalnya dalam soal kepemimpinan, maka kejujuran atau amanah yang ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w. menjadi ikutan orang yang mahu mendapat keredaan Allah.

Kemudian, orang yang mencintai baginda Nabi s.a.w. tidak ada hak untuk memilih beberapa bab ajaran baginda Nabi s.a.w. dan melupakan pula bab-bab yang tidak bersesuaian dengan kehendaknya. Kalau memang sudah mahu mendapat reda Allah, maka sikapnya ‘dengar dan patuh’. Maksud ayat 51 surah Al-Nuur, “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan sunah Rasul-Nya sebagai hakim  memutuskan perselisihan antara mereka, mereka berkata ‘kami dengar dan taat’.  Mereka itulah orang-orang yang mendapat kejayaan.”

‘Dengar dan taat’ berarti menyerah diri tanpa soal.  Menyerah dan menerima  dengan melupakan kepentingan diri, sejarah, adat budaya atau kekeluargaan. Maksudnya, jika beberapa hal itu berselisih dengan aturan Allah dan rasul-Nya, maka atas sifat ‘dengar dan taat’ mereka lebih mengutamakan aturan Allah dan rasul-Nya.

Hal dengar dan taat ini telah berlaku juga pada zaman hidup baginda Nabi s.a.w.  Ada seorang yang mahu pendapatnya diiktiraf berbanding orang lain, lalu meminta pengiktirafan daripada baginda Nabi s.a.w.  Namun Baginda Nabi s.a.w. tidak mengiktiraf pendapatnya.  Maksudnya pendapatnya menyalahi keputusan Nabi s.a.w. yang mendapat bimbingan wahyu Allah.  Lalu orang itu menemui sahabat Nabi iaitu Abu Bakr, namun Abu Bakr bersikap seperti baginda Nabi s.a.w. Lalu orang itu menemui pula sahabat Nabi yang lain, Umar al-Khattab.  Bagi Umar mudah saja, jika tidak mahu menuruti keputusan baginda Nabi s.a.w., artinya tidak akur kehendak Allah juga. Jawabnya, mati lebih baik!  Dengan keputusan Umar yang membunuh orang berkenaan, tindakan Umar itu diiktiraf pula oleh Allah dengan menurunkan ayat 65 surah An-Nisa’ “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad), mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau sebagai hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka.  Kemudian mereka tidak keberatan dalam hati daripada apa yang engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”

Mencintai baginda Nabi bermakna mengamalkan sunah baginda.  Menjaga sunah baginda Nabi bermakna membenci apa yang menyalahi sunah baginda iaitu rekaan-rekaan baru dalam beragama.  Bagaimana mungkin seseorang menyatakan cinta kepada Nabi namun rela hati terhadap rekaan beragama yang sangat jelas mencabar keabsahan ajaran baginda Nabi s.a.w.

Antara cabaran dalam usaha mencintai sunah baginda Nabi s.a.w. ialah menerangkan kepada masyarakat adanya rekaan beragama, yang menjadikan agama bercampur aduk antara yang tulen daripada baginda Nabi dengan yang direka-reka oleh pencinta bid’ah hasanah. Sebenarnya campur-aduk agama yang tulen dengan yang palsu (rekaan atau bid’ah) telah berlaku kepada hampir semua ajaran para nabi Allah.  Amalan Haji yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim juga ditokok tambah oleh manusia selepas kewafatan nabi itu.  Akidah triniti dalam agama Nasrani juga merupakan rekaan baru atau bid’ah dibandingkan dengan ketulenan ajaran Nabi Isa a.s.


Rekaan-rekaan agama atau bid’ah dikatakan bertujuan baik, iaitu untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.  Itulah jawaban pendukung akidah triniti dalam agama Nasrani.  Begitu jugalah jawaban pengamal bid’ah dalam Islam: Perkara baru yang baik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Namun itulah yang ditolak demi menjaga sunah Nabi dan sebagai bukti mencintai Nabi s.a.w. 

Sabtu, Februari 15, 2014

BERWUDUK tanpa membuka stokin atau khuf

PENGEMBARA yang sampai ke negara Arab dan Eropah akan biasa melihat muslim bersolat dengan  memakai kasut.  Maksudnya, solat  berkasut itu di atas jalan atau padang terbuka, bukan dalam masjid yang tersedia lantai berlapik bersih seperti di kamar tidur! Selalunya mereka memang bekerja dengan memakai kasut yang mengambil masa untuk ditanggalkan atau pada musim sejuk.  Di negara kita, yang memakai kasut tinggi kebanyakannya pasukan keselamatan seperti tentera dan polis.  Pasukan bomba juga memakai kasut yang tinggi, iaitu ikatan talinya yang panjang. Memang ada masalah untuk segera membuka  hanya untuk berwuduk dan kemudian memakainya semula.  Namun kerna di Malaysia tidak ada budaya orang solat (termasuk berjamaah) di jalan, padang atau di kaki lima kedai, maka sesusah mana pun kasut itu ditanggalkan juga untuk berwuduk.

khuf daripada kulit

Sebenarnya Islam membenarkan orang berwuduk tanpa membuka kasut atau stokinnya.  Ini sebagian daripada keringanan kepada muslim berwuduk, untuk semua jantina, golongan umur atau di mana mereka tinggal.  Dengan ini sangat diharap muslim tidak memberi alasan ‘leceh’ atau malas untuk menanggalkan kasut (stokin) dan memakainya semula sedangkan ini mengambil masa.

Maka di Malaysia, boleh saja orang tidak menanggalkan stokinnya ketika berwuduk, cukup pada bahagian membasuk kakinya, dia menyapu bahagian atas stokinnya sekali saja untuk kedua-dua belahnya.  Orang yang sudah biasa membuka stoking untuk berwuduk tiada masalah apa-apa, namun ada perlunya disapu saja atas stokin sebagai satu pendidikan kepada orang lain dan memperlihatkan imej ibadah dalam Islam yang ada keringanan.  Ketika berdakwah kepada bukan muslim, sangat perlu keringanan ‘menyapu kasut atau stokin’ sebagai ganti membasuh kaki.  Umum tahu bahawa masyarakat bukan Islam tidak semua membudayakan dengan pembasuhan kaki. Malah ada yang masuk ke bilik tidur pun berkasut!

Antara kelebihan kita menyapu stokin ketika wuduk ialah:

Pertama, kita mudah saja berwuduk di mana-mana ada punca air tanpa perlu bersusah payah membuka kasut.
 
Kedua, kita dapat menjimatkan masa yang selama ini diguna untuk membuka dan memakai stokin.

Ketiga, kita dapat mengurangkan kadar kebasahan pada lantai masjid atau musolla. Masalah musolla basah ini besar di tempat solat yang kecil seperti di pasar raya atau R&R.

Dalil daripada sunah berkenaan menyapu kasut atau stokin.

Daripada Mughirah bin Syu’bah, “aku bermusafir bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan. Lalu aku ingin membuka menanggalkan khuf Baginda. Kemudian baginda bersabda: Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khufnya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Ada ulama yang mengatakan asalkan kedua-dua kakinya bersih daripada kotoran, ada pula yang mengatakan mesti berwuduk seperti biasa dulu sebelum memakai kasut atau stokin. Imam an-Nawwi rahimahullah memilih wajibnya berwuduk dahulu sebelum memakai kasut atau khuf untuk menyapunya apabila berwuduk pada waktu berkenaan. “...bahawa tidak boleh menyapu khuf kecuali memakainya selepas menyempurnakan wudhuk.” (Rujuk syarh sahih Muslim, jil. 3. 170)

Dalil bolehnya stokin yang tembus air disapu sebagaimana kasut kulit tebal.

Berkata Azraq bin Qais, “Aku melihat Anas bin Malik telah berhadas (batal wuduk). Maka beliau telah membasuh muka dan tangannya, dan telah menyapu ke atas kedua stokinnya  (yang diperbuat) daripada benang bulu biri-biri, lantas aku berkata, “Adakah kamu menyapu ke atas kedua-duanya?” Anas bin Malik pun berkata, “Sesungguhnya kedua-duanya adalah khuf, tetapi kedua-duanya daripada benang bulu biri-biri.” (Riwayat Ad-Dulabi, no. 1/181)

Tempoh masa dibenarkan

Berdasarkan hadis berikut. Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. menetapkan (tempoh menyapu khuf) tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam ketika bermukim.” (Riwayat Muslim)

Wallahu aklam


Selasa, Januari 14, 2014

INILAH dalil Maulidur Rasul

AHLI masyarakat dan kawan-kawan menyambut Maulidur Rasul. Maka kebetulan hari cuti ceramah Maulud Nabi terus diadakan dalam sebuah masjid, khas untuk anak-anak sekolah. Penceramah mestilah seorang ahli agama sebagai autoriti bercakap hal keagamaan, walaupun sebenarnya majlis Maulud Nabi bukanlah satu majlis agama atau salah satu ibadah khusus dalam Islam. Rasional saya mengatakan Maulud Nabi bukan hal keagamaan atau ibadah khusus sebab majlis seperti ini hanya diadakan oleh kalangan umah setelah 700 tahun baginda Nabi wafat.  Jika benar majlis itu adalah ibadah khusus dan berpahala besar atau barkahnya tinggi, rugi besarlah umat selama 700 tahun yang terdahulu!


Maka Maulud Nabi hanyalah salah satu adat dalam masyarakat. Adat yang dikaitkan dengan agama.  Sang Penceramah mengambil kesempatan untuk memberitahu khalayak di hadapan anak-anak sekolah mengenai dalil sambutan Maulud Nabi. Katanya sudah ada yang bertemu dirinya untuk memberitahu Maulud Nabi tidak ada asasnya dalam agama.

Beliau menjelaskan ‘dalil’ sambutan Maulud Nabi. Katanya dalil itu ada dalam kitab Rawi yang kelima.  Beliau pun membacakan Rawi Kelima berlagu dalam Bahasa Melayu yang disambut kalimah ‘Allah’ secara berlagu oleh khalayaknya.  Lagu yang dibawa ialah lagu dalam bacaan Barzanji.

Saya percaya yang dinamakan dalil beragama ialah firman Allah dalam al-Quran atau hadis sahih Nabi s.a.w.  Dalam rawi yang dibacakan itu bukanlah dalil ayat-ayat al-Quran ataupun hadis Nabi s.a.w.  Antaranya beliau membacakan bahawa Baginda Nabi dilahirkan terus tertiarap dan tidak dapat diangkat oleh bidan-bidan yang ada, kerna sangking beratnya bayi yang bernama Muhammad bin Abdullah. Sehinggalah apabila bayi itu ditutupi dengan kain barulah bayi Muhammad dapat diangkat, sebab katanya Muhammad malu untuk memperlihatkan auratnya (baca kemaluan) sebagaimana bayi biasa dilahirkan.  Dia juga membacakan yang ibu Nabi s.a.w. iaitu Aminah binti Abdul Wahhab tidak berasa sakit apabila saat melahirkan bayinya itu.  Kelahirannya tidak disertai setitik darahpun!  Itulah Antara dalil dalam Rawi Kelima

Saya boleh menerima Maulud Nabi sebagai salah satu adat resam Melayu, tetapi menyatakan tulisan buku sejarah sebagai dalil agama sangat keterlaluan. Berapa banyak orang termasuk anak-anak sekolah yang akan menerima pakai ‘dalil’ hanya berdasarkan tulisan dalam sesebuah buku. Malah dalam buku berkenaan tidak pun dinyatakan suruhan menjadikan hari lahirnya suatu yang istimewa. Di sana hanya cerita kelahiran. Adalah lebih baik Maulud Nabi dikatakan satu adat Melayu, bukan agama. Maka semua orang tidak terbeban memberikan hujah ‘agama’.

Yang kedua ialah keunikan kelahiran  dan bayi baginda Nabi s.a.w.  Oleh kerna digambarkan betapa luar biasanya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. (tidak seperti kelahiran bayi manusia yang lain), maka sangat dituntut supaya pencerita kisah seperti itu menyertakan sumber sahihnya, berupa ayat-ayat al-Quran atau hadis sahih.  Jika tidak ada dalil autentik, kisah sebegitu akan sama taraf dengan kisah kelahiran anak raja dalam hikayat-hikayat lama. Misalnya dalam buku Sejarah Melayu diberitakan lahirnya tiga anak Raja Suran di dasar laut. Kemudian mereka membesar menjadi lelaki hebat, salah satunya bernama Sang Sapurba merupakan keturunan Raja-raja Melaka. Atau kisah-kisah kelahiran anak raja dalam hilayat lain seperti, apabila lahir maka patah gelegar lantai atau lahirnya bersama sebilah pedang! 

Bukan pelik kelahiran seorang Nab tidak seperti bayi manusia laini, sebagaimana kelahiran Nabi Isa.  Nabi Isa boleh bertutur memberitahu orang ramai bahawa beliau seorang utusan Allah sewaktu masih bayi lagi. Kita boleh membuka al-Quran surah Ali Imran dan Maryam, cerita Nabi Isa yang sama.

Apa susahnya penceramah sebagai orang yang mendalami agama bertahun-tahun memberikan dalil al-Quran atau hadis sahih (jika beliau percaya ada) supaya menjadi ilmu yang benar kepada anak-anak muda dan ahli masyarakat.

Sabtu, Januari 11, 2014

Sempena Maulid Nabi: Ada hadis dipersoalkan kewajarannya?

Sambutan Maulidur Rasul di kota Solo, Indonesia
APA ertinya merayakan kelahiran Rasulullah s.a.w.? Selalunya kita diajak untuk mencintai baginda Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w..  Cinta lawannya benci.  Cinta tentulah ada bukti yang jelas dan orang yang menyatakan cinta mestilah melakukan pengorbanan.  Tanyalah orang muda mengenai cinta dan kasih sayang!

Apa kenyataan Allah swt terhadap manusia bernama Muhammad yang dilantik sebagai rasul di muka bumi? Ini Antara ayat Allah yang menyatakan kedudukan baginda Nabi s.a.w.

Maksud ayat 1-4 surah an-Najm:  Demi bintang ketika terbenam.  Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak (pula) keliru. Dan tidaklah yang diucapkan itu (al-Quran) menurut keinginannya.  Tidak lain (al-Quran itu) adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Maksud ayat 65 surah an-Nisa’: Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap apa yang engkau berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.

Maksud ayat 80 surah an-Nisa’:  Sesiapa yang mentaai Rasul (Muhammad) maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.  Dan sesiapa berpaling (daripada ketaatan itu) maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka.

Maksud ayat 20 surah al-Anfal: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, padahal kamu mendengar (perintah-perintah-Nya).


Apabila kita tidak ada kepentingan yang berlawanan dengan al-Quran dan hadis Nabi, kita dengan mudah menerima peringatan daripada sabda Nabi s.a.w. Misalnya hadis ini.

Sabda Baginda s.a.w. bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (HR  Muslim)  

Kita  semua mahu mempunyai jiran-tetangga yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain.  Bukan saja itu, malah kalau boleh, jiran kita itulah yang akan menolong kita jika kita ditimpa kesusahan.  Oleh itu mudah kita menerima sabda Nabi yang ini.

Namun apabila kita ada kepentingan iaitu hal yang berlawanan dengan keinginan dan pendirian yang dipegang dan diperjuangkan selama ini, jadi keberatan pula menerimanya.  Maka mudah pula muncul ayat-ayat yang mempersoalkan kewajarannya (kewajaran hadis) itu untuk diterima pakai.

Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah s.a.w sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”. (HR Al-Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas jelas menerangkan rakyat muslim wajib mentaati pemerintah dan Rasulullah menghalang rakyat daripada melawan atau memberontak pemerintah sekalipun pada anggapan rakyat pemerintah muslim itu melakukan banyak kesalahan.  Saranan baginda Rasulullah ini sukar diterima oleh golongan yang terlibat dalam politik demokrasi sebagai pembangkang.  Banyak soal-jawabnya apabila dinyatakan hadis yang ini.

Namun bagi golongan pemerintah, hadis ini menjadi kesukaannya dan dibacakan di mana-mana khasnya dalam khutbah Jumaat.  Tentulah disebabkan sabda Nabi itu bakal menyelamatkan kedudukannya sebagai pemimpin atau pemerintah daripada diganggu-gugat oleh rakyat.  Apa sekalipun niat pemerintah terhadap hadis berkenaan, rakyat wajib mentaati pemerintah muslim.

Bagaimana jika tidak suka dengan hadis-hadis yang mewajibkan mentaati pemerintah sedangkan selama ini dia bergitu gigih berjuang dalam sistem demokrasi melawan pemerintah? Jawabnya, jika benar cintakan Nabi, patuhilah nasihat Nabi yang kita cintai itu. Jika perasaannya masih rusuh untuk menerimanya, tetapi menerimanya juga disebabkan itu sabda Nabi, maka itulah namanya ‘pengorbanan demi cinta’, demi cinta Nabi!

Bagaimana pula dengan larangan Nabi s.a.w. yang berlawanan dengan kepentingan kita? Elok ditinggalkanlah sebagai tanda cinta dan kesanggupan berkorban untuk Nabi.

Khamis, Ogos 01, 2013

DOSA warisan Kristian, pahala warisan Islam? Perghhh....

AKIDAH besar dalam agama Kristian adalah dosa warisan.  Dosa warisan ini merupakan dosa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam dan Hawa ketika dalam syurga Allah.  Versi Bible pun seperti yang terdapat dalam al-Quran, bahawa Nabi Adam dan Hawa telah termakan hasutan syaitan  sehingga melakukan larangan Allah.  Akhirnya Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan daripada syurga, dan dihantar ke dunia ini. Daripada Nabi Adam dan Hawa inilah berkembang biaknya manusia, yang kini kira-kira enam billion jiwa!

Kepada Kristian, dosa Nabi Adam tidak diampunkan Allah dan setiap keturunannya (semua manusia) menanggung dosa dua manusia pertama itu. Ini yang dinamakan dosa warisan. Kerna dosa warisan inilah umat Kristian percaya Allah telah menjelma sebagai manusia bernama Jesus (Isa putra Maryam) untuk menerima hukuman Salib.  Hukuman salib yang diterima oleh Jesus inilah sebagai penebus dosa warisan yang asalnya daripada Nabi Adam!  Maka sesiapa yang menjadi Kristian atau beriman bahawa Jesus itu adalah Allah yang merelakan disalib kerna menebus dosa Nabi Adam, maka dia terlepas daripada bebanan dosa warisan itu. Jadi, itulah faedahnya jika masuk Kristian.

Dalam Islam dosa Nabi Adam dan Hawa tidak diwariskan kepada sesiapa pun.  Malah al-Quran telah menjelaskan bahawa Allah mengampuni dosa Nabi Adam itu. Rujuk ayat 37 surah al-Baqarah (maksudnya), “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat daripada Tuhannya, lalu Dia (Allah) pun menerima taubatnya.  Sungguh Allah Maha penerima taubat, Maha Penyayang.” Ustaz dan Pak Kiyai mana pun tidak ada yang berani mengatakan dosa Nabi Adam masih belum diampun disebabkan sangat jelas ayat al-Quran mengesahkan keampunan Allah kepada Nabi Adam!  Maka ustaz dan Pak-pak Kiyai mengatakan ‘tidak ada dosa warisan dalam Islam’ sebagai membedakan antara Islam dan Kristian.

Bagaimana dengan pahala warisan?

Islam itu telus dan jujur, dibuktikan dengan ayat-ayatnya yang sangat jelas mengenai tidak ada dosa dan pahala yang bisa diwaris atau dipusakakan kepada keturunan atau sanak keluarga.   Antara ayat yang paling jelas ialah ayat 46 surah al-Fusilat (maksudnya), “Barang siapa mengerjakan kebajikan maka (pahalanya) untuk diri sendiri, dan barang siapa mengerjakan kejahatan maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri.  Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba(-Nya).”

Dalam hidup saya di Sabak Bernam, sering solat di dua masjid dan satu surau.  Pada bulan Ramadan ini, imam-imam (bersama ahli jamaah solat) di masjid dan surau berkenaan punya agenda tetap setiap hari membuat bacaan al-Quran daripada surah dan ayat pilihan untuk dihadiahkan atau diwariskan kepada arwah-arwah yang ditentukan.  Nama khasnya ialah Tahlil Arwah. Tentulah bacaan ayat-ayat al-Quran ini diyakini memberi manfaat kepada si mati, atau dengan kata lain pahala bacaan al-Quran orang hidup yang dipindahkan kepada si arwah, maka si arwah itu mendapat faedah.  Faedah apa? Tentulah bertambah koleksi atau himpuan pahalanya yang membolehkan dirinya terlepas daripada ancaman siksa Allah.  Maksud lain bacaan al-Quran yang diwarisi daripada ahli keluarga yang masih hidup dapat menebus dosanya!  Inilah yang dinamakan pahala warisan!

Aneh, ketika ustaz atau Pak Kiyai menolak adanya dosa warisan Kristian dengan membawakan ayat al-Quran bahawa dosa Nabi Adam sudah diampuni Allah, mereka tidak pula menggunakan ayat al-Quran untuk menafikan adanya pahala warisan.

Apakah kerna jumlah wang dan sejumlah makanan yang lazat maka orang yang berserban pun meninggalkan prinsip Islam yang sangat jelas dalam al-Quran?

Bagi saya: Malu jika mahu berhujah dengan umat Kristian bahawa Islam tidak ada dosa dan pahala warisan.