Pengikut

Isnin, Januari 25, 2016

MASA depan Syiah cerah di sini...


JUMLAH penduduk Malaysia  hanya 30 juta orang dan daripada itu kira-kira 70 peratusnya beragama Islam. Perkembangan baru pula menggambarkan kemungkinan ada hampir sejuta orang daripada penganut Islam telah bertukar akidah Islam kepada agama Syiah.  Dari sudut teknikal, Syiah boleh dianggap sebagian Islam, tetapi secara akidahnya syiah bukan dalam Islam.

Syiah mengembangkan ajarannya kepada penganut Islam kerna  ada persamaan sejarah. Syiah sendiri asalnya daripada Islam, tetapi akibat amalan bid’ah yang besar dalam akidah dan ibadah, maka Syiah bukan Islam. Ratu Syiah Indonesia sendiri mengakui bahwa Tuhannya Muhammad (Nabi s.a.w.) bukanlah tuhannya mereka kaum Syiah.  Sekian banyak pula ritual ibadah syiah adalah bid’ah, atau rekaan dalam rangka mengabdi kepada tuhan.

Namun kaum Syiah tidak jelas membedakan diri dalam masyarakat Islam Sunnah.  Konsep taqiah atau berpura-pura (munafik) menjadi amalan mereka dalam menyelamatkan diri ketimbang bersusah-payah menjawab mengapa dirinya beragama Syiah.  Sekalipun kaum Syiah di Malaysia mengatakan Ali bin Abi Talib sebagai Nabi akhir zaman atau mengatakan sahabat Nabi itu sebagai tuhan, itu bukanlah terzahir secara konkrit.  Soal dalam agama mereka tidak ada shalat Jumaat dan tidak ada shalat lima waktu, mereka dengan senang menyelinap dalam masyarakat muslim yang memang banyak berkelakuan begitu.

Penganut Syiah hanya dapat dikesan tatkala mereka melakukan ritual agama secara terbuka.  Misalnya jika berkumpul dan mengadakan diskusi agama, pastilah mereka menyatakan kesedihan atas kematian cucu Nabi s.a.w., Saidina Hussein bin Abi Talib. Mereka bersedih menangis dan melagukan irama sesal dan marah terhadap kematian Hussein. Jelas mereka penganut Syiah.

Belum ada penganut Syiah di Malaysia yang melukakan diri pada hari Asyura 10 muharam sebagaimana di Iran, Iraq dan beberapa negara luar sana.  Di Indonesia dan Malaysia, saat hari Asyura mereka menyanyi kesedihan dan menampar-nampar dada.  Sang Syiah tegar dari Indonesia jika mahu melukan diri saat itu, masih perlu ke negara Syiah seperti Iran.

Satu perkara, penganut Syiah di Malaysia atau Indonesia akan menafikan amalan Syirik dan bid’ah dalam agama mereka sebagai dasar.  Jika kita katakan penganut Syiah melukakan diri, menyembah berhala imam mereka atau membuat perlakuan seperti penganut Nasrani dan Hindu, mereka pantas menafikan itu adalah dasar agamanya. Mereka akan berkata, ajaran Syiah yang sebenar bukanlah seperti yang kita katakan kepada mereka. Acara melukakan diri pada 10 muharam yang terkenal dan sebagai tanda rasa sepenanggungan terhadap Hussein juga dinafikan sebagai ajaran asas agama Syiah. Begitulah munafiknya mereka.

Penganut Syiah begitu marah dengan sesiapa yang bersikap dan berdakwah kepada ajaran Islam yang tulen: Al-Quran dan Sunah sahih. Kebetulan negara yang kuat menjaga ajaran Islam seperti yang ada pada jaman Nabi dan para Sahabat adalah Arab Saudi, maka semua penganut Syiah mencela pemerintah dan dasar negara dua tanah suci itu.  Perkataan ‘wahabi’ adalah kewajiban untuk menggambarkan kebencian Syiah kepada sesiapa yang menolak atau melawan agama Syiah.

Pandangan saya, Syiah punya masa depan di Malaysia dan Indonesia kerna masyarakat Islamnya berpegang kuat amalan bid’ah yang dikatakan hasanah.  Asalkan seseorang itu menerima konsep bid’ah dalam agama, pintu masuk ajaran agama Syiah sudah ada.  Syiah itu berkembang kerna penerimaan terhadap rekaan konsep akidah dan ibadah. Rekaan dalam agama itulah bid'ah.


Sudah ada orang yang disebut guru agama mengatakan Nabi Muhammad jauh lebih besar daripada Allah swt. Itu dikatakan untuk membela sambutan Maulidur rasul.  Ada lagi yang mengatakan ‘ada sebagian hadis nabi yang hanya dihafal sahabat dan ulama, tidak ditulis dalam mana-mana sunah hadis’, itu ketika dia membela bid’ah hasanah.  Golongan yang mendakwa keturunan Nabi yang melakukan ibadah di kubur pula sedang diberikan ruang luas menyebarkan ajaran sufinya.  Ini sebagian petanda syiah punya peluang dan akan berkembang di Malaysia.  Tentulah Indonesia mendahului Malaysia dalam hal berkembangnya Syiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan