Pengikut

Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan

Isnin, Mac 05, 2018

KAUM munafik memang bodoh.


ADA sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam yang berupa kias ketamakan harta dunia untuk memberi gambaran kemewahan melimpah ruah di negeri akhirat kelak. Apabila Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengatakan
"kalaulah mereka tahu keutamaan" atau "jika kamu tahu hadiah agung" berarti baginda sedang memberitahu kita hal yang tidak difikir atau dibayangkan oleh manusia biasa. Ini caranya baginda meminta kita membuat bandingan, kecintaan kepada dunia yang enak tapi sementara dengan akhirat yang jauh lebih enak dan kekal.

Daripada hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَيْسَ صَلاَةٌ أَثْقَلَ عَلَى المُنَافِقِينَ مِنَ الفَجْرِ وَالعِشَاءِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Tidak ada shalat yang lebih berat bagi orang-orang munafiq daripada solat Subuh dan ‘Isyak (secara berjama’ah).
Kalaulah mereka tahu keutamaan yang terdapat pada kedua-duanya, nescaya mereka akan mendatanginya (berjama’ah di masjid) walaupun dengan cara MERANGKAK.” (Sahih Al-Bukhari, no. 657)

Apa yang dapat dikesan daripada hadis tersebut?
1. Orang munafik tidak shalat berjamaah di masjid.
2. ‎orang munafik itu bodoh dalam beragama.
3. ‎ganjaran orang shalat Isyak dan Subuh berjamaah itu besar banget, sehingga manusia terasa rugi amat jika terlepas melakukannya.
4. ‎banyak orang tidak perduli ganjaran besar bagi kehidupan di akhirat.

Lalu di mana tahap kita di sisi Allah?
Bertaqwa?
Beriman?
Muslim?
Munafik?

Sabtu, Mac 03, 2018

BACAAN imam shalat Asar pun seru


ANTARA gangguan ketika shalat di masjid ialah tetangga makmum yang membaca surah agak kuat walhal dia sepatutnya membaca surah atau tahiyyat untuk dirinya sendiri. Ada juga imam yang bacaan surah pada shalat Zuhur dan Asarnya bisa didengar semua makmum, sedangkan para makmum membaca surah pilihan sendiri dan tidak diperdengarkan kepada orang lain. Itu sebagian daripada yang berfaham bacaan mesti didengar telinga sendiri!

Lihat contoh imam di Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah, meskipun pembesar suaranya paling baik, suara sang imam tidak sedikit pun didengar makmum tatkala yang bacaannya mesti sir.

Kembali kepada caranya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam shalat, sebagai kata pemutus. Ini ialah dalil bacaan perlahan yang tidak didengar oleh orang lain. Jelas para makmum Rasulullah shallallahu alaihi wasallam hanya tahu baginda membaca surah dengan melihat jenggot baginda yang bergoyang, bukan mendengar suara yang perlahan.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan daripada Al-A’masy daripada ‘Umarah daripada Abu Ma’mar berkata, aku bertanya kepada Khabbab bin Al Arat, "Apakah Rasulullah shalallahu alaihi wasallam membaca surah dalam shalat Zuhur dan ‘Asar?"
Dia menjawab, “Ya.”
Kami tanyakan lagi, “Bagaimana kalian boleh mengetahui bacaan beliau?”
Dia menjawab, “Daripada gerakan jenggot baginda.” (H.R. Al-Bukhari No. 719)

Sabtu, Februari 17, 2018

DALIL shalat berjamaah itu wajib


SALAH satu hukum yang difahami oleh ulama berkenaan shalat berjamaah, ialah fardu ain iaitu wajib kepada setiap orang.
Ini pendapat Ibnu Mas’ud, Abu Musa Al Asy’ariy, Atha’ bin Abi Rabbah, Al Auza’i, Abu Tsaur, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, sebagian besar ulama Hanafiyah dan madzhab Hambali.

Dalil-dalil daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلاَةَ فَلْتَقُمْ طَآئِفَةُُ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلِيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَآئِكُمْ وَلْتَأْتِ طَآئِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ أَوْ كُنتُم مَّرْضَى أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ إِنَّ اللهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu kamu hendak mendirikan shalat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (shalat) bersertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang shalat besertamu) sujud (telah menyempurnakan satu raka’at), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bershalat, lalu bershalatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu memang sakit; dan siap-siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu. [An Nisa’: 102].

Dalam ayat ini terdapat dalil yang tegas mengenai kewajiban shalat berjama’ah. Yakni tidak boleh ditinggalkan, kecuali ada udzur, seperti ketakutan atau sakit.

وَأَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

"Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’."  [Al Baqarah:43).

Ayat di atas merupakan perintah. Kata perintah menunjukkan maksud kewajiban shalat berjama’ah.

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَاْلأَصَالِ رِجَالُُ لاَّتُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَبَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَآءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَاْلأَبْصَارُ

"Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, mendirikan shalat, dan membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang."  [An Nur:36-37].

قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَابَدَأَكُمْ تَعُودُونَ

"Katakanlah,  'Rabbku menyuruh menjalankan keadilan.' Dan (katakanlah),  'Luruskan muka (diri)mu di setiap shalat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan keta’atanmu kepada-Nya, sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah) kamu akan kembali kepada-Nya.” [Al A’raf: 29].

Kedua-dua ayat di atas, terdapat kata perintah yang menunjukkan kewajiban shalat berjama’ah.

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلاَيَسْتَطِيعُونَ خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ

"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak kuasa, (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera."  [Al Qalam: 42-43].

Ibnul Qayyim berkata,  "Sisi pendalilannya, adalah Allah Subhanahu wa Ta’ala menghukum mereka pada hari kiamat dengan memberikan penghalang antara mereka dengan sujud, ketika diperintahkan untuk sujud. Mereka diperintahkan sujud di dunia dan enggan menerimanya. Jika demikian, maka menjawab panggilan mendatangi masjid untuk menghadiri jama’ah shalat, bukan sekadar melaksanakan di rumahnya saja.”

Dalil daripada sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ

"Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh aku bertekad meminta dikumpulkan kayu bakar, lalu dikeringkan (agar mudah dijadikan kayu bakar). Kemudian aku perintahkan shalat, lalu ada yang beradzan. Kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami shalat dan aku tidak berjama’ah untuk menemui orang-orang (lelaki yang tidak berjama’ah). Lalu aku bakar rumah-rumah mereka.[HSR Al-Bukhari]

Ibnu Hajar dalam menafsirkan hadits ini menyatakan,  "Adapun hadits  (hadits di atas), maka zahirnya menunjukkan shalat berjama’ah fardhu ‘ain kerana seandainya hanya sunat, tentu tidak diancam yang meninggalkannya dengan (ancaman) pembakaran tersebut. Juga tidak mungkin terjadi, atas orang yang meninggalkan fardu kifayah, seperti pensyari’atan memerangi orang-orang yang meninggalkan fardu kifayah.”  [Kitab Fathul Bari 2/124]

Demikian juga Ibnu Daqiqil ‘Ied menyatakan,  “Ulama yang berpendapat, bahwa shalat berjama’ah hukumnya fardu ‘ain berhujah dengan hadits ini kerana jika dikatakan fardu kifayah, kewajiban itu dilaksanakan oleh Rasulullah dan orang yang bersamanya dan jika dikatakan sunat, tentu tidaklah dibunuh orang yang meninggalkan amal sunat. Dengan demikian jelaslah, shalat jama’ah hukumnya fardu ‘ain.” [Kitab Ihkamul Ahkam 1/24]

أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ أَعْمَى فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ فَرَخَّصَ لَهُ فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ فَقَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَأَجِبْ

"Seorang buta mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata,  'Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai seorang yang menuntunku ke masjid,' lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sehingga dibolehkan shalat di rumah saja.
Lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan keringanan kepadanya. Ketika ia meninggalkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, langsung Rasulullah memanggilnya dan bertanya, 'Apakah engkau mendengar panggilan azan shalat?'
Dia menjawab, 'Ya.'
Lalu Baginda  berkata, 'Penuhilah!'
[HSR Muslim]

Setelah menyampaikan hujjahnya dengan hadits ini, Ibnu Qudamah berkata,  “Jika orang buta yang tidak memiliki orang untuk menghantarnya, tidak diberi keringanan, maka (yang) selainnya lebih lagi.” [Kitab Al-Mughni 3/6]

مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ

"Tidaklah ada tiga orang dalam satu perkampungan atau pedalaman tidak ditegakkan pada mereka shalat, kecuali syaitan akan menguasainya. Berjama’ahlah kalian, kerana serigala hanya memangsa kambing yang sendirian.
[HSR Abu Dawud]

Nas-nas ini menunjukkan wajibnya shalat berjama’ah. Pendapat ini dirajihkan oleh Lajnah Daimah Lil Buhuts wal Ifta’ (Komite Tetap Untuk Riset dan Fatwa Saudi Arabia) dan Syaikh Prof. Dr. Shalih bin Ghanim As Sadlan dalam kitabnya Shalat Al Jama’ah . Demikian juga sejumlah ulama lainnya. Wallahu a’lam.

[Disalin daripada majalah As-Sunnah Edisi 02/Tahun VII/1420H/1999M Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km. 8 Selokaton Gondangrejo Solo.

Sabtu, Februari 03, 2018

DELAPAN rakaat sunat Zuhur, bebas neraka


Oleh Almarhum Syeikh Bin Baz,  terjemahan Muhammad Abduh Tuasikal,  (dengan sedikit pindaan ejaan daripada teks terjemahan asal.)

Telah shahih daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau mengerjakan shalat rawatib sehari semalam sebanyak 10 raka’at dan selalu beliau rutinkan, iaitu: dua raka’at sebelum Zuhur, dua raka’at setelah Zuhur, dua raka’at setelah Maghrib, dua raka’at setelah Isya’ dan dua raka’at sebelum Subuh, sebagaimana diriwayatakan oleh Imam al-Bukhari Imam Muslim dalam kedua-dua kitab shahihnya daripada hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma.

Akan tetapi terdapat riwayat daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau tidak pernah meninggalkan shalat empat raka’at sebelum Zuhur, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab shahihnya. Maka yang lebih afdal, hendaklah seseorang mukmin dan mukminah mengerjakan shalat empat raka’at sebelum Zuhur, setelah itu mengerjakan shalat rawatib dua raka’at setelah Zuhur, sebagaimana dijelaskan dalam hadits ‘Aisyah yang telah disebutkan. 

Sedangkan jika ia mengerjakan shalat rawatib empat raka’at sebelum Zuhur dan empat raka’at sesudah Zuhur, itu lebih afdal lagi. Hal ini berdasarkan riwayat daripada Imam Ahmad dan penulis kitab Sunan yang empat dengan sanad yang hasan daripada Ummu Habibah. Ummu Habibah mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Barangsiapa yang menjaga shalat qabliyah Zuhur sebanyak empat raka’at dan ba’diyah Zuhur empat raka’at, maka Allah mengharamkan baginya neraka.” Ini sungguh keutamaan yang amat besar.

Inilah macam-macam shalat sunnah rawatib dan hal ini disebutkan dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
مَنْ صَلَّى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِىَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ
“Barangsiapa yang mengerjakan dua belas raka’at shalat sunnah rawatib sehari semalam, maka akan dibangunkan baginya suatu rumah di surga.” Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Ummu Habibah. Dikeluarkan pula oleh At-Tirmidzi dengan sanad yang hasan dan ditambahkan dalam riwayat tersebut shalat sunnah rawatib empat raka’at sebelum Zuhur, dua raka’at setelah Zuhur, dua raka’at setelah Maghrib, dua raka’at setelah Isya’, dan dua raka’at sebelum Subuh.


[Nur ‘Alad Darb, Syaikhh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, kaset no. 64]

Isnin, Jun 26, 2017

JANGAN sentuhkan kaki tatkala shalat?

"Minta maaf, rapat boleh tapi tidak boleh sentuh kaki. Saya rasa tidak selesa "  Itu antara ayat seorang ahli jamaah shalat yang sudah berusia. Itu pilihannya, namun remaja atau anak muda mudah saja menerima seruan sunah.

Foto hiasan

Hadits An-Nu’man bin Basyir radiyallaahu ‘anhu dia berkata :

أَقْبَلَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم عَلَى النَّاسِ بِوَجْهِهِ فَقَالَ أَقِيْمُوْا صُفُوْفَكُمْ ثَلاثاً وَاللهِ لَتُقِيْمُنَّ صُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ قَالَ فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَرُكْبَتَهُ بِرُكْبَةِ صَاحِبِهِ وَكَعْبَهُ بِكَعْبِهِ 
Rasulullah  salallaahu ‘alaihi wasallam pernah menghadap ke arah jamaah solat dan bersabda : “Tegakkanlah  (luruskanlah) saf kalian, tegakkanlah saf kalian, tegakkanlah saf kalian.  Demi Allah, bila kalian tidak menegakkan shaf kalian, maka Allah akan mencerai-beraikan hati kalian”. An-Nu’man berkata : “Aku saksikan sendiri, masing-masing diantara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu temannya, lututnya dengan lutut temannya, dan mata kakinya dengan mata kaki temannya” [Riwayat Abu Dawud no. 662 dengan sanad sahih]

Ahad, November 30, 2014

SOLAT berjamah? Kami tahu tapi tidak yakin!


TERFIKIR juga selama ini: Mengapa orang yang rumahnya dekat dengan masjid kerap mendengar azan namun tidak solat jamaah di masjid walhal dia pun sudah tahu kuatnya tuntutan solat berjamaah.  Dan berapa banyak lagi antara kita sebagai muslim membaca dan mendengar seruan Allah dalam al-Quran  serta hadis Nabi s.a.w. berkenaan solat berjamaah.

Maksud firman Allah ayat 43 surah al-Baqarah, “Dan dirikan solat serta keluarkan zakat, dan rukuklah kamu bersama orang-orang yang rukuk.”  Ayat ini seruan atau perintah daripada Tuhan yang memberi kita makan dan nyawa!

Maksud hadis Nabi s.a.w. “Sungguh aku mahu menyuruh dan mengumpulkan kayu-kayu api, kemudian aku menyuruh diserukan solat, lalu dilaungkan azan untuknya.  Kemudian aku menyuruh seseorang menjadi imam.  Sesudah itu aku pergi kepada mereka yang tidak menghadiri jamaah, lalu aku bakar rumahnya bersama-sama dengan mereka yang ada di dalamnya.” (HSR Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis Nabi s.a.w. di atas merupakan ancaman kepada yang sengaja meninggalkan solat berjamaah.  Selain itu ada beberapa lagi hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan ‘wajibnya’ keluar dari rumah ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah.  Saban kali ada ceramah solat jamaah, hadis-hadis nabi akan dikumandangkan.  Namun mengapa ada yang sampai sudah umur 40 tahun, kulit berkedut dan beruban, masih diam-diam sahaja tidak mahu ke masjid. 

Persoalannya, adakah mereka atau antara kita tidak percaya al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.? “Oh kami semua percaya kitab Allah dan hadis Nabi s.a.w..”

Adakah mereka atau antara kita tidak percaya janji Nabi s.a.w. kepada yang melakukan solat berjamaah? “Oh kami percaya janji Nabi, kerna Nabi adalah utusan Allah dan semua tahu apa yang Nabi bicarakan adalah benar.”

Oleh itu mengapa mereka atau antara kita tidak melakukan seruan Allah dan rasul-Nya, berjamaah di masjid?  ……. Tiada jawaban!

Seseorang muslim tahu apa maksud solat berjamaah. Mereka atau antara kita tahu seruan daripada Allah dan rasul-Nya. Mereka  dan antara kita faham semua berkaitan dengan solat berjamaah. Hakikatnya, mereka atau antara kita tidak yakin apa yang diketahui dan difahami!

Tanpa keyakinan orang tidak akan bertindak melakukan kerja.  Ambil contoh, seorang graduan di Tawau, Sabah mendapat tawaran kerja di Johor Bahru dengan gaji RM5,000.00 sebulan. Dia harus bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat antara bangsa. Sekalipun dia tidak pernah menjejak Johor Bahru, namun kerna yakin semua tawaran itu betul, dia pergi meninggalkan Tawau untuk ke Johor Bahru!  Dia yakin maklumatnya benar. Untuk itu, dia boleh saja mengeluarkan kos tambang kapal terbang, sewa rumah dan pengangukutan selama belum mendapat gaji pertamanya. 

Begitulah, keyakinan menyebabkan seseorang sanggup bertindak sama ada dalam batas normal atau yang ekstrim.  Ibu atau bapa pergi ke sekolah untuk mengambilkan bantuan sekolah RM100.00 untuk anaknya. Dia yakin beritanya betul dan pasti mendapatkan RM100.00 tunai!  Peminat sepak bola yakin masih boleh membeli tiket meyaksikan perlawanan sepak bola final Piala Malaysia walaupun dia di barisan belakang, sedangkan di hadapannya manusia lain sudah berasak-asak mahu membeli tiket.  Dia di belakang yakin dapat membeli tiket itu, maka dia pun menyertai orang berasak-asak dalam keadaan ekstrim.


Begitulah, kerna tidak yakin jaminan kebajikan dan pahala kepada orang berjamaah, banyak yang tahu tetapi mengabaikannya. Serulah dengan azan di cuping telinganya, berilah tazkirah oleh ulama terhebat, jika dia memang tidak yakin….. dia tidak akan melakukannya. Hanya yang tahu, faham dan yakin…. dia akan ke masjid. Malah dia sanggup pula berjaga-jaga, tidak mahu tertidur hingga terlepas. Atau dia berjaga-jaga waktu-waktu setiap solat supaya dia boleh bersiap siaga sekalipun tidak mendengar azan. Malah dia akan menyediakan kelengkapan pakaian bersih untuk solat kerna dia dalam pekerjaan yang bergelumang dengan tanah atau kotoran.  Semua disebabkan dia yakin janji dan jaminan Allah dan rasul-Nya!

Sabtu, Julai 05, 2014

SUTRAH menghindari dosa dalam masjid

MALAM-malam pada bulan Ramadan di masjid dan surau memang banyak orang melakukan ibadah, terutamanya solat malam atau tarawih. Maka menjadi kebiasaan juga banyak orang melakukan solat sunat selain solat berjamaah di masjid.  Barapa orang sangatlah yang memastikan solatnya menghadap sutrah. Dan berapa orang sangatlah yang tidak berjalan di hadapan orang yang sedang solat itu.

sutrah di hadapan orang solat

Sutrah ialah penghadang di hadapan orang bersolat.  Misalnya ada orang solat menghadap dan mendekat ke arah tiang masjid.  Sebenarnya dia menjadikan tiang sebagai sutrah.  Ada pandangan lain misalnya seseorang bersolat yang ada rehal di hadapannya. Rehal itulah sutrah atau penghadang dia solat.  Selain benda mati seperti tiang dan rehal, orang yang duduk atau sedang solat juga boleh dijadikan sebagai sutrah.

Apa pentingnya sutrah?

Pertama, meletakkan sutrah adalah sunah Nabi s.a.w..  Oleh kerna baginda Nabi s.a.w. memerintahkan supaya kita meniru cara baginda melakukan solat maka meletakkan sutrah atau mendekati sutrah adalah sebagian cara solat Nabi s.a.w.

Maksud sabda Nabi s.a.w., “Janganlah engkau solat kecuali menghadap sutrah.” (Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Solat menghadap sutrah sebenarnya menyelamatkan orang lain daripada berdosa berjalan di hadapannya.  Mungkin kerna jahil bab ini maka banyak orang berjalan di hadapan orang solat. Namun jika kita yang ada sedikit ilmu solat meletakkan sutrah maka orang yang melintasi di balik sutrah itu pasti tidak menanggung dosa.

Maksud sabda Nabi s.a.w. , “Seandainya orang yang lalu di depan orang yang solat mengetahui besarnya dosa yang ditanggungnya, nescaya ia akan memilih berhenti selama 40, itu lebih baik baginya dari lalu di depan orang yang shalat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Walaupun hadis tidak menjelaskan maksud 40 itu, namun para ulama faham bahawa ada ancaman dosa di sana.

Adakah garisan saf di masjid merupakan sutrah?  Sebenarnya contoh daripada hadis memberitahu bahawa sutrah adalah benda yang meninggi, bukannya satu gambar sama rata dengan tanah atau lantai.

Dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada menceritakan tentang fizikal sutrah.  hadis riwayat Bukhari dan Muslim, “Apabila Baginda solat di padang pasir dan tidak ada suatu pun yang boleh dijadikan sutrah, Baginda memacakkan tombak di hadapannya. Lalu Baginda solat menghadap tombak tersebut dan para sahabat bermakmum di belakang Baginda.”

Apabila kita bersolat, hendaklah mendekati sutrah. Maksudnya, apabila bersujud, dekatlah kepala kita dengan sutrah itu.  Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya, “Jika seseorang dari kalian melakukan solat menghadap sutrah, maka hendaklah dia dekat kepadanya, jangan sampai syaitan membatalkan solatnya.” (Sahih. Abu Dawud)


Semoga diamalkan salah satu sunah Nabi ini.

Sabtu, Mei 10, 2014

MENGAPA ahli masjid ditemani syaitan?

AHLI masjid maksudnya orang yang melazimi solat berjamaah di masjid, tidak mengira siang atau malam. Di mana-mana masjid pasti kedapatan ahli masjid, sehingga ada orang mengatakan masjid sudah menjadi rumah kedua mereka. Mereka juga yang sentiasa setia mendengar kuliah agama ba'da Maghrib dan Subuh. Sepatutnya ahli masjid tidak lagi kelihatan salah dalam solat berjamaahnya. Kesalahan yang terbiar tidak pernah atau tidak mungkin diperbaiki ialah tidak rapat sewaktu solat berjamaah.


Hampir semua imam memperingatkan agar meluruskan dan merapatkan saf sebelum memulakan solat. Namun seperti foto di atas, adalah biasa ahli jemaah berdiri terpisah dalam solat.  Maka, mungkin itulah pemahaman saf yang rapat sebagaimana yang dimaksudkan oleh imam-imam kita.  Dan imam kita pun bukan perdulikan hal itu jika maksudnya salah!  Atau juga, ahli jemaah masjid memang tidak boleh dibentuk supaya merapatkan kaki dan bahunya antara satu sama lain sebagaimana yang dianjurkan oleh sunah Rasulullah. 


Rapatkan saf solat sehingga kaki dan bahu tersentuh antara satu sama lain. Imam hanya berkuliah dengan mulut membacakan hadis nabi berkenaan saf yang rapat. Imam tidak pernah membuat contoh sewaktu kuliah berkenaan, misalnya membuat dua saf yang renggang dan saf yang rapat.  Sebenarnya jemaah tidak mendapat contoh mana yang salah dan benar. Maka, bacalah sebanyak mana pun hadis nabi, begitulah saja kedudukan para jemaah.


Jika mahukan perubahan, tidak perlu menunggu  berjubah dan berserban. Tidak perlu beralasan 'oh kami sudah biasa berenggang puluhan tahun...'


Asalkan ada bimbingan yang betul oleh guru, maka ahli jemaah dapat berubah menuruti sunah. Apa susahnya merapatkan kaki dan bahu ketika solat?  Apa susahnya?

Isnin, Disember 16, 2013

BAGAIMANA imam solat sampai lima rakaat?

IMAM solat bisa saja tersilap.  Jika dalam solat Isyak, imam tersilap dan menamatkan solatnya pada rakaat ketiga, makmum mudah faham dan menambah satu rakaat lagi. Bagaimana jika imam tersilap sehingga menambah rakaat menjadi lima rakaat? Keadaan ini berlaku walaupun tidak selalu. Namun apabila berlaku makmum akan menjadi tiga golongan.


Pertama: Makmum menamatkan solatnya, bermakna keluar daripada berjamaah sebab imam masih dalam solat.

Kedua: Makmum terus duduk dalam tahiyat akhir sementara menunggu imam menghabiskan satu rakaat  dan dua sujud sahwinya.  Apabila imam memberi salam penamat solat, maka makmum golongan ini juga memberi salam menamatkan solatnya.

Ketiga: Makmum terus mengikuti imam membuat rakaat kelima.  Makmum golongan ini juga menuruti imam membuat dua sujud sahwi. Mereka mengikuti seratus peratus pergerakan imam sehingga tamat.

Daripada kes itu jelas tampat wujud tiga pendapat. Apa pun, hukum solat mereka tetap sah.  Sah, sama ada sebagai solat sendiri atau sah dalam solat berjamaah (bersama imam).  Cuma yang bisa dibicarakan ialah manakah yang sepatutnya diambil.

Saya cenderung memilih kaedah ketiga, iaitu mengikuti imam menghabiskan satu rakaatnya yang disangka rakaat keempat (sedangkan itu rakaat kelima).

Solat berjamaah ialah solat mengikuti imam. Dalam satu hadis Baginda Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Dan jika dia ruku’, maka ruku’lah kamu. Dan jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Dan jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah dengan berdiri.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ada satu lagi sabda Baginda Nabi yang diakhiri dengan, “Jika imam solat berdiri maka solatlah berdiri, dan jika imam solat secara duduk maka solatlah kamu semua secara duduk.” (Riwayat Al-Bukhari).

Dua hadis itu menjelaskan kewajiban makmum mengikuti apa saja pergerakan imam dalam solat.  Misal kata tiba-tiba imam cedera dan dia terpaksa duduk untuk sebagian solatnya (yang sepatutnya ada berdiri), maka makmum wajiblah mengikuti imam dengan duduk juga dalam semua bagian rakaat berkenaan.

Begitu juga bagi golongan yang berpendapat doa qunut dalam solat subuh itu tidak ada dalam sunah. Namun apabila imam membaca doa qunut dengan mengangkat tangan, maka makmum berkenaan wajib juga mengangkat tangan untuk doa qunutnya.  Semua ini tidak lain kerna menuruti hadis ‘makmum wajib menuruti imam’.

Ada satu lagi hadis nabi yang bisa diguna untuk menguatkan hujah bahawa makmum diminta mengikuti imam. Misalnya solat tarawih. Banyak juga orang berpendirian bahawa solat malam atau tarawih (Ramadan) itu maksimumnya 11 rakaat. Namun apabila mereka menjadi makmum kepada imam yang melakukan 23 rakaat, sangat bagus mengikuti imam sampai 23 rakaat.

Baginda Nabi s.a.w. mengatakan (maksudnya): “Siapa yang solat bersama imam sampai ia (imam) selesai, maka ditulis untuknya pahala qiyam satu malam penuh.” (Riwayat an-Nasa’i dan at-Tirmidzi, Syeikh al-Albani dalam al-Irwa’ hadis no 447 mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Mungkin pihak lain mempunyai hujah untuk menolak kaedah ketiga (sentiasa menuruti imam).  Terpulanglah pada pendirian dan pemikiran masing-masing, yang utama ialah kita kena faham bahawa setiap amal ibadah mestilah diketahui dalil atau hujahnya. Pilihlah mana dalil atau hujah yang kuat, iaitu yang paling menghampiri al-Qur’an dan Sunah Nabi s.a.w.


w.a.

Jumaat, November 01, 2013

APABILA kaki bola berebut-rebut di belakang imam

ORANG berebut-rebut tentulah untuk mendapatkan sesuatu yang sangat istimewa.  Misalnya sekarang diberitakan orang berebut-rebut mendapatkan tiket untuk menonton perlawanan akhir sepak bola Piala Malaysia.  Bukan sahaja mereka telah menunggu di kaunter tiket sewaktu orang masih solat tahajud, malah terjulur-julur tangan membeli tiket seperti akan terlepas hak membeli tiket. Ingat ya, mereka membeli tiket bukan mendapatkan yang percuma.


Mengapa begitu? Tidak lain kerna mereka merasakan menjadi penonton perlawanan akhir sepak bola Piala Malaysia sangat istimewa, tidak dapat digambarkan betapa nikmatnya dalam hidup. Sangat nikmat menonton dan bersorak dalam stadium sebab mereka adalah penyokong tegar.  Yang menambah rasa nikmat itu ialah jika pasukan sokongannya mahu menjadi juara kali ketiga berturut-turut atau mahu mahu menjadi juara setelah 50 tahun! Aduhai.  Boleh bayangkan jika Allah mentakdirkan pasukan bola sepak Malaysia dapat beraksi dalam pusingan akhir sepak bola Piala Dunia, lagilah dahsyat kenikmatan yang dijangkakan itu.  Maka fahamlah mengapa perebutan itu berlaku.  Kalaulah tidak kerna ada peraturan atau kawalan, pergaduhan untuk mendapatkan tempat sebagai penonton pasti berlaku.

Dahulu Nabi s.a.w. juga pernah memberi gambaran perebutan manusia untuk mendapatkan kenikmatan.  Baginda Nabi s.a.w. membayangkan manusia akan berebut-rebut mendapatkan tempat paling hadapan jika mereka tahu istimewa dan berharganya kedudukan itu.

Maksud sabda Nabi s.a.w. “Sekiranya manusia mengetahui keutamaan yang ada di dalam azan dan yang berada dalam saf pertama (solat jamaah), tetapi mereka tidak berjaya mendapatkannya, kalaulah caranya dengan melakukan undian tentulah mereka melakukan undian itu.”
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, An-Nasa’I dan Abu Hurairah)

Maksudnya, manusia tidak tahu betapa hebat dan istimewanya ganjaran atau hadiah atau habuan yang Allah akan beri kepada mereka yang berdiri di saf pertama solat jamaah.  Itulah yang Baginda Nabi s.a.w. menyatakan ‘sekiranya manusia tahu….’ Tentulah akan berebut-rebut, tolak-menolak, siku-menyiku dan tentu saja solat berjamaah tidak dapat dilaksanakan disebabkan jamaah tidak dapat bertolak-ansur, semua mahu berdiri di saf pertama.  Akhirnya apabila dibentak-bentak oleh Imam supaya dibuat undian, siapa yang dapat dialah menjadi pendiri di saf pertama, barulah solat dapat dilaksanakan.

Sekiranya manusia tahu apa yang manusia akan dapat nikmati, seperti juga peminat pasukan sepak bola yang sanggup berdiri di muka kaunter tiket sejak jam 5 pagi!  Begitulah sekiranya manusia tahu betapa hebatnya kenikmatan atau istimewanya pemberian Allah disebabkan berdiri di saf pertama, barangkali mereka akan berdiri lebih awal dari jam 5 di pintu masjid sebelum azan Subuh.


Hanya saja kenikmatan atau keseronokan yang digambarkan oleh Nabi s.a.w. itu bukanlah hakikat atas dunia, maka tidak ada pun orang berebut-rebut seperti yang berlaku di kaunter tiket stadium.  Imam atau ulama zaman sekarang pun bukan seperti ulama zaman Salaf yang sanggup melakukan apa saja asalkan tidak terlepas habuan besar di akhirat. Diberitakan seorang ulama Salaf ke kebun kurmanya.  Apabila kembali, didapati orang telah selesai solat Asar berjamaah. Dia berkata, “Inna lillahi…. Telah luput aku daripada berjamaah”.  Dia menyambung, “Aku jadikan kamu saksi, bahawa kebun kurmaku dijadikan sedekah untuk orang-orang miskin.” (Prof.TM Dr. Hasbi Asy Shiddiieqy, Tuntutan Solat Berjamaah, 1995)

Isnin, April 15, 2013

PRU: Betul Tuan Guru, solat mereka tidak berpahala!


TERBAHARU, Tuan Guru mengatakan ahli sebuah parti politik solatnya tidak mendapat pahala.  Menerangkan lebih lanjut, beliau menjelaskan sebenarnya sesiapa yang ‘menolak Islam’ bermakna solatnya itu tidak mendapat pahala.  Ini bermaksud, seseorang itu sekalipun sempurna segala rukun dan bacaan solatnya jika ‘menolak Islam’ solatnya dikira kosong di sisi Allah.  Istilah mudahnya, solatnya hanya dapat penat, tiada setitik pun ada nilai di apabila dilihat dalam buku catatan amal salihnya!

foto hiasan

Biarlah maksud ‘menolak Islam’ itu dijelaskan oleh Tuan Guru berkenaan, kerna beliau jauh lebih arif berkenaannya.  Begitu juga, bagaimana seseorang yang bersyahadah dan menunaikan solat masih dikira menolak Islam, biarlah diterangkan oleh insan berkenaan.

Perkara solat yang diterima Allah atau hanya sia-sia, ada juga disebut dalam hadis Nabi s.a.w.  Misalnya berkaitan tuntutan seseorang lelaki muslim solat berjamaah di masjid, ada hadis yang berupa amaran daripada Nabi s.a.w. bahawa solatnya di rumah tidak mendapat ganjaran atau pahala! 

Maksud sabda Nabi “Sesiapa mendengar azan dan tidak memenuhinya, maka tidak ada solat baginya.” (HR Ibnu Munzir daripada Ibn Abbas)

Lilat pula perkataan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang merupakan hasil tarbiyah baginda s.a.w. Maksud kata-kata Saidina Ali Abi Talib “Sesiapa daripada tetangga masjid mendengar seruan azan, kemudian dia tidak memenuhinya sedangkan dia sihat, maka tidak ada solat baginya.” (HR Ahmad daripada Ibn Mas’ud)

Kata Abu Musa al-Ansari, “Sesiapa mendengar azan, maka tidak menjawab (memenuhi seruannya) dengan tidak ada uzur, tidak ada solat baginya” (HR Ahmad dan Ibn Hazam)

Daripada dalil-dalil itu bolehlah difahami sesiapa yang sengaja tidak solat berjamaah di masjid setelah tahu ada seruan azan, maka tidak ada pahala solat jika dia solat dalam jamaah itu.  Di situ Baginda Nabi s.a.w. dan sahabatnya tidak memberi batas untuk ahli sesebuah kabilah atau zaman sekarang disebut parti politik.

Ada lagi hadis Nabi s.a.w. yang jauh lebih menjelaskan adanya amal ibadah (bukan hanya solat) yang dilakukan tetapi di sisi Allah tidak berguna sesen pun, tiada pahala.  Maksud hadis Nabi s.a.w. “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami (urusan agama) perkara yang tidak ada padanya, maka ia (ibadah baru) itu tertolak.”  (HR al-Bukhari)

Oleh itu jika ada sesiapa yang melakukan solat yang tidak berdasarkan dalil al-Quran dan sunah yang sahih, maka solat itu tidak ada pahala atau sia-sia di sisi Allah.  Misalnya zaman sekarang orang kerap melakukan zolat hajat secara berjamaah, sedangkan solat secara itu tidak ada contoh pun daripada sunah nabi s.a.w.  Hanya ada satu hadis yang boleh dijadikan sandaran untuk solat hajat, itu pun tidak disebut secara berjamaah.  Dan hadis itu sebagai bukti solat hajat pun lemah.

Dalam  buku Panduan Solat Sunat Cara Nabi (2008) oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus dirakamkan begini:

Menurut Faaid bin Abdul Rahman yang meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa, Rasulullah bersabda (maksudnya), “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya, kemudian solat dua rakaat. Terus (setekah solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian dia mengucapkan doa……. “  Menurut Abi ‘Isa ini adalah hadis ‘garib’ dan dalam sanadnya terdapat nama Faaid bin Abdul Rahman yang daif (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa.”  (HR Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab As-Solaah).

Kesimpulannya, adalah lebih baik hendak mengatakan solat mana yang sia-sia tana pahala di sisi Allah, ialah dengan memberikan bukti dalil yang jelas.  WA.

Selasa, Februari 26, 2013

DARI solat ke beranda lawak


MAKSUD firman Allah ayat 1-3 surah al-Mukminun, “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,  (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.”

Kata Ibnu Abbas r.a., yang diartikan dengan ‘khusyuk dalam solat’ ialah merasa takut kepada Allah dan memiliki ketenteraman batin pada saat melaksanakan solat. 

Kata Al-Hassan al-Basri pula, khusyuknya orang yang beriman ialah pada hatinya nuraninya.  Tambahnya, orang-orang yang punya sifat khususk dalam hati mampu menjaga pandangan mata daripada hal-hal yang diharamkan Allah, serta mempunyai perasaan rendah diri.  Khusyuk dalam solat hanya dapat dimiliki oleh orang yang mengosongkan hatinya daripada hal yang menyibukkan fikirannya, lalu mengutamakan solat daripada kepentingan-kepentingan lain (hal dunia).

Maksud sabda Nabi s.a.w., “Aku dijadikan mencintai wangi-wangian dan wanita (isteri), dan dijadikan kesejukan hati dalam solat.” (HR Ahmad dan an-Nasai, dan disahilkan oleh Syeikh al-Albani)

Berapa banyak kita perhatikan orang yang bersolat bagai mahu segera beres dan meninggalkan tempat sujudnya, terutama orang muda.  Dalam fikirannya, segera bereskan solat dan melakukan kerja-kerja  kehidupan yang sedang menunggunya.  Keadaan ini tentu hal-hal kerja atau rutin harian sebagai manusia masih bersarang dalam mindanya sewaktu solat.  Kemudian, solat-solat sunatnya pun tidak terjaga sebab mengejar waktu untuk memberesi urusan kerja harian.  Walhal, solat itu bukan hanya satu pergerakan anggota dari berdiri sehingga duduk, melainkan rasa kerendahan jiwa terhadap Tuhannya!

Sungguh tidak elok dengan fikiran, “asalkan solat beres.”  Bahawa Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa solat itu menyejukkan hati atau membawa ketenteraman, suatu keadaan yang sangat berbeda dengan hiruk-pikuk kerja dunia.  Maka jika solatnya pun sudah dalam ‘segera beres atau hiruk-pikuk’ juga, apa lagi nilai solat pada dirinya?

Hari ini orang suka mendengar lawak jenaka, sebab itu program lawak di kaca TV mendapat sambutan besar.  Akhirnya orang berceramah agama juga terpaksa membuat banyak lawak supaya hadirin sentiasa hadir kepadanya, menyaingi kaki-kaki lawak yang sudah dibayar mahal.  Entah mana satu lawak yang dikatakan menghampiri ‘perbuatan tidak berguna’.

Selasa, Februari 12, 2013

SOLAT apa yang dalilnya 'tidak ada dalil'?


HANYA muslim yang hilang akal akan mengatakan ayat-ayat al-Quran sebagai ‘tidak baik’.  Semua muslim pun setuju bahawa membaca al-Quran merupakan satu ibadah khusus kepada Allah.  Pembacanya akan diberi pahala oleh Allah.  Solat juga satu ibadah khusus kepada Allah. Juga, hanya muslim yang hilang akal akan mengatakan solat sebagai ‘tidak baik’.


Jika membaca al-Quran dan solat itu memang amalan baik, bolehkah orang bersolat membaca al-Quran sewaktu sujud dalam solat?

Berdasarkan pertimbangan akal, tentulah kita mengatakan ‘baik’ membaca mana-mana ayat al-Quran ketika sujud. Namun ibadah bukanlah berdasarkan pertimbangan akal manusia, melainkan diberi contoh oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah.  Oleh kerna Nabi s.a.w. menyebut dalam hadisnya (maksud) “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (HR al-Bukhari dan Muslim), maka menjadi kewajiban mengikuti pergerakan dan bacaan yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w.  Oleh kerna surah al-Fatihah dibaca oleh Nabi s.a.w. pada setiap baginda berdiri dalam solat, maka itulah dalil di mana ayat al-Quran dibaca dalam solat.  Oleh kerna sewaktu sujud, Nab s.a.w. membaca tasbih, tidak membaca ayat al-Quran, maka itulah dalil tidak boleh dibacakan ayat al-Quran dalam sujud solat.

Jika orang bertanya, “Salahkah membaca ayat al-Quran ketika sujud?  Bukankah tidak ada dalil Nabi s.a.w. melarang membacanya.”

Jawabnya memang salah sebab menyalahi arahan Nabi s.a.w. “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”.  Jika masih berhujah bahawa ‘tidak munasabah dilarang membaca wahyu Allah dalam sujud”, juga baginda Nabi s.a.w. sudah berkata (maksud), “setiap amalan yang tidak daripada suruhan kami, maka ia tertolak” (HR Muslim).  Ini bermakna betapa hebat hujah akal manusia untuk melakukan amal ibadah jika tidak sesuai dengan petunjuk sunah Nabi s.a.w., hanyalah amalan yang sia-sia. Hanya mendapat penat lelah dan membuang masa!

Begitulah juga kepada beberapa persoalan berikut:

Mengapa orang tidak melakukan solat sunat rawatib (solat sebelum dan sesudah solat fardu) secara berjamaah, sedangkan Nabi s.a.w. mengatakan pahala solat berjamaah berganda-ganda berbanding solat sendirian.  Jawabnya, tidak ada dalil atau petunjuk sunah Nabi s.a.w. untuk berbuat begitu.

Mengapa orang tidak melakukan solat Subuh empat rakaat sedangkan waktunya dalam hening dan sangat sesuai beribadah kepada Allah?  Mengapa pula solat zuhur empat rakaat, sepatutnya dua rakaat sahaja sebab waktu itu sangat sibuk dan suasana hirup-pikuk siang hari.  Jawabnya tidak ada dalil atau petunjuk sunah Nabi s.a.w. solat Subuh empat rakaat dan Zuhur dua rakaat saja.

Setelah itu bagaimana sebilangan orang melakukan amal ibadah yang tidak ada dalil atau petunjuk Sunah Nabi s.a.w. seperti berikut:

Solat hajat berjamaah. Hadis solat memohon kepada Allah ditunai hajat ada, melakukannya secara berjamaah tidak ada pula.

Membaca ayat al-Quran (surah al-Fatihah) yang pahalanya dihadiahkan kepada Junjungan Besar Nabi s.a.w. dan para sahabat.  Tidak ada dalil atau petunjuk sunah Nabi s.a.w.

Cukuplah dua contoh untuk kita bermuhasabah supaya sentiasa mengembalikan amal ibadah berdasarkan sunah Nabi s.a.w.  Hal ini bermakna, kita mestilah juga sentiasa mencari ilmu khasnya dalam bab ibadah.  Amatlah pelik apabila kita yakin bahawa hal ibadah merupakan yang utama diperhitungkan di sisi Allah berbanding kerja-kerja harian mencari harta, tetapi dalam bab yang utama Allah akan perhitungkan itu masih dibuat secara ‘umum’ sedangkan hal kerja mencara harta kita cukup mahir dalil (sumber ilmu) dan tafsirannya (selok-beloknya)!

Jumaat, September 07, 2012

SHALAT apa lagi selepas tarawih?


RAMADAN telah berlalu, dan muslim menjalani kehidupan biasa iaitu makan dan minum pada siang hari selama sebelas bulan akan datang.  Insya Allah, jika diizinkan bertemulah dengan Ramadan akan datang.  Apa yang dilalui pada Ramadan lalu selain berpuasa selama sebulan? Jawabnya ialah solat tarawih.  Masyarakat kita membedakan antara solat tarawih dan solat malam (qiamullail), walhal petunjuk sunah tidak ada perbedaan antara kedua-duanya.  Solat tarawih itu ialah solat malam.  Perhatikan apa yang dikhabarkan oleh isteri nabi s.a.w. 


Daripada Abi Salamah bin Abd Rahman, bahawa dia bertanya kepada Aisyah (semoga Allah meredainya) bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. pada malam Ramadan? Maka berkatalah Aisyah: “Baginda tidak menambah lebih daripada sebelas rakaat, sama ada pada bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ini berarti solat malam itulah solat yang disebut tarawih pada bulan Ramadan.  Oleh kerna pemahaman masyarakat bahwa solat malam dan tarawih itu berbeda, maka sebagian yang melazimi solat tarawih telah meninggalkan solat tarawih kerna Ramadan telah tamat.  Bagi mereka yang memahami bahwa solat tarawih itu adalah solat malam, mereka meneruskan solat malam (tarawih) itu 11 rakaat pada setiap malam.

Allah tidak membedakan seruan untuk solat malam itu untuk bulan Ramadan atau selainnya.  Sangat jelas dalam firmannya itu.

Maksud surah Al-Isra’:79  “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” 

Maksud surah As-Sajadah:15 “Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.” 

Maksud surah As-Sajadah: 16  “Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."

Maksud sabda-sabda  nabi s.a.w. yang lain ialah:

“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (tahajud) pada tengah malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abi Hurairah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” (Hadis riwayat Muslim).

Rabu, Januari 04, 2012

DILEMA: Mahu solat berjamaah atau di rumah saja


SEJAUH manakah kita benar-benar mengambil hukum yang solat berjamaah di masjid itu hukumnya sunat (atau sunat yang sangat dituntut), dan tidak merasa apa-apa kesalahan kerna meninggalkannya dengan saja-saja?  Bagi kita terutama orang awam, biasa menerima hukum yang solat berjamaah bukan wajib. Mereka mengatakan ‘bukan wajib’  atau ‘hanya sunat’ sebagai satu pendirian agar tidak dipersalah kerna hanya berjamaah di masjid pada hari Jumaat!

Adakah rasa keimanan kepada Allah dan semangat cintakan rasul tidak terusik dengan beberapa hadis nabi berkaitan dengan solat berjamaah di masjid?  Cuba kita lihat beberapa hadis junjungan s.a.w.

Maksud sabda nabi s.a.w. “Barang siapa mendengar seruan (azan) serta tidak ada uzur yang menghalangi ia memenuhi seruan itu, tidaklah diterima daripada solat yang ia kerjakan (solat sendirian)”.  Sahabat bertanya, ‘Apakah maksud uzur  itu?’  Jawab nabi s.a.w. ‘takut atau sakit’. (Riwayat Abu Dawud, Abu Hatim dan Ibnu Hibban daripada Ibnu Abas)

Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa pada suatu ketika nabi s.a.w. telah mendapati beberapa orang tidak ada ketika solat hendak didirikan, maka baginda bersabda yang maksudnya, “Sungguh aku mahu menyuruh dikumpulkan berkas-berkas kayu api, kemudian aku menyuruh mendirikan solat, lalu dikumandangkan azan.  Kemudian aku menyuruh seseorang menjadi imam (buat mengganti nabi).  Sesudah itu aku pergi kepada mereka yang tidak menghadiri jemaah, lalu aku bakar rumahnya bersama-sama  dengan mereka di dalamnya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Bagaimana dengan sahabat nabi bernama Ummi Makhtum r.a. yang buta?  Beliau bertemu baginda nabi s.a.w. dan berkata (maksudnya) “Ya Rasulullah, saya seorang yang kabur mata lagi jauh rumah dari masjid dan  mempunyai seorang penuntun yang tidak cocok dengan saya.  Adakah ada kelapangan untuk saya bersolat di rumah saya?  Nabi s.a.w. bertanya, “Apakah engkau mendengar azan?”  Aku menjawab, “Ya, saya mendengarnya.”  Nabi s.a.w. bersabda, “Saya tidak mendapat kelapangan untuk engkau buat solat di rumah.”  (Riwayat Ahmad, Abu Dawud daripada Ummi Makhtum. Diriwayatkan juga oleh Muslim dan An-Nasa’i)

Orang lelaki muda kalau merasa cinta terhadap seorang wanita akan sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan cinta wanita itu.  Begitulah gemuruh cinta.  Tidakkah ada gemuruh cinta kepada junjungan nabi s.a.w. dalam hal ini dengan berusaha sebaik mungkin mengamalkan apa yang nabi kita ucapkan?  Solat berjamaah di masjid itu sunah nabi!

Sabtu, Mei 14, 2011

AKIBAT saf solat bengkok dan tidak rapat


SOALAN:
SAYA ingin mendapatkan penjelasan berkenaan peraturan susunan saf yang betul semasa solat jemaah seperti solat Jumaat. Saya perhatikan walaupun masih ada ruang di dalam dewan masjid atau kawasan bangunan masjid, ramai yang lebih suka berada di luar masjid dan kawasan bangunan masjid seperti di tepi longkang, jalan, pagar tempat letak kereta dan lain-lain yang jauh dan terputus dari saf dalam masjid.
Bukan sahaja saf demikian tidak bersambungan dari saf-saf lain tetapi juga syak dan tidak pasti kebersihannya tempat-tempat demikian. Juga adakah pahala berjemaah diperoleh dengan keadaan saf sedemikian?

JAWAPAN:
Persoalan menjaga saf dan merapatkan saf di dalam solat adalah merupakan suatu permasalahan yang kian terabai. Ramai dari kalangan masyarakat hari ini, mengambil mudah dalam hal ini sebagaimana yang banyak berlaku di masjid-masjid dan surau-surau sekeliling kita.

Saf-saf solat mereka kelihatan renggang, tidak sekata. Lebih mengecewakan adalah apabila para imam sendiri tidak ambil peduli berkenaan hal ini. Sedangkan jika dilihat kepada hadis-hadis Rasulullah SAW dan athar para sahabat, dalam persoalan merapatkan saf ini, sungguh betapa dititik beratkan kesempurnaannya, dan malah jika gagal menyempurnakannya, ada pula hadis-hadis yang berbentuk ancaman.

Daripada Anas bin Malik sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: luruskan saf-saf kamu, sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat. (riwayat al-Bukhari, Kitab: Azan, Bab: Iqamah al-solah min tamam al-solah, no:723, Muslim, Kitab: al-solah, bab: taswiyah al-sufuf wa iqamatiha… no:973).

Hadis yang lain daripada Anas bin Malik: adalah Rasulullah SAW memalingkan wajah baginda ke arah kami (menoleh ke arah kami) sebelum baginda bertakbir seraya berkata: luruskan dan betulkan saf kalian. (al-Bukhari, Kitab:Azan, Bab: Taswiyah al-sufuf…,no:718, Muslim, Kitab: al-Solah, Bab:Taswiyah al-sufuf…, no:975).

Dalam hadis yang lain, daripada al-Nu’man bin Bashir telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.” (Muslim, Kitab: al-Solah, Bab:Taswiyah al-Sufuf…, no:978, Abu Daud, Kitab: al-Solah, bab: Taswiyah al-Sufuf, No: 663, al-Tarmidzi, Kitab: al-Solah, Bab: Ma ja fi iqamati al-Saf, no: 227.)

Imam al-Qurthubi berkata, “Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis di atas adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkan perpecahan”. (Ibn Hajar al-Asqalaniy, Fathu a-Bari fi Syarhi sohih al-Bukhari, jld: 2, hlm: 443)

Pendapat ini juga dipersetujui oleh Imam al-Nawawi. Beliau berkata, “Berbeza hati maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta pertentangan hati. Perbezaan ketika bersaf merupakan perbezaan zahir dan perbezaan zahir adalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati”.

Sementara Qadi Iyyadh menafsirkannya dengan mengatakan, “Allah akan mengubah hati mereka secara fizikal, sebagaimana di dalam riwayat lain (Allah akan mengubah wajah mereka)”. Hal itu merupakan ancaman yang berat dari Allah. Sebagaimana Dia mengancam orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (iktidal), maka Allah akan mengubah wajahnya menjadi wajah keldai.

Imam al-Kirmani menyimpulkan, “Akibat dari pertentangan dan perbezaan di dalam saf, boleh menimbulkan perubahan anggota atau tujuan atau juga perbezaan balasan dengan memberikan balasan yang sempurna bagi mereka yang meluruskan saf dan memberikan balasan keburukan bagi mereka yang tidak meluruskan safnya”.

Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajipan.

Juga lafaz ‘amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan wajib. Selain itu, Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu menghadap kepada jemaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Umar bin Khattab r.a. pernah memukul Abu Uthman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Ibn Hajar al-Asqalaniy, Fathu a-Bari fi Syarhi sohih al-Bukhari, jld: 2, hlm:447).

Anas r.a. ketika tiba di kota Madinah ditanya, “Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?” Dia menjawab, “Tidak ada perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian”. (al-Bukhari, no: 724)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas bahawa kesempurnaan solat bergantung kepada kesempurnaan saf dalam solat. Solat yang ditunaikan tanpa meneliti kepada kelurusan saf serta tautannya dengan saf-saf yang lain akan menyebabkan hilangnya fadilat solat berjemaah.

Yang paling malang ialah Allah SWT memalingkan wajahnya daripada golongan yang tidak mempedulikan kesempurnaan saf. Sedangkan solat itu ditunaikan untuk menghadap Allah SWT, komunikasi seorang hamba kepada penciptanya secara langsung, tapi malangnya Allah memalingkan Rahmat dan Kasih sayang-Nya.
Sekiranya saf yang dibentuk terputus dari imam tanpa sebarang punca atau alasan syarie, maka solat jemaahnya tidak sah. Lebih-lebih lagi masih ada ruang yang diisi di dalam dewan solat atau yang boleh menggabungkan antara saf-saf dalam masjid atau surau.

Adapun solat mesti dilaksanakan di tempat yang bersih, kerana salah satu syarat sah solat ialah mendirikan solat di tempat yang bersih dari najis. Masalahnya sekarang orang datang solat seperti melepaskan batuk di tangga, datang lewat, duduk tepi kereta atau longkang, bila iqamat mereka solat di mana dia suka dan senang untuk dia keluar. Mereka yang datang betul-betul untuk solat tidak akan buat begitu.

(sumber: utusan.com.my )