Pengikut

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Rabu, Februari 06, 2019

KEPADA tukang troll

Foto hiasan

Oleh Dr Kamilin Jamilin

Ada dari kalangan kita yang seakan gembira mempersenda mana-mana tokoh figura yang tidak digemari tanpa kita sedari perilaku tersebut sebahagian dari sukhriyyah (cemuhan) yang ditegah agama.

Pelbagai posting, gambar troll yang muncul.

Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh (merendah-rendahkan) puak yang lain…” [al-Hujurat: 11].

Walau sejengkel mana sekalipun sikap seseorang itu pada pandangan kita, walau serapuh mana pun ucapannya di pendengaran kita, walau sejelek mana sekalipun perasaan kita terhadapnya, tiada kelonggaran buat kita untuk memperlekeh mana-mana individu muslim dengan editan foto atau video yang buruk lagi menghina.

Editan sedemikian hanyalah menambah ‘perisa’ buruk terhadap insan tersebut, sedangkan perbuatan menambah ‘perisa’ yang tidak wujud pada seseorang juga tidak kurang dahsyat akibatnya dari menambah ‘perisa’ dalam agama yang tercinta.

Firman Allah SWT:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱكۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَٰنٗا وَإِثۡمٗا مُّبِينٗا ٥٨
“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata!” [al-Ahzab: 58].

Lalu barangkali ramai yang akan berguling-guling membacanya. Tidak kurang pula yang akan mencerca dan mengutuk di belakang insan yang dipersendakan itu.

Kesemua ini sama sekali menyanggahi sunnah dan agama yang kita perjuangkan. Bahkan akan memberi impak negatif terhadap seruan dakwah yang kita laungkan, bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Bukanlah sunnah itu sekadar menentang bidaah atau sekadar penampilan. Sikap dan tutur kata juga sebahagian dari tuntutan yang wajib disunnahkan.
Walau pada insan tersebut banyak kekurangan atau kelompongan, agama tetap tidak mengizinkan kita mencalar maruahnya sebagai muslim yang beriman.

Tatkala ‘Aisyah RA sekadar mengisyaratkan tentang fizikal madunya Safiyyah RA yang rendah, Nabi SAW menegurnya seraya berkata: “Kamu telah mengatakan sesuatu yang jikalau ia bercampur dengan air lautan, nescaya ia akan berubah!” [riwayat Abu Dawud].

Moga kelak kita di akhirat, kita tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang berkata:
يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّٰخِرِينَ ٥٦
“Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajibanku terhadap Allah serta aku telah menjadi daripada orang-orang yang sungguh memperolok- olokkan (orang).” [al-Zumar: 56].

Ahad, Disember 02, 2018

AKIBAT pilih musuh sebagai pemimpin

Pilih musuh,  tergadai masa aman

Al Quran telah memberi peringatan kepada muslim dalam memilih pemimpin atau orang yang diberi tugas, mestilah daripada kalangan sefaham iman kepada Allah,  bukan mereka yang jelas punya rekod atau sejarah memusuhi orang Islam.  Demikian Islam mengatur hidup manusia agar kerukunan hidup dinikmati.

Terbukti sudah apabila orang yang tidak beriman atau yang punya sejarah memusuhi umat Islam dipilih sebagai pemimpin atau orang yang dipercayai,  maka mereka melakukan onar kepada muslim.

Maksud firman Allah ayat 118, Ali Imran "Wahai orang-orang beriman,  janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalangan kamu (kerna) mereka tidak henti-henti (menimbulkan)  kemudaratan   kepada kamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu.  Telah jelas kebencian  daripada mulut mereka,  dan apa yang disembunyikan dalam hati mereka lebih besar lagi."

Rabu, Oktober 31, 2018

MELANTIK pegawai bukan muslim?

Wala wal bara,  mencintai apa yang Allah cintai,  membenci apa yang Allah benci.  Untuk mengetahui apa yang Allah cinta dan benci, informasinya daripada Al-Quran dan sunah Nabi Shallallahu alaihi wasallam. 

Ketika Abu Musa (seorang pegawai Khalifah Umar al Khattab) memilih setia usaha yang beragama Nasrani,  Umar berkata kepadanya,  "Semoga Allah membinasakanmu,  tidakkah kaumendengar Allah berfirman,  'Hai orang-orang yang beriman,  janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kamu), sebagian mereka adalah pemimpin bagi sebagian yang lain.   Barang siapa antara kamu Mengambil mereka menjadi pemimpin,  maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.' (al Maidah: 51) kenapa kamu tidak mengangkat seorang yang Hanif (Muslim)?"
Abu Musa menjawab,  "Wahai amirul mukminin,  untukku tulisannya dan untuknya agamanya."
Maka Umar berkata,  "Aku tidak akan memuliakan mereka kerna Allah menghinakan mereka. aku tidak akan menghormati mereka tatkala Allah sudah merendahkan mereka.  Aku tidak akan mendekati mereka tatkala Allah sudah menjauhkan mereka. Dan kita tidak akan merasa aman daripada mereka kerna Allah telah menganggap mereka sebagai pengkhianat."
Atsar ini dihasankan oleh Syaikh Al Albani. 

Selasa, Ogos 21, 2018

IBADAH korban, NGO kemboja tolong muslim Malaysia.


Catatan ini untuk memberitahu sebagian anak muda yg baru keluar dari gua,  setelah tidur lebih 300 tahun,  ala-ala ashabul kahfi di Jordan.

Negara Kemboja merdeka drpd Perancis pada 9 November 1953. Empat tahun kemudian,  1957 barulah Tanah Melayu merdeka.  Sejarah lampaunya Kemboja memang hebat, candi Angkor sebagai buktinya.

Maka tidak hairanlah Kemboja terus memacu kejayaan dan kemakmuran berbanding Tanah Melayu/Malaysia. Pemberontakan komunis,  pertikaian kaum dan siri demontrasi faktor besar negara dan rakyat negara kita mundur dan miskin. 61 tahun,  pemerintah Melayu Islam  di negara kita sangat lemah dan korup,  pendidikan dan teknologi semua bidang pun teruk.  Kini puluhan ribu anak Melayu Islam masih di sekolah usang,  tiada buku teks,  apa lagi makmal sains. Ada jutaan lagi yang tidak bersekolah.

Lihatlah sekarang,  banyaknya NGO negara Kemboja datang ke negara kita untuk membuat ibadah sembelihan korban lembu. Orang kemboja telah kaya sebab mewarisi kejayaan kerajaan Angkor dan sejak merdeka para pemimpinnya bertungkus lumus menyetarakan negara seperti China,  Korea dan Jepun.

Lembu sangat murah di negara kita,  itu pun rakyat muslim kita hanya makan daging sekali dua dlm setahun.

Kebanyakan NGO kemboja dan jutawan sana membantu sekolah agama dan membina pam air.

Tidak tahulah berapa puluh tahun lagi negara kita boleh setaraf Kemboja hari ini. Kita tak pernah selesai berbalah,  berperang sebab kuasa politik. Tak bolehkah pemimpin daerah,  negeri,  kaum,  ideologi dan agama kita duduk di meja rundingan agar negara aman dan ekonomi dibangunkan.

Kita rakyat berharap satu hari NGO Malaysia akan membawa puluhan juta ringgit ke negara² miskin untuk melakukan ibadah korban seperti yg NGO Kemboja lakukan sekarang. Adakah harapan untuk anak² kecil kita yg sekarang masih tidak berkasut dan tanpa baju? 😀😀😀😀

Selasa, Mei 15, 2018

HARAPAN tinggi rakyat kepada PH


TAKDIR Tuhan berlaku sudah, tanggal 9 Mei 2018 partai Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak merdeka tahun 1957 kalah dalam PRU14 kepada partai (belum legal) Pakatan Harapan (PH). Maka nama partai baru dan Perdana Menteri baru (baru menjabat semula).

Harapan rakyat tentu mahu PH menunaikan semua janji yamg ditawarkan sepanjang kempen PRU14 itu. Sudah bertahun-tahun PH menggambarkan kesengsaraan rakyat diperintah BN, maka rakyat diminta memilih PH untuk keluar daripada 1001 sengsara itu. Maka sekarang rakyat berdoa dan menunggu seolah-olah 'dewa sakti membawa hadiah'.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai ganti Datuk Seri Najib, bukanlah PM baru. Beliau telah dahulu menjawat PM selama 22 tahun. Rakyat menanti kabar gembira daripada PM lama berjawatan baru.

Ini semua telah menjadi catatan rekod politik. Tun M dahulu dimusuhi pihak oposisi, hari ini oposisi itulah yang bekerja keras menaikkan semula Tun M ke jawatan PM. Kata syair lagu lama, anak sungai pun berubah ini pula hati orang. Doa rakyat ialah hidup dalam zaman 100 persen baru ketimbang zaman BN yg dikatakan penuh kedurjanaan.

Muslim memberi wala atau ketaatan kepada siapa? Kekal memberi wala kepada pemerintah baru. PM Tun M seorang muslim, maka muslim wajib mentaati PM dalam hal makruf, tidak taat pada yang mungkar. Jika pun ada kesilapan PM dalam tadbir urus, biarlah orang yang ahli memberi nasihat kepada PM. Rakyat yang jauh dari Putrajaya tidak perlu ngomel atau ngomen salahnya PM di mimbar atau di kaki lima toko.

Doa adalah senjata mukmin, maka kita dianjurkan berdoa untuk kebaikan pemimpin dan rakyat.

Selasa, Mei 01, 2018

HIMBAUAN Allah vs demokrasi

Foto hanya hiasan

Pilihan Rayu Umum (PRU) dianggap pesta atau kenduri besar amalan politik demokrasi. Inilah medan terbesar untuk menzahirkan perbedaan pendapat, partai-partai dan semua cara untuk meraih undi sokongan. Maka pada PRU pendapat yang menyeru kesatuan umah, berlapang dada untuk perpaduan dan bersatu bersama pemerintah pantas diperlekeh menggunakan hujah dalil demokrasi. Malah ada yang tidak segan mengatakan, jangan gunakan nas agama untuk hal pilihan raya yang keduniaan. Atau, ada yang mengatakan nas-nas dalil hanya untuk ibadah khusus, politik hal keduniaan yang tidak terikat kuat dengan nas al-Quran dan Sunnah.

Maka jadilah PRU itu medan debat, propaganda, manipulasi keadaan dan fakta atau terbukanya ruang mentakwil suatu peristiwa atau ucapan. Hasilnya, hanyalah perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat. Tidak ada ulama besar yang meminta masyarakat jangan beriman sepenuhnya terhadap demokrasi, maka golongan prodemokrasi tidak membaca ayat yang menyeru kesatuan umah dan mentaati pemerintah.

Maksud firman Allah, "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Sedangkan orang-orang beriman berselisih pendapat pun ditegur oleh Allah, lihat firman-Nya yang bermaksud,
"Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." (An-Nisaa:88)

Kembali ke pangkal jalan adalah jalan Allah dan rasul-Nya. Umat mesti bersama pemerintah muslim walaupun negara mengamalkan demokrasi berpilihan raya. Sangat jelas Allah menyerukan perpaduan, dan PRU hanyalah satu cubaan terhadap umat.

Maksud firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (An-Nisaa:59)

Ahad, Mac 18, 2018

PRU juga cara guling pemerintah

Foto hiasan

ADAKAH Pilihan Raya Umum (PRU) hanya memilih kerajaan, bukan memberontak atau menggulingkan kerajaan yang ada? Ini hanya permainan bahasa daripada satu puak yang mendakwa mengikuti sunah Nabi shallallahu alaihi wasallam, tetapi punya jiwa membangkang pemerintah yang ada. Mereka menegakkan tauhid dan mengingkari syirik dengan dalil. Mereka juga menegakkan sunah dan menidakkan bid'ah hasanah dengan dalil al Quran dan hadis sahih. Dalam hubungan antara rakyat dengan pemerintah, mereka meninggalkan dalil al Quran dan hadis, sebaliknya tegar dengan dalil sistem dan amalan demokrasi serta peluang oleh undang-undang.

Mereka memberi takrif 'memberontak' itu satu serombolan manusia menggunakan senjata untuk menukar pemerintahan, seperti pemberontakan Partai Komunis Malaya tahun 1948-1960. Mereka juga mengatakan 'mengguling pemerintah' hanya dengan aksi kasar seperti aksi kudeta yang kerap berlaku di Thailand. Bagi mereka, mengumpulkan orang dan diberi informasi agar membenci pemerintah (atas tuduhan pemerintah jahat) adalah memenuhi agenda sistem demokrasi. Menubuh parti politik dan bersekutu dengan parti-parti pembangkang lain, bukan pemberontakan, tetapi menawarkan diri menjadi pemerintah baru.

Sekali pun mereka kuat menggunakan dalil al Quran dan Sunnah membanteras bid'ah, namun mereka mengabaikan dalil ayat 59 surah an Nisa yang mewajibkan umat mentaati pemerintah. Atau mereka terus mengatakan, 'pemerintah buruk tidak wajib ditaati'. Mereka juga tidak berminat ayat 103 surah Ali Imran yang melarang umat berpecah, sebaliknya pantas berdalil 'demokrasi dan undang-undang membenarkan wujud parti lain atau pembangkang'.

Apa yang berlaku, zaman berubah maka caranya juga berubah, tetapi prinsip dan matlamatnya tetap sama. Zaman  Dol Said (1830-an) di Naning Melaka, cara melawan British dengan berperang, membunuh atau terbunuh. Begitu juga cara Mat Kilau dan Dato Bahaman di Pahang. Tujuannya menghalau atau menghapuskan British daripada pemerintahan.

Zaman Dato Onn Jaafar, cara melawan British bukan dengan senjata dan bermandi darah, tetapi dengan mewujudkan fikiran benci Malayan Union British kepada semua orang Melayu. Caranya dengan ceramah, kempen, propaganda, perhimpunan, kongres juga menulis surat. Tujuannya sama seperti yang Mat Kilau mahukan, British dilemahkan dan kalau boleh keluar dari Tanah Melayu. Sedia maklum bahawa British adalah penjajah, kaum kafir yang menjajah umat Islam.

Pada zaman merdeka, kuasa pemerintahan sudah di tangan orang Islam, tetapi tidaklah sepenuhnya menjalankan syariat Islam seperti yang dibuat oleh Rasulullah ketika menjadi ketua negara dan kerajaan Madinah dahulu. Kerajaan pula menerima sistem demokrasi dan pilihan raya sebagai sistem politik negara. Inilah yang dikatakan tidak sepenuhnya melaksanakan syariat Islam seperti Rasulullah. Jadi, ada bukti  corak pemerintahan tidak sempurna.

Maka sebagian orang Islam mengambil sepenuhnya metodologi Barat dalam demokrasi, iaitu mengkritik secara terbuka, berdemontrasi, berpartai untuk mencari sokongan agar boleh mengalahkan kerajaan yang ada. Jelasnya, PRU adalah  cara lembut atau dalam suasana tawa riang menukar pemerintah.  Zaman sebelumnya atau di negara lain dengan emosi marah, luka berdarah atau pembunuhan untuk menukar pemerintah.

Jadi, PRU sama seperti pemberontakan atau perang iaitu menggulingkan pemerintah yang ada. Sebab itulah mereka yang mendakwa ikuti sunnah tetapi terlibat dalam blok pembangkang marah apabila dikaitkan dengan khawarij. Rasulullah mengatakan khawarij itu membangkang pemerintah Islam dan dilabel sebagai anjing neraka!

Rabu, Februari 21, 2018

PRINSIP taat pemerintah tidak goyah

Foto untuk hiasan
MENDAKWA sikap, pemikiran dan tindakan berdasarkan dalil alquran dan sunnah, pasti satu masa diduga Tuhan. Benarkah kita ada kekuatan, kesanggupan, ketahanan dan pengetahuan.

Para asatizah mengajarkan kepada kami supaya mentaati pemerintah bukan atas faktor rekod kestabilan negara dan ekonomi, tetapi perintah Allah dan rasul-Nya. Asatizah pun sekadar menyampaikan pemahaman ulama daripada kitab-kitab yg sarat dengan dalil alquran dan sunnah.

Oleh itu, kita penuntut ilmu juga sekadar menyambung pemahaman dan dalil yang diterima. Misalnya ayat 59 surah An-Nisa, itu merupaka dalil utama orang beriman wajib mentaati penerintah. Ayat 103 surah Ali Imran, larangan Allah kepada orang beriman berpecah dan berselisih pendapat. Maka apa yang sepatutnya terjadi?

Kami difahamkan orang beriman (muslim) mesti bersama pemerintah, tidak menjadi pengkritik atau pembangkang, sebab menjadi pembangkang pasti berada dalam saf kiri, jauh dengan saf pemerintah. Pasti berlaku keburukan atau fitnah (mala petaka) lain setelah pemisahan itu.

Reaksi daripada dasar ketaatan kepada pemerintah.

Pertama, golongan yang mendakwa ittiba as sunnah tidak menerima ketaatan kepada pemerintah atas sebab hak dalam negara demokrasi.  Sayangnya mereka tidak berhujah dengan dalil alquran dan sunnah untuk berdiri sebagai pengkritik dan pembangkang. Walhal selama ini mereka begitu kuat berdalilkan alquran dan as sunnah ketika menolak unsur bid'ah dalam ibadah umat.

Kedua, golongan yang memang tersedia dalam parti pembangkang yang mendakwa perjuangkan Islam, jelas menolak konsep ketaatan kepada pemerintah. Golongan blok politik ini lebih dahsyat melabrak orang yang mentaati pemerintah atas dalil naqli. Tentulah mereka memberi gelar buruk seperti 'pengampu, penjilat atau anjing pemerintah'.

Sayang sekali kedua-dua 'kumpulan Islam' ini tidak memusnahkan hujah dalil alquran dan sunnah yang dijadikan sandaran konsep ketaatan kepada pemerintah. Mereka hanya berlegar-legar pada hak dan peluang yang diberi dalam negara demokrasi.  Maka semua dalil alquran dan hadis-hadis bab ketaatan kepada pemerintah terus berdiri utuh tak disentuh oleh yang tidak menyetujuinya. Oleh itu, kumpulan yang berpegang kuat mentaati pemerintah tidak goyang pendirian asalnya. Malah ketika ada pihak 'sunnah' yang bertanya bagaimana mahu merapatkan ahli-ahli sunah yang bertelagah bab politik ini, jawabannya jelas ada dalam ayat 59 surah An Nisa, iaitu kembali kepada alquran dan sunah nabi. Semua menyerah diri kepada Allah dan rasul-Nya dan berlapang dada jika pamahamannya tidak sejalan dua sumber asal tadi. Sesiapa pun yang ikhlas kerna Allah, pasti meletakkan dirinya di bawah naungan alquran dan sunnah.

Inilah ujian besar kepada semua pihak yang berkata 'Islam itu membawa kesejahteraan' , 'Wasiat Rasulullah ialah menyeru umat berpegang kepada kitab Allah dan sunah Rasul supaya tidak sesat hidup' dan 'jika berselisih kembali kepada Allah dan rasul-Nya'.

Isnin, Januari 15, 2018

BERSAMA pemerintah bukan faham kuno


TATKALA orang sedang enak dilamun cinta kritik dan lawan pemerintah Islam, tak semudah aliran air untuk menerima dua ayat alquran di bawah.  Taat kepada pemerintah dan jangan berpecah atau wajib berkesatuan.

firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan ulil amri di antara kalian.” [An-Nisaa: 59]

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103}

Artinya : “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah   dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara, sedangkan kamu (waktu itu) di tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya  agar kamu mendapat petunjuk” (Ali Imran: 103)

Lalu pelbagai takwil ayat Allah demi memuaskan nafsu untuk tidak taat pemerintah dan terus beraktivitas dalam partai oposisi.  Terus mahu menulis,  bicara dan berdemontrasi, mengumpul pengikut yang banyak untuk tidak mengundi pemerintah dalam pilihan raya.  Hal-hal daripada pemerintah dimanipulasi atau dieksploitasi supaya jutaan umat membenci pemerintah. Dan lebih dahsyat, ada sebagian telah berfaham 'memilih orang kafir yang jujur lebih baik daripada dipimpin oleh orang Islam yang curang'.

Nabiﷺ bersabda, artinya: “Barangsiapa yang melihat pada pemerintahannya sesuatu yang dia tidak suka, maka hendaklah dia bersabar terhadapnya. Barangsiapa yang keluar daripada Al-Jamaah (bersama pemerintah)  walaupun ukuran sejengkal, maka dia sesungguhnya ‘melepasakan tali kekang Islam’ daripada lehernya.” (HR Ahmad)

Nabiﷺ bersabda, artinya: “Jika dibai’at dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir daripada yang keduanya.” (HR Muslim)

Hadis-hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam berkenaan perintah supaya taat pemerintah sekali pun kita membenci pemerintah atau tetap membela pemerintah ketika ada tawaran-tawaran partai oposisi,  dilihat sangat kuno atau klasik. Mereka menyindir paham agama supaya taat pemerintah,  tidak menyempal (khuruj) daripada pemerintah dan menjadi pembela pemerintah seperti hidup pada zaman khalifah,  zaman sebelum meledaknya Revolusi Perancis,  Revolusi Inggeris dan Revolusi Amerika. Sekarang zamannya demokrasi,  liberal atau kemerdekaan hak asasi peribadi.

Namun apabila diminta membuka ruang kepada wanita Islam melepaskan jilbab atas nama demokrasi, liberal,  modern dan hak asasi peribadi, mereka terdiam. Mereka kekal memaksa total wanita Islam diikat mati dengan wahyu Allah ayat 31 surah An Nuur,  untuk berjilbab.

Jujurnya, kembali betul-betul kepada kehendak Allah dan rasul-Nya, serta menundukkan hawa nafsu.

Rabu, Ogos 30, 2017

DARAH dan nyawa harga Malaysia merdeka!


TANGGAL 31 Ogos hari nasional Malaysia. 31 Ogos 2017 kali ke-60 tahun negara ini menjadi merdeka setelah 446 tahun dijajah beberapa negara asing. Bermula Portugal menjajah Melaka (1511), Belanda, Siam, Jepun dan British, berakhir pada 31 Ogos 1957.

Tahun ke-60 hari kemerdekaan, temanya "Negaraku Sehati Sejiwa" adalah milik semua warga negara 30 juta jiwa. 

Sejarahnya, kemerdekaan atas nama Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 11 buah negeri. 9 daripada 11 negeri adalah negeri Melayu yang berdaulatkan raja-raja Melayu. Sebab itu negara ini dinamakan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 16 September 1963, negara berubah menjadi Persekutuan Malaysia yang mengandungi empat wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Tahun 1965, Singapura keluar daripada Malaysia, maka negara Malaysia sejak itu kekal berdiri dengan kekuatan tiga wilayah.

Malaysia sebuah negara besar di Asia Tenggara, tetapi dianggap negara muda jika dibanding dengan negara setaranya seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Laos. Muda kerna lewat mencapai kemerdekaan dibanding dengan negara-negara berkenaan, malah Thailand tidak pernah terjajah. Lagi pula Thailand (dahulunya Siam) adalah penjajah di sebagian utara Tanah Melayu. Walhal negara yang dikatakan muda ini sedang menyediakan berjuta-juta pekerjaan kepada warga negara jiran-jiran!

Ada yang menyindir kemerdekaan Malaysia kurang bermakna disebabkan cara memperolehinya tidak melalui perang melawan penjajah. Adalah silap menganggap penduduk Malaysia tidak ada yang terbunuh dan bernasib malang sepanjang dijajah negara-negara asing. Mereka membanggakan Indonesia dengan Perang Revolusi melawan Belanda selepas penjajahan Jepun. 

Selepas kekalahan Melaka kepada Portugal, berkali-kali Sultan Mahmud memerangi Portugal bersama rakyat Melayu. Kemudian pada zaman Kesultanan Johor berapa banyak pula tentera Melayu Johor menyerang Melaka. Malah ketika Melaka dijajah Belanda, komander besar perang diketuai armada Johor dipimpin oleh Yam Tuan Raja Haji. Raja Haji (saudara Sultan Selangor pertama) terbunuh ketika berperang mahu mengusir Belanda dari Melaka.

Apabila British mengambil Pulau Pinang daripada Kedah (1786) tidak hentinya Sultan  Kedah termasuk tentera Melayu dari luar membantu Kedah. Malangnya semua perang kemerdekaan itu Kedah tewas. Berkali-kali pula Sultan dan komando Kedah berperang melawan Siam dan British sehingga Perlis dan Setul dikeluarkan dari Kedah (1842). Korban darah dan nyawa tidak terkira.

Membunuh Residen British di Perak (1875), Dato Maharaja Lela dan pengikutnya dibunuh British. Sultan Perak pula dibuang negeri.

Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau mengetuai perang melawan British di Pahang. Berapa banyak Melayu terbunuh di sana. Tok Janggut menyerang polis British di Kelantan. Akibatnya Tok Janggut dibunuh dan mayatnya digantung di Kota Bharu. Perang melawan British di Terengganu tahun 1927 diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Perang yang gagal, pemimpin Melayu dibuang negeri.

Mat Salleh dan Antanum mengetuai perang mengusir kompeni British di Sabah, akibatnya darah pahlawan tumpah di bumi Sabah. Rentap juga memimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke, namun darah orang Iban yang banyak mengalir. Terakhir nyawa anak muda belasan tahun Rosli Dhobi melayang akibat membunuh Gabenor British Sarawak tahun 1949.

Tidak terkira penentang secara sendirian melawan penjajahan tentera Jepun (1942-45). Kemudian berperang melawan komunis yang disokong dan dibantu negara komunis China. Mempertahankan negara daripada pemberontakan komunis, wanita Melayu di desa-desa yang berkain batik menggalas senjata api mempertahankan kampung halaman.

Begitulah sebagian siri perang berdarah melawan penjajah di negara kita. Jangan fikir orang Malaysia pengecut dan hanya tunduk pada kejahatan penjajah dan ideologi mereka.

Rundingan di London tahun 1956 adalah kemuncak perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Indonesia yang berperang bertahun-tahun pun akhirnya ke meja rundingan. Jadi kemerdekaan tanah air pada tanggal 31 Ogos 1957 adalah harga diri bangsa yang mahal. 446 tahun berjuang dengan air mata, darah dan nyawa jangan sesekali digadai semula pertiwi ini. DIRGAHAYU MALAYSIA.

Sabtu, Julai 22, 2017

PARTAI Umno, Aus, Pas, Khazraj, Pan, Umayyah.

Foto untuk hiasan

KEADAAN yang berlaku dalam negara kita ialah dalam kalangan pemimpin umat Islam telah menubuhkan partai-partai politik baru.  Kemudian, partai-partai politik yang baru dan lama saling bertelingkah salah-menyalah, dan mendabik dada partainya yang paling benar. Umat nyata berpecah degan memihak kepada satu partai politik yang disukai dan membenci parti politik yang menjadi ancaman kelangsungan partainya. Maka berlaku hina-menghina pemimpin dan ahli partai oleh pihak-pihak di luar partai. Sejarah yang berlalu pula merakam pertelingkahan kerna politik itu membawa kejadian brutal, memukul, memfitnah atau mengadu domba untuk memenangkan pemimpin atau partainya.

Apakah perselisihan seperti itu tidak berlaku pada zaman Nabi shallallhu alaihi wasallam di Madinah dulu? Bahawa Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata suatu ketika orang-orang Aus dan Khazraj berkumpul dalam satu majlis.  Mereka saling berbicara perihal permusuhan antara dua kabilah itu pada zaman jahiliyah.  Hal itu telah menyebabkan kemarahan di antara ahli dua kabilah, bahkan ada antara ahli dua kabilah itu menghunus pedang, bersedia untuk saling membunuh! Untuk mendamaikan pertikaian itu, Allah subhanallahu wata’ala menurunkan ayat 103 surah Ali Imran yang bermaksud, “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah dan jangan kamu bercerai-berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika dahulu (masa jahiliyah) bermusuhan lalu Allah mempersatukan hati kamu sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ( ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka (sebab bermusuhan), lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.  Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” (hadis riwayat Faryabi dan Ibnu Abi Hatim)

Artinya Allah haramkan umat berpecah-belah, apa lagi bertelingkah dan bermusuhan pula. Telah jelas ayat 103 itu pun masih ada ahli ilmu yang membenarkan pembentukan partai-partai demi menjatuhkan pemerintah yang ada. Artinya ahli ilmu itu mewajarkan umat berpecah dan berselisih atas kehendak sistem demokrasi barat. Barangkali fatwa ulama seperti itu disebabkan mereka sudah terlibat jauh dalam politik berpartai melawan pemerintah.
Al-Quran juga menyuruh orang-orang beriman mentaati pemerintah. Lihat ayat 59 surah an-Nisaa. Artinya Allah menyuruh umat bersatu bersama pemerintah. Jika berjuang kerna Allah seikhlas hati, tidak akan ada rasa kecil hati dan keciwa jika tidak diberi jawatan. Malah terus bersama pemerintah demi kesatuan umat yang diwanti-wantikan oleh Allah.
Orang-orang beriman itu senantiasa ‘dengar dan taat’ apa saja daripada Allah dan rasul-Nya.

Sabtu, Mac 04, 2017

BERAPA kali demontrasi antitahlilan?

MEMPENGARUHI atau menghasut pemikiran, sama saja sifatnya. hal ini berlaku terhadap sesuatu pemahaman yang dikatakan salah mahu dihalang. Maksud salah pun bisa saja jadi macam-macam.
Foto untuk hiasan
Ada orang agama yang betah dan mendapat nikmat hidup kerna kerja agamanya. jika ada pemahaman lain yang mengganggu kebetahannya, dia pasti marah. Oleh kerna masyarakat sudah menerima saja lisannya, tugasan hidupnya menjadi lebih mudah.

Agama yang benar ialah yang persis seperti dalam al-Quran dan hadis sahih Nabi s.a.w. Tanpa dua sumber itu, sudah lama Islam musnah sebagai agama langit. Itu telah terjadi pada agama Yahudi dan Nasrani.  Dalam khutbah akhir Nabi s.a.w. di Arafah pun dipesankan jangan meninggali al-Quran dan Sunahnya.

Rupa-rupanya tak semua yang dinamakan ritual ibadah di negeri kita persis seperti aturannya Nabi s.a.w. Ada sedikit-sedikit seperti ritual tahlilan itu bukan berdasar Sunah Nabi s.a.w.  Namun tahlilan sudah mendalam seperti akar tunjang pohon besar.  Apa saja berkumpulnya orang atas nama agama mesti dibuat tahlilan.

Kemudian muncul golongan yang mahu membuat tajdid, mahu memurnikan atau mengembalikan ritual agama ini seperti yang dijalankan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabatnya. Tentu saja orang-orang yang sudah betah dengan tahlilan jadi marah. Maka mereka melabel 'wahhabi' kepada yang mahu membuat tajdid. Untuk menguat hujah agar menjauhi orang atau ustaz berfikrah 'sunah' atau 'salafi' atau wahhabi itu, masyarakat diingatkan bahaya berpecah-belah. Dan paling keras golongan sunah-salafi-wahhabi didakwa bakal membunuh orang yang tidak sefaham dengan mereka! Duh... semua gerun.

Hakikatnya apa? Pemahaman sunah atau salafi atau wahhabi sudah ada sejsk awal kurun ke-20 yang lalu. Dahulu mereka dipanggil 'kaum muda'. Dalam sejarah kaum muda menyumbang pada pengembangan dan membuka data fikir umat Melayu. Lihatlah buku sejarah di sekolah.

Telah lebih satu abad diskusi atau debat sunah dan mana yang tidak sunah, tidak ada perpecahan seperti adanya katolik dan protestant. Tidak ada muncul partai politik memperjuangkan sunah dan meghapus bid'ah.  Tidak ada demontrasi besar saban tahun untuk mengajak umah meninggalkan tahlilan. Tidak ada perlawanan bersenjata antara kumpulan anti dan protahlilan.

Pecahnya umah sejak dahulu kerna nafsu berpolitik. orang-orang agama yang mengatakan wahhabi pemecah umat dan bakal membunuh umat Islam lain juga sedang berada dalam salah satu partai yang membenci malah meracun kebencian partai lawannya!

Kerna berpolitik, terbukti sebuah keluarga berantakan. Ada suami istri bercerai akibat paham politik yang berbeda. Ada sekumpulan umat mati berdarah akibat berbeda paham politik. Malah begitu banyak demontrasi massa di merata-rata itu pun disebabkan pergaduhan politik.

Mengapa orang-orang agama yang betah dengan tahlilan itu tidak membayangkan bunuh-membunuh akan berlaku akibat perbedaan dan pertelingkahan politik sekarang? Jawabannya, sebab ahli-ahli agama yang memusuhi sunah-salafi-wahabi itu sebagian daripada aktor partai politik yang hari-hari menyuburkan kebencian umat terhadap anggota dan partai lawannya. Mereka menutupi kebejatan diri dengan mengalih perhatian masalah umah kepada pihak lain.

Jumaat, Disember 16, 2016

DURHAKAI Rasulullah itu kesesatan

Foto hanya hiasan
BAGAIMANA kita mahu tahu dalam keadaan sesat beragama atau dalam kebenaran? Tidak lain, kembali menekuni ajaran Allah dan rasul-Nya.  Daripada itu kita menimbang akidah, ibadah, muamalat , siasah dan munakahat kita cocok atau berlawan dengan ajaran Allah dan rasul-Nya.

Arti firman Allah dalam surah al-Ahzab: 36, "Dan tidak pantas bagi lelaki dan perempuan yang mukmin apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan yg lain bagi urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sungguh dia telah tersesat dengan sebenar-benar kesesatan."

Apakah sebab ayat di atas diturunkan kepada ar-Rasul s.a.w.?  Dalam hadis sahih riwayat Ath-Tabrani, seorang sahabat Nabi s.a.w. menyatakan satu ketika Rasulullah s.a.w.  meminang Zainab r.a.  Zainab r.a. menduga pinangan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk baginda sendiri (maksudnya Rasulullah mahu menjadikan Zainab istri baginda). Zainab mengambil keputusan menolak pinangan itu setelah mengetahui pinangan itu untuk Zaid r.a. Maka turunlah ayat 36 al-Ahzab itu. Setelah turun ayat itu Zainab menerima pinangan itu (untuk bersuamikan Zaid).

Kita maklum bahwa hal peminangan atau munakahat lebih pada hal keduniaan. Barangkali kerna hal keduniaan maka Zainab menolak keputusan Rasulullah untuk menjodohkan dirinya dengan Zaid bin Harisah (anak angkat Rasulullah).  Rupa-rupanya Allah terus menegur bahwa kalau memang orang itu beriman, apa saja yang diputuskan oleh Allah dan rasul-Nya maka tidak bisa diingkari.  Allah sebut sesiapa yang ingkar atau durhaka maka dia dalam sebenar-benar kesesatan. Sesat apa? Sesat beragama, seperti kesesatan sebagai penyembah berhala sedangkan tahu ada sebenar-benar Tuhan iaitu Allah swt.

Bagaimana orang jaman gawat berpolitik tidak menerima keputusan Rasulullah s.a.w. agar memberi ketaatan kepada pemerintah muslim  sekali pun jelas ada kebaikannya, dan sisi lain ada yang dikatakan jahat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

إِنَّكُمْ سَتَلْقَوْنَ بَعْدِيْ أَثَرَةً فَاصْبِرُوْا حَتَّى تَلْقَوْنِيْ عَلَى الْحَوْضِ

“Sesungguhnya kalian nanti akan menemui atsarah (iaitu pemerintah yang tidak memenuhi hak rakyat ). Maka bersabarlah hingga kalian menemuiku di haudh” [HR. Al-Bukhari no. 7057 dan Muslim no. 1845].

Al-Imam An-Nawawi rhm berkata,
“Di dalam (hadis) ini terdapat anjuran untuk mendengar dan taat kepada pemerintah, walaupun ia seorang yang zalim dan sewenang-wenang. Maka berikan haknya (sebagai pemimpin) iaitu berupa ketaatan, tidak keluar ketaatan daripadanya, dan tidak menggulingkannya. Bahkan (perbuatan yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim adalah) dengan sungguh-sungguh lebih mendekatkan diri kepada Allah ta’ala supaya Dia menyingkirkan gangguan / siksaan darinya (pemerintah itu. Pen.), menolak kejahatannya, dan agar Allah memperbaikinya (kembali taat kepada Allah meninggalkan kezalimannya)”
 [Syarh Shahih Muslim lin-Nawawi, 12/232].

Wallahu 'aklam

Sabtu, November 07, 2015

PANDANGAN remajaku terhadap Revolusi Iran 1979

“ZAMAN anak-anak kita sekolah esok mereka belajar Revolusi Iran.”  Itu yang saya katakan pada rakan sekolah semasa Tingkatan Tiga dahulu, tahun 1979. Waktu itu dalam pelajaran Sejarah di Tingkatan Tiga, antara yang ditekuni ialah peristiwa besar dunia seperti Revolusi Perancis 1789, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Bolshevik 1917 di Russia.  Sebab itulah Revolusi Iran (bacalah revolusi agama Syiah) yang menghapuskan dinasti Pahlavi berusia lebih 2,500 tahun bagi kami pelajar Tingkatan Tiga salah satu peristiwa besar.  Kini baru faham, revolusi-revolusi besar telah mengubah sejarah dunia, tapi apakah Revolusi Syiah Iran sama?

Khomeini turun daripada Air France

Saya tulis pengamanan dan pemerhatian sebagai murid sekolah dan remaja mengenai pengaruh Revolusi Syiah Iran.  Saya memang teruja mengetahui berita revolusi di Iran.  Waktu itu Khomeini dalam buangan di Perancis dan rakyat Iran berdemo hari-hari sehingga Raja Iran, Shah Reza Pahlavi dan istrinya Farah Diba terpaksa lari ke Mesir. Khomeini yang digelar Ayatullah Ruhullah, pulang ke Iran dan diangkat sebagai pemimpin agung. Akhbar dalam negara menyebut pemerintahan Mullah di Iran.  Nama Perdana Menteri Mehdi Bazargan pun saya masih ingat dengan fotonya yang saya anggap sangat karismatik.

Tahun  1981, ustaz yang mengajar di Tingkatan Empat memuji-muji Khomeini sebagai pemimpin besar umat Islam semasa. Ustaz mesti menyebut nama Khomeini dengan gelarannya: Ayatullah Ruhullah.  Saya pun tidaklah tahu hal Syiah sangat, kecuali pemahaman mereka lanjutan konflik zaman awal Bani Umayyah dahulu.

Apabila masuk di Tingkatan Enam, seorang guru lepasan Pengajian Islam UKM mengajar saya. Antara kekaguman beliau terhadap revolusi di Iran, saya masih ingat kata-katanya, “Sewaktu Nabi dan para sahabatnya sedang dalam discussion, baginda nabi menyebut, ‘kelak akan bangun umatku mengamalkan Islam’ sambil menepuk paha salah seorang sahabatnya. Sahabat yang ditepuk ialah Salman al-Farisi.”  Namun sampai  saya dewasa sekarang tidak pernah melihat dan membaca hadis itu.

Tahun 1983, Presiden atau Yang Dipertua Pas baru, Haji Yusuf Rawa datang ke kampung saya, Sepintas. Kampung Sepintas sebenarnya seperti tidak ada apa-apa. Haji Yusuf Rawa datang sebab dibawa Haji Hassan Shukri (saya tak tahu apa jawatan Haji Hassan waktu itu). Haji Hassan Shukri adalah anak jati Kampung Sepintas. Haji Yusuf Rawa datang merasmikan Mesyuarat Agung Pas ranting Kampung Sepintas. Haji Yusuf berucap sambil duduk, tapi bersemangat dan kuat tanpa pembesar suara (waktu itu kampung Sepintas belum ada bekalan elektrik).  Antara lain beliau berkata, “Ada pihak menuduh Pas hendak memerintah seperti revolusi di Iran, dan saya mengimport revolusi itu ke Malaysia, sebab saya bekas duta ke Iran.”

Tahun-tahun selepas kejayaan Revolusi Syiah Iran memang nampak kesannya dalam Pas. Ceramah-ceramah pun selalu menyebut ‘ini zaman kebangkitan Islam’.  Media arus perdana tidaklah memberi gambaran zaman kebangkitan Islam. Media kecil seperti Watan dan Mingguan Tanahair menjadi pilihan saya.  Pas perasan mendapat sokongan besar umat Islam apabila setiap kali ceramah, pengunjungnya ribu-ribu orang. Namun dalam PRU 1985, gagal di Kelantan dan hanya mendapat satu kerusi Parlimen iaitu Pangkalan Chepa.  Namun pengaruh revolusi Syiah Iran memang ketara dengan konsep kepemimpinan ulama. Kata para penceramah lebih kurangnya, “Ulama yang lebih tahu soal hukum-hakam agama, maka ulama yang paling baik memerintah negara.”  Ini semua mengambil semangat dan contoh Iran yang memberi meletakkan para mullahnya sebagai pemerintah tertinggi.  Kebanyakan pemimpin Pas mesti berjubah putih dan berserban ketika berceramah sekalipun mereka bukan golongan ustaz.  Hari ini pemimpin yang dahulunya berjubah ke sana-sini, memakai semula tali lehernya sewaktu bertahaluf siasi dengan DAP.


Hemat saya, dahulu kebanyakan orang Islam kita tidak faham akidah Syiah yang sebenarnya bukan Islam.  Maka tidak hairan sebilangan ahli agama melihat Syiah sebagai masalah kecil dalam umah.  Hari ini sebagian sudah sedar Syiah tersesat jauh atau bukan sama sekali Islam!  Perbualan saya dengan murid sekolah, mereka boleh memberikan contoh cara ibadah Syiah yang bagi mereka pun sangat pelik.  Ini tentulah maklumat yang mudah diakses di mana-mana.  Mereka pun tahu tahtbih iaitu mencederakan diri dengan darah-darah sebagai perbuatan gila, akal pun menolak logiknya. Apa lagi agama!

Khamis, Oktober 01, 2015

KATA khutbah masjid: DAP menentang Islam!


MEMANG khutbah shalat iduladha di Pahang berbau politik kepartaian. Secara terang khatib membacakan teks yang menyebut nama-nama parti politik. DAP secara jelas didakwa menentang Islam. Teks khutbah ini merupakan satu contoh istimewa terhadap penggunaan mimbar masjid untuk politik. 

Ada dua sudut yang boleh dilihat dalam kasus ini. Pertama khutbah memang mengajak umah menuju kebaikan, iaitu meminta umah bersatu sikap dan pendirian terhadap isu Islam walaupun berbeda parti politik.  Teks khutbah menyebut ahli-ahli parti Pas, Umno, GHB dan PKR yang mmuslim patut bersatu.  Ini tidak menjadi isu politik sebab tidak ‘mencederakan’ mana-mana parti politik yang disebut itu.

Kedua, khutbah telah mencederakan DAP sebagai parti yang sedang giat mempromosikan parti kepada umat Islam. DAP didakwa menentang Islam. Ini telah mencederakan parti politik itu. Memang ada sebab DAP marah. Sebagai andaian, satu khutbah di Selangor yang menyebut Umno parti yang menggalakkan rasuah, tentulah pemimpin Umno menjadi marah sebab teks khutbah telah mencederakan parti Melayu itu.

Sebenarnya khutbah hari raya atau penggunaan masjid untuk  politik kepartaian itu bukan menghairankan mata. Semua parti Melayu/Islam secara sedar telah menggunakan masjid untuk meraih keuntungan politik.  Majlis-majlis penyampaian sumbangan  di masjid yang secara jelas banyak logo parti politik telah berlaku. Ceramah atau kuliah agama yang semua isinya sama seperti ceramah politik (tetapi tidak disebut nama parti dan ahli politiknya) lagi banyak berlaku.  Pernah dahulu polis tidak membenarkan perhimpunan politik tanpa permit, lalu perhimpunan itu dibawa ke dalam masjid. Dalam masjid itu 100 persen adalah ceramah politik. Sebut nama parti yang dibenci dan agungkan tokoh politik tertentu.  Itu berdasarkan pengalaman mata saya sendiri.

DAP juga telah mengunakan masjid untuk dilhat mesra orang Melayu apabila wakil-wakil rakyatnya memberi ucapan dalam masjid, walaupun bukan ceramah politik.  Sekilas ikan di air, orang tahu jantan betinanya.

Alah, isu DAP marahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan hilang begitu saja seperti isu wakil rakyat perempuan  DAP  memberi ucapan dalam masjid. Isu pemimpin parti tidak beragama Islam masuk beranda masjid tanpa membuka kasut pun tidak menjadi kudis.


Politik, apa saja boleh berlaku dan tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan sekalipun kelakuan itu tidak ada adab sopan langsung. Pemimpin politik merupakan orang yang tidak akan terus mempertahankan sikapnya. Mereka umpama lalang. Semua begitu, sama ada yang kepala botak, bersongkok, berserban, bertudung kepala atau yang suka berseluar pendek!

Rabu, Julai 08, 2015

Ya..... PM turun pada Lailatul Qadr!

foto hanya hiasan

RAMADAN dalam fasa akhir. 10 hari terakhir yang di dalamnya terdapat satu malam yang ditunggu-tunggu untuk direbut tawaran hebatnya.  Sekalipun syaitan dikurung, namun sikap sebagian antara orang yang berpuasa seperti di kelilingi syaitan juga.  Seperti dirancang, isu politik dipanaskan untuk 10 hari terakhir Ramadan kali ini.  Maka, akhbar cetak dan maya pun meletakkan berita utamanya akisah politik negara.

Semua seperti tergoda membuka sekian banyak akhbar, mencari sebanyak mungkin ulasan politik yang memihak pendiriannya. Jiwa tidak pernah puas, maka berjumpa rakan dan saudara-mara pun ceritanya pasal politik negara.  Jika musim pilihan raya yang ada kempen untuk mengundi calon atau parti mungkin munasabah, tetapi sembang politik dalam 10 hari terakhir tahun 2015 ini tidak ada manfaat keagamaan.  10 hari terakhir adalah ruang dan peluang ‘sembang’ keagamaan untuk meraih ganjaran pahala besar di sisi Allah.

Tidak ada ada faedahnya orang desa atau yang tidak ada kepentingan dan kedudukan politik bicarakan politik tertinggi di Putrajaya.  Tukarlah masa tadarus al Quran selepas solat Tarawih dengan forum politik, itu tidak dapat mengubah atau mengekalkan seseorang di kerusi Perdana Menteri.  Apa yang orang dapat dengan sembang, forum dan mendengar ceramah politik pada 10 hari akhir Ramadan? Tidak ada apa, kecuali kepuasan nafsu. Nafsu yang cuba dipuaskan tetapi tidak pernah puas.

Eloklah balik ke jalan agama saat genting menunggu Malam al Qadr. “Sesungguhna Kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam Al Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1000 bulan.  Pada malam itu turun malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.  Sejahtera (malam itu) sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 1-5)

Lebihkan masa membaca al Quran dan memanjangkan berdiri solat malam atau tarawih kita. Kita menambah harapan dan doa kepada-Nya.  Moga-moga kita dalam kebaikan iaitu diampuni semua dosa dan diredai oleh sebenar-benar Tuhan.


Wallahu ‘aklam

Isnin, Jun 08, 2015

MATI apa jika tidak taat pemimpin?

 
foto hanya hiasan
Ada yang punya sifat membangkang pada penguasa atau pemimpin mereka. Bahkan bukan hanya tidak taat, sehingga pemimpin mereka pun dikafirkan. Padahal hidup di bawah pemimpin muslim adalah suatu kebaikan. Enggan taat pada pemimpin yang sah adalah suatu bencana bahkan disifatkan oleh Nabi kita Muhammad - shallallahu 'alaihi wa sallam - sebagai orang yang mati jahiliyah. Apa itu mati jahiliyah?

Ibnu 'Umar berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (artinya), "Barangsiapa yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada pemimpin, maka ia pasti bertemu Allah pada hari kiamat dengan tanpa hujah yang membelanya. Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak ada baiat di lehernya, maka ia mati dengan cara mati jahiliyah ."  (HR. Muslim no. 1851).

Pengertian Hadits
Yang dimaksud melepaskan tangan dari ketaatan adalah tidak mau taat pada pemimpin padahal ketaatan tersebut bukan dalam perkara maksiat, sehingga ia enggan berbaiat pada pemimpin.  Yang dimaksudkan tanpa hujah yang membelanya adalah tidak ada uzur (alasan) ketika ia membatalkan janjinya untuk taat.

Sedangkan kalimat tidak ada baiat di lehernya adalah tidak mau berbai'at, iaitu mengikat janji setia untuk taat pada pemimpin.  Mati jahiliyah yang dimaksudkan adalah mati dalam keadaan sesat dan salah jalan sebagaimana keadaan orang-orang jahiliyah kerana dahulu mereka tidak mau taat kepada pemimpin walaupun mereka menilai aib jika mesti taat seperti itu. Namun bukanlah yang dimaksud mati jahiliyah adalah mati kafir sebagaimana sangkaan sebahagian golongan yang keliru dan salah paham.

Faedah Hadits
Wajib mentaati jama'ah atau penguasa yang sah dan wajib berbai'at pada mereka. Dan jamaah yang dimaksudkan di sini bukanlah kelompok, golongan, atau kumpulan orang tertentu tetapi yang dimaksudkan adalah yang punya kuasa dan punya wilayah yang sah. Sehingga jika di negara NKRI, taat pada jama'ah bererti taat pada pimpinan negara selama bukan dalam perkara maksiat.

Siapa yang enggan taat pada penguasa dengan membatalkan janji setianya untuk taat (baca: bai'at), maka ia bererti telah terjerumus dalam dosa besar dan telah sama dengan kelakuan orang Jahiliyah.
Hendaknya setiap umat mempunyai pemimpin yang urusan agama diatur oleh mereka.

Mati jahiliyah bukan bererti mati kafir tetapi mati dalam keadaan tidak taat pada pemimpin. Sehingga orang-orang yang enggan taat pada pemimpin atau penguasa yang mengatur maslahat mereka, maka ia pantas menyandang sifat ini.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita pemimpin yang jujur ​​dan adil, yang mampu mensejahterakan rakyat. Moga kita pun dikurniakan oleh Allah sebagai hamba yang taat pada Allah, Rasul-Nya dan ulil amri kaum muslimin.

Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah.

Rujukan :  Bahjatun Nazhirin Syarh Riyadhis Sholihin , Syaikh Abu Usamah Salim bin 'Ied Al Hilali, terbitan Dar Ibnil Jauzi, cetakan pertama, tahun 1430 H, 1: 655.


Sabtu, Mei 23, 2015

MARI cari pesalah hukum hudud

KESALAHAN atau kelemahan diri sendiri, namun bebannya disalahkan kepada orang lain!  Berapa banyak keadaan ini telah dan sedang berlaku.  Dalam lingkungan komuniti kecil seperti sekumpulan kanak-kanak mungkin mudah ditemukan keadaan itu akibat tidak mengakui kesalahannya. Lantas tuduhan dihalakan kepada rakan atau orang lain. Maka dirinya masih terpancar citra yang baik, manakala rakan atau orang lain bercitra buruk. Kata sang kanak-kanak, “Fitnah!”

Sebenarnya itu jugalah yang banyak berlaku dalam dunia orang dewasa, khasnya dalam lingkungan dunia politik.  Orang berfikrah politik jauh beragama semestinya punya keegoan besar. Mereka hanya berpikir orang lain salah dan dirinya betul. Maka tuduh-menuduh pasti berlaku. Sebenarnya mereka tahu, punya kelelamahan dan melakukan kesalahan. Namun pantas membela diri dengan menuduhkan kesalahan itu atau kelemahan itu pada orang lain.

Semua ini bagai keseronokan dan seni (keindahan) politik. Begitulah keadaannya.  Apakah orang seperti ini tidak pernah mendengar ayat-ayat Allah sebagai panduan dan peringatan? Ada.  Mari kita kongsikan semula satu ayat yang sangat jelas mengenai kejelekan akhlak begitu.

Ayat 112 surah An-Nisa’ (artinya), “Dan sesiapa yang membuat kesalahan atau dosa, kemudian dia menuduhkan (kesalahan dirinya) kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah memikul satu kebohongan dan dosa yang besar.”

Lihatlah isu hukum hudud sejak 20 tahun yang lalu. Sejak itulah hukum itu sentiasa menjadi bahan debat termasuk untuk melabelkan seseorang itu sudah kafir atau masih beriman kepada Allah. Sepanjang masa itulah saling salah menyalah dan menuduhkan kepada orang lain akibat gagalnya hukum itu dilaksanakan terhadap manusia.  Namun itulah dikatakan seni berpolitik termasuk menuduh seseorang sudah batal syahadahnya atau kafir!


 
mendesak kerajaan Persekutuan laksanakan hudud

Dahulu mencari sokongan umah dengan slogan laksanakan hudud

peluang melaksanakan hudud terbuka, tiba-tiba menjadi penentang pelaksanaannya


Rabu, Mei 20, 2015

DEMOKRASI bejat namun dipuja

foto hanya hiasan

KITA hidup dalam kebejatan sistem demokrasi! 

Demokrasi berasal dari dunia Barat dan telah lama dipaksakan kepada semua manusia satu dunia.  Konon dengan kekalahan ideologi komunis, maka sebaik-baik ideologi negara dan masyarakat ialah demokrasi atau kebebasan rakyat!  Demokrasi hanya mengiktiraf keputusan majoriti. Tidak perduli yang majority itu yang terbaik atau terburuk! Sedangkan Al-Quran  menyatakan majoriti atau kebanyakan itu dalam kejahilan atau kesesatan. Lihat ayat 116 surah al-An’am (artinya), “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.  Yang mereka ikuti hanyalah persangkaan belaka dan mereka hanya berbuat kedustaan.”

Kerna kita meladeni demokrasi secara total, maka ayat-ayat yang busuk sentiasa didengar telinga. Atas nama kebebasan bersuara sebagai asas demokrasi, ayat fitnah, sangka buruk dan umpat menjadi pilihan yang menyeronokkan masyarakat.  Majoritinya suka begitu, maka perlecehan begitu sudah diterima sebagai terma biasa masyarakat. Namun perbuatan buruk tetap buruk di sisi Allah.

Atas nama kekebasan dalam demokrasi maka rakyat diberi peluang menyatakan sikap dan fikiran masing-masing. Lihatlah betapa lelahnya pemerintah meladeni ayat perlecehan orang awam, sedangkan orang awam hanya melihat pemerintahan dari jauh dan sudutnya pun kecil amat. Namun orang awam yang berlakon pintar hanya tahu mendebat dan mengkritik sedalam-dalamnya. Pemerintah terbeban, lantas menggunakan masa yang lama untuk menjawab satu demi satu kritikan berkenaan. Akhirnya tidak ada apa yang istimewa hasil debat dan kritik itu. Habis masa dan modal hidup hanya berdebat atau soal jawab yang tidak bermanfaat.

Tidak ada manusia atau pemimpin yang bersih seperti para Nabi, lantaran itu Rasulullah menyuruh umat menutupi malu atau kelemahan seseorang.  Namun demokrasi memberi seluas-luas peluang orang mendedahkan kesalahan atau aib semata-mata adanya hak bersuara.  Dalam politik, kerja membongkar masalah peribadi orang adalah satu kerja wajib, tetapi agama sudah lama menahan kerja keji begini.  Oleh kerna jaman sekarang orang sedang memuja demokrasi, maka gesaan orang kembali kepada ketertiban beragama akhirnya dilihat seruan ke dunia kuno dan ketinggalan jaman.

Akhirnya apa? Kita sebagai golongan beragama dan majoriti dalam negara sedang berantakan dan bakal kehilangan kuasa pemerintahan.  Bukan sukar menebak, setiap saat umah berantakan, setiap waktu itulah ‘serigala’ sedang bersiap untuk menerkam.  Dan bukan sukar untuk menelah, setiap kita mengikat kesatuan, setiap itu juga ‘serigala’ menyusup dalam kesatuan agar umah berpecah dan terburai.  Walhal, di mana wilayah umat Islam tertindas dan menderita seperti di Myanmar, Pattani, Mindanao, Kashmir, Palestin dan lain-lain, kita di sini berhujah perlunya umat Islam mempunyai kuasa pemerintahan di sana. “Itulah akibat umah tidak ada kekuasaan”. Ironisnya dalam negara, kuasa orang Islam yang ada sedang dirong-rong dan sudah ada yang rela hati menyerahkan kuasa negeri dan negara kepada yang bukan Islam! Sadarkah?

Inilah kehebatan demokrasi dalam negara. Agama sedang dijual untuk mendapatkan kuasa yang secebis, bangsa sedang diperleceh oleh kerakusan segelintir pemimpin yang tidak pernah puas dengan sejarahnya pernah berkuasa.  Umah sedang dikelirukan dengan pelbagai hujah.

Inilah kehebatan penjajah Barat terhadap negara kita. British telah memberi kemerdekaan, tetapi British telah memasang api dalam sekam agar baranya terus menyala dan membakar masyarakat kita. Akhirnya, matlamat British ialah bangsa yang diberi kemerdekaan dahulu akan kembali menjadi lemah dan  diperbudakkan.  Kita satu umah dan bangsa yang merdeka akan diperbudakkan melalui sistem yang dipantau dari Barat.  Kita kelihatan besar, tetapi dikalahkan dalam banyak perkara.

Rupa-rupanya dalam demokrasi, puak minoriti bisa menjadi majoriti apabila lawannya yang majoriti tadi dilemahkan dan dipecah-pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan minoriti yang saling berlawanan.  Kelihatannya itu akan berlaku di negara kita. Bersiap siaga menunggu saat itu.


Isnin, Mei 04, 2015

KEMPEN politik dan amal yang sia-sia

foto hanya hiasan

KATA ahli sejarah sistem demokrasi bermula pada ribuan tahun dahulu di zaman Yunani, di kota Athens. Seperti yang difahami orang zaman sekarang, demokrasi di Athens juga memberi ruang rakyat terlibat dalam pemerintahan.  Di negara kita, demokrasi merupakan warisan penjajah British. Malah sistem demokrasi berparlimen yang diadakan pilihan raya memilih wakil rakyat persis apa yang ada di Britain.

Parti politik memilih calon untuk bertanding dalam pilihan raya, mahu menjadi wakil ke Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri (DUN).  Di situlah kuasa rakyat. Rakyat memberi undi untuk menentukan siapa wakil mereka. Di situlah rakyat diladeni sebaik-baiknya supaya mereka memberi undi. Di situlah calon wakil rakyat akan berbuat apa saja asalkan rakyat memberi undi kepadanya. Di situlah perkara baik dan buruk berlaku asalkan rakyat memilihnya sebagai wakil ke dewan mesyuarat Parlimen atau DUN.

Jadi apa masalahnya? Tidak ada masalah jika urusan berkempen atau mendapatkan sokongan tidak dinilai dari sudut agama.  Apabila sebilangan ahli politik dan pengikut-pengikutnya mendakwa berjuang dalam pilihan raya kerna Allah, tentulah hal ini satu yang baik.

Ada satu contoh mudah demokrasi telah menyebabkan muslim melakukan syirik dan amalnya menjadi sia-sia di sisi Allah. Artinya, kelak di akhirat tidak ada kesan baik. Tidak menjadi pahala sebagai modal baik pada hari semua amal ditimbang.  Lihat orang yang terlibat dalam proses mendapatkan undi sokongan secara sedar mesti mempamerkan ‘amal-amal kebajikannya’ sebagai bukti kepada rakyat.  Mereka bersolat dan menjadi imam pun dipromosikan supaya rakyat memilihnya yang dipotretkan berjiwa agama. Sejujurnya, katakan pada waktu kempen berkenaan calon-calon pergi ke rumah rakyat membawakan ole-ole. Adakah dalam hati tidak ada lintasan kata ‘ole-ole ini untuk kamu undi saya’.  Atau sebenarnya seperti dalam filem Madu Tiga P Ramlee, ‘baik ada makna tuu..’

Berbuka puasa, berdoa, solat, ziarah orang sakit, ziarah orang mati, beri bantuan keperluan hidup, memberi kata motivasi  dan apa juga sewaktu kempen pilihan raya itu benar-benar atas keikhlasan tanpa sebarang balasan atau memang ada niat mendapatkan undi supaya dirinya dipilih menjadi wakil rakyat?  Kebaikan-kebaikan itu  sebagiannya adalah ibadah khusus, yang lain sebagai amal soleh yang disukai Allah dan rasulnya.  Bagaimana semua itu dilakukan saat mengharapkan sokongan untuk berkuasa?

Lihatlah ayat akhir surah al-Kahfi (maksudnya), “Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia menyekutukan sesuatu dengan apa pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”   Amaran Allah jelas, jangan amal kebajikan disekutukan dengan sesuatu yang lain (mestilah bulat hanya kerna Allah).

Saya turunkan kupasan ayat ini daripada kuliah agama oleh seorang guru di masjid Al Abrar di desa saya. Sang guru menceritakan asbab turunnya ayat ini. Ketika  baginda Nabi s.a.w. memberitahu bahawa umat Islam di Madinah akan mengerjakan haji di Makkah, seorang sahabat yang berasal dari Makkah sangat gembira, kerna katanya dia sudah sangat rindukan kampung halamannya di Makkah.  Niatnya ialah apabila mengerjakan haji kelak, dapat juga pulang ke kampung asalnya bertemu ahli keluarga dan sebagainya. Lalu turunlah ayat 110 surah Al Kahfi itu!  Kata Sang Guru, niat haji yang disertakan  dengan pulang, maknanya ada tujuan lain, sudah tidak diterima, malah Allah kata syirik!


Berfikirlah wahai pengamal demokrasi.  Wallahu ‘aklam.