ORANG debatkan Sifat 20 dengan Tauhid Tiga (Rububiyah, Uhuliyah dan Asma wa Sifat), mana
satu yang betul. Lebih ekstrim, ada antara pengikut salah satunya menuduh sesat
pengguna yang sebelah sana. Sifat 20
atau Tauhid Tiga, hanya kaedah atau cara memahami tauhid beragama. Kedua-dua
itu bukan agama! Jika ada ilmuan menemukan satu lagi kaedah, boleh juga diguna
pakai asalkan tidak menyalahi ajaran Allah dan rasul-Nya.
Teman saya seorang ustaz lepasan universiti di
Jordan memberi kuliah kepada saya mengenai kelebihan Tauhid Tiga berbanding
Sifat 20 atau manhaj Asya’irah. Bukan
bermakna dia menyalahkan atau menuduh kaedah Sifat 20 tidak berguna. Sifat kita katanya, pilihlah kaedah yang
lebih baik.
Ustaz menerangkan Tauhid Tiga bagi bahagian
Uluhiyah. Tauhid Uluhiyah itulah yang menyebabkan manusia menerima sunah dan
kental dengannya. Sebalik itu, mereka menjadi berjaga-jaga dengan bid’ah
sepajang masa.
Apa itu Tauhid Uluhiyah? Saya pinjam catatan dalam
kitab Aqidah Salaf Ahlus Sunnah Wal Jamaah oleh Abdullah bin Abdil Hamid
al-Atsari terbitan Pustaka al-Inabah, Jakarta. Catat Tuan Syeikh Abdullah, “Keyakinan yang kuat bahawa Allah swt adalah
ilah (yang diibadahi) yang haq, yang tidak ada ilah selain-Nya dan segala yang
diibadahi selain-Nya adalah bathil, serta mengesakan-Nya dengan peribadahan,
ketundukan dan ketaatan secara mutlak.
Tidak boleh seorang pun dipersekutukannya dengan-Nya, siapa pun dia, dan
tidak boleh sesuatu pun dari peribadahannya dipalingkan kepada selain-Nya, seperti
shalat, puasa, zakat, haji doa, meinta pertolongan, nazar, menyembelih,
tawakal, khauf (rasa takut terhadap
siksa-Nya), raja’ (mengharap kurnia
dan rahmat-Nya), cinta, dan selain dari jenis-jenis peribadahan yang zahir (nampak)
dan batin (tersembunyi). Allah swt harus
diibadahi dengan mahabbah (kecintaan), khauf (rasa takut) dan raja’
(pengharapan) secara bersamaan. Beribadah kepada-Nya dengan sebagian jenis
ibadah, tanpa sebagian ibadah yang lainnya adalah kesesatan.”
Ayat 5 surah al-Fatihah, “Hanya kepada-Mu kami beribadah
dan hanya kepada-Mu kami minta tolong.”
Ayat 25 surah al-An’biya, “Dan Kami tidak mengutus seorang
rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya, ‘bahawa sanya tidak ada
ilah (yang haq) melainkan Aku’ maka ibadahlah kamu terhadap Aku.”
Beribadah dengan tepat mesti ada prinsipnya.
Pertama: Semua jenis peribadahan ditujukan
kepada-Nya semata-mata, bukan kepada selain-Nya dan tidak boleh diberikan
kepada makhluk lain sedikit pun dari hak-hak d an kehususan Sang Pencipta. Ayat
3 surah Az Zumar, “Ingatlah hanya kepunyaan Allah agama yang bersih (daripada syirik)….”
Kedua: Ibadah tersebut harus selaras dengan
perintah Allah dan perintah rasul-Nya. Ayat 21 surah As Syura, “Patutkah
mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan mana-mana bahagian daripada
agama mereka sebarang amalan yang tidak diizinkan Allah? Jika tidak kerna
kalimah tetetapan yang menjadi pemutus, tentulah dijatuhkan azab dengan serta
merta kepada mereka. Dan sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu beroleh azab seksa yang pedih.”
Bahagian Uluhiyah inilah yang menjadi benteng
muslim daripada menerima bid’ah hasanah, kerna apa saja ibadah yang bukan
diajarkan oleh Nabi-Nya, bermakna satu ibadah rekaan orang,
walhal Islam sudah sempurna.
Allahu aklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan