Pengikut

Memaparkan catatan dengan label minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minda. Papar semua catatan

Ahad, Mac 29, 2015

BUKAN takut hudud, tapi takut kesatuan Melayu-Islam

SUKA atau tidak politiklah yang mendomonasi pemikiran dan wacana dari simpang jalan, warung kopi hingga ke ruang lobi hotel.  Apabila kerajaan negeri Kelantan membawa Kanun Jenayah Syariah II 1993 ke Dewan Undangan Negeri untuk dipinda (2015) dan diperkenan oleh  Ketua Negeri (Tuanku Sultan Kelantan), maka satu dimensi baru dalam politik negara.


Persaingan tentulah antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (Pas-DAP-PKR).  Biarlah berterus-terang mengenai BN dan PR, walaupun daripada kedua-duanya semua indah dan manis.  Sejak pilihan raya 1955 dahulu memang BN (dulu Perikatan) didominasi oleh Umno untuk meletakkan apa saja institusi Melayu dalam negara.  Sebutlah apa saja berkaitan bangsa Melayu: Raja Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam, Kebudayaan Nasional-berteraskan kebudayaan Melayu, penubuhan MARA, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Felda, Felcra, Pernas, UDA dan pelbagai kouta yang meletakkan orang Melayu ke tempat yang utama.  Hujahnya ialah negara ini berasaskan ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) yang berterusan sehingga masuk zaman penjajahan. Oleh itu apabila negara merdeka, kelangsungan institusi Melayu merupakan sebagian penerusan warisan atau ketamadunan Melayu.

Orang Cina asalnya menerima semua konsep Ketuanan Melayu, sehinggalah konsep ini dipertikaikan oleh pemimpin Cina dari Singapura.  Apabila Singapura dikeluarkan (1965), maka gagasan Malaysian-Malaysia yang mahukan kesama-rataan rakyat tanpa rujukan kaum diteruskan oleh DAP.  Itu bukan rahsia.  Berpuluh-pupuh tahun Umno bekerja keras meyakinkan orang bukan Melayu dalam semua institusi khasnya pendidikan mengenai ketuanan Melayu dan penerimaan kaum bukan Melayu dalam negara Malaysia.

Pilihan raya tahun 2008 telah membuka paradigma baru pemikiran politik antara BN yang mahukan pengekalan ketuanan Melayu atau PR yang mahu membina konsep baru negara (seperti Malayan Union 1946) tanpa garis pemisah keturunan, agama dan sebagainya.

Kejayaan DAP mendapat sokongan hampir 90 peratus kaum Cina disebabkan faktor ‘tolakan’ dalam BN dan ‘tarikan’ dalam PR.  Tapi faktor tarikan dalam PR untuk membentuk Malaysia Baru ala-Malayan Union 1946 (MU1946) sangat kuat dengan sokongan parti Melayu seperti Pas dan politikus Melayu dalam PKR.  Oleh itu sangat jelas matlamat PR adalah Malaysia Baru ala-MU1946. Lihat kejelasan dalam PR seperti: Tidak ada parti yang mendominasi PR (sedangkan Umno-Melayu mendominasi BN).  Bagaimana jika Pas cuba mendominasi PR? Jawabnya mudah dan bukan rahsia iaitu DAP dan PKR tidak akan membiarkan keadaan itu berlaku. Jika Pas mendominasi PR, maka apa bedanya PR dengan BN?  Tidak sama sekali.

Oleh itu mudah difahami mengapa DAP-PKR tidak memberi ruang dan peluang Pas menjadi dominan dalam PR sebagaimana MCA-MIC dan parti-parti di Sabah-Sarawak membenarkan Umno mendominasi BN.  Kritikan DAP terhadap Pas dan Presidennya, bukan suatu yang tidak disengajakan (hanya timbul disebabkan Hudud), tetapi merupakan perancangan rapi untuk mempertahankan cita-cita Malaysia Baru ala-MU1946.

Bukanlah sangat Hudud ditentang oleh DAP kerana berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. DAP pun ada agenda melawan perlembagaan negara apabila mencadangkan pilihan raya kerajaan tempatan.  Bukanlah sangat Hudud akan menyebabkan bisnes orang Cina kehilangan pelanggan Melayu, sebab mereka tahu Hudud masih jauh perjalanannya (itu pun hanya di Kelantan).  Namun DAP (termasuk MCA dan Gerakan) sudah melihat Hudud sebagai jambatan baru yang menyebabkan orang Melayu-Islam bersatu dan bakal mendominasi politik negara.  Mudah untuk difahami, jika Umno-Pas berkesatuan, maka tunjang pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang dilalui sejak tahun 1957 akan berterusan dan semakin kukuh.  Ruang untuk membina Malaysia Baru ala-MU1946 tertutup terus sebab orang Melayu dalam Umno-Pas memang kekal sama pendirian negara Malaysia berasaskan kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka yang berpaksikan Melayu dan Islam.

Peluang melaksanakan Malaysia Baru ala-MU1946 hanya berjaya jika Umno dan Pas dipisahkan. Seterusnya Pas dikekalkan dalam gagasan Malaysia Baru ala-MU1946 tetapi Pas bukan dominan dalam PR. Penulis yakin dalam PR tidak akan ada suara dominan Melayu-Islam sekalipun Pas parti yang sangat jelas berdasarkan Islam.

Lihat saja Lim Kit Siang terus mencadangkan gabungan semua ahli parlimen BN-PR agar menolak hudud dan membentuk Malaysia Baru. Prinsip yang ditawarkan ialah mempertahankan perlembagaan (tidak membenarkan hudud) dan Perdana Menteri baru. Ini satu lagi cara DAP mahu membendung kesatuan Umno-Pas (yang dimulakan atas jambatan hudud) dan mahu kerajaan baru (Perdana Menteri baru, bukan daripada Umno dan bukan DS Hadi Awang!).

Bola di kaki Umno dan Pas. Umno begitu lama berkuasa, memungkinkan terbiasa dengan kesalahan memerintah dan percaya tidak bakal kalah. Akhirnya sebagian orang Melayu sudah tidak peduli apa ketuanan Melayu. Lantaklah, nak jadi apa pun jadilah.  Ke mana arah sepakan bola politik Umno sekarang?

Pas mahukan Islam tetapi pengalamannya sangat pahit dalam PR.  Pas sedar dasar dan cita-cita PR untuk Malaysia Baru ala-MU1946 tidak memungkinkan dasar Islam yang dibawa akan dilaksanakan oleh PR. Pas pun sedar partinya tidak akan mengemudi PR sebagaimana Umno mengemudi BN puluhan tahun. Ke mana arah sepakan bola politik Pas sekarang?


Isnin, Oktober 20, 2014

MOTOR besar dan mati hangus....rasa OK tak?

MOTORSIKAL kuasa tinggi bertembung dan terbakar. Dua penunggangnya maut dan salah satunya terbakar hidup-hidup dalam kebakaran motorsikal itu!  Ini baru berita kemalangan. Hari-hari ada kemalangan maut, tetapi sudah 'klise'.  Kemalangan di Karak Pahang seakan-akan sempurna sebagai satu berita kemalangan maut.  Tunggu, selepas ini Menteri Pengangkutan akan memberi ulasan. Apakah tindakan kementerian selepas ini?

foto hiasan

satu pengajaran kepada yg mahu berfikir

Bagi saya menunggu respon kementerian berkenaan ada sebabnya.  Selama ini pengguna lebuh raya dan jalan raya biasa hanya merungut apabila 'diserbu' motorsikal kuasa tinggi. Kenderaan ini digunakan untuk melanggar peraturan dan 'menganjing' penguna-pengguna jalan yang tidak mampu beraksi seperti mereka. Lihat plat nombor pendaftarannya, ikut standardkah?  Motorsikal ditunggang selaju perlumbaan di litar lumba Sepang di atas jalan yang had lajunya 90km/jam! Pernah mereka dikenakan saman? (had laju di Karak ialah 90km/jam).

Apabila mendengar kemalangan maut motorsikal itu, saya pun sedih atau simpati. Namun sedikit di hati berkata, 'padan muka kamu!'

Motorsikal kuasa tinggi bukan dibeli oleh penjual sayur di Pasar Tani. Harganya puluhan ribu ringgit. Khabarnya sekumpulan penunggang yang berkonvoi itu berasal dari Lembah Kelang dan pergi bersarapan di Hutan Lipur Lentang. Setelah sarapan bergerak kembali ke KL (?) dan terkena nasib malang. Begitulah aktiviti orang kaya. 

Pada zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pernah orang kaya yang memiliki kenderaan kuasa besar seperti kereta dan motorsikal meminta had kelajuan di lebuh raya dinaikkan daripada 110 km/jam kepada 150 km/jam.  Alasannya enjin kenderaan mereka direka khas untuk dipandu laju sedangkan had laju jalan di Malaysia standard 'kereta lembu'.  Begitulah kehendak orang kaya. Mereka mahu undang-undang yang memihak dirinya, bukan kepada semua pengguna. Mereka hanya fikir kepuasan nafsu buasnya di jalan raya! Mujur Allah memberi petunjuk kepada PM, yang menolak gesaan mereka dengan berhujah 'kelajuan akan  membunuh'.

Kepada pengguna yang mematuhi had laju, tak apalah jika ada yang menghina dengan menunjukkan gambar 'kereta lembu'.  Hakikatnya mereka mematuhi peraturan untuk kesejahteraan diri dan pengguna-pengguna lain. Dan bagi pihak kerajaan syukurlah kerna menunaikan amanah memerintah yang menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat termasuk ketika di atas jalan raya.

Saya pun tidak mahu ada kemalangan maut seperti itu lagi.Namun jika perangai orang kaya berkenderaan kuasa tinggi tidak berubah, biarlah berlaku lagi kemalangan antara mereka dan lagi. Cuma harapannya tidaklah melibatkan sama sekali pengguna jalan yang 'biasa' saja.  Apa nak buat, nasihat supaya membeli kenderaan yang sesuai dengan undang-undang tidak diendahkan, biarlah kenderaan mereka sendiri menasihatinya.

Sabtu, Januari 26, 2013

YANG menang ditiru oleh yang kalah


CERITA pihak yang menang dan kalah.  Kehidupan memang persaingan malah permusuhan yang membawa satu pihak menang dan kalah.  Yang menang akan mendapat segala-galanya, dan yang kalah hilang tuntas semua yang ada.  Harga diri pun hilang sama ada terpaksa  atau direlakan.

Kata seorang ahli sosiologi Islam zaman dahlu, Ibnu Khaldun dalam kitab ‘Mukadimah’: “Orang yang kalah selalu meniru orang yang menang, baik dalam lambangnya, atau dalam cara berpakaian, atau kebiasaannya dan sekalian gerak-geri dalam adat-istiadatnya.  Sebabnya ialah kerna jiwa itu selalu percaya bahawa kesempurnaan hanya ada pada orang yang telah mengalahkannya itu, lalu dia menjadi penurut peniru.  Baik oleh kerna telah sangat tertanam rasa pemujaan, atau kerna kesalahan berfikir, bahawa keputusan bukanlah kerna kekalahan yang wajar, melainkan kerna tekanan rasa rendah diri dan yang menang selalu benar.”


Cuba perhatikan keadaan kita untuk melihat adakah kita menang atau kalah. Kita membina sekolah kebangsaan untuk membina satu bangsaa satu negara. Di samping itu dibenarkan juga sekolah jenis kebangsaan Cina.  Jika bangsa Melayu menang, semakin lama sekolah kebangsaan Cina  semakin hilang pengaruhnya, maka sepatutnya kian beransur ditutup setelah 50 tahun.  Namun sebaliknya berlaku, 31396 murid Melayu (tahun 2012) dihantar ke sekolah berkenaan kerna percaya di sana ada kekuatan yang tidak diperoleh di sekolah kebangsaan sebagai sekolah satu bangsa satu negara!  Siapa yang kalah dan menang?

Lihat juga orang-orang yang dikatakan berkuasa, berharta dan kuat ekonominya, bahasa apakah yang menjadi pilhan mereka?  Jika mereka menjadi bangga dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka menanglah bangsa peribumi yang bahasanya dipentaskan untuk satu negara.  Jika mereka tidak lagi menggunakan bahasa Melayu, maka kalahlah bangsa peribumi sebagai teras negara bangsa Malaysia.

Dalam bersiasah juga kita boleh mengesan siapa yang menang dan kalah.  Semua pihak atau partai mempunyai ideologi, citra dan prinsip tersendiri. Partai yang menang, segala yang dimiliki akan menjadi ikutan kepada pihak yang dikalahkan.  Sebaliknya, pihak yang kalah akan senantiasa merelakan prinsipnya dihilangkan tanpa apa-apa tukaran yang menguntungkan.

Teringat dan terkesan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi dalam satu bicara, “Jika orang Melayu yang beragama Islam ini berjaya dalam ekonomi sebagaimana kejayaan orang Cina, saya yakin orang bukan Islam (bukan Melayu) akan masuk Islam kerna melihat contoh kejayaan orang Melayu.”

Bangsa yang kalah perlukan berisan pemimpin yang percaya bangsa tidak selamanya kalah dan ada putarannya, menang.

Sabtu, September 18, 2010

BERITA ialah 'orang menggigit anjing'

SEORANG kolumnis dalam sebuah portal berita mencatat beberapa pengalaman indah diberi bantuan secara sukarela oleh insan-insan berhati mulia dalam beberapa hari saja.  Baginya inilah antara keindahan dalam hidup apabila dirinya yang tidak mengenali insan yang membantunya, tetapi mereka dengan susah payah membantunya!  Beliau juga mencadangkan agar membanyakkan cerita-cerita keindahan dalam hidup seperti sikap saling tolong-menolong, berkorban untuk kebaikan orang lain atau gambaran suasana ceria dan bahagia dalam media.

Apa yang dicatat oleh kolumnis itu betul, tapi tidak kepada pengamal media yang mencari jutaan pembaca.  Peristiwa ada nilai beritanya tersendiri. Melalui nilai berita ini, pasaran medianya menjulang tinggi.  Kepada yang pernah terlibat dalam kewartawanan mesti telah diajar mengenali berita yang boleh menjadi tarikan pembaca.  Analoginya mudah: anjing yang menggigit orang bukan berita tetapi orang menggigit anjing adalah berita.

Berita-berita orang memberi senyuman, mengucapkan salam, membantu seseorang di tepi jalan merupakan berita anjing menggigit orang yang dianggap tidak ada pembacanya lagi. Itu berita basi, kata mereka.  Oleh itu berita kemalangan ngeri, pembunuhan ngeri, penculikan, pembuangan bayi, pemerkosaan dan lain-lain yang mengejutkan adalah berita, sama seperti orang menggigit anjing.

 kecelakaan ngeri sangat menyentap emosi orang.

Dengan itu difahami bahawa kebanyakan berita di muka hadapan akhbar ialah orang menggigit anjing!  Kalau ada yang bersifat anjing menggigit orang, berita itu lahir daripada orang penting dalam negara seperti Perdana Menteri.

Itulah prinsip pemberitaan dalam media yang hari-hari kita hadapi. Fitrah manusia sendiri yang mudah bosan dengan perkara-perkara berulang, tambahan jika yang tidak menyentap emosi.  Kerana memenuhi parasan emosi khalayak, maka berita-berita yang dipaparkan adalah yang membakar emosi, bukan yang menyantuhi minda dan emosi. 

Masalah lain pula muncul apabila saban hari dipaparkan berita-berita yang menyentap emosi, sebagai manusia akan terpengaruh juga dengan pembawaan berita.  Kajian-kajian psikologi terhadap perkembangan tingkah laku anak-anak atau remaja sangat dipengaruhi oleh sekitaran termasuk maklumat dariada media.  Oleh kerana media sangat mencuri pandangan dan minda anak-anak dan remaja, berita atau maklumat media telah jauh membina peribadi manusia.

Jangan kagetlah jika nilai murni yang ibu bapa ajarkan kepada anak-anak susah diamalkan, kerana perkara itu kurang menyentap emosi dan bagai berita anjing menggigit orang.  Hendak membaca al-Quran pun sudah bosan kerana itulah saja susunan ayatnya ya?  Hendak memahami kandungan al-Quran pun sudah kerap sangat, begitu sajalah ceritanya.  Cerita nabi Musa dengan Fir’aun dalam al-quran  tidak pernah berubah, kecuali cara kita mengambil iktibarnya.

Bab-bab agama memang dirasakan membosankan, tidak menyentap perasaan kecuali para guru yang mengajarkan dan menyampaikannya membuat teknik-tekni baru yang menyegarkan.