Pengikut

Memaparkan catatan dengan label kembara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kembara. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 15, 2017

KE MADINAH untuk shalat, bukan....


Al-Ustadz Abu Omar Idris Sulaiman mengingatkan kami perihal niat ke kota Madinah. Niat yang jitunya ialah untuk menziarahi Masjid Nabawi , seterusnya shalat di sana.  Hal ini memandangkan, banyak orang telah mengutamakan niat ke Madinah untuk menziarahi maqam Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ziarah maqam Nabi Shallallahu alaihi wasallam itu adalah yang seterusnya,  seperti ke maqam Baqi. Yang utamanya adalah shalat di Masjid Nabawi.

Seterusnya ke Makkah untuk menunaikan umrah dan shalat di Masjidil Haram.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Haram.” (HR. Bukhari no. 1190 dan Muslim no. 1394, daripada Abu Hurairah)

Dalam riwayat lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلاَةٌ فِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ

“Shalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Haram. Shalat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 shalat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1173)

Selasa, Februari 16, 2016

KEMBARA Astora Jabat di Sabak Bernam

Pertama kali berbicara dengan Astora Jabat

SIAPA tidak kenal Astora Jabat, terutama kalangan politik Melayu Umno dan Pas. Beliau pernah menjadi pengarang di Mingguan Malaysia pada ketika politik Malaysia dalam dilema akibat pemecatan Anwar Ibrahim daripada Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno tahun 1989.  Astora menjadi benteng tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, sedangkan orang Melayu banyak memihak kepada Anwar Ibrahim.

Tulisan-tulisan Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia bersifat politik mempertahankan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr Mahathir dan menyerang Pas dan golongan Reformasi.  Dalam pertemuan saya dengan beliau baru-baru ini, Astora mengakui menempuh jaman sukar waktu krisis politik itu. Keselamatannya agak terancam dan terpaksa diiringi anggota polis untuk urusan-urusan kehidupan.

Tanggal 15 Februari 2016 jam 4.30 sore Astora tiba di Sabak Bernam setelah lebh 20 hari menunggang basikal dari kampung halamannya di Pattani, Thailand.  Saya menemui beliau selepas shalat Isyak.  Tidak kekok dengan beliau kerna sebelum ini sudah berbalas tulisan melalui Facebook.  Kami lancar berbicara soal politik dan sejarah bangsa, serta masa depan Pattani.

Astora dalam rangka bertualangan ke 10 negara Asean.  Mulai memasuki Kedah pada awal Februari, beliau mengayuh basikalnya menelusuri desa-desa, daerah bersejarah untuk memadankan fakta sejarah bangsa Melayu Pattani dengan puing-puin sejarahnya.

Setakat ini beliau merasa aneh dengan budaya Melayu Kedah yang banyak dipengaruhi budaya Melayu Siam Buddha ketimbang ketulenan Melayu Pattani.  Secara berseloroh beliau berkata, “patut Kedah diperintah Thailand dan Pattani berada dalam Malaysia.”

Program beliau dari Sabak Bernam akan ke Kuala Lumpur atau Putrajaya. Di sana sahabat-sahabat wartawan akan meraikannya, termasuk Tan Sri Zainudin Maidin.  Kemudian beliau akan turun ke Johor dan pulang melalui pantai timur balik ke Pattani.  Seterusnya kembara berbasikalnya akan ke Kemboja, Vietnam, Laos dan Myammar.  Setelah tamat kembara bahagian tanah besar, barulah akan mengharungi negara kepulauan seperti Indonesia dan Filipina.

Itu cita-citanya. Astora mengakui sebelum bertualanga seperti ini, dia bukanlah seorang pelumba basikal atau pernah mengharungi siri kembara basikal untuk 200 km atau 400 km.  Hanya berbekal semangat dan kudrat tanaga usia lebih setengah abad, beliau akan terus bertualangan.

Bagi sesetengah orang, itu kerja gila. Bagi yang berjiwa kembara dan kewartawanan, berbasikal ke lorong-lorong adalah sebagian kerjaya sampai hujung usia.


Semoga suksen dan tercapai misi. BRAVO ASTORA JABAT.


Rabu, Disember 30, 2015

BAWALAH kerusi roda untuk berumrah


TAKDIR dan dalam jadual Tuhan. Sejak ayah dan ibu menunaikan haji 14 tahun yang lalu dengan faktor usia mereka, tidak terfikir bahawa saya akan membawa mereka ke dua tanah haram. Namun takdir Tuhan menentukan saya membawa mereka melakukan umrah pada 13-24 Disember 2015. Terima kasih kepada Haji Hisyam selaku amir umrah yang meladeni kami sekeluarga dengan baik sekali.

Ayah masih mampu berjalan tetapi tidak upaya bergerak jauh.  Pilihan yang ada membawa sebuah kerusi roda untuk kegunaan sepanjang kembara umrah ini.  Ayah telah berusia 80 tahun dan sebagai warga desa tentulah fisikalnya tampak kepayahannya bergerak sebagaimana orang dewasa atau muda. Ibu telah 73 tahun dan masih mampu berjalan bersama saya.

Catatan ini sebagai perkongsian kepada pembaca yang mungkin punya persamaan: membawa dua orang tua yang agak uzur.  Jika seseorang masih mampu berjalan tetapi tidak upaya bertahan lama, bagus membawa sebuah kerusi roda dari tanah air.  Sesampai di kaunter pengesahan tiket, saya khabarkan kepada pihak pengurusan di sana keperluan sebuah kerusi roda untuk ayah. Pihak lapangan terbang menyediakan sebuah kerusi roda khas bersama seorang pengiring. Pengiring membawa ayah dengan ‘boarding pass’ melepasi semua urusan sehingga pintu masuk pesawat. Saya terus mengiringi ayah yang dibawa khas.  Sementara itu kerusi roda yang dibawa dimasukkan bersama bagasi lain.

Setibanya di Dubai, pihak lapangan terbang di sana telah mendapat maklumat berkenaan ayah saya. Di pintu pesawat sudah tersedia kerusi roda untuk ayah. Saya dan ibu mengikuti sahaja pengiring ayah membawa kami melepasi urusan emigresen di Dubai.  Begitu juga tatkala di Jeddah, semua tersusun baik. Tidak ada masalah ketiadaan kerusi roda di semua lapangan terbang. Keadaan ini sama ketika pulang ke tanah air.

Sama ada di Madinah atau Makkah, tidak ada masalah membawa sebuah kerusi roda melewati jalan atau lorong sehingga memasuki masjid. Saya menolak kerusi roda ke mana kawasan masjid yang dikehendaki oleh ayah.  Saat melewati Babus Salam di Masjid Nabawi pun, semua pihak memberi hormat dan kerjasama terhadap ayah di atas kerusi roda.

Malah, dengan kedudukan ayah berkerusi roda, saya bersamanya berpeluang mudah memasuki Raudhah di Masjid Nabawi sebanyak tiga kali dalam tempoh empat hari di Madinah!

Sewaktu di tanah air, terfikir di manakah mahu diletakkan keruso roda tatkala ayah shalat? Ternyata, ada ruang-ruang yang tidak menjadi tempat shalat jamaah seperti di bucu tempat, tepi rak kasut atau tepi dinding.  Saya tidak mengunci kerusi roda. Tidak ada jemaah atau petugas masjid yang mengalihkannya ke tempat lain.  Sungguh indah layanan semua di sana, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram Makkah.


Keputusan membawa kerusi roda dari tanah air,(sekalipun bisa menyewa di sana…), adalah tepat.

Sabtu, Disember 12, 2015

MAHU ziarah ke dua Tanah Haram



INSYA Allah, saya akan membawa ibu dan ayah ke dua Tanah Haram, dalam rangka beribadah kepada Allah. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada kami.  Ayah semakin renta dengan usia melebihi 80 tahun sementara ibu lebih 70 tahun.  Kami akan keluar dari tanah air pada tangal 13 Disember dan dijangka kembali semula pada 24 Disember nanti.

Kembara ini adalah sunnah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud,  “Janganlah mengadakan ziarah kecuali ke tiga masjid, yakni Masjidil Haram, masjid saya ini, dan Masjidil Aqsha.” (HR. al-Bukhari dan  Muslim)

Kami akan ke Madinah dan Makkah. Keutamaan adalah beribadah di kedua-dua masjid. Di Madinah kedapatan makan Kanjeng Nabi s.a.w.  Kami akan menziarah dan berselawat kepada Kanjeng Nabi s.a.w., tidak melebihi daripada yan kami ketahui dan fahami.  Meski seorang guru berpesan supaya berkata-kata kepada  Kanjeng Nabi s.a.w., saya tidak menemukan kekuatan dalil bahawa itu satu keperluan dalam menziarahi makam Kanjeng.  Telah banyak dikhabarkan dalam Kitabullah bahwa Kanjeng Nabi s.a.w. adalah manusia biasa, cuma dipilih sebagai Rasul demi mengemban dkawah kepada umat. Allah membekali mukjizat pada saat hidupnya.

Apabila Kanjeng Nabi s.a.w. wafat, putuslah sudah hubungannya dengan apa yang ada di muka bumi sebagaimana kita juga.

Maksud  firman Allah dalam al-Quran, “Katakankah (Muhammad), ‘Aku tidak kuasa menolak madharat maupun mendatangkan kebaikan kepadamu.’ Katakanlah (Muhammad), ‘Sesungguhnya tidak ada sesuatupun yang dapat melindungiku dari (adzab) Allah dan aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain-Nya.” ( Al-Jin: 21-22)

Cerita Kanjeng Nabi s.a.w. bisa mengkonsultansi permohonan kita terhadap Allah, tidak ada sumber jelasnya.  Meminta penziarah berkata-kata terhadap jasad Kanjeng Nabi s.a.w., tidak diketahui siapa yang memulakannya. Pastinya para sahabat yang paling hebat tidak memberi contoh begitu.


Mulia beragama dengan sunah atau manhaj salafus saleh. Insya Allah.

Selasa, Februari 03, 2015

CARILAH itik salai Kuala Pilah

bebek salai dan ayam kampung salai
MACET. Sudah menjadi rutin jalan antara Ampang Tinggi hingga Ulu Bendul di Kuala Pilah macet, penuh dengan kendaraan setiap sore hari Ahad. Jarak 14 kilometer ini terpaksa ditempuh oleh semua pemandu selama kira-kira 45 minit!

Itulah hakikatnya apabila jalan lama tidak atau belum dinaiktaraf sejajar dengan pertambahan jumlah kenderaan. Jalan dari Ulu Bendul ke Seremban sudah dibina yang baru, empat lorong yang selesa, menggantikan jalan melalui Bukit Putus yang berliku-liku dan sempit.  Tunggulah saja pembesaran jalan yang masih cara lama. 

Namun ada peluang penduduk sekitar meraih keuntungan ekonomi dengan kesesakan jalan.  Yang uniknya, cakruk di pinggir jalan menawarkan jualan yang berbeda dari di tempat lain, dan bolehlah dikatakan jika mahu mendapatkan itik salai, daging salai dan ayam kampung salai, carilah di jalan sesak antara Ampang Tinggi-Ulu Bendul.


Itik salai yang besar dijual dengan harga RM40.00 seekor. Ayam kampungnya seekor RM25.00 dan daging salainya sekilo RM40.00.  Beli dan bawa pulang, selepas itu masaklah berdasarkan menu yang sesuai.