DARIPADA 11
daerah di Selangor, hanya Sabak Bernam yang masih dikira kawasan pertanian dan
desa. Walaupun daerah ini kawasan pertanian utama di Selangor, namun dikategori
kawasan bandar sebab seluruh Selangor disifatkan kawasan Bandar! Cukai pintu sebuah rumah empat bilik Semi-D
di Permatang Badak Baru bandar Kuantan masih lebih rendah berbanding cukai
pintu rumah teres empat bilik di pekan
Sabak. Harga seekar tanah (Tanah Simpanan Melayu) di Sabak Bernam sudah mencecah RM100 ribu sedangkan di Bagan Datuh, Perak
tidak sampai pun RM50 ribu. Jika ke
Perak, kita masih menemui pekan lama dan usang seperti Tanjung Belanja dan
Trong, namun kita masih menemui pekan yang serupa di daerah Sabak Bernam.
YB Ustaz Salehen Muhyi |
Sebagian deretan kedai kayu pekan Bagan Terap |
Pekan Bagan Terap yang terletak di Sabak Bernam
masih usang. Dua deret kedai kayu sangat berhampiran jalan di simpang tiga di
jalan Parit 13 dan ke kampung Lubuk Pusing sudah uzur, dan perlukan pelan
pembangunan yang baru.
Bagan Terap dalam kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Sabak yang wakilnya ialah Exco Kerajaan Selangor bahagian Pembangunan Desa,
YB Ustaz Salehen Muhyi. Di sebelah pekan
usang Bagan Terap itu terdapat dataran untuk pekan sari hari Ahad, di situ juga
kerap dijadikan ceramah politik Pakatan Rakyat.
Jadi, sebenarnya pekan Bagan Terap memang dalam pengetahuan para
pemimpin tempatan dan negeri Selangor.
Pekan ini mesti dimodenkan secepat mungkin. Inilah
masanya, pada waktu Adun Sabak memegang jawatan hal pembangunan desa dan
pertanian. Ini kawasannya!
Kawasan Bagan Terap ini punya masa depan yang
cerah, apabila jajaran lebuh raya ‘Latar’ yang ketika ini berhenti di Ijok
disambung kelak. Lebuh raya itu mesti
melalui kawasan Sungai Panjang/Bagan Terap untuk sampai ke Perak.
Harap mendapat perhatian segera Exco Selangor YB Ustaz
Salehen Muhyi.
As nice blog,but you could have made this blog more cool if you could configure the language changer pluigin but all the same you have done a good job:-X
BalasPadam