PENGEMBARA yang
sampai ke negara Arab dan Eropah akan biasa melihat muslim bersolat dengan memakai kasut. Maksudnya, solat berkasut itu di atas jalan atau padang
terbuka, bukan dalam masjid yang tersedia lantai berlapik bersih seperti di
kamar tidur! Selalunya mereka memang bekerja dengan memakai kasut yang
mengambil masa untuk ditanggalkan atau pada musim sejuk. Di negara kita, yang memakai kasut tinggi
kebanyakannya pasukan keselamatan seperti tentera dan polis. Pasukan bomba juga memakai kasut yang tinggi,
iaitu ikatan talinya yang panjang. Memang ada masalah untuk segera membuka hanya untuk berwuduk dan kemudian memakainya
semula. Namun kerna di Malaysia tidak
ada budaya orang solat (termasuk berjamaah) di jalan, padang atau di kaki lima
kedai, maka sesusah mana pun kasut itu ditanggalkan juga untuk berwuduk.
khuf daripada kulit |
Sebenarnya Islam
membenarkan orang berwuduk tanpa membuka kasut atau stokinnya. Ini sebagian daripada keringanan kepada
muslim berwuduk, untuk semua jantina, golongan umur atau di mana mereka tinggal.
Dengan ini sangat diharap muslim tidak
memberi alasan ‘leceh’ atau malas untuk menanggalkan kasut (stokin) dan
memakainya semula sedangkan ini mengambil masa.
Maka di Malaysia,
boleh saja orang tidak menanggalkan stokinnya ketika berwuduk, cukup pada
bahagian membasuk kakinya, dia menyapu bahagian atas stokinnya sekali saja
untuk kedua-dua belahnya. Orang yang
sudah biasa membuka stoking untuk berwuduk tiada masalah apa-apa, namun ada
perlunya disapu saja atas stokin sebagai satu pendidikan kepada orang lain dan
memperlihatkan imej ibadah dalam Islam yang ada keringanan. Ketika berdakwah kepada bukan muslim, sangat
perlu keringanan ‘menyapu kasut atau stokin’ sebagai ganti membasuh kaki. Umum tahu bahawa masyarakat bukan Islam tidak
semua membudayakan dengan pembasuhan kaki. Malah ada yang masuk ke bilik tidur
pun berkasut!
Antara kelebihan
kita menyapu stokin ketika wuduk ialah:
Pertama, kita mudah
saja berwuduk di mana-mana ada punca air tanpa perlu bersusah payah membuka
kasut.
Kedua, kita dapat
menjimatkan masa yang selama ini diguna untuk membuka dan memakai stokin.
Ketiga, kita dapat
mengurangkan kadar kebasahan pada lantai masjid atau musolla. Masalah musolla
basah ini besar di tempat solat yang kecil seperti di pasar raya atau R&R.
Dalil daripada
sunah berkenaan menyapu kasut atau stokin.
Daripada Mughirah
bin Syu’bah, “aku bermusafir bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan.
Lalu aku ingin membuka menanggalkan khuf Baginda. Kemudian baginda bersabda:
Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku memakainya dalam keadaan kedua-duanya
suci. Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khufnya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)
Ada ulama yang
mengatakan asalkan kedua-dua kakinya bersih daripada kotoran, ada pula yang
mengatakan mesti berwuduk seperti biasa dulu sebelum memakai kasut atau stokin.
Imam an-Nawwi rahimahullah memilih wajibnya berwuduk dahulu sebelum memakai
kasut atau khuf untuk menyapunya apabila berwuduk pada waktu berkenaan. “...bahawa
tidak boleh menyapu khuf kecuali memakainya selepas menyempurnakan wudhuk.”
(Rujuk syarh sahih Muslim, jil. 3. 170)
Dalil bolehnya stokin
yang tembus air disapu sebagaimana kasut kulit tebal.
Berkata Azraq bin
Qais, “Aku melihat Anas bin Malik telah berhadas (batal wuduk). Maka
beliau telah membasuh muka dan tangannya, dan telah menyapu ke atas kedua
stokinnya (yang diperbuat) daripada
benang bulu biri-biri, lantas aku berkata, “Adakah kamu menyapu ke atas kedua-duanya?”
Anas bin Malik pun berkata, “Sesungguhnya kedua-duanya adalah khuf, tetapi
kedua-duanya daripada benang bulu biri-biri.” (Riwayat Ad-Dulabi, no.
1/181)
Tempoh masa
dibenarkan
Berdasarkan hadis
berikut. Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. menetapkan
(tempoh menyapu khuf) tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam
ketika bermukim.” (Riwayat Muslim)
Wallahu aklam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan