Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor |
DALAM sistem demokrasi, parti-parti yang tidak
bersama parti pemerintah sangat berharap dapat memecat pemimpin atau parti yang
memerintah. Perlu diingat bahawa demokrasi tidak mengutamakan dalil agama, maka
sebenarnya yang beriman sepenuhnya dengan demokrasi telah meminggirkan aturan
agama, khasnya Islam.
Bolehkah seorang pemimpin dipecat dengan apa cara
juga sebagaimana yang ditunjukkan dalam amalan demokrasi luar negara dan yang
sedang berkembang dalam negara kita Malaysia?
Saya paparkan daripada Tafsir Ibnu Katsir tentang masalah ini. Ketika
mentafsir ayat 30 surah al-baqarah mengenai kehendak Allah swt mencipta manusia
sebagai khalifah di bumi, penulis terus membicarakan hal kekhalifhan umah.
Penulis mengatakan bahawa seorang pemimpin muslim
tidak boleh dipecat brdasarkan satu hadis Nabi s.a.w. bermaksud,
“…kecuali jika kalian telah melihat kekufuran jelas, sedangkan kalian memiliki
dalil yang daripada Allah mengenai kekufuran itu.” (Riwayat Imam al-Bukhari).
Jelasnya, jika pemimpin itu masih seorang muslim
(bukan kufur) maka dilarang muslim lain memecatnya. Malah baginda Nabi s.a.w. jelas melarang
adanya orang yang menganggu kedudukan seorang pemimpin muslim dalam hadis
baginda. Maksudnya, “Sesiapa saja yang mendatangi kalian ketika semua
urusan sudah menyatu (di bawah seorang pemimpin) dengan maksud ingin
memecah-belah di antara kalian, maka bunuhlah dia, bagaimanapun keadaan orang
tersebut.” (Riwayat Imam Muslim)
Semua ini dalam dalam Tafsir Ibn Katsir jilid 1.
Tan Sri Khalid Ibrahim seorang muslim, dan dia pula
masih mahu bertugas sebagai Menteri Besar Selangor, maka tidak ada dalil agama
yang membolehkan beliau ditekan-tekan supaya meletak jawatan. Pihak-pihak yang menganggu kedudukan beliau
sebagai pemimpin di Selangor berada dalam posisi yang salah berdasarkan hadis
nabi di atas.
Dengan mengamalkan siasah cara Islam, masyarakat
aman damai dan tidak berpolemik atau bertelingkah berkenaan kepemimpinan. Sebaliknya, dengan mengamalkan demokrasi
Barat sepenuhnya, maka masyarakat sentiasa dihasut untuk membenci seseorang
yang dimuliakan Allah sebagai pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan