KAGET apabila seorang yang tersohor dalam agama
memberikan bukti ‘penentangan’ ummul mukminin Saidatina A’isyah binti Abu Bakr,
dua sahabat Nabi s.a.w. yang dijamin syurga iaitu Zubir al-Awam dan Talhah bin
Ubaidillah sebagai kewajaran umat Islam hari ini melakukan penentangan terhadap
pemerintah muslim yang ada. Umum tahu
dalam sistem demokrasi membenarkan penentangan terhadap mana-mana pihak
termasuk mengadakan demontrasi sambil menjerit-jerit di tengah khalayak.
Sangat dikesalkan apabila mereka hendak memuaskan
nafsu bertelingkah dan menjerit-jerit, maka menggunakan peristiwa Perang Jamal
sebagai dalil bahawa dalam Islam dibenarkan memberontak kepada penguasa. Apa
ertinya mereka berhujah dengan perang sesama muslim yang telah mengorbankan
sehingga 10 ribu jiwa, kalau bukan mereka juga berniat membakar emosi
masyarakat agar melakukan perlawanan semaksimum mungkin. Dalam Perang Jamal dua sahabat Nabi s.a.w.
yang dijamin syurga terbunuh, seolah-oleh cuba memberi gambaran kerja mencela,
mengejek dan menghasut masyarakat terhadap penguasa muslim dengan sebab ‘penguasa
bobrok’ sebagai jalan mulia.
Bukan sahaja mereka yang berhujah dengan Perang
Jamal telah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi s.a.w., malah turut
memperpanjangkan lidah kaum syiah dan munafik dalam merosakkan fakta sebenar
peristiwa Perang Jamal.
Mereka mengambarkan sepert isteri Nabi s.a.w.,
Talhal dan Zubair mahu ‘mengajar’ Khalifah Ali, walhal para pengulas sejarah
yang adil seperti Ibnu Taimiyah, Ibnu Hazm dan Ibnu Katsir telah memberikan
keadilan dan penjelasan yang benar.
Bahawa tujuan Saiditina A’isyah dan dua sahabat Nabi s.a.w. ke Basrah
bukan untuk berperang, melainkan untuk membentuk kesatuan umah setelah melihat
perpecahan pendapat yang seru akibat pembunuhan Khalifah Usman. Bahawa Khalifah Ali juga tidak berniat hendak
membabat semua muslim yang berada dalam kem A’isyah, malah mahu meraikan
sebagai gabungan. Tetapi kaum munafik
yang membunuh Khalifah Usmanlah yang menjadi punca tercetus pertempuran dua
pasukan muslim itu.
Penjelasan pengulas sejarah yang adil itu sangat
tepat kerana para sahabat Baginda Nabi s.a.w. merupakan golongan yang diredai
Allah. Ayat 111 surah Ali Imran menyatakan bahawa ‘kamu’ adalah umat terbaik
daripada kalangan manusia disebabkan menyuruh berbuat baik dan mencegah
kejahatan serta beriman kepada Allah.
Sangatlah tidak sopan kepada para sahabat Nabi
s.a.w. dikatakan mereka bersikap menentang Khalifah, menggambarkan demokrasi
cara kita hari ini dengan mencela dan menghina pemerintah muslim dengan dalil
para sahabat juga melakukannya. Walhal
sudah jelas Allah mengharamkan perpecahan dan peperangan antara muslim.
nice
BalasPadam