ADA pemuda dipukul hingga mati dalam masjid
disebabkan dia mencuri wang tabung masjid. Ini memang berita. Sebenarnya
sebelum ini pun sudah banyak berita pencopet dompet atau pencuri dibalasah oran
yang marah. Memang separuh mati jadinya.
Pemuda yang mati dalam masjid dibelasah oleh siapa? Sukar untuk dipercayai bahawa yang memukulnya
ialah ahli jamaah solat subuh. Orang
yang bersusah payah melawan tidur dan mengharung kesejukan pagi untuk mendapat
keredaan Allah di masjid menjadi hilang akal?
Seperti tidak mungkin.
Pemuda mati, ada empat disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan |
Apakah golongan yang kerap ke masjid atau bertitel
orang agama dianggap sebaik-baik manusia dalam masyarakat? Saya pernah beranggapan demikian. Dalam
budaya Melayu pun, orang agama berpangkat Imam, Bilal dan Ustaz merupakan
antara ikon utama selain bomoh dan Penghulu.
Hari ini dengan adanya internet dan orang boleh menyerlahkan suaranya,
terdedah juga sebagian perangai buruk yang dinamakan orang agama.
Masyarakat kita sebenarnya sangat sensitif dan
mudah tersinggung. Tersinggung ini
biasa, tetapi menjadi marah kemudian memaki-hamun, lalu memukul orang yang dibenci
memang menjadi masalah. Dalam sistem
demokrasi memang dibenarkan perbedaan pendapat dalam banyak hal. Agama ini satu, itupun tidak dapat dibebaskan
daripada mempunyai pelbagai tafsiran.
Berlapang dada?
Orang yang menyuruh pihak lain berlapang dada pun tidak tahu berlapang
dada. Ini ada beberapa contoh sikap agaresif orang agama yang lebih menyusahkan
masyarakat, sebab dia membawa imej agama tetapi perwatakannya tidak boleh
dijadikan ikutan umat.
'ustaz' yang suka memfitnah |
kalau 'ustaz' boleh mencarut? |
ayat orang agama |
mujur saya dalam internet, kalau jumpa memang saya dipukulnya |
Jadi fikirlah sendiri....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan