ADA orang sampai bosan memegang jawatan Yang
Dipertua PIBG sebuah sekolah. Tapi ada juga yang seperti kemaruk hendak jawatan
itu. Jawatan-jawatan pentadbiran dan politik, sangat digilai orang. Tengok dalam pemilihan parti politik atau
pilihan raya, punyalah banyak orang bercita-cita hendak mencapainya. Kalau menjadi Wakil Rakyat menyebabkan
dirinya semakin kehilangan harta, tidak ada siapa hendak jadi Wakil
Rakyat. Kalau menjadi ketua bahagian
dalam parti politik memaksa dia mengorbankan masa, tenaga dan harta tanpa ada
pulangan yang lumayan, tidak ada siapa yang akan bertanding merebut jawatan
itu.
foto hanya hiasan, tiada kena-mengena dengan rencana ini |
Jadi fahamlah mengapa orang mahukan jawatan. Dalam pekerjaan pun, pegawai tergila-gila
mahu pangkat yang tinggi. Pangkat tinggi maknanya gajinya lagi tinggi. Kalau pangkat
semakin tinggi, tetapi gajinya semajin rendah, sumpah tidak ada yang mahu. Jadi sekali lagi, fahamlah mengapa orang
mahukan jawatan. Cakap dengan jawatan itu mahu berkhidmat dan mengabdi kepada
masyarakat…, itu bagi sedap mulutlah. Tak kan dia nak cakap, ‘dengan jawatan
ini saya akan menjadi kaya dan berkuasa besar’. Mampus!
Nabi s.a.w. ada berpesan kepada kita bab meminta
jawatan. Selalunya, jawatan ialah pekerjaan. Pekerjaan itu ada ganjaran atau upahnya.
"Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a
bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah
jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sebab jika ia diserahkan kepadamu
kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat–bulat kepadamu. Sebaliknya
jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan
pertolongan dalam melaksanakan tugasmu. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim).
Kita agak-agak sahaja ya…
Pertama:
Jika kita meminta jawatan berkenaan, mestilah kita sudah membayangkan
upah, ganjaran atau kebaikan-kebaikan peribadi apabila menjawatnya. Dengan semua ganjaran itu, semakin mudah
kehidupan kita sekeluarga. Walau
bagaimanapun, sebagai manusia tentulah ada kelemahan atau silapnya. Sebenarnya dengan kelemahan atau kesilapan
itu, kita boleh diturunkan daripada jawatam itu. Agak-agaklah ya…, adakah kita dengan rela
hati mengakui salah atau lemah diri yang menyebabkan kita kehilangan jawatan
itu? Atau mungkin kita akan membuat
helah, ‘cover’ sana-sini, putar cakap asalkan semuanya nampak cantik. Agaknya
apa ya?
Kedua:
Jika kita tidak meminta jawatan berkenaan, dan ditawarkan pula oleh
orang lain. Kita pula memang tidak mahu
berjawatan itu walaupun sedar ada ganjaran dengan kedudukan itu. Jika kita terpaksa juga menerima jawatan itu
kemudian terjadi kesilapan besar dalam kerja itu, agak-agaklah, adakah kita
akan membuat tipu helah dan ‘cover’ sana-sini untuk menyelamatkan diri daripada
dikenakan tindakan? Ada orang kata, dia
akan rela hati melepaskan jawatan atau kalau dipecat dia akan senyum puas.
Aganya, sebab itulah baginda nabi s.a.w. bersabda
seperti di atas. Namun kebanyakan kita
memang meminta jawatan itu dan ini. Memang Tuhan akan menguji kita dalam bab ini.
Gagal atau berjaya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan