Pengikut

Isnin, November 21, 2011

BANGSA Arab jahiliah yang bertamadun


HARI ini 21 November merupakan hari pertama peperiksaan STPM 2011.  Saya teringat kembali sewaktu menduduki SPTM dahulu dan sangat meminati subjek sejarah.  Yang sejarah Islam lagi saya suka, sampai sekarang masih menjadi pentelaah sejarah Islam.

Dalam buku-buku, digambarkan bangsa Arab Jahiliah sebagai bangsa Arab yang mundur selain jahil agamanya. Maksud mundur itu diertikan sebagai kurangnya kemajuan kebendaan, pemikiran, ekonomi dan lain-lain berbanding tamadun Rom dan Parsi, zaman itu. Penulis-penulis atau sesekali penceramah agama (sebenarnya jarang ceramah agama di masjid membicarakan topik sejarah secara khusus) menyatakan hikmah Allah memilih bangsa Arab yang jahil dan mundur supaya menjadi bukti bahawa Islam merupakan  satu sistem hidup roh dan fizikal yang mesti digunakan untuk menjayakan hidup manusia.

Dalam buku sejarah di sekolah-sekolah memberitahu bermulanya zaman Arab Jahiliah ialah pecahnya empangan el-Maarib di Yaman tahun 300M.  Keruntuhan empangan itu sebagai titik mula kemunduran tamadun Arab sehingga turunnya wahyu pertama di Makkah tahun 610M.  Ini menggambarkan betapa ‘teruk’nya kehidupan bangsa Arab sebelum Islam yang difahamkan kepada anak-anak muslim dan pembaca sejarah Islam.  Benarkah begitu?

Satu sifat ayat al-Quran ialah menggunakan contoh semasa (zaman turunnya wahyu-wahyu) sebagai perbandingan supaya maksud wahyu benar-benar difahami oleh bangsa yang menerima wahyu, iaitu Arab di Makkah atau semenanjung  Hijaz.  Misalnya,  Allah membuat contoh haiwan unta sebagai bahan fikir manusia sebab wahyu turun di bumi Arab.  Biar orang Arab faham Islam dahulu dengan perumpamaan itu.  Justeru fahamlah mengapa contoh haiwan beruang khutub atau ikan salmon tidak dijadikan contoh dalam al-Qur’an.

Oleh itu, memahami sebagian ayat-ayat al-Quran sebenarnya dapat memberi gambaran budaya dan tamadun bangsa Arab jahiliah itu sendiri.

Maksud surah Ali Imran: 14 “Dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini hawa nafsu iatu perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak, emas  dan perak, kuda-kuda peliharaan, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun.  Semuanya itu kesenangan hidup di dunia dan ingatlah pada sisi Allah, ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga.”

Tersirat maksud ayat di atas ialah kekayaan, kemewahan dan pencapaian tamadun bangsa Arab yang sangat menyenangkan orang zaman itu.  Bagi Allah, semua kesenangan itu tidak abadi, dan syurga Allah adalah jauh lebih baik.

Maksud surah al-Kahfi: 32-33 “Dan berikanlah mereka itu satu perumpamaan: Dua orang lelaki, Kami adakan salah seorangnya dua bidang kebun anggur dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pokok-pokok tamar serta Kami jadikan antara kedua-duanya  jenis-jenis tanaman yang lain.  Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya dan tidak mengurangi sedikit pun daripada hasil itu dan Kami juga mengalirkan di antara kedua-dua (kebun) itu sebatang sungai.”

Tentulah tidak berguna perumpamaan seperti ayat di atas kepada bangsa Arab yang tidak mereka ketahui.  Oleh itu sangat jelas rakaman al-Quran mengenai kemajuan sektor pertanian bangsa Arab Jahiliah zaman itu.

Timbul persoalan apabila kita sering diberitahu bahawa wahyu ditulis di atas tulang haiwan, batu atau kulit haiwan.  Tidak adakah kertas pada zaman nabi sedangkan bangsa Mesir purba zaman Fir’aun (Arab juga) sudah membuat kertas daripada pokok papyrus!  Jawabnya ada kertas berdasarkan firman Allah juga.

Maksud surah al-An’am:7 “Dan kalau kami turunkan kepadamu (wahai  Muhammad) sebuah kitab yang tertulis pada kertas, lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka.”

Hal ini menggambarkan kertas merupakan bahan untuk ditulis yang biasa difahami oleh bangsa Arab.  Orang-orang Arab itu mempersoalkan mengapa wahyu hanya diucapkan oleh Nabi Muhammad, bukan dalam bentuk catatan di atas kertas. 

Satu lagi bukti kemajuan bangsa Arab itu mengenai tekstil dicatat dalam maksud surah al-A’raf:40 “Dan mereka tidak sekali-kali akan masuk ke syurga sehingga unta dapat masuk ke (melalui) lubang jarum.”

Jarum hanya untuk menjahit pakaian.  Dan jarum sudah dikenal biasa oleh masyarakat Arab zaman itu.  Ini gambaran tekstil merupakan sebagian keperluan biasa kepada manusia yang bertamadun. 

Semua kekayaan material boleh saja hasil industri tempatan atau diimport dari negara-negara luar, khasnya wilayah jiran seperti Rom dan Parsi.   Oleh itu, tidak tepatlah jika muslim diberi gambaran mundurnya tamadun material dan lemahnya mental masyarakat Arab zaman sebelum Islam, hasil membesar-besarkan akhlak jahiliah seperti perhambaan, perompakan, penindasan, rasuah dan penyembahan berhala.

1 ulasan:

  1. ini aku nak uar uar kan kat korang semua ada satu laman social terbaru www.clickchat2u.com. Laman social ni menggabungkan laman social + pengiklanan. Kiranya ala ala facebook+mudah.com la. Aku tgk laman social ni boleh pergi jauh sebab selain bersocial user boleh iklan tak kisah la jual kete ke, kasut ke, umah sew ker, jual tanah ke , jual note book ke apa apa sahaja. dan aku tgk kat fb sekarang ni pun ramai yang tag tag dan tag gambar iklan niaga. tapi kat fb kawan kawan yang kita tag je boleh tgk. kalau kat clickchat2u ni semua boleh user boleh tgk. kalau ada 10 juta user maka 10 juta la dapat tgk. clickchat ni iklan yang free. yang free ni selama 30 hari. kalau berbayar tu ada la berbagai pakej semuarh rm 7 satu iklan. memang murah aku tgk. so apalagi aku harap korang semua signup cepat-sepat dan memeriahkan clickchat2u.com ni. Alooooohaaaa

    BalasPadam