Pengikut

Ahad, Disember 20, 2009

YUSUF al-Qaradawi tokoh tajdid


BLOG ini mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan anugerah Tokoh Maal Hijrah Malaysia 1431 kepada ulama agung dunia Syeikh Yusuf al Qaradawi.  Nama besar al Qaradawi bukan asing kepada dunia Islam dan peranannya memang sentiasa diperlukan.  Ketika umah sedunia dalam keadaan tidak menentu, dunia Islam memerlukan sebanyak mungkin ulama sehebat al Qardawi.

Keadaan ini mengingat nama tokoh tajdid atau islam dahulu seperti Syeikh Jamaludin al Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh sewaktu dunia Islam dalam kebekuan dan dijajah Eropah.

Maka sebenarnya, di mana-mana umah sentiasa perlukan pengislahan atau kerja tajdid.  Bahasa budahnya ialah refresh atau segarkan.  Hanya mereka yang takut kehilangan kepentingan akan berusaha menghalang gerakan tajdid.  Tokoh antitajdid ini akan hanyut kerana kehabisan modal.  Tunggu masanya...

Rencana khas mengenai tokoh tajdid ini dalam blog Dr Maza.
http://drmaza.com/home/?p=885

Tiada ulasan:

Catat Ulasan