BELASUNGKAWA kerna kewafatan seorang kiyai pesantren di Panchang Bedena Sungai Besar Selangor, Kiyai Haji Ihsan b Imam. Beliau adalah guru tafsir al-Quran di masjid kampung saya pada setiap malam Selasa selepas Maghrib selama 27 tahun. Tahun lepas tamatlah pengajian tafsirnya untuk semua 30 juzuk al-Quran. Namun bukan semuanya dapat saya kutip, kerna sejak tahun 1985 saya mula merantau.
Pabila pulang, saya akan menghadiri kuliahnya. Waktu anak sulung saya usia setahun, semasa ziarah hari raya ke rumahnya anak saya yang nelitis masuk ke dalam talam yang ada kuih muih. Sampai hari raya tahun lepas, beliau akan bertanyakan kepada ayah saya cucunya yang masuk talam! Sekarang anak saya sudah 17 tahun!
Bapak Kiyai Haji Ishan seorang mendirikan pesantren di desanya bermula tahun 1985. Takdir Tuhan, dia sajalah yang menjadi gurunya, dan dengan kewafatannya orang pada bertanya, 'siapa pengganti pak kiyai ini?'
Catatan saya berkenaan tafsirnya ada di sini
http://suparjo.blogspot.com/2008/06/tafsir-al-quran-27-tahun.htmlMoga Allah merahmati rohnya.
InnaLIllah wa Inna Ilaihi raji3un,,,semoga beliau ditempatkan bersama para solehin insyaallah. Didoakan juga semoga penggantinya ialah ustaz suparjo yang punya muka iras2 Prof Hamka...syakarallahu lak ustaz suparjo.
BalasPadam