DAHULU sewaktu di Tingkatan Enam saya berdebat dengan guru saya bahawa orang Melayu malas. Hujahan saya disanggah oleh guru saya. Selepas itu saya membaca buku 'Mitos Pribumi Malas' oleh Prof Syed Hussein Alattas. Sekarang saya sudah lama bekerja, bertukar daripada organisasi sepenuhnya Melayu kemudian organaisasi yang dikuasai orang Cina. Hari ini saya kembali dalam organisasi Melayu lagi. Mahu tidak mahu pemikiran saya sedang membuat pengukuran.
Pegawai-pegawai senior saya sekalipun Melayu tampak tidak silu juga mengatakan orang Melayu memang mempunyai masalah kemantapan. Ada saja yang longgar dalam minda dan pergerakannya. Dalam forum di al-Fikrah net juga ada penyokong bahawa orang Melayu seakan hilang kewibawaan. Yalah, tentu kerna dibandingkan dengan kumpulan lain.
Setakat ini pemikiran saya ialah masalah ketiadaan pemimpin yang berkaliber dalam organisasi Melayu menyebabkan ada ruang kelembapan. Memang bukan semua sempurna, namun jika yang tidak sempurna itu sudah dikongsi bersama bertahun-tahun dan digalas dalam hidup, maka jadilah satu budaya yang sukar pula diatasi.
Masalah utama ialah apabila pemikiran yang menerima budaya salah itu sebagai sah. Bertambah masalah pula apabila budaya yang salah dan dikatakan sah itu sudah menginstitusi dan diterima pakai dalam pekerjaan. Bayangkan apabila semua orang dalam organisasi telah setuju bekerja ala kadar itu satu yang sah dan sebaik-baik pekerjaan!
Apabila didatangkan satu pemimpin yang dikatakan berkaliber, akan berlaku dua kemungkinan: Pertama, sang pemimpin akan berjaya mengubah budaya bersahaja bangsanya sekalipun menempuh jalan panjang. Atau yang kedua, sang pemimpin akan menjadi sabagian lagi jentera yang diserap dalam budaya lemah ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan