Pengikut

Isnin, Mei 05, 2014

MAKAN gaji buta ketika kawan-kawan bekerja keras

MATA saya sakit, bukan berpunca daripada jangkitan yang dibawa insan lain. Puncanya kemasukan serpihan tumbuhan yang menyebabkan mata kanan serta merta pedih. Terkena masalah ini pada Ahad sore, dan dapat bertahan untuk bekerja pada hari Senin. Sorenya saya cuba mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan kerajaan sebuah desa. Saya datang awal, dua minit sebelum jam 2 sore. Piagam pelanggannya, perkhidmatan di buka jam 2.00 selepas istirahat tengah hari.  Jam 2.03 kinik dibuka dan saya mendaftar, diberi nombor pertama. Tidak ada pelanggan lain, kecuali saya. Setelah menunggu sehingga jam 2.27 sore saya masih tidak dipanggil untuk mendapatkan rawatan.  Saya faham pegawai perubatan  tidak ada, atau belum tiba! Maka saya keluar, pergi ke pekan Sabak Bernam. Klinik di pekan Sabak penuh, terpaksalah saya ke klinik swasta!

kaunter JPL di HTAJ Sabak Bernam
Hari Jumaat 2 Mei saya ke HTAJ sebagai pesakit luar, seawal pagi. Jam 7.45 saya masuk sudah ada banyak orang berdiri untuk mendaftar di kaunter. Belum pun jam 8.00, kakitangan sudah bekerja.  Begitulah pengamatan saya beberapa waktu sebelum ini. Terfikir kembali pengalaman di klinik sebuah desa, sudahlah membuka operasi lewat 3 minit, pegawai perubatan masih tidak ada setelah setengah jam janji operasi.  Kalau ditanyakan pak ustaz, mesti kena basuh: Makan gaji butakah?

Hari Senin 5 Mei saya kembali ke HTAJ bahagian Pesakit Luar, seawall pagi jam 7.30 sudah tiba.  Beberapa orang pesakit sudah menunggu pintu dibuka. Jam 7.30 pagi pintu dibuka dan orang meluru ke meja pendaftaran. Jam 7.40 pendaftara dibuka dan tepat jam 8.00 panggilan terhadap pesakit ke bilik rawatan! 

Di farmasi saya kaget. Banyaknya orang sedangkan saya mendapat nombor 0006. Sekitar 15 orang lelaki merupakan pelanggan rawatan methadone.  Duduk sambil menunggu pemberian ubat, jelaslah penagih dadah silih berganti masuk ke bilik Rawatan Methadone untuk mendapatkan ‘minuman’ pagi percuma. Kerajaan memberikan methadone setiap hari kepada penagih dadah heroin sebagai ganti ketagihan dadah berkenaan.

Sesi yang saya perhatikan, semua penerima rawatan methadone adalah lelaki antara umur 20 hingga 50 tahun, dan semua Melayu! Sesama mereka, sangat akrab dengan saling bercerita dan ketawa.  Ini menggambarkan kekerapan mereka bertemu, bukan saja di kaunter rawatan malah tentunya di luar sana.

menunggu rawatan mathadone


Mesej yang saya mahu  kongsikan ialah, ada pihak yang mengambil kesempatan mencuaikan kerja kerana bertugas di luar kawasan sesak sedangkan rakan-rakan mereka di hospital begitu bersungguh-sungguh menjaga etika kerja yang djanjikan.  Keduanya, kebanyakan penagih dadah adalah kaum Melayu, dan mereka masih muda. Tak perlu susah mencari sebab mereka menagih dadah, rokok. Murid-murid sekolah rendah pun sudah merokok dan masyarakat membiarkan saja disebabkan merokok menjadi budaya masyarakat kelas rendah.  Kelak anak-anak yang merokok akan keciciran dalam pelajaran, dan terjebak pula dengan dadah. Sudah terlambatlah untuk menasihati mereka. Namun masyarakat sekarang takut pula membenci rokok dan perbuatan merokok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan