KEPADA yang
berpegang prinsip ‘boleh melakukan bentuk ibadah baru disebabkan baik dan tujuannya pun baik’ di bawah ada hadis
sebagai panduan bagaimana para Sahabat Rasulullah s.a.w. bertindak demi menjaga
ketulenan agama yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.
hanya hiasan |
Menurut Abu Salamah: (maksudnya) Kami sedang
duduk di hadapan pintu rumah Abdullah bin Mas’ud sebelum solat Subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan
bersamanya ke masjid.
Kemudian datang kepada kami Abu Musa al-Asy’ari lalu bertanya, “Adakah
Abu Abdul Rahman (gelaran kepada Abdullah bin Mas’ud) telah keluar.”
Kami
menjawab, “tidak.”
Maka
dia pun duduk bersama kami sehingga Abdullah bin Mas’ud keluar.
Apabila dia (Abdullah bin Mas’ud) keluar, kami semua bangun menuju
kepadanya. Abu Musa al-Asy’ari bertanya kepadanya, “Wahai Abu Abdul Rahman, aku
telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku
menganggapnya, alhamdulullah, melainkan
baik.”
Dia
(Abdullah bin Mas’ud) bertanya, “apakah perkara tersebut?”
Kata
Abu Musa al-Asy’ari, “jika panjang umurmu, engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak duduk dalam satu
halaqah (bulatan) menunggu waktu solat.
Setiap halaqah diketuai seorang lelaki, di tangan mereka ada anak-anak
batu. Apabila lelaki itu berkata ‘bertakbir
(Allahu akbar) 100 kali’ maka mereka pun bertakbir 100 kali. Apabila dia berkata ‘bertahlil’ (Laa ilaha
illallaah) 100 kali’ maka mereka pun bertahlil 100 kali. Apabila dia berkata ‘bertasbih (Subhanallah)
100 kali’ maka mereka pun bertasbih 100 kali.”
Abdullah bin Mas’ud bertanya, “Apa yang engkau katakana kepada mereka?”
Jawab
Abu Musa al-Asy’ari, “Aku tidak berkata kepada mereka apa-apa kerna menunggu
pandangan dan perintahmu.”
Maka
kata Abdullah bin Mas’ud, “mengapa engkau tidak perintahkan mereka menghitung
dosa dan engkau memberi jaminan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit
pun.”
Kemudian beliau (Abdullah bin Mas’ud) berjalan dan kami pun berjalan
bersamanya. Kami bergerak sehingga tiba di salah satu halaqah berkenaan. Lantas Abdullah bin Mas’ud berkata, “Apa yang
sedang kamu lakukan?”
Mereka (dalam halaqah itu) menjawab, “Wahai Abu Abdul Rahman, anak-anak
batu ini kami gunakan untuk menghitung takbir, tahlil dan tasbih.”
Abdullah bin Mas’ud menjawab, “hitunglah dosa-dosa kamu, aku menjamin
pahala-pahala kamu tidak akan hilang sedikit pun. Celaki kamu wahai umat Muhammad, alangkah
cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai (yang hidup), baju baginda
pun belum lusuh dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi
pecah. Demi Allah, apakah kamu berada di
atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad atau sebenarnya
kamu semua pembuka pintu kesesatan?”
Mereka
menjawab, “Demi Allah wahai Abu Abdul Rahman, kami hanya bertujuan baik.”
Abdullah bin Mas’ud menjawab, “Betapa banyak yang bertujuan baik, tetapi
tidak menepatinya.”
(Hadis Riwayat Al-Darimi)
Pengajaran kisah pada zaman para Sahabat ialah
tidak dibenarkan membuat cara menghitung zikir dengan mengira anak-anak batu,
walhal Rasulullah telah mengajarkan menghitung dengan jari-jemari. Cara
menghitung zikirnya dengan menggunakan anak-anak batu telah ditegur dengan
keras oleh Abdullah bin Mas’ud.
Sebagian antara kita mungkin berfikir, ‘aduhai…,
itu hanya cara menghitung zikir.’ Namun
begitulah para Sahabat menjaga ketulenan agama yang dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. Kalaulah tidak kerna
ketegasan-ketegasan sebagaimana Abdullah bin Mas’ud, tentulah merebak pembuat
amalan agama hanya bersandarkan ‘amalan baik dan tujuannya baik’.
Di manakah kedudukan kita hari ini: Seperti
Abdullah bin Mas’ud yang menjaga sunah nabi iaitu ketulenan agama atau seperti
mereka yang ditegur oleh Abdullah bin Mas’ud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan