APABILA mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ini menjadi isu besar negara atau isu nasional. Sampai-sampai Perdana Menteri turut kaget terhadap apa yang berlaku. Mungkin penahanan ini menyusahkan usaha
Kata yang punya badan sendiri, JAIS memang menyasar untuk menangkap dirinya. Sebanyak 35 orang pegawai JAIS yang dibantu 20 anggota polis untuk mengangkap Dr Mohd Asri.
Seorang mantan Yang Dipertua Yadim sendiri keciwa dengan tindakan terhadap Dr Mohd Asri dan percaya apa yang berlaku merupakan satu konspirasi terancang. Katanya, kaitan tawaran PM terhadap jawatan tertinggi di Yadim kepada Pensyarah USM ini yang disusuli oleh memorandum bantahan terhadap DYMM Yang Dipertuan Agong. Maka kerja menangkap calon Yang Dipertua Yadim ini salah satu usaha menggagalkan hasrat PM!
Seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda parti politik sama mempersoalkan tindakan JAIS. Tanya mereka berdua: Ilmuan seperti itu pun perlu tauliah untuk mengajar agama?
Apa pun, semua ini menggambarkan citra Dr Mohd Asri anak kampung dari Bukit Mertajam yang sentiasa disorot oleh banyak pihak. Kalau minda Dr Mohd Asri sekadar hendak menyebut soal sunah dan bid’ah, dia sudah lama menjadi beku tidak diperdulikan oleh masyarakat. Mindanya yang melebar dalam pelbagai perkara, menyentuh hal-hal besar negara menjadikan dirinya sebagian daripada khazanah negara.
Selama ini banyak pihak hanya mendengar seruan kembali kepada ajaran alquran dan sunah, tetapi tidak dapat memahami bagaimana prinsip Islam itu mahu diterjemahkan dalam dunia moden. Orang kerap bercakap mengenai ajaran wahyu dan sunah sebagai panduan hidup, tetapi masih buntu mencari huraian yang diperlukan.
Sejak menjawat Mufti di Perlis, Dr Mohd Asri mula melontarkan gagasan pemikirannya dalam rangka membawa masyarakat Islam dan bukan Islam melihat, memahami dan menerima Islam dengan penuh kesedaran dan keterbukaan. Nah, bagai satu gelombang baru, bagai suara pembaharuan yang dinanti-nantikan.
Segala kegemparan yang berlaku kini merupakan akibat nuansa masyarakat yang sudah menerima manhaj pemikiran alquran dan sunah Dr Mohd Asri. Dalam diam pengaruhnya melebar terhadap ahli politik, artis, budayawan, masyarakat bukan Islam dan lain-lain. Maka patutlah PM melihat tokoh ini mahu diberi amanah lebih penting.
Adatlah, banyak pula yang dengki kerana terasa kalah, akan hilang sokongan dan hormat atau pendapat agamanya akan dilupakan orang. Yang selama ini berasa panas dengan pemikiran manhaj Dr Mohd Asri sedang bertepuk tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan