WAJIB ambil banyak iktibar apabila seorang pensyarah universiti menyaman seorang blogger atas isu tuduhan 'wahabi dan kesesatan'. Memang seronok menulis dalam internet kerana tiada penapis, dan penulis boleh menyamar dengan banyak cara. Sekali imbas susah hendak dikenalpasti penulisnya, tetapi kan Allah maha kuasa.
Kes saman ini hanya sebagian kecil plot kerja tidak senonoh oleh mereka yang bergerak atas nama agama. Saya pun tidak terkecuali daripada dituduh wahabi. Ada penulis yang memang saya kenal tetapi dia tidak menzahirkan dirinya juga telah menuduh saya kafir! Senangkan kerja menulis dalam internet ini. Hanya orang yang berasa besar dan ego saja akan membuat kerja ini.
Saya turunkan satu emel yang pernah diterima daripada orang yang merasa besar dan ego. Dia mungkin dipanggil ustaz oleh orang di kampungnya kerana menunjukkan watak orang agama. Namun sedikit dialog hal akidah melalui emel dengan saya, susah hendak dipercaya itu watak orang yang dipanggil ustaz. Nama besar seperti Ustaz Nasaruddin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat), TG Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dan TG Nik Abdul Aziz (Mursyidul Am Pas) bagai nama budak-budak tadika saja baginya. Dan mudah saja dia menuduh orang sesat. Jaga-jaga, mungkin selepas ini dia pula akan terima writ saman
PakawiI PakawiILIN ahbhma@yahoo.comwrote:

PakawiI PakawiILIN ahbhma@yahoo.com
Macam ni la ustaz mubin siraj oi..........
Dalam banyak-banyak artikel email awak yang hantar kat saya ni. ini je yang saya sudi sahut seruan untuk cari natijahnya. Yang lain-lain tu ustaz tilik dan nilai semula la baik2...........Ajak la Asri(muftari perlis) ke rasul dahri ke atau sapa2 ulamak wahabi yang sesat tu untuk muzakarah.sebab ustaz kata ustaz mcm ikan bilis je kan??Tapi saya tak nak cakap je...sebab setahu saya la geng2 wahabi ni takut nak muzakarah......Saya cabar ustaz aturkan secara tertutup atau terbuka??
Percaya lah ustaz...... geng2 ni takut nak muzakarah sebab tak ada hujjah.Ustaz je kata mereka ni ada hujjah yg benar, tapi mereka ni pakar dalam berbelit dengan hujah yang tak ada nas...nanti buat malu ustaz je kalau dia org ni takut nak muzakarah ilmu.baik ustaz ikut aqidah ahlissunnah waljamaah yg bermanhajkan asyairah dan maturidiyyah yg sebenar dengan mempelajari ilmu agama dari ulamak yang thiqah....betul ustaz...............
Kalau nak juga, sebut kan tarikh, masa dan tempatnya........Saya rasa la ustaz ni ikhlas nak cari kebenaran.tapi tersilap langkah kebenaran yang nak dicari......tak pe ustaz teruskan cari cahaya dan kebenaran tu, saya puji usaha ustaz ni.....................
Sapa Nasarudin, hadi awang dan nik aziz tu???? Mereka tu ulamak wahabi ke atau ulamak ASWJ yang ikut manhaj Asyairah dan Maturidiyyah ke?Dah lah ustaz....aturkan muzakarah atau debat yg ustaz cadangkan itu,,,,,,,,,,
SAYA TUNGGU..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan