WACANA ini juga merupakan pemahaman saya terhadap
sunah yang terkini berkenaan hukum
mendirikan jamaah shalat kedua dalam sebuah masjid. Dahulunya saya mengikuti
pendapat bahawa dibenarkan mendirikan shalat jamaah kedua atau kali keberapa
pun dalam sebuah masjid. Setelah
mengikuti pengajian yang disumberkan oleh ahli hadis Syaikh Al-Albani yang
meneliti hadis dan kitab karangan Imam besar Asy-Syafie, maka saya mengikuti
hujahan Al-Albani dan Imam Asy-Syafie.
Kata ulama berkenaan, bahawa sepanjang hayat
baginda Nabi s.a.w. melaksanakan shalat berjamaah di masjid bersama para
sahabatnya. Telah ada bukti-bukti bahawa
ada para sahabat yang tertinggal shalat
berjamaah bersama baginda Nabi s.a.w.
Telah dikhabarkan, apabila ada
antara sahabat Nabi s.a.w. itu ketinggalan shalat berjamaah, mereka tidak
berpakat bersama –sama untuk melantik salah seorang daripada mereka lalu
mendirikan satu jamaah shalat baru. Para sahabat yang ketinggalan jamaah shalat
yang awal tadi, melakukan shalat fardu sendiri-sendiri. Tindakan ini tentulah hasil tarbiyah baginda
Nabi s.a.w. (Moral ceritanya, kita tidak dibenarkan membentuk kumpulan kedua
atau seterusnya yang berketuakan orang lain).
Al-Albani juga mencuplik riwayat Imam
Ath-Thabari dalam kitabnya Mu’jam
Al-Kabir berkenaan sahabat Nabi s.a.w., Ibnu Mas’ud yang bersama dua
temannya ke masjid untuk shalat berjamaah.Namun apabila sampai ke masjid mereka
mendapati jamaah shalat telah habis, lalu mereka pulang ke rumah dan mendirikan
shalat fardu berjamaah di sana.
Difahami, Ibnu Mas’ud masih memilih untuk shalat berjamaah di tempat
lain (selain masjid asal) demi mendapatkan fadilat shalat berjamaah, ketimbang
jika beliau dan dua temannya shalat sendiri-sendiri dalam masjid berkenaan tadi.
Kata Imam
Asy-Syafie dalam kitab Al-Umm
pula, “Apabila ada beberapa orang masuk
masjid, lantas mendapati imam telah selesai shalat (jama’ah) lakukanlah shalat
sendiri-sendiri. Bila mereka melakukan shalat berjama’ah sendiri (lagi), tentu boleh
saja. Tapi, aku tidak menyukai semacam itu, karena hal itu bukan merupakan amalan salaf”
“Adapun masjid yang ada di pinggir jalan (yang disediakan untuk para musafir) yang tidak punya imam dan muadzdzin tetap, maka melakukan (shalat) jama’ah berulang kali di dalam masjid tersebut tidak apa-apa”.
“Aku telah hafal (beberapa riwayat), sesungguhnya ada sekelompok shahabat Nabi s.a.w. ketinggalan shalat berjama’ah. Lantas mereka pun shalat sendiri-sendiri. Padahal mereka mampu mendirikan shalat jama’ah lagi. Tapi, hal itu tidak dilakukannya, karena mereka tidak suka di satu masjid diadakan (shalat) jama’ah dua kali.”
Ada hadis yang Nabi s.a.w. mengancam mahu membakar
rumah orang yang tidak shalat di masjid, “(Artinya): Aku memiliki kehendak untuk
menyuruh seseorang menjadi imam shalat (di masjid), kemudian aku menyuruh
beberapa lelaki untuk mengambil (mengumpulkan) kayu bakar dan aku keluar menuju
ke rumah orang-orang yang tidak mengikuti shalat berjamaah di masjid. Maka, aku
bakar rumahnya. Demi Zat yang jiwa Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam berada
di tangan-Nya, andaikata orang-orang ku mengetahui bahwa di dalam masjid itu
akan ditemukan dua benda yang sangat berharga pasti mereka akan menyaksikannya
pula” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kata Syaikh Al-Albani, jika dibenarnya wujudnya
jamaah shalat kedua dan seterusnya, tentu nanti orang yang diancam akan dibakar
rumahnya memberitahu bahawa dia akan hadir jamaah yang kedua atau seterusnya.
Dan tidak bergunalah ancaman Nabi terhadap mereka yang tidak shalat jamaah di
masjid.
Demikian saya nukikan kembali. Wallahu ‘aklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan