hanya hiasan |
SEBAHAGIAN orang suka mengambil kata-kata Khalifah
Umar al-Kattab iaitu, “Ini sebaik-baik
bid’ah.” Hal ini merujuk pada
tindakan Khalifah Umar mengumpulkan banyak orang shalat malam pada bulan
Ramadan, berimamkan seorang sahaja.
Maksudnya, orang yang sukakan bid’ah mengatakan Khalifah Umar pun
membuat bid’ah, maka tidak salah apa-apa jika orang jaman-jaman seterusnya berbuat bid’ah
sebab yang dilakukan amat baik.
Penulis mencuplik kisahnya. Seorang sahabat, Abdurrahman bin
Abdul Qariy berkata : “Suatu malam di bulan Ramadhan, aku keluar bersama Khalifah
Umar bin Al-Khattab menunju masjid. Ternyata kami dapati manusia
berpencar-pencar di sana-sini. Ada yang shalat sendirian, ada juga yang shalat
mengimami beberapa orang. Beliau (Umar)
berkomentar: “(Demi Allah), seandainya aku kumpulkan orang-orang itu untuk
shalat bermakmum kepada satu imam, tentu lebih baik lagi”. Kemudian beliau
melaksanakan tekadnya, beliau mengumpulkan mereka untuk shalat bermakmum kepada
Ubay bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhu. Abdurrahman melanjutkan: “Pada malam yang lain,
aku kembali keluar bersama beliau, ternyata orang-orang sudah sedang shalat
bermakmum kepada salah seorang qari mereka. Beliaupun berkomentar, “Ini sebaik-baik bid’ah, namun mereka
yang tidur dahulu (sebelum shalat) lebih utama dari mereka yang shalat
sekarang.” Yang Khalifah Umar maksudkan iaitu mereka yang shalat pada akhir
waktu malam. Sedangkan orang-orang tadi shalat di awal waktu malam”
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha (I :
136-137), demikian juga Al-Bukhari (IV : 203), Al-Firyabi (II : 73, 74 : 1-2).
Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Syaibah (II : 91 : 1) dengan lafazh yang mirip,
namun tanpa ucapan beliau : “sebaik-baiknya bid’ah, ya yang seperti ini”.
Demikian juga Ibnu Sa’ad (V : 42) dan Al-Firyabi dari jalur lain (74 : 2) meriwayatkannya
dengan lafazh : “kalau yang seperti ini dianggap bid’ah, maka sungguh satu
bid’ah yang amat baik sekali”. Para perawinya terpercaya, kecuali Naufal bin
Iyyas. Imam Al-Hafizh mengomentarinya dalam “At-Taqrib” ; “Bisa diterima”,
maksudnya apabila diiringi hadits penguat, kalau tidak, maka tergolong hadits
yang agak lemah. Begitu penjelasan beliau dalam mukaddimah buku tersebut.
Khalifah Umar bukan mereka-reka sendiri perbuatan
mengumpul orang shalat malam dalam satu jamaah berimamkan seorang qari. Sungguh sahabat yang mulia hanya menuruti
sahaja apa yang pernah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah s.a.w. Perhatikan apa yang diceritakan oleh Isteri
Rasulullah.
Daripada A’isyah r.a., dia berkata, “Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu malam keluar di tengah malam untuk
melaksanakan shalat di masjid, orang-orang kemudian mengikuti beliau dan shalat
di belakangnya. Pada waktu paginya orang-orang membicarakan kejadian tersebut.
Kemudian pada malam berikutnya orang-orang yang berkumpul bertambah banyak lalu
ikut shalat dengan beliau. Dan pada waktu paginya orang-orang kembali
membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam yang ketiga orang-orang
yang hadir di masjid semakin bertambah banyak lagi, lalu Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam keluar untuk shalat dan mereka shalat bersama beliau.
Kemudian pada malam yang keempat, masjid sudah penuh dengan jama’ah hingga
akhirnya beliau keluar hanya untuk shalat Shubuh. Setelah beliau selesai shalat
Fajar, beliau menghadap kepada orang banyak membaca syahadat lalu bersabda:
“Amma ba’du, sesungguhnya aku bukannya tidak tahu keberadaan kalian (semalam).
Akan tetapi aku takut shalat tersebut akan diwajibkan atas kalian, sementara
kalian tidak mampu.” (HR al-Bukhari no. 924 dan Muslim no. 761)
Kan jelas Khalifah Umar hanya membina semula apa
yang telah dibina oleh Rasulullah, dan kemudian dihentikan atas sebab yang
disebut oleh Rasulullah juga. Apabila
Rasulullah sudah wafat, tidak ada lagi wahyu turun, maka Khalifah Umar
membangunkan semula shalat malam berjamaah pada bulan Ramadan. Apakah ini masih dikata Khalifah membikin
tatacara ibadah sendiri?
Jika Khalifah mahu membikin shalat berjamaah yang
tidak ditunjuk oleh Rasulullah, banyak lagi shalat sunat yang dilakukan oleh
manusia pada jamannya secara terpencar-pencar (malah sehingga hari ini).
Khalifah Umar kekal membiarkan orang shalat tahiyatal masjid secara
terpencar-pencar. Begitu juga shalat
sunat rawatib. Bukankah bisa saja Khalifah Umar mengumpulkan manusia buat
shalat rawatib berjamaah dan mengatakan ‘Ini adalah sebaik-baik bid’ah.’ Nyatanya, bukan saja Khalifah Umar tidak
melakukannya, malah tidak ada seorang pada jaman salaf atau ulama jaman
sesudahnya berani mengumpulkan orang buat shalat tahiyatal masjid secara
berjamaah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan