PAHALA merupakan hadiah atau ganjaran kerna
melakukan amal ibadah kepada Allah. Pahala, sama seperti dosa (hukuman) di sisi
Allah merupakan perkara ghaib, yang manusia tidak tahu apa-apa kecuali
dikhabarkan oleh Allah atau melalui lisan rasul-Nya. Umumnya Allah memberikan
pahala sebagai hadiah. Allah dan
rasulnya memberi gambaran sebanyak mana pahala itu dan bagaimana pahala itu
juga bisa hilang setelah awalnya dihadiahkan oleh Allah.
Bukit Uhud di Madinah |
Oleh kerna manusia menetap di muka bumi maka
gambaran banyak atau sedikit atau hilangnya juga dicontohkan melalui apa yang
ada di bumi. Oleh itu mudahlah manusia
memahami kuantiti pahala yang disandarkan dengan keperluan manusia. Mislanya pahala menziarahi jenazah atau
mensolati hingga selesai penguburannya.
Daripada Abu
Hurairah r.a. katanya:
"Rasulullah SAW bersabda
(maksudnya): ‘Barangsiapa menziarah jenazah orang Muslim kerana iman
dan ikhlas serta turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan
pengkebumiannya sampai selesai, maka
orang itu pulang membawa pahala dua qirat (satu qirat kira-kira
sebesar Bukit Uhud). Dan siapa yang hanya mengikuti solat jenazah sahaja
kemudian dia pulang sebelum pengkebumian maka orang itu pulang membawa pahala
satu qirat."
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)
Diriwayatkan hadis daripada Qatadah, daripada Zurarah b Aufa , hadith daripada Said b Hisyam, hadith daripada A’isyah hadith daripada Nabi s.a.w yang bersabda: “Rak’atal fajri khairun
minad-dunya wa-ma fiha.’ (bermaksud): Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (Subuh) itu lebih
baik daripada dunia dan seisinya.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Orang menyebut gunung atau bukit Uhud, suatu yang
besar. Tentu manusia sangat mahu memiliki barang berharga sebesar gunung. Begitu juga motivasi kepada orang yang shaat
dua rakaat (sunat) sebelum shalat fardu Subuh.
Ganjarannya melebihi satu planet bumi dan segala kekayaan yang ada pada bumi!
Raja yang berkuasa dalam negeri dan punya hasil minyak pun sudah sangat mewah,
inikan pula satu bumi dia miliki. Itu di
akhirat kelak dia mendapatnya. Jadi orang beriman berlumba-lumba meraih kekayaan
di akhirat dengan shalat sunat itu.
Namun jangan dilupa Allah itu Maha Adil. Jika kita melanggar syarat-syarat
pemilikan hadiah itu, Allah akan mengambilnya semula. Kosonglah kantong pahala yang selama ini
tersimpan rapi. Allah sahaja yang tahu
kecuali kita hanya diberi gambaran pasal batu, debu dan air hujan. Gambaran di sisi kehidupan yang mudah
dipahami orang biasa.
Surah al-Baqarah ayat 264 (bermaksud), “Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu merusak sedekahmu dengan menyebut dan
menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerna
riya’ (pamer) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Perumpamaannya (orang itu)
seperti batu yang licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa
hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh suatu apa pun
daripada apa yang dikerjakan. Dan Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
Allahu ‘aklam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan