Pengikut

Khamis, Januari 26, 2017

PEGAWAI agama hina sunah Nabi?

JIKA orang yang pendidikannya terhad dan kehidupannya dalam lingkungan bukan ahli agama, lalu dia menyindir dan mencela orang yang mengamalkan sunah Nabi s.a.w., mudah difahami. Namun jika orang punya ijazah agama berjawatan pegawai penting dalam institusi agama tertinggi kerajaan negeri menghina sunah Nabi s.a.w., ada dua kemungkinan. Pertama, dia jahil namun berjaya berjawatan tinggi disebabkan faktor luar. Kedua, dia tahu agama tetapi sengaja membenci sunah dan suka orang lain bersamanya membenci sunah.

Telah berlaku, seorang berjawatan tinggi dalam institusi agama memcela dan kesal orang yang berwuduk menuruti cara wudhuknya Nabi s.a.w. Dia sesal ada orang berwudhuk pada bagian mengusapkan air di kepala, orang berkenaan mengusapkan air di kepala dengan tangan dan terus ke telinga sekali saja.
Hadis berwudhuk dalam Bulughul Maram
Walhal, hadis sahih al-Bukhari dan Muslim sudah masyhur termasuk dalam kitab Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asyqalani.

Menghina sunah Nabi s.a.w. bukan remeh temeh, mengikuti sunah Nabi s.a.w. itu fardhu sebagai petunjuk ibadah. Apakah sikap orang beragama apabila orang berkata, "...seperti tidak ada kerja lain dalam hidup, asyik berulang-alik antara rumah dan masjid (maksudnya shalat berjamaah di masjid)."

Sunah merupakan jalan beragama, maka siapa yang menghina sunah tentulah dia pembenci sunah.

Harap orang berkenaan bertaubat dan kembali ke jalan as-Sunnah Nabi s.a.w.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan