DALAM Rahiq al-Makhtum (Sirah Nabawiyyah) banyak
diceritakan tentang pengkhianatan kaum munafik di Madinah terhadap Nabi s.a.w.
dan kaum muslimin, namun Nabi s.a.w. melarang para sahabatnya melakukan tindak
kekerasan seperti membunuhnya. Surah
At-Taubah seolah-olah perisytiharan perang terhadap kaum ‘talam dua muka’ itu.
hanya hiasan |
Allah mengharamkan Nabi s.a.w. dan kaum muslimin
mensolati jenazah kaum munafik! Ayat 84
surah At-Taubah bermaksud: Dan janganlah engkau (Muhammad) melaksanakan
solat untuk seseorang yang mati Antara mereka (orang-orangmunafik),
selama-lamanya dan janganlah engkau berdiri (mendoakan) di atas kuburnya.
Sesunguhnya mereka ingkar kepada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam
keadaan fasik.
Jika golongan munafik ialah pihak yang berpura-pura
dalam Islam, sebaliknya golongan khawarij merupakan golongan yang sangat hebat
dalam amal ibadahnya. Sekalipun mereka
tidak berada di sisi Nabi s.a.w. dan para sahabatnya, namun mereka adalah ahli
ibadah yang tidak ada bandingannya. Berbeda dengan kaum munafik yang menjadi
kafir apabila di belakang Nabi dan orang beriman.
Khawarij merupakan golongan yang mendakwa paling
patuh terhadap perintah Allah dan pihak selainnya dianggap sebagai tidak
sempurna keislamannya. Kerana mereka
begitu kuat melakukan amal ibadah, ada sebagian mereka menganggap Nabi s.a.w.
tidaklah sehebat keimanan mereka.
Sewaktu Nabi s.a.w. membuat pembahagian harga
rampasan Perang Hunain, terserlah sikap mendabik dadanya mereka terhadap
seorang Nabi yang dimuliakan Allah. Jika
kaum ‘khawarij’ mencela antara sahabat Nabi, mungkin boleh diterima akal sebab
yang mencela juga sama-sama di sisi Nabi, namun kali ini mereka mendakwa
seorang Nabi Allah melakukan kemungkaran!
‘Si Khawarij’ mencela Rasulullah dengan kata hina!
Dia meminta Rasulullah berlaku adil, sehingga kelihatan kemarahan pada wajab
Baginda Nabi s.a.w. Maka Nabi berkata,
(maksudnya):
“Celakalah
engkau, siapa lagi yang dapat berlaku adil jika aku dikatakan tidak adil?
Benar-benar celaka dan rugi jika aku tidak dapat berlaku adil.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari, 11/442, no. 3341)
Kemudian orang
tersebut pun berlalu pergi. Dalam riwayat yang lain setelah orang ini pergi,
Rasulullah pun bersabda (kepada para sahabatnya yang hadir ketika itu):
“Sesungguhnya
daripada orang ini akan muncul sekumpulan manusia yang hebat membaca al-Qur’an
tetapi bacaannya tidak melepasi kerongkongan. Mereka terlepas dari batas-batas
Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya (buruannya). Mereka membunuh
ahlul Islam dan membiarkan hidup ahlul Autsan (penyembah berhala). Jika aku
sempat menemui mereka, nescaya akan aku perangi (bunuh) mereka sebagaimana
dibunuhnya kaum ‘Aad.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/441, no. 6880)
Nabi menyebut golongan berkenaan sangat hebat
membaca al-Quran. Mereka akhirnya menjadi pencela pemerintah muslim dan
melakukan kritikan terbuka. Di tangan merekalah benih-benih pemberontahan
berkembang subur. Pada zaman Hassan bin
Ali bin Abi Thalib, beliau telah membunuh seorang ‘khawarij’ bernama Al-Jarrah
bin Sinan kerana sikapnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan