KETIKA orang-orang Tionghua akan menyambut tahun baru mereka, ada debat dalam kalangan muslim sama ada melibatkan diri dalam Tahun Baru Cina itu merosakkan akidah muslim atau tidak. Sewaktu saya remaja dahulu, menekuni agama dengan menghadap seorang kiyai yang membacakan tafsir alquran pada setiap malam Rabu. Daripadanya saya meneguhkan pendirian bahawa TBC tidak boleh dilibati muslim kerana itu majlis agama bukan Islam.
Tentu saja dalilnya adalah surah al-kafirun: Lakum diinukum waliyadiin artinya “Bagi kamu agama kamu bagi aku agama aku! Agama Islam tidak bisa dikompromikan dengan agama lain, misalnya pagi solat di masjid sorenya menyembah berhala di kuil. Saling merayakan hari kebesaran agama lain juga termasuk berkompromi dalam agama, tambah-tambah atas nama perpaduan nasional. Itu tidak bisa diterima melalui pengajian saya.
Bertahun-bertahun kemudian, hujah saya dirungkai oleh seorang sahabat saya. Hujahnya bahawa TBC merupakan adat bangsa Tionghua, bukan hari agama Buddha atau roh nenek moyang yang menjadi sembahan mereka. Kata sahabat saya, “Cuba lihat di Thailand yang tegar pegangan Buddhanya, mereka tidak merayakan Tahun Baru Cina.”
Saya cuba menjawab pula, “Bukankah pada pagi hari kebesaran itu kaum Tionghua membakar colok dan melakukan penyembahan?”
Sahabat saya pula membalas, “Sudah menjadi kebiasaan mana-mana masyarakat yang merayakan apa juga kegembiraan akan melahirkan syukur kepada Tuhan. Kerna mereka Buddha, maka mereka membuat sembahan itu pada pagi hari.”
Saya terdiam.
Dia menambah, “Majlis bertunang bukanlah ajaran agama Islam, itu hanya adat Melayu. Kita orang Melayu mesti melaksanakan adat itu sebelum perkahwinan. Kerna pertunangan merupakan hari manis dan gembira, orang yang hadir bersyukur kepada Tuhan. Sekurang-kurangnya kedua-dua keluarga berharap majlis itu diberkati Tuhan dan bakal membawa perkahwinan yang dihalalkan agama.”
Ya, saya mengalah dengan hujah dan sejak itu menerima pendapat bahawa TBC merupakan adat bangsa Tionghua, bukan perayaan agama. Prinsip surah al-Kafirun itu benar, tetapi TBC bukanlah contoh untuk muslim menghindarinya. Contoh untuk dipadankan dengan surah al-kafirun itu tepatnya Deepavali dan Krismas!
Kerna itu apabila seorang remaja Tionghua memeluk Islam tahun 2006, awal-awal lagi saya beritahu bahawa jangan pulaukan keluarga sewaktu TBC. Hadir dan makanlah, namun jangan makan yang haram.
Begitupun catatan ini hanya berkaitan dasar bolehkah seseorang muslim menghadiri rumah tetangga tionghuanya pada TBC. Soal makan yang disediakan dalam majlis TBC itu adalah hal yang berbeda dan ada kriteria hukum fikah yang lain.
Begitupun catatan ini hanya berkaitan dasar bolehkah seseorang muslim menghadiri rumah tetangga tionghuanya pada TBC. Soal makan yang disediakan dalam majlis TBC itu adalah hal yang berbeda dan ada kriteria hukum fikah yang lain.
Begitu pun, saya tetap menghormati pendirian pihak yang mengatakan TBC tidak boleh dilibati muslim. Mereka punya hujah. Biarlah kita berdiri dengan hujah.
Chiness new year is the time to celebration i would like to enjoy the day..........Cheap Flights to Delhi |Flights to Delhi|Delhi Flights|Cheap
BalasPadamFlights