Pengikut

Jumaat, Julai 01, 2011

WAJIB berhukum dengan al-Quran dan Sunnah


Oleh: Muhammad Asri Sobrie

WAJIB berhukum dengan (hukum) al-Kitab (Al-Quran) dan al-Sunnah dalam semua perselisihan (yang berlaku), bukan dalam sebahagian sahaja tidak dalam sebahagian yang lain, maka wajib berhukum dengannya dalam urusan Akidah, dan ini adalah yang paling penting sekali, dalam perselisihan berkaitan dengan Hak-hak antara manusia, dalam perselisihan berkaitan Manhaj dan Mazhab, dan perselisihan Fiqh.

ALLAH berfirman:
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ
Maksudnya: "Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul.." [al-Nisaa: 59].

Adapun mereka yang hendak mengambil satu sisi sahaja (dalam berhukum dengan hukum ALLAH) dan meninggalkan apa yang lebih penting daripadanya maka ini bukanlah berhukum dengan Kitab ALLAH (dengan ertikata yang sebenar), maka demikianlah apa yang diperkatakan oleh penyeru kepada (Tauhid) al-Hakimiah pada hari ini bahawa mereka mengkehendaki berhukum dengan Syariat dalam perselisihan hak-hak tetapi mereka tidak pula berhukum dengannya dalam persoalan Akidah, mereka berkata: "Manusia itu bebas dalam persoalan Akidah". Cukuplah dia berkata: "Aku Muslim", (tidak ada masalah) sama ada dia Rafidi atau Jahmi atau Muktazili atau lainnya, "Kita bersatu atas apa yang kita sepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang kita selisihi".

Inilah kaedah yang mereka letakkan dan mereka  namakan sebagai 'Kaedah Emas' yang pada hakikat sebenarnya adalah: Berhukum dengan al-Kitab dalam sebahagian perkara tetapi meninggalkannya dalam perkara yang lebih penting kerana berhukum dengan Syariat dalam persoalan Akidah lebih besar daripada berhukum dengannya dalam masalah pertelingkahan Hak.

Maka berhukum dengannya (Syariat) dalam persoalan Akidah, meruntuhkan Syirik dan Kubur-kubur yang menjadi sembahan dan masyhad-masyhad Syirik, dan memerangi orang-orang musyrikin sehingga mereka beriman dengan ALLAH dan Rasul-Nya ini lebih penting.

Maka mereka yang mengambil sisi Hakimiah sahaja dan mengabaikan sisi Akidah, mengabaikan persoalan Manhaj dan Mazhab yang memecahbelahkan manusia pada hari ini dan mengabaikan masalah perselisihan dalam Fiqh (dalam berhukum dengan Syariat) lalu berkata: Pendapat para Fuqaha' semuanya sama sahaja, kita ambil sahaja yang mana satu pun (tidak ada masalah) tanpa melihat kepada sandarannya, ini adalah perkataan yang BATIL kerana yang wajib kita mengambil pendapat yang tegak padanya dalil, maka hendaklah dihukum dengan Kitab ALLAH setiap perselisihan dalam masalah Akidah dan ini yang paling penting sekali, pertelingkahan dalam hak-hak, pertelingkahan dalam Manhaj, dan pertelingkahan dalam Fiqh.

Firman ALLAH:
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
Maksudnya: "maka jika kamu berselisih dalam suatu perkara .."
Ini adalah umum (dalam segenap hal).
Firman ALLAH:
وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللهِ
Maksudnya: "dan apa yang kamu selisihkan berkenaannya daripada sesuatu maka hukumnya adalah (dikembalikan) kepada ALLAH .." [al-Syura: 10].
Perintah ini juga Umum (meliputi semua hal).

Mereka yang mengambil aspek Hakimiah (sebagai matlamat perjuangan) menggantikan Tauhid adalah SALAH, di mana mereka mengambil satu sisi lalu meninggalkan apa yang lebih penting iaitulah Akidah, demikian juga meninggalkan apa yang seumpama dengannya atau lebih penting daripadanya iaitulah persoalan berkaitan Manhaj-manhaj yang telah memecah belahkan manusia, setiap kelompok ada manhajnya tersendiri, setiap kelompok ada mazhabnya sendiri, kenapa kita tidak kembali kepada Al-Kitab dan al-Sunnah lalu kita mengambil manhaj dan mazhab yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah lalu kita ikuti?!

Kesimpulannya, berhukum dengan al-Kitab dan al-Sunnah perlu dilakukan dalam semua perkara bukan dalam sebahagian meninggalkan sebahagian yang lain, barangsiapa yang tidak berhukum dengan syariat dalam semua perkara maka dia beriman dengan sebahagian Kitab tetapi kufur dengan sebahagian yang lain sama ada dia kehendaki atau tidak (untuk termasuk dalam golongan ini).

Firman ALLAH:
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ
Maksudnya: "Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain". [Al-Baqarah: 85].

Sumber: I'anatul Mustafid Syarah Kitab al-Tauhid, Ma'ali al-Syeikh Soleh al-Fauzan, 2/135.


1 ulasan:

  1. Bagaimana pandangan tuan pegangan manusia2 yang bermazhab?

    BalasPadam