oleh: Abdullah Yassin
Maksud Firman Allah: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Ansor dan Orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. (Al-Taubah :100 )
Pengajaran Ayat :
1. Dalam ayat diatas Allah SWT memberi jaminan terhadap tiga golongan yang pasti akan mendapat ridha Allah dan layak memasuki syurga-Nya, iaitu : 1. Muhajirin, 2. Ansor, 3. Golongan yang mengikuti mereka (Muhajirin dan Ansor) dengan baik. Ulama Tafsir Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sependapat bahawa yang dimaksudkan dengan Muhajirin : Para Sahabat yang berhijrah (berpindah) dari Mekah ke Madinah, sedangkan Ansor pula ialah para sahabat yang membela Rasulullah SAW dari kalangan penduduk Madinah. Adapun golongan ketiga yang juga layak mendapat ridha Allah dan bakal masuk syurga ialah golongan yang mengikuti Muhajirin dan Ansor dengan baik. Kita masyarakat Islam Asia Tenggara bukan Muhajirin dan juga bukan Ansor. Namun demikian kita masih berpeluang untuk mendapat ganjaran diatas jika kita mengikuti jejak langkah Muhajirin dan Ansor dengan baik, khasnya dalam urusan agama mereka, terutama yang berkaitan dengan aqidah, cara beribadat dan akhlak.
2. Tentang kehebatan dan kebaikan agama manusia-manusia awal memeluk Islam dari kalangan sahabat, tabi’iin dan tabi’ tabi’iin bukan saja diisyaratkan oleh ayat diatas, tetapi juga pernah ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri melalui hadisnya yang sahih, iaitu : ( خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ) : Manusia yang paling baik adalah mereka yang hidup pada kurunku, kemudian mereka yang hidup pada kurun berikutnya, kemudian mereka yang hidup pada kurun berikutnya. (HR Bukhari dan Muslim). Satu kurun sama dengan satu abad yakni 100 tahun. Hadis diatas mengisyaratkan bahawa manusia yang hidup pada tiga kurun pertama, yakni hingga 300 tahun pertama dikenal dengan panggilan Sahabat, Tabi’iin dan Tabi’ Tabi’iin. Takrif Sahabat : Mereka yang jumpa Rasulullah SAW lalu memeluk Islam dan mati dalam Islam ; Tabi’iin : Mereka yang jumpa Sahabat lalu memeluk Islam dan mati dalam Islam ; Tabi’ Tabi’iin : Mereka yang jumpa Tabi’iin lalu memeluk Islam dan mati dalam Islam. Oleh itu, jika kita ingin agar termasuk ke dalam golongan yang baik agamanya, maka kita tiada pilihan lain kecuali dengan mengikuti jejak langkah tiga golongan diatas dalam memahami agama, terutama dalam beraqidah, beramal ibadah dan berakhlak. Mereka yang hidup dalam tiga kurun inilah yang dipanggil dengan Salaf Soleh.
3. Salaf ; Menurut bahasa artinya dahulu. Oleh itu, dikatakan bahawa ibu bapa atau datok nenek adalah salaf seseorang, sebab nenek moyang dan ibu bapa mendahului kewujudan seorang anak. Adapun Salaf menurut istilah agama ialah mereka yang hidup pada tiga kurun pertama. Mereka terdiri daripada para sahabat, tabi’iin dan Atbaa’ al-Tabi’iin. Mereka inilah yang dipanggil dengan Golongan Salaf Soleh. Adapun makna Khalaf menurut bahasa ialah belakangan. Sedangkan manurut istilah agama pula, Khalaf ialah mereka yang hidup sesudah tiga kurun pertama. Pertanyaan : Apakah perbezaan utama antara Aliran Salaf dan Aliran Khalaf dalam hal agama ? Apakah mungkin kita yang hidup pada abad ke 15 Hijriyah ini dimasukkan ke dalam Salaf ? Untuk memahami dan menjawap soalan ini, maka Salaf perlu dibagi kepada dua jenis, iaitu : 1. Salaf Zamaniy : Salaf berdasarkan zaman atau masa ; 2. Salaf Manhajiy : Salaf berdasarkan Manhaj atau salaf berdasarkan pegangan atau cara beragama. Memang mustahil jika kita yang hidup pada abad 15 Hijriyah ingin menjadi Salaf Zamaniy, sebab salaf tersebut telah berlalu 12 abad yang lalu. Namun kita BOLEH menjadi Salaf Manhajiy jika kita mengikuti jejak langkah para sahabat, tabi’iin dan tabi’ tabi’iin dalam beragama. Inilah yang dimaksudkan dengan Golongan Ketiga dalam ayat 100 dari surah Taubah diatas.
4. Diantara perbezaan nyata antara dua aliran diatas ialah dalam cara mereka memahami Nama dan Sifat Allah. Salaf memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah sebagaimana yang Allah nyatakan dalam Al-Quran dan sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasul-Nya, secara hakiki tanpa takwil. Sebagai contoh : Allah di langit dan Dia bersemayam diatas ‘Arasy-Nya sesuai dengan ke-Agungan dan Kebesaran-Nya. Namun demikian, Allah SWT sama sekali tidak serupa dengan makhluk, Dia bersemayam tidak sama dengan makhluk bersemayam. Bagaimana Dia bersemayam cukup saja diyakini dan tidak boleh ditanya bagaimana ? Sedangkan Khalaf pula tidak demikian. Mereka mentakwilkan Sifat Allah kepada makna yang lain, contohnya menurut Khalaf : Allah tidak dilangit dan tidak berada diatas ‘Arasy-Nya, tetapi Allah berada dimana-mana, sebab menurut Khalaf jika Allah dikatakan berada di langit atau Allah bersemayam di atas ‘Arasy-Nya, bermakna Allah bertempat. Dan jika Allah bertempat bermakna Allah sama dengan makhluk. Dalam hal ini Khalaf lebih mendahulukan akal (logika) daripada nash-nash Al-Quran dan Al-Hadis. Pandangan seperti ini sebenarnya sama dengan pandangan Mu’tazilah, bukan pendapat Ahlus Sunnah Wal-Jama’ah yang sebenarnya. Sebab manhaj Ahlus Sunnah Wal-Jamaah tetap mendahulukan nash-nash Al-Quran dan Al-Sunnah daripada akal.
5. Ahlus Sunnah Wal Jamaah kalau begitu terbagi kepada dua aliran, iaitu : 1. ASWJ Aliran Salaf ; 2. ASWJ Aliran Khalaf. Dua aliran ASWJ ini sentiasa bertembungan dan saling tuduh menuduh, saling sesat menyesatkan, malahan ada yang saling kafir mengkafirkan. Kita seharusnya berlapang dada dalam hal ini dan saling menghormati pandangan pihak lain. Namun jika kepada saya disuruh pilih antara dua aliran ASWJ tersebut, maka saya akan memilih ASWJ Aliran Salaf Manhajiy. Jika ditanya mengapa demikian? Jawapannya : 1. Allah SWT menyuruh kita mengikuti mana pandangan yang lebih baik, jika ingin mendapat hidayah (Lihat Panduan Mendapat Hidayah – Nota 026 ) ; 2. Allah SWT akan redha dan menjamin masuk syurga sesiapa yang mengikuti Muhajirin dan Ansor. Muhajirin dan Ansor adalah Sahabat dan Sahabat adalah Salaf Umat. (Lihat Tafsiran ayat 100 Al-Taubah diatas) ; 3. Salaf Soleh yang hidup 300 tahun pertama Hijriyah disanjung Nabi SAW sebagai golongan umatnya yang terbaik? Cukuplah tiga alasan ini membuat saya yakin tanpa sedikitpun ragu bahawa perjalanan (manhaj) Salaf adalah manhaj yang terbaik dan mendapat jaminan Allah. Sila renung balik topik Nota 030 (Dengar Dan Fikir Asas Kejayaan). Sangat dikesali, terdapat di kalangan umat Islam yang banyk membaca dan mengkaji, tetapi enggan berfikir. Mereka terlalu ta’assub mazhab dan tuan guru. Akhirnya mereka terumbang-ambing tidak tahu hala tuju dalam hidup. Dan golongan inilah yang selalu menjadi mangsa golongan ulama yang menyesatkan. Na’udzu Billahi Min Dzaalik.
Wah Bagus Ulasanya Salam Kenal Ya
BalasPadamKeep Blogking
Get Free Dofollow Linkback From Us!
BalasPadamCityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia
entry nie pnuh ngn maklumat~~ terima kasih yer~~ ^_^
BalasPadamBahaya juga orang yang tidak ada keupayaan memahami sebenar2nya Al quran dan sunnah. Ada orang yang mengaku kalangan ASWJ Aliran Salaf ini, tidak mahu mengikut mana2 mazhab yang diperakui benar, padahal baru hafal beberapa kerat ayat Alquran & hadith.
BalasPadamPerasan tak tuan ada kalanagan ASWJ Aliran Salaf ini terlalu memaksakan pandangan mereka kepada orang lain sehingga perpaduan pecah.
Saya nak tanya tuan mana lebih utama diantara menjaga silaturrahmi (yang wajib hukumnya) di kalangan muslim dengan bersikap sombong enggan berdoa bersama imam selepas solat fardhu (yang tiada nas melarang-sebagai haram) sehingga timbul persaan tidak selesa dalam hati jamaah yamg ramai. Akhirnya timbul gap dan ikatan ukhuwwah renggang?
pembetulan ayat
BalasPadamBahaya juga orang yang tidak ada keupayaan memahami sebenar2nya Al quran dan sunnah, tapi menolak pandangan ulama2 mazhab....
Dalam entri……MENCARI pahala maulidur rasul
BalasPadamMamat ni menulis…..
‘ Oleh itu, kepada yang sudah tidak boleh mengundurkan diri daripada melaksanakan majlis maulidur rasul itu, lebih elok difahami sebagai majlis keduniaan yang sama taraf dengan majlis ceramah agama biasa yang tanpa bersempena apa-apa.’
Dalam entri……SETELAH maulidur rasul
Mamat ni menulis……
‘ Kembali kepada perayaan maulidur rasul, eloklah semua yang selama ini merayakan atau tidak merayakan agar berfikir mengenainya. Lupakan dahulu kepada yang tidak mahu merayakannya, biarlah mereka dengan pendapatnya. Kepada yang menerimanya sebagai satu cara mengingat Nabi Muhammad, apa agaknya kesan-kesan yang nyata sekalipun kecil setelah selesai menghadiri majlis yang dikaitkan dengan maulidur rasul? ’
‘ Ambil satu contoh, adakah semakin bertambah orang yang solat berjemaah di masjid akibat kesedaran cintakan nabi melalui agenda maulidur rasul? ’
‘ Kedua, adakah semakin berkurang orang mengumpat atau menggunjing orang lain akibat menerima saran nabi yang kita cintai itu? ’
Kepada tuan-tuan……sila baca komen Sdr Amir Hamzah didalam entri MENCARI pahala maulidur rasul, kategori label : adat.
Saya cadangkan wajib baca, jawapan pukulan maut terhadap pandangan sinis mamat ni……AMEKKAW !!!
siapa cakap menolak mazhab? setiap subuh saya angkat tangan di belakang imam baca qunut ya.
BalasPadam