Pengikut

Khamis, Julai 01, 2010

MENCARI kenduri arwah zaman Nabi.

JIKA anda mahu solat berjamaah zuhur ketika sibuk bekerja bersama rakan atau masyarakat, anda akan tetap dipuji mereka kerana melakukan kerja baik. Mungkin anda akan diberi gelaran ustaz walaupun anda bukan lepasan pendidikan agama.  Sebaliknya, jika anda tidak mahu hadir ke majlis-majlis bacaan tahlil dalam suatu komuniti, sikap anda dipandang serong sekalipun anda berpendidikan agama.  Maknanya, anda tambahlah banyak-banyak amal ibadah seberapa yang anda terdaya, pujian semakin banyak kerana anda dianggap sebagai sebaik-baik manusia akhir zaman!  Sekali lagi sebaliknya, jika anda meninggalkan beberapa bentuk amalan yang masyarakat anggap sebagai ibadah, sedangkan anda yakin amal itu bukan amalan sunah, maka tersisihlah jawabnya!

Apa yang berlaku merupakan kesan pegangan masyarakat terhadap agama.  Masyarakat diasuh dengan ayat ‘buatlah amal ibadah  banyak-banyak, itulah yang baik’.  Masyarakat jarang sangat didedahkan dengan ayat ‘buatlah amal ibadah sesuai dengan perintah Allah dan rasul-Nya’.  Antara dua ayat itu, ayat pertama sangat mudah difahami dan diamalkan. Sesuai dengan sikap bangsa kita yang suka perkara mudah dan mengharap pulangan tinggi, maka beragama dengan pegangan ayat pertama sudah menjadi akidah yang kukuh.

Mujur masyarakat kita tidak berani menambah jumlah solat fardu daripada lima waktu kepada enam waktu, walhal menambah waktu solat ini bermakna menambah amal ibadah.  Kerja menamba amal ibadah ini kerja bagus, dan Allah sangat suka.  Mujur juga tidak ada ahli agama yang menambah bilangan rakaat solat subuh daripada dua rakaat menjadi empat rakaat atas alasan menambah amal ibadah yang tentunya amat disukai Allah. Pelik juga mengapa penambahan ini tidak dilakukan sedangkan amal tambahan itu baik sekali.

Susah hendak membayangkan amal ibadah masyarakat Melayu Islam zaman ini dengan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabatnya.  Misalnya jika masyarakat kita mengadakan kenduri arwah tahlilah selama tujuh malam berturut-turut, bolehkah kita membayangkan para sahabat datang ke rumah Rasulullah untuk kenduri arwah tahlilan kerana Rasulullah kematian ahli keluarganya.  Samalah juga susahnya hendak membayangkan kerapnya Rasulullah dan para sahabatnya melakukan solat hajat berjemaah sepanjang 10 tahun di Madinah ketika kerap dikhianati oleh puak Yahudi dan Munafik. Susah membayangkan solat hajat itu sebab tidak pernah dilakukan sebagaimana kita lakukan!

Kepada masyarakat kita bertahlil arwah itu sunat, tetapi tidak berani pula hendak mengatakan yang modul tahlil dari A sampai Z (yang banyak dibukukan) betul-betul merupakan warisan Rasulullah sebagai ibadah sunah yanag sahih. Sebenarnya masyarakat awam Islam percaya Nabi dan para sahabatnya bertahlil arwah seperti kita, tetapi ketua-ketua agama, imam-imam dan ustaz-ustaz yang menjadi ketua tahlil arwah sebenarnya tidak percaya tahlil arwah dilakakan oleh Nabi dan sahabatnya. Mereka tahu yang benar. Ketua-ketua agama, imam-imam dan ustaz-ustaz kita sebenarnya terpaksa mengikut kebiasaan masyarakat beragama.

Itulah sebabnya jika ada sesiapa yang tidak mahu ke majlis tahlil arwah kerana itu bukan amalan sunah, masyarakat menjadi pelik atau terkejut beruk!   Jaga-jaga, anda mungkin dituduh berfahaman wahabi!

1 ulasan:

  1. Bukankah memberi makan dan mendoakan simati sifat terpuji wallahualam

    BalasPadam