SAYA kaget dengan khabar laporan polis dibuat terhadap seorang nonmuslim yang membaca alquran. Bertambah kaget kerana hujah mereka terhadap manusia nommuslim bernama Nga Kor Ming (Setiausaha DAP Perak) ialah hamba Allah yang belum Islam itu, “orang bukan Islam itu dianggap biadap kerana membaca al-Quran, sedangkan dia tidak beriman!”
Emm…, kalau yang melenting marah sehingga meminta polis menyiasat Nga ialah persatuan murid-murid tadika Bukit Gantang mungkin dimaafkan kerana semua itu pandangan dan pemikiran kanak-kanak. Namun apabila yang berhujah dan membuat laporan polis ialah Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang mestinya dipimpin oleh orang bersekolah tinggi, itu yang kaget. Lihat laporan di sini: http://malaysiakini.com/news/101789 . Yang menambah kaget ialah Tuan Mufti Perak yang dianggap disegani oleh semua pihak juga membuat laporan polis. Lihat di sini: http://msomelayu.blogspot.com/2009/04/salahkah-orang-kafir-baca-quran-para.html
Persoalannya ialah: Salahkah orang bukan Islam membaca ayat al-Quran dan kemudian menterjemahkannya dalam bahasa yang dia dan khalayak memahaminya. Dikatakan hamba Allah yang belum Islam itu salah menyebut kalimah al-Araf. Hanya kerana itu dia wajib disiasat, kemudian didakwa dalam mahkamah atas sesuatu tuduhan menghina Islam!
Alangkah ngerinya pemahaman Islam oleh segelintir elit Melayu dan muslim. Rupa-rupanya mereka cukup anti jika ada orang bukan Islam mendekati al-Quran. Dengan kedudukan persatuan dan jawatan penting itu, mereka sedang membina tembok (mungkin sekukuh Tembok Berlin) pemisah antara orang Islam dan bukan Islam mengenai al-Quran.
Mungkin selepas ini kumpulan ortodoks Islam ini akan mempengaruhi pula Kementerian Pelajaran agar Mata Pelajaran Tasawur Islam tidak ditawarkan kepada murid bukan Islam mengambilnya dalam peperiksaan. Tentulah alasannya sama seperti terhadap Nga iaitu, murid itu tidak beriman kepada al Quran. Tambah hujah lagi, murid itu mengambil mata pelajaran Tasawur Islam hanya untuk lulus periksa. Mungkin ini akan berlaku, jika khalayak menerima pendirian dan tindakan puak-puak tersebut.
Inilah akibatnya apabila taksub dengan ayat: Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Apabila ada seruan tajdid untuk mengajak kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah manhaj Salaf, dikatakan ‘pandai-pandai’. Membuat tembok kepada orang belum Islam terhadap al-Quran itu manhaj apa?

Assalamualaikum Suparjo. Saya rasa tuan faham isu sebenar berkenaan berita itu. Berikhlaslah terhadap Allah.
BalasPadamSuparjo,
BalasPadamBoleh tak org bkn Islam guna nama Allah untuk tuhan mereka?
Tk
Mereka nak letak nama apa pun terhadap tuhan rekaan mereka itu terpulang pada mereka. Kita tak ada hak untuk menghalang. Tapi masa untuk letak nama Allah pada tuhan mereka agak menimbulkan kontroversi. Kenapa sebelum mereka menguasai politik negeri tertentu dan mempengaruhi parti tertentu, mereka tak berjuang untuk meletak nama Allah pada tuhan rekaan mereka. Mengapa sekarang??? PakLongChup fikirkanlah sendiri dan berikhlaslah terhadap Allah.
BalasPadamDi tangan saya ada Bible (Alkitab - Berita Baik) tertulis dalam Bahasa Melayu, diterbitkan di Petaling Jaya tahun 2001. Di dalamnya, yang dimaksudkan Tuhan ditulis khas sebagai 'Allah'. Saya tak mendengar KDN mengharamkan kitab ini semata-mata kerana menulis Allah bagi nama khas Tuhan. Tahun 2001 juga pada zaman PM Dr Mahathir, belum lagi Tun Abdullah. Jadi belum lagi parti politik yang mengalahkan BN di beberapa buah negeri.
BalasPadamSaya lebih melihat persoalan ini sebagai semakin terbukanya maklumat, semakin lemahnya feudalisme dan semakin terbukanya rakyat. Jika dalam haal sosial, ekonomi dan politik sudah banyak suara mahukan keadilan yang benar-benar dilihat adil oleh bukan Melayu, maka dalam agama yang selama ini hak ekslusifnya terhadap Islam, juga mereka mahu diberi kesaksamaan.
Tahun 2001? 6 tahun selepas tu baru minta pandangan khalid samad untuk guna nama Allah. Setelah dapat berkompromi dengan PAS. Provokasi supaya orang marah, kerajaan ambil tidakan, bijak sungguh politik mereka untuk mempermainkan orang Islam. Namun cinta pada kedudukan telah mengaburkan pandangan hati orang Islam. Walaupun Allah peringatkan secara jelas supaya berhati-hati dengan yahudi nasrani, namun nafsu memberi pelbagai alasan. Suparjo sendiri.... kalau di zaman nabi S.A.W, tindakan tuan mempelajari Bible pasti menyakitkan hati Nabi s.a.w. Belajar bible bukan sunnah. Tak faham betul aku...
BalasPadamSaya tidak silap kerana membaca Bible kerana sebagian pencarian ilmu. Dalam alquran ada mencatatkan mengenai orang Yahudi mengubah kitabullah lalu mengatakan itu adalah daripada Allah. Hanya dengan membaca (mengkaji Bible) kita tahu keadaan itu. Kan itu menambah kuat kefahaman dan keimanan kepada kebenaran alquran?
BalasPadamSunah dan tidak sunah? Hal itu dalam urusan akidah dan ibadah, yang tidak berubah kerana itu hak Allah dan rasul. Manakala hal menambah pengetahuan merupakan hal dunia yang boleh sesiapa saja dengan inisiatif mendapatkannya.
Harap tidak menyusahkan anda.
tambah aku tak faham... katanya dalam perenggan di atas tu baca bible untuk menguatkan kefahaman dan keimanan kepada kebenaran al-quran. Kat perenggan bawah pertikai soal sunnah dan tak sunnah baca bible.. hal dunia pulak... yang mana satu ni suparjo? nak tambah iman atau soal dunia baca bible tu? Quran tu dah cukup sempurna untuk tambah iman... tak yakin lagi ke.. maaflah kerana menyusahkan suparjo... tapi nabi s.a.w. pernah marah umar r.a kerana ambil ilmu dari taurat... berikhlaslah terhadap Allah. maafkan saya sekali lagi kerana menyusahkan suparjo. Jika suparjo tersinggung, suparjo boleh delete komen ni, saya tak marah. ini blog tuan, tuan ada hak.
BalasPadamInsan tanpa nama, awak sah tidak faham apa maksud semua tulisan saya. Kemudian awak mendakwa saya tidak ikhlas kepada Allah. Erti dakwaan itu seperti saya sengaja main-main dengan Allah. Saya tidak tersinggung, tapi sedar apabila seseorang telah mempunyai satu persepsi, maka yang dinilai adalah berdasarkan persepsinya sahaja. sekian.
BalasPadamkalaulah baca bible tu dapat menambah iman, tentu Allah s.w.t. dan rasul s.a.w. dan suruh kita baca awal-awal lagi.
BalasPadam