Pengikut

Selasa, April 07, 2009

ANTI-PPSMI yang menang pilihanraya.

TAHU dan sah sudah yang BN kalah di Gukit Gantang dan Bukit Selambau, tapi menang di Batang Air. Dua bukit itu amat menjadi perhatian kerana hasil keputusan itu dapat mengubah dasar parti-parti politik dan kerajaan. Dalam pilihan raya itu banyak isu yang dipertaruhkan. Blog ini Cuma mahu mencuplik isu anti-PPSMI yang dibawa oleh GMP (Gerakaan Mansuhkan PPSMI). Foto Sasterawan Negara merayau-rayau di dua bukit sebagai ikon menentang PPSMI, bermakna menentang dasar Kerajaan Persekutuan (baca BN) yang dilihat berkeras mahu meneruskan PPSMI. Pak Samad (baca GMP dan mereka yang mengundi parti lawan BN) menjadi lambang kehendak dasar Bahasa Melayu dalam pendidikan semua peringkat mesti dikembalikan seperti sebelum 2003! Dan pendirian Pak Samah melawan pendirian BN sudah ditentukan. Pak Samad disokong dan menang, BN dengan dasar PPSMInya kalah! Maka apa lagi…?

Tunggulah apa pendirian Perdana Menteri yang baru, yang katanya mahu membawa perubahan besar-besaran. Adakah mesej yang rakyat menolak PPSMI (tolak secara total, bukan terpilih sebagaimana yang dicatat dalam media) akan diambil kira? Jika betul kerajaan benar-benar mahu mendengar suara rakyat, inilah masanya. Jika kerajaan memilih mengekalkan keadaan PPSMI, lihatlah gelombang rakyat, khasnya Melayu. Hal ini bukan permainan politik, tetapi citra dan maruah bangsa Melayu. Tidak dapat tidak, ke jalan politik juga. Itulah sebabnya Pak Samad yang sudah renta, sanggup menggagah diri untuk mengangkat citra bangsa Melayu.

Mengapa Bahasa Melayu untuk menuntut ilmu sains dan matematik? Jawabnya al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab kepada bangsa Arab, demi memudahkan bangsa Arab faham wahyu. Demi ilmu anak-anak Malaysia, maka jawabnya gunakan Bahasa Melayu.

3 ulasan:

  1. saya tidak bersetuju dengan hujah tuan kerana nampaknya seperti tuan menentang dasar ini.Kalau benar tidak bersetuju kenapa harus selepas 6 tahun pelaksanaannya baruwujud suara-suara sumbang yang memprotes??kenapa tidak 6tahun yang dulu..~kacang kuda~

    BalasPadam
  2. Kenapa 6 tahun dulu? Saya menentang sejak awal-awal lagi. Saya bukan suparjo. Saya seorang guru bahasa Inggeris. Tapi saya tidak rela mt dan sn diajar dalam bahasa inggeris kerana kemampuan untuk memahami konsep mt dan sn akan terjejas. Apabila saya menyuarakan hal ini kepada pihak berkenaan, saya diugut supaya meletakkan jawatan. Tak faham betul aku...

    BalasPadam
  3. Orang menentang PPSMI memang sejak awal lagi, cuma waktu itu penzahirannya tidak seperti hari ini. Kalau dulu dalam Umno banyak yg mempertahankan PPSMI, hari ini mereka diam kerana suara mempertahankan PPSMI menjadi minoriti.

    BalasPadam